Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 12

Hidden Love

⊱⋅ ──────────── ⋅⊰

Iman hanya mengatur langkah bersama wajah gembiranya. Senang hatinya telah meninggalkan Ain tadi. Puas hati melihat Ain daripada cermin sisi kereta yang terkejar - kejar sendiri. Hm tu baru sikit aje ! Kau tunggu lah nanti..

" Eh Tuan Iman dah balik ?" soal Mak Teh sambil terjenguk - jenguk mencari kelibat Ain.

" Hmm ya.." balas Iman seraya ingin melangkah naik ke atas.

" Ain mana Tuan ?"

" Hmm entah..."jawab Iman selamba. Langkahnya masih diteruskan perlahan.

" Dia kena tahan wad ke Tuan Iman ?"

Langkah Iman terhenti serta merta. Dia menoleh sedikit ke arah Mak Teh di bawah.

" Tahan wad ? Kenapa pula Mak Teh cakap macam tu ?"

" Lahh Tuan bukannya bawa Ain pergi hospital ke klinik ke ? Dia kan tak sihat dah berapa hari dah...asyik muntah - muntah aje..."jelas Mak Teh lebih terperinci.

Hati kecil Iman mula terjentik seketika. Dia sedikit menyedari bahawa dia telah bersikap berlebihan dengan keadaan Ain yang sedang sakit sekarang ni.

" Tuan Iman ? Tuan Iman tak tinggalkan Ain macam tu aje kan ?" teka Mak Teh mula risau.

Tanpa sepatah kata apa pun daripada Iman, Iman mula menuruni anak tangga pantas menuju ke pintu rumah semula. Dia harus cari Ain semula.Boleh terjadi apa - apa yang bahaya nanti dekat Ain.

" Tuan Iman nak pergi mana pulak tu ?"

Part of Ain.

Ain tertunduk - tunduk kepala jadinya apabila Helena terus menerus merenungnya daripada tadi. Mati kutu Ain dibuatnya alahai.

" Hmm kenapa kak Ain menghilang macam tu aje ? Helena cari kak Ain tau..."luah Helena saat ini. Tidak menyangka dia dapat berjumpa semula dengan Ain.

" Hmm sorry Helena...kak Ain terpaksa..."

Tergeleng kecil kepala Helena.

" Hmm kenapa kak Ain kahwin dengan adik abang Aiman tu ? Tengok dia buat apa sekarang dekat akak ? Akak jangan ingat Helena tak nampak ea apa yang dia buat dekat akak hari ni..." bebel Helena geram akan tindakan Iman. Ya Helena tengok segalanya daripada mula hinggalah akhir.

Ain mula menatap wajah Helena perlahan - lahan.

" Ermm akak tak tahu pun dia adik abang Aiman sebelum akak kahwin dengan dia..."

Helena sedikit tersentak kecil. Kak Ain tak tahu rupanya.

" Hmm habistu sekarang dia nak balas dendam dengan akak kan ? " soal Helena tidak puas hati.

" Macam mana Helena boleh tahu pasal ni ? "

" Yelah - yelah rileks ! Aku tolong kau cari Ain nanti..jangan risau dia mungkin...." kata - kata Luthfi terhenti tatkala melihat figura Ain kini ada di ruang tamu rumahnya bersama adik perempuannya, Helena.

" Mungkin apa ? " soal Iman yang agak terganggu dengan kata - kata Luthfi yang tergantung itu.

" Errr hah dia mungkin ada pergi mana - mana kot ? Okay lah nanti apa - apa aku inform kau balik....bye..."

Tut....tut....

Luthfi mula bergerak mendekati Helena dan Ain di situ.

" Ain dekat sini rupanya..." tegur Luthfi membuatkan Ain berpaling.

Ain tersentak hebat jadinya.

" Luthfi ? " Apa yang dia buat dekat sini ? Dalam rumah Helena pulak tu ?

" Hm kak Ain tanya kan macam Helena tahu ? Hmmm abang Luth lah yang ceritakan semuanya dekat Helena..." jelas Helena.

" Abang Luth ? " Ain terpinga hebat dibuatnya.

Helena mengangguk pantas.

" Ya abang Luthfi ni abang kandung Helena..."

Apa ? Helena adik Luth ?

•·•·•·•·•·•·•·•·•·••·•·•·•·•·•·•·•

Berkeliling  Iman bersama keretanya di sekitar  kawasan supermarket mencari Ain. Hmm mana kau pergi hah perempuan ? Kau sengaja nak buat aku rasa bersalah kan ?

Hmm dia cuba banyak kali juga call Ain namun satu pun tidak dijawabnya. Namun tiba - tiba Iman pula yang mengambil panggilan daripada Mak Teh. Pantas  saja Iman mengangkatnya. Mana tahu Ain dah balik ke rumah ke ?

" Hello Mak Teh ? Ain dah balik ke ? "

" Ermm tak Tuan...tapi.."

" Tak tapi apa ? "

" Errr ibu mentua dengan ayah mentua Tuan Iman...ada dekat rumah sekarang..."

" What ?! " Iman menepuk kuat dahinya. Mampus aku ! Arghh Ain mana kau ? Menyusahkan betul lah.

" Errr diaorang tengah tunggu Tuan Iman dengan Ain balik..." kata Mak Teh lagi merungsingkan Iman jadinya.

Iman terdiam. Tiada kata lagi hendak dibalasnya. Dia amat buntu saat ini.

Pintu utama ditutup perlahan oleh Iman. Dia cuba menyusun ayat di dalam fikirannya. Entah apa lah dia nak menjawab dekat ibu dan ayah Ain kalau diaorang tanya mana anak diaorang. Think Iman think !

Haish takkan aku nak cakap yang aku tinggalkan dia pastu dia hilang pulak..

Tanpa sedar Iman sudah melangkah ke ruang tamu. Kelihatan ibu dan ayah Ain sedang santai sambil menonton televisyen di situ.

" Errr Assalamualaikum umi  ayah..." sapa Iman agak gugup jadinya. Mati aku kali ni. Iman menyalam tangan umi  dan ayah Ain.

" Waalaikumusalam.." sahut Maryam dan Zaidan serentak. Mereka mula menyahut juga salam daripada Iman itu.

" Errr umi ayah...ermm Ain..."

" Iman dah balik ?" satu suara mula menyapa dipendengaran telinga Iman. Iman pantas memandang ke arah empunya suara.

Ain ? Dia dah balik ? Tanpa sedar, Iman menghembus nafas lega. Ain pula mula mengatur langkah sambil membawa dulang yang berisi air teh untuk disajikan kepada umi dan ayahnya.

" Hah apa yang Iman nak cakap tadi ? Ain kenapa ?" soal Maryam agak tertanya - tanya.

" Hah err tak ada apa - apa lah umi..." Iman mula memandang sekilas ke arah Ain seolah memberikan isyarat.

Ain hanya membalas dengan senyuman saja. Dia tahu Iman mesti dah gelabah gila kan bila ingat Ain hilang waktu - waktu umi dengan ayah nak datang rumah ni. Ain juga macam tu tadi. Nasib baik dia sempat balik. Kalau tak? Hmm habis la Iman.

•·•·•·•·•·•·•·•·•·••·•·•·•·•·•·•·•

Kecik betulkan dunia ni. Tak sangka pula dia yang selama ni Helena adalah adik kandung Luthfi. Patut lah Helena tahu semua tentang Iman. Luthfi juga telah menceritakan segala plan Iman ke atas Ain selama ini. Ain hanya menerimanya dengan lapang dada memandangkan dia juga sudah tahu semua niat jahat Iman itu.

Sedang leka mendengarkan cerita Luthfi, telefon bimbit Ain mula berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk. Ain melirik ke nama contact yang tertera di screen phonenya.

Iman.

" Kenapa tiba - tiba dia call aku ? Tadi tinggalkan aku sangat ?" desis hati Ain. Berat hatinya untuk mengangkat panggilan tersebut.

" Siapa call ? Mamat tak guna tu ke ?" soal Helena agak sinis.

Luthfi pantas menyiku lengan Helena. Ish adik aku ni. Mulut tu tak ada insurans betul. Seketika Ain mengangguk kecil mengiyakan kata - kata Helena.

Zappp !

Telefon Ain dirampas Helena serta merta.

" Tak payah angkat...biarkan dia tercari - cari kak Ain...Tadi tinggalkan sangat kan ? Ni lah makannya sekarang !"

Tergeleng - geleng kepala Luthfi melihat kerenah adiknya itu. Hmm dia faham sangat Helena macam mana bila dah geram dan benci akan sesuatu tu.

Seketika telefon Ain berbunyi lagi. Helena memandang screen seketika melihat nama yang tertera. Telefon tersebut dihulurkan semula kepada Ain. Ain sedikit tercengang. Kenapa bagi pula ? Tadi kata tak payah angkat call Iman ?

" Ni memang patut kak Ain angkat..." kata Helena tenang.

Tidak memahami kata - kata Helena, Ain pantas melirih nama contact yang tertera.

Umi.

" Kau memang sengajakan nak susahkan aku tadi ?" suara kasar Iman mula menerjah seraya mematikan lamunan Ain.

Ain menoleh ke arah Iman. Hmm bila masa pula mamat ni masuk dalam bilik aku ? Oh lupa pulak, malam ni aku tidur bilik Iman. Hmm yelah umi dengan ayah menginap dekat sini satu malam.

" Apa maksud Iman ni ?"

Iman mencebik. Dia merenung tajam Ain.

" Kau menghilang ke mana tadi ? Aku cari kau merata tempat tau ! "

Hmm oh cari aku rupanya tadi. Ingatkan memang tak kisah dah.

" Aku tanya kan ? Kenapa diam ? Kau nak lari daripada aku ke hah ?"

Ain menghembus nafas berat. Dia mula memandang Iman dengan mata yang berkaca.

" Iman..yang tinggalkan Ain tadi...."kata Ain mula sedih tiba - tiba. Entah kenapa emosi Ain juga naik turun beberapa hari ni. Hmm mungkin ni ada kaitan dengan check up kesihatan aku tadi dekat hospital ke ?

Iman tersentak dan terdiam. Dia melarikan pandangannya ke lain. Tidak sanggup pula memandang wajah Ain yang sedang memandangnya kini.

" Iman....ada benda yang Ain nak cakap sikit....Ain rasa Iman patut tahu.."

" Cakap apa pula kau ni ?" soal Iman seraya memandang semula Ain.

Ain mengetap bibirnya kejap. Dia cuba mengumpulkan semangatnya terlebih dahulu sebelum dia menyampaikan suatu berita yang mungkin juga tidak akan dapat diterima oleh Iman. Iman menantikan kata - kata Ain penuh debaran jadinya.

" Ain...Ain...pregnant..." ucap Ain seraya memejam matanya rapat.

" Apa ?! Kau pregnant ?" tersentak hebat Iman. Bagaikan ingin luruh jantung dibuatnya.

#Hmm alahaiii konflik demi konflik. Hmm memang tiadakah sinar bahagia buat Ain ? Keep vote and comment 😚✨


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro