Bab 10
Hidden Love
⊱⋅ ──────────── ⋅⊰
Kelihatan seorang lelaki sedang setia menantikan seorang gadis yang amat disukainya bersama sejambak bunga di tangan. Debar di hati terasa tanpa sedikit pun tersisa. Agak resah ingin membuat pengakuan perasaan terhadap gadis yang disukainya selama ini dalam diam.
" Abang Aiman !" suara Ain mula menyapa dari jauh. Setelah itu dia mula berlari anak ke arah Aiman.
Aiman mula menoleh. Senyuman manis dihadiahkannya kepada Ain.
" Wah ada bunga lah...untuk siapa ?" soal Ain polos sambil mata dilirik ke jambangan bunga rose dipegangan Aiman itu.
Aiman menghulurkan jambangan bunga rose itu kepada Ain.
" Untuk Ain lah.."
Ain sedikit terpinga. Hah untuk aku ? Asal pulak ?
" Ain...ada benda abang nak cakap sikit ni..."
Ain terdiam jadinya. Bunga rose yang dihulur Aiman itu masih tidak disambutnya.
" Abang sebenarnya...dah lama simpan perasaan dekat Ain...abang sayangkan Ain lebih daripada seorang kawan...ataupun seorang senior dengan junior..."luah Aiman akhirnya.
Ain tersentak hebat ketika itu. Apa ? Abang Aiman suka aku ?
" Abang harap Ain pun ada perasaan yang sama dengan abang....dan boleh terima abang sebagai...."
" Kejap...Ain...ermm Ain...just anggap abang senior Ain aje...tak lebih daripada tu pun..." pintas Ain mula cuba jujur akan perasaannya terhadap Aiman selama ni.
Aiman agak terkesima. Sudah pasti cintanya bertepuk sebelah tangan.
" Maaf abang...Ain tak boleh nak balas perasaan abang tu ya...hmm tapi kita masih boleh berkawan baik kan ? Kita masih boleh ada untuk satu sama lain...okay ?" kata Ain lalu tersenyum manis. Dia tidak mahu hubungannya dengan abang Aiman menjadi renggang disebabkan hal ini.
Aiman tertunduk buat seketika sebelum dia mula memandang Ain semula.
" Hmm baiklah kalau macam tu..abang terima.."putus Aiman.
Ain menghembus nafas lega. Maka mereka mula menjalinkan hubungan sebagai senior dan junior seperti biasa saja. Mereka tetap rapat seperti selalu. Study sama - sama. Keluar jalan sama - sama.
Namun apabila sampai suatu ketika di mana Aiman masih saja tidak mampu menghapus perasaannya dan dia mula hampir hilang kewarasannya....
Ain berlari pantas ke falkulti muzik apabila dia mendapat mesej daripada Aiman yang menyatakan dia dalam bahaya di kawasan tersebut. Penuh rasa risau mula bertandang di hati Ain jadinya. Sesampai saja Ain waktu tu dekat kawasan yang agak sunyi di falkulti Muzik mencari kelibat Aiman tiba - tiba tidak semena - mena tubuhnya dipeluk daripada belakang.
" Abang Aiman tahu...Ain mesti datang risaukan abang kan ?" bisik Aiman ditelinga Ain. Pelukan dieratkan.
" Abang Aiman ? Apa ni ? Lepaskan Ain lah !" ronta Ain jadinya. Dia terkejut dengan tindakan Aiman saat itu.
" Hmm tak nak...abang takkan lepaskan Ain kali ni...Abang sayang dan cinta sangat dengan Ain...Ain jangan tolak abang lagi ehh...." kata Aiman mula meraba - raba tubuh Ain saat itu.
Ain mula dirundung rasa takut waktu tu. Dengan segala tenaga yang dia ada, dia mula menolak Aiman kuat. Aiman terundur ke belakang jadinya.
" Abang Aiman dah gila ke apa ?! Kenapa buat Ain macam ni ? Tolong lah terima kenyataan yang Ain tak boleh nak balas perasaan abang Aiman tu ! " soal Ain mula menjauh daripada Aiman.
Aiman tersenyum sinis namun pandangannya berkaca.
" Abang memang dah gila ! Abang gila kan Ain ! Ain faham tak ? Abang tak boleh hidup tanpa Ain ! "tengking Aiman seraya mula mara ke hadapan cuba memeluk Ain lagi.
Ain mula pantas hendak melarikan diri. Dia takkan biarkan Aiman buat sesuka hati lagi ke atas dirinya.
Namun malang tidak berbau apabila Aiman berjaya menangkap tubuh Ain saat itu.
" Nak lari mana sayang ? Hmm hari ni abang akan jadikan Ain milik abang sepenuhnya..."
" Lepaslah abang ! "teriak Ain bersama titisan air mata yang mula menyinggah. Tangan Aiman cuba dirungkainya. Setelah itu Ain mula memikirkan cara lain dengan menggigit tangan Aiman saat itu.
" Sakitlah ! "teriak Aiman seraya melepaskan pelukan tersebut dan menepis Ain sehingga dia jatuh lalu terhantuk kepalanya disitu. Akhirnya dia pengsan tidak sedarkan diri lagi.
Ain mula membuka matanya perlahan - lahan apabila mimpi akan kenangan silamnya itu muncul. Ya Allah kenapa aku kena mimpi semua tu balik ? Hmm habistu apa yang terjadi setelah Ain pengsan masa tu ?
Hmm nasib baik lepas aje Ain pengsan masa tu kebetulan ada beberapa pelajar lelaki lain sempat terdengar dan melihat itu semua. Mereka mula menangkap Aiman dan menyelamatkan Ain.
Buat seketika Ain mula perasan akan sesuatu. Kenapa syiling bilik ni macam bukan syiling bilik aku aje ? Dahinya sedikit berkerut. Setelah itu Ain baru mula menyedari sesuatu. Sepantasnya dia mula melihat ke dalam selimut yang dipakainya. Ain tersentak hebat bila mendapati dirinya tanpa pakaian. Lama kelamaan baru dia menyedari akan kejadian semalam. Ya Allah malunya !
Apa yang jadi semalam ? Diaorang dah hmmmm alahaiii....
Ain mula menoleh ke ruang sebelah. Kosong ! Iman dah bangun ke ? Dia dah pergi kerja ?
•·•·•·•·•·•·•·•·•·••·•·•·•·•·•·•·•
Makanan tengah hari itu hanya dikuis - kuis Iman. Dia tiada selera langsung nak makan tengah hari ni. Fikirannya juga asyik menerawang entah ke mana. Dia masih tidak dapat menerima segala tindakan bodohnya malam semalam. Arghhh macam mana aku boleh mabuk dan sentuh dia semalam? Kau memang dah hilang akal lah Iman !
" Hmm kau okay tak ni Iman ?"soal Syakirin mendatar. Masih rasa tidak puas hati dengan plannya yang tidak menjadi semalam.
" Hmmm.."balas Iman.
Syakirin sedikit mencebik !
" Kau okay tak semalam ? Aku hantarkan kau balik semalam...nasib baik Ain tak tidur lagi masa tu...dia yang...."
" Kau jangan cakap pasal semalam boleh tak ?" pintas Iman akan penjelasan Luthfi masa tu.
Luthfi terdiam. Syakirin tersenyum sinis dalam diam.
" Asal ? Ada apa - apa yang berlaku ke semalam ?" soal Fared tiba - tiba menghangatkan lagi keadaan.
" Arghh bodoh la aku wehh...Macam mana aku boleh mabuk ea semalam? Seingat aku..aku tak sentuh pun air apa - apa yang memabukkan ! "bentak kecil Iman.
Fared hanya mengangkat bahu sedangkan dia tahu segalanya.
" Alaa rileks lah...mabuk sekali sekala aje...."balas Syakirin selamba.Senyuman sinisnya masih tidak lekang.
" Masalahnya kalau mabuk aje tak apa....tapi ni...haish..."
" Kenapa ?" soal Luthfi mula syak sesuatu.
Mulut Iman tiba - tiba terkunci. Sungguh jijik dia ingin menyatakan apa yang telah berlaku di antara dia dan Ain malam tadi.
" Wooo ! Jangan cakap kau dah sentuh dia semalam bro ?" teka Fared.
Iman akhirnya terangguk kecil dan sekaligus mematikan senyuman sinis Syakirin.
" What ? Kau dah gila ke Iman ? Kau cakap kau takkan sentuh dia ! " kata Syakirin tidak puas hati. Habis rosak semuanya ! Sepatutnya Ain tu aku yang rasmikan dulu lah !
Luthfi pula yang menguntum senyuman sinis menggantikan Syakirin. Padan dengan muka kau Kirin !
Iman hanya mendiamkan diri dan dia tidak mahu lagi membicarakan soal ini. Semuanya sudah terlambat. Tiada apa lagi yang dapat dinafikan oleh Iman apabila semuanya yang berlaku semalam sudah terjadi tanpa sedar.
Iman dan Fared sudah melangkah ke hadapan. Hanya tinggal Syakirin dan Luthfi dibelakang jadinya. Mereka berjalan beriringan bersama.
" Hmm macam mana ? Apa plan kau selepas ni ? Nak mabukkan Iman lagi ke ?" soal Luthfi selamba.
Syakirin tersentak kecil. What ? Mamat kerek ni tahu pasal plan aku semalam ?
" Ohh...so kau lah yang dah rosakkan plan aku semalam ? Bodoh lah kau ni ! "kata Syakirin.
Luthfi tersenyum sinis.
" Tak lah..bukan aku tapi kau yang buat kerja tak clean langsung...dah tu plan kau kan macam budak - budak....tak gentle langsung bro..."perli Luthfi.
Bertambah sakit hati Syakirin dibuatnya.
" Kau ni dah kenapa hah ? Kau tengok sekarang Ain tu dah tak suci lagi ! Kau kata kau pun nak Ain tu ? Kau nak bekas Iman ke ?" kata Syakirin.
Luthfi sedikit terdiam sebelum dia mula menepuk belakang Syakirin.
" Kau percaya ke yang aku nakkan Ain tu ? Hmm dulu mungkin ya...but now...not interesting...dia hak Iman lah...aku tak nak sailang kawan baik sendiri punya isteri...bukan macam kau..." kata Luthfi seraya mula melangkah lebih pantas ke hadapan.
Syakirin mengenggam penumbuknya erat menahan geram. Ikutkan nak aje dia belasah Luthfi dekat sini. Namun dia tak nak kantoikan segalanya di hadapan Iman saat ini.
•·•·•·•·•·•·•·•·•·••·•·•·•·•·•·•·•
Malam mula menjelma. Ain baru sahaja selesai solat maghrib. Dia baru saja mahu turun ke bawah untuk makan malam. Hari ni dengar kata Mak Teh masakkan nasi ayam. Heee macam sedap aje bau daripada petang tadi Mak Teh mula masak.
Akibat kejadian semalam, Ain terasa agak lelah sedikit hari ni jadinya. Entah lah mungkin sebab pertama kali kot hahaha merepek kau ni ! Jadi Ain mula hendak menggunakan lift untuk turun ke bawah. Nasib baik dah okay kan lift.
Buka - buka saja pintu lift, Ain pantas melangkah maju ke hadapan tanpa melihat dahulu kot - kot ada orang ke apa.
Bukkk !
Tidak semena - mena dia terlanggar bidang dada seseorang kuat.
" Aduhh..."mengaduh kecil Ain. Dia terundur ke belakang jadinya.
Kelihatan Iman saat itu hanya merenung Ain. Dia tidak bersuara sama sekali. Ain juga mula mendongak waktu tu.
Glurp ! Ain telan liur agak kesat lalu dikerongkongnya.
" Err Iman...so...sorry..."
" Lupakan pasal semalam..."kata Iman tiba - tiba.
" Hah ? " Ain tercengang jadinya.
" Anggap aje semua tu hanya mimpi buruk ...jangan ingat apa - apa lagi pasal semalam...aku tak sedar masa tu...aku tak sedar apa yang kita buat semalam tu...semua tu hanya satu kesalahan..."
Ain terdiam. Apa ? Semudah tu aje Iman suruh lupakan pasal semalam ? Dia ingat aku apa ? Pelacur ke hah ? Aku isteri dia lah ! Iman mula hendak melangkah pergi waktu tu.
Zappp !
Sepantasnya Ain menarik tangan Iman. Iman tertoleh semula menghadap Ain.
" Kenapa nak kena lupa ? Iman menyesal ke pasal semalam?" soal Ain mendatar. Sakit hatinya bila kata - kata Iman tadi seolah - olah Iman menganggapnya dirinya tidak layak dianggap sebagai seorang isteri yang melakukan tugasnya.
Iman terdiam jadinya.
" Please la Iman...Ain ni isteri Iman yang sah tau...tak salah pun apa yang jadi semalam...lagipun Iman tak payah rasa bersalah sangat dengan abang Aiman...Abang Aiman dah tak ada...tolong lah move on daripada terus rasa bersalah dengan arwah abang Aiman..."luah Ain bersama sebak di dada.
Iman tersentak hebat seraya mula menepis pegangan tangan Ain dan mengangkat tangannya tinggi ingin menampar pipi Ain buat kedua kalinya. Dia tidak boleh menerima apabila nama abangnya disebut - sebut sebegitu. Ain pula pantas memejamkan matanya. Cuba bersedia dengan segala tamparan.
Namun tiba - tiba kejadian malam semalam di mana Iman meluahkan isi hatinya dan menyentuh tubuh Ain mula terlayar dipandangan matanya. Iman pantas menggeleng kecil. Dia menurunkan semula tangannya lalu berlalu pergi begitu saja.
Ain membuka perlahan - lahan matanya semula. Dilihat figura Iman yang berlalu pergi.Ain menghembus nafas lega. Ya Allah...engkau lembutkan lah hati suamiku, Iman.
#Hayyooo kenapa keras hati sangat ni Iman ? Sorry kalau sis lambat update ke apa..busy sikit lah heee keep vote and comment ya ! 🥰💗
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro