Bab 14
Hidden Love
⊱⋅ ──────────── ⋅⊰
Ain memerhati sekeliling melihat sekitar kawasan. Memang agak malang ya apabila tiada satu kenderaan pun yang lalu masa tu. Ain jadi gelabah sendiri. Apa patut aku buat ni ? Seketika Ain mula mendekati lelaki yang masih terbaring di atas jalan itu apabila dia terdengarkan suara - suara meminta tolong..
" To..long...tol...long..." Iman mula menyahut dalam keadaan separuh sedar itu.
" Awak...bertahan ya saya akan tolong awak..." kata Ain seraya menepuk - nepuk kecil bahu Iman masa tu.
Tanpa banyak bicara, Ain mula mengeluarkan phonenya seraya membuat panggilan kecemasan. Dia hanya perlu call ambulans. Hanya itu saja pilihan yang ada.
Tak sampai beberapa minit, akhirnya ambulans pun tiba di tempat kejadian. Iman diangkat dan dibawa masuk ke dalam ambulans. Ain tiba - tiba baru teringat akan motif utamanya. Dia seharusnya selamatkan abang Aiman. Baru sahaja dia hendak berlalu tiba - tibq pihak ambulans menginginkan Ain untuk ikut bersama dengan mangsa kemalangan tersebut. Hal ni bagi memberikan maklumat tentang kejadian mangsa.
Ain pada mulanya menolak namun akhirnya dia ditolak untuk masuk ke dalam ambulans juga.
Setibanya di hospital, Ain hanya melangkah bersama kakitangan hospital yang menolak Iman waktu itu. Ain mengiringi Iman masa tu. Dalam masa yang sama dia tidak berhenti memikirkan abang Aiman. Dia berharap agar dia tidak terlambat daripada menghalang abang Aiman buat kerja bodoh tu.
Hampir saja tiba di ruang kecemasan tiba - tiba tidak semena - mena jam tangan yang dipakai Iman waktu kemalangan tadi terputus dan jatuh.
Ain perasan akan hal itu. Dia pantas mencapai jam tangan milik Iman yang jatuh itu.
" Saya harap awak selamat..." doa Ain sambil ekor matanya melihat Iman yang sudah selamat masuk ke dalam ruang kecemasan itu. Jam tangan tersebut digenggam erat di dalam tangannya.
Setelah memberikan beberapa keterangan, Ain mula cepat - cepat bergegas untuk berjumpa dengan abang Aiman pula. Bajunya comot dengan darah Iman langsung tidak dihiraukan. Apa yang penting dia harus menemui abang Aiman pula.
Hmm namun malang apabila sampai saja ke sana. Semuanya sudah terlambat. Abang Aiman dah terjun dari tingkat atas bookstore. Ain benar - benar tidak menyangka yang abang Aiman senekad ini. Ain agak rasa bersalah dengan kematian abang Aiman. Andai saja dia tidak serapat mana pun dengan abang Aiman, pasti saja abang Aiman takkan berakhir sebegini.
Kenangan beberapa tahun yang lalu mula terbayang oleh Ain satu demi satu malam itu. Ain mengusap perlahan jam tangan milik Iman yang masih tersimpan rapi olehnya itu.Dia pernah berjanji pada dirinya bahwa dia akan kembalikan jam ini kepada Iman suatu hari nanti.
Ain juga tidak tahu menahu langsung pasal orang yang Ain selamatkan tu adik abang Aiman. Lepas aje dia tahu dan dengar daripada cerita ibu mentuanya Nisrina, Ain betul - betul terkejut. Kenapa dunia ni terlalu kecil sehinggakan dirinya ada di situasi sebegini.
Ain tidak mampu berbuat apa - apa setelah dia sudah terlanjur mencintai Iman. Dia hanya mampu hadap dan masih tidak terdaya untuk menyatakan perkara sebenar kepada Iman. Sehinggalah hari ini apabila Iman inginkan dirinya menggugurkan kandungannya yang merupakan anak Iman sendiri, Ain sedikit terpukul dan mula terfikir untuk cuba memberitahu hal sebenar kepada Iman.
" Esok malam aku kena bagitahu Iman juga pasal semuanya...aku tak nak anak ni jadi mangsa.."gumam Ain seraya mengusap perutnya yang masih tidak kelihatan. Seketika dia mengeluarkan sehelai kertas. Dia ingin menyatakan isi hatinya kepada Iman selama ini di dalam sepucuk surat.
•·•·•·•·•·•·•·•·•·••·•·•·•·•·•·•·•
Keesokan harinya, tiba - tiba Mak Teh dan Aida mendadak ada urusan di kampung pula. Maka mereka terpaksa bercuti beberapa hari. Iman memberikan cuti untuk mereka. Tinggallah Ain bersendirian hari ini.
" Ain duduk rumah elok - elok ya..." pesan Mak Teh agak susah hati.Entah kenapa dia berat hati pula tinggalkan Ain bersendirian hari ni.
" Ya Mak Teh...jangan risau...alahh macam lah Ain tak biasa duduk sorang kan ? Lagi pula nanti Iman balik juga kan ? "
" Jaga diri tau Ain...tunggu Aida balik..." Aida memeluk tubuh Ain erat. Entah kenapa dia merasakan itu kali terakhir dia akan memeluk Ain.
" Ya Aida...Ain tunggu Aida balik..jangan pergi lama - lama tau..nanti rindu..." sempat lagi Ain berseloroh sambil tubuh Aida diusap perlahan.
Seketika Mak Teh dan Aida mula beredar meninggalkan rumah Ain. Ain hanya tersenyum manis seperti biasa.
" Jaga diri Mak Teh...Aida...terima kasih sebab jadi peneman Ain untuk beberapa bulan ni..."
Malam mula menjelma, Iman baru saja balik ke rumah selepas kerja tadi sekarang dia dah bersiap - siap nak keluar balik pulak. Baru saja dia hendak mendekati lift tiba - tiba namanya dipanggil daripada arah belakang.
" Iman...nak pergi mana ?" soal Ain mula mendekati Iman sambil memegang kotak jam dan sepucuk surat.
Iman menghembus nafas kasar seraya menoleh ke arah Ain.
" Kau sibuk tu kenapa ? Suka hati aku lah nak pergi mana pun..."
" Ermm yelah sebelum Iman keluar, boleh Ain nak cakap sikit dengan Iman ?"
" Ishh kau ni kan ? Nak cakap apa ?!"bentak Iman. Rimas dengan Ain.
" Ain nak bagi ni dekat Iman..."kata Ain seraya menghulurkan kotak jam dan sepucuk surat.
Iman memandang kosong ke arah huluran Ain.
" Birthday aku lambat lagi lah....kau ni lah buang masa aku aje...dah lah ! Letak aje la dalam bilik aku nanti...aku dah lambat ni..." kata Iman seraya mula menoleh dan ingin melangkah semula.
Zappp !
Ain pantas mendekati Iman lagi seraya memeluk tubuh Iman daripada belakang. Terhenti langkah Iman jadinya.
" Iman.."panggil Ain gugup.
" Apa kau ni? Peluk - peluk pulak ? Kau ni dah melebih lah..."kata Iman seraya mula cuba meleraikan pelukan Ain.
Ain memeluk tubuh Iman dengan lebih kuat lagi sampai Iman tak mampu lagi nak leraikan.
" Iman ! Dengar dulu apa yang Ain nak cakap ni !" teriak Ain kuat.
Iman tersentak dan terdiam jadinya. Tidak menyangka Ain akan senekad ini.
" Iman...Ain nak minta maaf..atas apa yang berlaku dekat abang Aiman...Ain bukan sengaja nak datang lambat...Ain ada hal lain yang tak dapat Ain elak...tolong lah Iman...percayakan Ain...maafkan Ain...tolong lah....Ain merayu pada Iman...tolong lupakan masa silam tu....demi anak kita Iman...tolong jangan abaikan anak kita bila dia dah lahir nanti...Biar Iman abaikan Ain tapi bukan pada anak kita...dia perlukan kasih sayang seorang ayah nanti..." luah Ain teresak - esak jadinya.
Iman masih mendiamkan diri. Dia tidak memberikan apa - apa respon sekali pun...
" Nanti balik...Iman jangan lupa buka kotak dan baca surat yang Ain bagi ni...lepas Iman baca surat ni nanti...Ain harap Iman akan faham kenapa Ain terlambat untuk selamatkan abang Aiman.." kata Ain lagi seraya melepaskan pelukan Iman.
Iman menoleh ke arah Ain sekilas.Dapat dilihat wajah Ain yang dibanjiri dengan air mata itu.
" Hmm kau ingat aku nak percaya dengan kata - kata rayuan kau ? Sorry lah...semua tu takkan mampu cairkan hati aku...pergi mati lah dengan penjelasan sampah kau tu ! " gumam Iman sinis seraya mula melangkah semula.
Ain tertunduk memandang lantai. Sejak Ain kahwin dengan Iman, air mata adalah teman sejati Ain tiap kali dia berbicara dengan Iman. Tak pernah ada penyudahan yang baik walaupun sekali. Ain penat sumpah kali ni betul - betul penat. Mungkin disebabkan pembawakkan budak juga kot ?
•·•·•·•·•·•·•·•·•·••·•·•·•·•·•·•·•
Hampir sejam lebih Iman di kelab bersama - sama kawan baiknya seperti biasa. Namun cuma Luthfi saja yang tidak sampai lagi daripada tadi. Katanya agak lewat sikit nak sampai. Tanpa menunggu kedatangan Luthfi tiba - tiba Syakirin mula bangun.
" Okay lah Iman..aku gerak dulu lah...someone dah tunggu aku..." kata Syakirin dalam keadaan yang sedikit mabuk. Ya lah entah kenapa malam ni, si Syakirin ni nak mabuk - mabuk pulak.
Iman tidak kisah dengan Syakirin yang nak balik ke apa tu. Dia hanya melambai - lambai cara menghalau kepada Syakirin. Syakirin hanya berlalu meninggalkan Iman dan Fared waktu itu. Tak sampai beberapa saat, mula Luthfi pula yang tiba.
" Sorry lambat....Awal Kirin balik ?" soal Luthfi seraya mula duduk. Dia ada terserempak dengan Syakirin tadi tapi tak sempat pun nak borak apa - apa.
" Haah...kata someone tengah tunggu dia...." balas Fared.
" Ohhh..."balas Luthfi.
" Aku pun nak chaww dulu ni...mengantuk pula..."kata Fared mula mengangkat punggungnya.
Luthfi hanya mengangguk. Iman pula hanya termenung sendiri. Langsung tidak sedar akan kehadiran Luthfi dan kepulangan Fared ketika itu.
" Kau asal ni bro ?" soal Luthfi mula menyiku Iman.
" Hah ? Hmm nope...serabut sikit aje..."
" Pasal apa ? Kerja ? Ain ?"
" Hmm perempuan tu lah...tak habis - habis merayu minta maaf...dia ingat semudah tu kot ?"
Luthfi menggeleng kecil.
" Kau ni...cuba lah fikir baik - baik...setiap orang perlukan peluang kedua lah...lagi pun kau yakin ke semua yang jadi dekat abang kau tu semuanya salah Ain ? Tak patut kau letakkan segala kesalahan ke atas Ain..."
" Arghhh aku tak kira...semua salah dia lah...tak ada orang lain pun yang patut aku salahkan...memang dia aje!" bentak Iman.
" Hmm Ain terlambat datang selamatkan abang kau...sebab...dia selamatkan kau dulu Iman..." luah Luthfi akhirnya. Dia sudah tidak tahan dengan perangai Iman yang asyik menuduh Ain saja. Iman patut tahu perkara sebenarnya sekarang. Lagi pula di sini tak ada Syakirin mahupun Fared.
" Apa maksud kau ni ? Aku tak faham lah..." Iman sedikit terpinga.
" Kau pernah cakap yang kau dulu pernah kemalangan kan ? Sama hari dengan hari kematian abang kau ?"
Iman mengangguk penuh debaran.
" Kau pernah cakapkan yang kau nampak bayang - bayang seorang perempuan yang selamatkan kau waktu tu ?"
Iman mengangguk buat kesekian kali. Hatinya mula berdegup kencang. Debaran juga kian terasa.
" Perempuan tu Ain ! Kau tahu tak ? Ain lambat selamatkan abang Aiman sebab selamatkan kau dulu waktu tu ! Kalau kau terlambat sampai hospital masa tu...kau pun boleh mati kau tahu tak ?" hambur Luthfi. Dia sudah memendam lama cerita ni. Kini dia lega telah menceritakan segalanya kepada Iman.
Iman tersentak hebat dan agak tergamam. Ain , perempuan yang selamatkan aku dulu ?
Part of Ain.
Tersengguk - sengguk Ain menahan ngantuknya. Hmm dia masih setia menantikan kepulangan Iman. Entah kenapa dia masih mengharap Iman membaca suratnya terlebih dahulu sebelum dia betul - betul melelapkan matanya sekejap lagi.
Tok ! Tok !
Bunyi ketukan pintu rumah menyegarkan mata Ain semula. Eh siapa pula yang ketuk ? Iman ke ? Hm dia lupa bawa kunci rumah ke apa ? Selalu dia masuk terus aje tak payah ketuk - ketuk bagai.
Ain mula bangun seraya melangkah ke arah pintu rumah. Tudung sarungnya juga dipakai, takut - takut kalau Iman buat perangai lagi bawa balik kawan - kawan lelaki dia ke ? Naya aje aurat aku terdedah.
Tok ! Tok ! Tok !
Ketukan semakin kuat. Ish Iman ni sabar lah kejap.
" Ya Iman...sabar kejap..."
Ain mula membuka pintu rumahnya. Dia sedikit terpinga. Eh kosong ? Tadi ketuk macam tak sabar sangat. Seketika Ain cuba memberanikan diri untuk keluar sedikit ke luar. Dia melirih ke kiri dan kanan namun tetap sama kosong. Haish seram pula rasa. Benda tu nak kacau aku ke apa ? Dah lah aku sorang - sorang.
Tanpa menunggu lama, Ain mula menoleh menghadap pintu masuk rumahnya semula. Langkah diatur masuk ke dalam rumah dengan pantas namun tiba - tiba tubuh Ain dipeluk erat daripada belakang. Ain tersentak hebat.
" Hai sayang...long time no see ya..."bisik Syakirin di tepi telinga Ain benar - benar menakutkan Ain dibuatnya. Ya Allah kenapa dia boleh ada dekat sini pulak ?
" Syakirin ? Lepas lah ! Apa kau buat dekat sini hah ?! " ronta Ain cuba meleraikan pelukan erat Syakirin itu.
" Heh...aku nak kau layan aku malam ni lah..."kata Syakirin seraya mula menolak tubuh Ain ke dalam rumah tanpa meleraikan pelukan langsung dan dia juga melangkah masuk ke dalam. Pintu rumah mula ditutup rapat dan dikuncinya dengan sebelah tangan saja.
Ain mula gelabah dan masih cuba meronta.
" Kau dah gila ke hah Syakirin ? Aku bagitahu dekat Iman nanti ! Kau lepaskan aku sekarang ! Keluar daripada rumah aku lah ! " teriak Ain sekuat hatinya.
Suara teriakan Ain itu sedikit sebanyak membingitkan telinga Syakirin. Dia mula naik berang setelah itu dia menarik tubuh Ain supaya menghadap dirinya dan...
Pang !
Pipi Ain ditampar kuat. Ain terjelopok dan terhentak kuat jatuh di atas lantai jadinya.
" Aduhhh..."
#Hmmm habis lah Ain ! Apa yang akan jadi dekat Ain dengan kandungannya ? Selamat ke ? Iman sempat tak balik ? Keep vote and comment 🥰💗
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro