Bab 13
Hidden Love
⊱⋅ ──────────── ⋅⊰
Curahan demi curahan air shower telah membasahi tubuh Iman. Iman terduduk di atas lantai bilik airnya. Dia termenung jauh memikirkan segala hal yang kini telah membebani hidupnya. Ya Allah kenapa semuanya jadi macam ni ? Ni bukan lah plan asal aku. Ain tak boleh mengandungkan anak aku !
Aku tak nak jadi pengkhianat. Aku seharusnya balas dendam di atas kematian abang Aiman. Bukannya biarkan Ain mengandungkan anak aku.
Iman mula meramas kuat rambutnya. Seakan hendak tercabut kepala dibuatnya memikirkan ini semua.
Patut ke aku suruh perempuan tu gugurkan aje anak tu ?
Hmm Iman agak terbatas hendak memarahi Ain tadi waktu Ain bagitahu yang dia mengandung disebabkan ibu dan ayah mentuanya ada di rumah mereka malam ini. Tunggu saja esok lepas diaorang dah balik. Aku akan settlekan dengan Ain.
Sempat juga Iman memberi pesan agar Ain tidak memberitahu kepada sesiapa pun akan kandungannya. Iman tidak mahu sesiapa antara keluarganya atau keluarga Ain yang bahagia di atas kandungan itu.
Setelah hampir sejam setengah Iman berkurung di dalam bilik air akhirnya dia mula keluar juga. Iman melangkah perlahan keluar. Dirasakan ruang biliknya agak sunyi kini. Hmm mana perempuan tu ? Dia ada dekat luar ke ?
Baru saja beberapa tapak, Iman mula terpandangkan Ain yang terlelap di atas sofa yang ada di dalam biliknya.
Iman mula mendekati Ain dengan lebih dekat. Dia mula merenung wajah Ain yang agak sembap dek kerana hanya menangis daripada tadi. Selepas itu pandangan Iman mula terarah ke perut Ain pulak.
" Anak aku ada dekat situ ? " Iman tidak mengerti sebenarnya dengan perasaan dia sendiri. Kekadang dia rasa tak boleh nak terima langsung kandungan tu tapi dalam masa yang sama dia agak terharu kerana dia bakal menjadi seorang ayah...Ya Allah..dilema apakah ini ?
" Hachumm ! " Iman bersin tiba - tiba. Ahh sudah nak selsema pula lah ni aku. Iman menggosok hidung mancungnya kasar.
Setelah itu dia menapak ke arah katilnya. Direbahkan tubuhnya di situ. Langsung tidak ambil peduli akan Ain yang hanya tidur tanpa selimut di atas sofa itu. Hmm Iman...Iman...kau memang tak berhati perut langsung eh ?
Setelah selesai breakfast, umi dan ayah mula bersiap hendak balik ke rumah mereka semula. Ain dan Iman mula berjalan beriringan dengan umi dan ayah. Eh Iman tak kerja ke hari ni ? Hmm tak...dia tak sihat pulak hari ni. Selsema pulak haih. Tu lah gatal lagi kurung diri dalam bilik air semalam.
" Umi...ayah balik dulu tau..." kata Maryam.
" Baik Umi...ayah balik elok - elok..." kata Ain mula menyalam tangan dan memeluk tubuh uminya.
Maryam membalas pelukan tersebut. Ain memeluk lama tubuh uminya seakan - akan tidak mahu dilepaskannya. Dia seakan - akan hendak meminta sedikit kekuatan daripada uminya.
" Umi...doakan Ain ya...doakan kandungan Ain kuat macam Ain kuat selama ni.." desis hati Ain yang agak terkilan kerana tidak dapat memberitahu uminya akan berita bahagia ini dek kerana arahan Iman.
" Amboi - amboi anak dara umi ni manja sungguh...peluk tak mahu lepas..." kata Maryam sambil diusap - usap belakang Ain.
Iman hanya tayang wajah menyampah. Hmm saja nak cari muka lah tu.
" Hah Iman.." seru Zaidan pula mematikan wajah menyampah Iman.
" Ya ayah ? "
" Kamu jaga elok - elok anak ayah ni ya... kalau dia nakal...kamu tarik aje telinga dia..." kata Zaidan sempat berseloroh. Hmmm jangan kata tarik telinga ayah. Lebih dari tu lagi Ain dah rasa. Hmm kena tampar !
Iman tertelan liur sendiri. Perit rasanya bila mendengarkan kata - kata Zaidan itu. Jaga Ain elok - elok ? Langsung tak pernah ada dalam kamus hidupnya.
" Okay ayah dengan umi balik ya..." kata Zaidan kepada Ain pula.
Ain mengangguk kecil. Hakikatnya dia susah nak lepaskan kepergian umi dan ayahnya itu. Entah apa yang akan berlaku terhadap dirinya lepas ni. Hmm adakah dia masih dapat bertemu dengan umi dan ayahnya lagi ?
Setelah beberapa minit kepulangan umi dan ayahnya, Iman mula bersuara.
" Ikut aku jap..." kata Iman seraya menarik pergelangan tangan Ain kasar.
Dia menarik Ain untuk naik ke tingkat atas.
•·•·•·•·•·•·•·•·•·••·•·•·•·•·•·•·•
Kini mereka sedang ada di balkoni bilik tetamu yang kedua dalam rumah Iman. Bilik tersebut agak jauh sedikit daripada tangga dan lift. Tak ada lah Mak Teh atau Aida mendengarkan perbualan diaorang ke apa kan ?
" Apa ? Iman dah gila ke hah ? Iman nak suruh Ain gugurkan kandungan ni ? " soal Ain agak terkejut dengan arahan yang keluar daripada mulut Iman saat itu.
Iman hanya berlagak tenang saat itu. Dia memeluk tubuh sambil merenung Ain tajam.
" Anak yang dalam kandungan tu tak patut wujud pun lah ! Aku tak nak anak tu lahir...kau faham tak ? "bentak Iman.
Ain tergeleng - geleng jadinya.
" Anak ni tak dosa pun ! Ni anugerah daripada Allah...Iman ingat senang - senang macam tu aje ke nak gugurkan ? Pasangan lain ada yang lebih susah nak dapat rezeki macam ni...tapi Iman senang macam tu aje nak suruh Ain gugurkan ? Sampai hati Iman kan ? " hambur Ain. Air mata mula bergenang semula. Semalam dah nangis...hari ni pun nak kena nangis lagi ke ? Penat weh penat !
" Arghhh ! Aku cakap gugurkan....gugurkan aje la ! " teriak Iman seraya mula maju ke arah Ain dan mencekik leher Ain. Ain jadi terundur ke belakang merapati tebing balkoni.
Ain tersentak hebat dengan tindakan Iman itu. Iman mula hilang kewarasan agaknya.
" Errkkk....Iman...Iman.." Cekikan dileher Ain betul - betul kuat sehingga menyukarkan pernafasan Ain jadinya.
Iman tidak memedulikan itu semua. Dia puas hati memperlakukan Ain sebegitu. Dia puas melihat Ain terseksa sebegitu.
Ain cuba menolak tangan Iman dari terus menerus mencekik lehernya. Namun hampa dia sudah tidak ada keupayaan untuk menolak. Ain mula kehilangan nafasnya. Wajahnya juga semakin membiru.
" Im..Imann..." tersekat - sekat kata Ain waktu itu. Adakah ini kesudahan hidup Ain ? Mati ditangan Iman akhirnya ?
Lama kelamaan mata Ain semakin memberat. Dia sudah tidak boleh bernafas lagi dan akhirnya terkulai sendiri.
" Iman ! " teriak Ain mematikan lamunan Iman yang agak drastik itu.
" Hah ? " Iman agak tercengang. Ya Allah apa yang aku berangan ni ? Takkan lah sampai macam tu sekali ? Aku takkan kotorkan tangan aku untuk bunuh Ain.
" Iman ajak Ain datang sini nak cakap apa ? " soal Ain.
" Errr...aku..err...."
Ain pula yang terpinga dengan tingkah laku Iman itu.
" Kenapa Iman ? "
" Hmm aku....aku...nak...kau...gugurkan kandungan tu...." kata Iman gugup.
Ain agak tersentak dengan kata - kata yang keluar daripada mulut Iman itu.
" Tak nak ! Ain tak nak gugurkan...tak baiklah buat macam tu Iman...anak ni tak salah...."
Iman menghembus nafas berat.
" Please lah...aku tak nak anak tu lahir pun...semua tu salah...ni bukan apa yang aku nak..."
Ain pantas meraih tangan Iman.
" Iman tolonglah jangan cakap macam tu...jangan minta Ain gugurkan...dosa semua tu Iman..." rayu Ain. Tidak menyangka Iman akan secetek ini pemikirannya.
Iman mula meleraikan pegangan tangan Ain itu. Dia menghembus nafas berat lagi.
" Okay fine ! Kalau kau nak sangat anak tu kan....aku takkan bertanggungjawab apa - apa...bila anak tu lahir nanti....jangan cakap aku ayah dia. Dia akan lahir tanpa seorang ayah...kau faham ? Kau pandai - pandai lah uruskan dia nanti..." kata Iman seraya mula beredar meninggalkan Ain di situ.
Ain terduduk di atas lantai setelah Iman mula menghilang. Setitis demi setitis air mata Ain jatuh satu persatu. Ya Allah...kenapa begitu berat ujian yang engkau berikan kepada ku ? Apa aku benar - benar tidak layak untuk bahagia ?
•·•·•·•·•·•·•·•·•·••·•·•·•·•·•·•·•
Kelab lah satu - satunya tempat yang akan didatangi oleh Iman tiap kali dia dilanda masalah atau pun stress. Tak betah dia terus menerus duduk di rumah saja dan menghadap muka Ain. Serabut kepalanya.
" Kau asal ni bro ? Problem dengan perempuan kat rumah tu lagi ke ? " soal Fared.
" Hmmm..." balas Iman sambil tubuhnya disandarkan.
" Hal apa pulak yang dia buat ? " soal Syakirin mula tertarik bila berkaitan dengan Ain. Lama dia tak dengar pasal gadis pujaan hatinya dalam diam itu.
Luthfi hanya mendiamkan diri seperti biasa. Dia malas nak masuk campur.
" Hmm dia pregnant pula..." luah Iman.
Terlopong Fared dan Syakirin dibuatnya. Luthfi hanya tersenyum sinis dalam diam. Dia dah tahu dah sebelum Iman bagitahu lagi. Yelah, Ain dah story semuanya pada dia hari tu..
" Habistu kau nak biarkan macam tu aje ? "
" Aku suruh dia gugurkan..."
Luthfi agak tersentak. Apa ? Iman suruh gugurkan ? Wah ni dah melampau !
" Wah goodjob man ! Ini yang kita mahu..." kata Syakirin sedikit lega.
" Hmmm tapi dia tak nak...so aku tak boleh nak buat apa...aku just warning dia...kalau dia nak anak tu lahir juga jangan cakap yang aku ayah anak yang dia kandung tu...Memang tak lah aku nak mengaku anak tu anak aku..."
Syakirin mencebik.
" Hmm patutnya kau biarkan aje dia gugur.." kata Syakirin perlahan. Sengaja tidak mahu Iman dengar tapi telinga Luthfi lebih pantas menangkapnya.
Luthfi hanya mengetap giginya menahan geram. Hmmm Iman memang betul - betul kejam. Hmm mesti Ain tengah susah hatikan sekarang...
Tetiba perbualan Ain dengan Luthfi tempoh hari mula menerjah diingatan.
Helena meminta diri sebentar untuk ke toilet maka tinggallah Ain dan Luthfi berdua di situ. Agak janggal juga bila mereka hanya mendiamkan diri pada mulanya. Namun tiba - tiba Luthfi mula bersuara. Ada sesuatu yang ingin ditanya Luthfi selama ini..
" Ermm Ain...boleh Luth nak tanya sikit ? "
" Hah ? Tanya apa ? "
" Hmm Ain datang kan waktu abang Aiman bunuh diri dulu ? Kenapa Ain tak explain aje dekat Iman ? "
Ain terdiam seketika. Tertunduk dia memandang lantai ruang tamu Luthfi.
" Helena cakap Ain terlambat sebab Ain selamatkan orang yang kemalangan kan ? Means Ain bukan saja - saja datang lambat...kenapa tak explain benda tu dekat Iman ? Mana tahu dia boleh faham dan boleh hentikan semua plan balas dendam dekat Ain ni semua ? "
Ain mula mengangkat wajahnya. Luthfi sedikit tersentak melihat air jernih yang mula mengalir di pipi Ain saat itu. Kenapa tiba - tiba Ain menangis ?
" Macam mana Ain nak explain semua tu dekat Iman ? Ain...Ain takut kalau Iman akan salahkan diri dia terus menerus nanti lepas Ain explain..."
" Hah ? Apa maksud Ain ? "
" Macam mana Ain nak explain kalau Ain terlambat sebab selamatkan....Iman dulu masa tu ? "luah akhirnya Ain apa yang terbuku di hatinya selama ini.
Luthfi tersentak hebat.
" Iman ? Maksud Ain...orang yang excident yang Ain selamatkan dulu tu...Iman ? "
Ain mengangguk lemah.
Terhapus segalanya bayangan perbualan antara Luthfi dan Ain apabila suara kuat muzik di kelab yang menerjah dengan tiba - tiba.
Luthfi memandang Iman yang sedang bergelak ketawa dengan Fared dan Syakirin waktu itu. Hmm kau salah Iman. Kau betul - betul salah menilai Ain. Aku yakin suatu hari nanti mesti kau akan menyesal atas apa yang kau dah buat dekat Ain selama ni. Hmm dia tak sepatutnya terseksa seperti sekarang selepas dia dah selamatkan nyawa kau dulu Iman.
#Omg ! Apa lagi rahsia yang terlindung ? Hm habis lepas ni kita tengok pula penyesalan Iman ya ? Keep vote and comment 😍🌼
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro