Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 1

𝙱𝚒𝚜𝚖𝚒𝚕𝚕𝚊𝚑𝚒𝚛𝚛𝚊𝚑𝚖𝚊𝚗𝚒𝚛𝚛𝚊𝚑𝚒𝚖

⊱⋅ ──────────── ⋅⊰

Hidden Love

Semua persiapan perkahwinan Nurul Ain bersama Muhammad Nur Iman telah disediakan. Majlis tersebut telah diadakan di villa milik keluarga pihak lelaki. Itu atas permintaan pengantin lelaki sendiri. Pihak pengantin perempuan hanya menurut saja tanpa banyak membantah. Apa yang penting urusan perkahwinan ini berjalan dengan lancar.

Nurul Ain sudah mula duduk bersimpuh di tengah ruang. Hanya menantikan acara akad nikah segera dilakukan. Debaran di dalam hati tidak usah ditanya lagi. Ya Allah permudahkan lah segala urusan akad nikahku hari ini. Semoga rumahtangga ku diberkati Amin...

Buat seketika Ain melihat bakal suaminya, Iman mula menghadap tok kadi. Handsome. Itu yang dapat digambarkan oleh Ain tentang penampilan Iman hari ini. Alhamdulillah rezeki Ain dapat suami yang sedap mata memandang hahaha. Sempat lagi tu haish Ain..Ain...

Punya leka memerhati Iman, tidak sedar Ain sudah sah bergelar isteri pada Iman dengan sekali akad saja. Fuhhh mula sekarang nak rasa gelabah teruk bila Iman dah mula nak menapak ke arah Ain untuk sesi pembatalan air sembahyang. Tadi duk berangan sangat kan ?

" Ain..hulur tangan tu....Iman nak sarung cincin.."tegur Maryam disebelah.

" Hah ? Ohh.." Tangan yang sedikit terasa sejuk mula dihulurkan.

Tidak tunggu lama, Iman mula menyentuh juga akhirnya tangan Ain.

Dup...Dap...Dup...Dap...

Wajah Iman tidak dipandang langsung Ain. Malu wehh. Ain hanya memandang ke arah setiap tindakan tangan Iman yang tenang menyarungkan cincin ke jari manisnya. Selepas itu dia mula mencium tangan Iman. Para photographer juga tidak mahu kalah melakukan pekerjaan mereka. Hampir berpinar mata ni dek kerana lampu flash camera ya !

" Ain dongak la sikit kepala tu....Iman nak cium dahi tu.." tegur Maryam lagi.

Hah ? Nak cium dahi pulak ? Allahu malunyaa....

" Errrr..." kepala diangkat perlahan - lahan. Bidang dada Iman dapat dilihatnya kini. Fuhh rileks Ain....rileks..

Dagu runcing Ain mula disentuh kecil Iman. Selepas itu bibir merah Iman mula jatuh pada dahi Ain akhirnya. Ain terpejam mata menghayati ciuman hangat itu. Setitis air matanya mula jatuh tanpa dia sedar. Ya Allah...tak sangka aku dah jadi isteri dia. Lelaki yang tiada siapa pun tahu sudah lama bertahta di hati Ain.

Jadi Ain dah lama kenal Iman ?

Ya.

Hanya itu jawapan Ain untuk sekarang.

•·•·•·•·•·•·•·•·•·••·•·•·•·•·•·•·•

Majlis habis agak lambat ya. Tak sangka pula ramai juga tetamu yang menghadirkan diri ke majlis tersebut. Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang waktu tu. Ain pun dah penat lain macam tapi Iman masih beriak macam tak penat langsung. Excited barangkali dengan perkahwinan ni ?

" Iman bawa Ain naik dulu...kesian Ain penat sangat dah tu.."tegur Nisrina a.k.a mama Iman dan ibu mertua Ain.

Iman melirih kecil ke arah Ain. Hmm penat ?
Mainkan perasaan orang tak penat pulak ?

" Eh tak apa maa....Ain okay lagi..."

Hmm acah ! Pandai belakon betul kan minah ni ?

Pap !

Bahu Iman ditampar kecil. Iman menoleh semula ke empunya tamparan.

" Orang suruh bawa Ain naik atas rehat....yang Iman duk tilik Ain dah kenapa ?"

" Hah ? Oh okay...Jom naik..."ajak Iman sambil mempamerkan senyuman bahagia yang seharian ditunjuknya padahal semua itu dusta belaka.

Akhirnya Ain akur dan hanya mengikuti langkah Iman apabila Iman mula menarik tangannya.

Hari ni semua ahli keluarga Ain akan menginap dekat villa keluarga Iman ni sebelum balik ke rumah masing - masing esok. Villa ni agak besar dan muat untuk semua yang ada. Bilik pengantin untuk malam ni pun telah disediakan di villa tersebut.

Kedua - dua pengantin sudah masuk ke dalam bilik pengantin mereka. Ain sedikit teruja melihat hiasan katil. Simple dan cantik. Namun fikirannya tiba - tiba sedikit risau. Errr malam ni takkan jadi apa - apa kan ? Hahaha.

" Tunggu apa lagi ? Pergi lah mandi ke apa..."tegur suara garau Iman. Kedengaran sedikit garang tapi mampu mencairkan hati Ain ya.

Iman hanya leka membuka aksesori pengantin yang dipakainya di hadapan meja solek. Butang baju juga dibuka sedikit. Lemas berpakaian sebegini seharian. Ain hanya menjadi pemerhati. Suka benar dia melihat Iman sejak dah jadi isteri Iman. Entah lah Iman nampak cool and smart semacam. Namun Ain sedikit perasan akan sesuatu. Hmm kenapa gaya dan penampilan Iman macam seakan - akan sama dengan someone yang Ain kenal ea ?

Menyedari tingkah lakunya diperhati oleh Ain. Iman mula menoleh dan merenung tajam ke arah Ain.

" Kau nak aku tolong mandikan kau eh ?"

Ain sedikit tersentak. Bukan sebab pertanyaan Iman tapi bahasa diri yang Iman gunakan tu. Kenapa kasar semacam ? Macam tu ke panggilan dia dengan aku lepas jadi suami isteri ? Yelah sebab sebelum ni sepanjang tempoh mereka bertunang dan menguruskan persiapan perkahwinan, Iman selalu menggelarkan dirinya Iman dan memanggil aku dengan panggilan Ain.

" Ehh tak...tak..Ain mandi sendiri.." Malas merungsingkan fikiran, Ain mula bergerak untuk membersihkan diri.

" Malam ni bersiap...kita nak keluar..." kata Iman mula menghentikan langkah Ain. Ain menoleh.

" Keluar ? Pergi mana ?"

" Hmm ada lah...bersiap aje la..jangan banyak tanya..."

" Ermm okay.."

•·•·•·•·•·•·•·•·•·••·•·•·•·•·•·•·•

Entah ke mana Iman membawa Ain malam tu, Ain hanya akur disebelah Iman di dalam kereta. Mereka tiba di suatu kawasan yang agak aneh ya. Kelihatan agak ramai dengan kereta - kereta anak - anak muda ya. Apa yang dapat dilihat oleh Ain semasa Iman sedang mencari parking adalah budak - budak remaja yang agak sosial di sini. Iman ni nak bawa aku pergi mana sebenarnya ?

Ain masih kaku di tempat duduknya walaupun Iman dah selesai memakirkan kereta BMW nya.

" Jom turun.."

" Nak pergi mana ni ? Takkan lah situ ?" jari telunjuk diajukan ke arah satu kelab malam di situ.

Iman sedikit tersenyum sinis.

" Ikut aje lah...kau nak ingkar kata - kata suami kau ke ? First day nak kena cop isteri derhaka ? Macam tu ? " soal Iman.

Ain pantas menggeleng.

" Dah tu ? Jom..."

Mahu tidak mahu buat pertama kalinya Ain menjejakkan kaki ke dalam sebuah kelab malam. Tidak menyangka pula Ain yang Iman sebenarnya macam ni. Dia seorang kaki kelab ? Malam pertama yang sepatutnya indah - indah belaka tapi malah belang Iman yang ditunjuknya ?

" Whats up bro ! " sapa salah satu kawan baik Iman di situ yang bernama Fared a.k.a Red.

Mereka mula bersalaman antara satu sama lain.

" Apa ni bro ? Malam pertama dah datang kelab ? Orang dalam bilik lah..." tegur satu lagi kawan baik Iman iaitu Syakirin a.k.a Kirin.

Iman tersengeh kecil.

" Tak main ahh dalam bilik...kelab baru onnn ! "teriak Iman selamba lalu mula ketawa besar.

Ain masih kaku dibelakang Iman saat itu. Dia masih terkejut dan tergamam ya dengan tingkah laku Iman sekarang. Nama saja Iman tapi nampak macam tak beriman aje sekarang ni. Ya Allah aku tersilap cari suami ke macam ni ?

" Tu isteri kau kan ? Ain ? Lawa juga ehh.." Fared mula bersuara sambil dijengukkan kepalanya melihat Ain di belakang Iman.

Ain masih cuba berselindung di belakang Iman. Dia takut dengan pandangan gatal yang dilemparkan oleh Fared dan Syakirin saat itu.

" Duduk sini lah..berdiri apa belakang Iman tu ?" tegur Syakirin pulak.

Iman menoleh ke arah Ain dibelakangnya. Tidak semena - mena tiba - tiba dia mula menarik tangan Ain lalu ditolaknya Ain duduk di ruang kosong sebelah Syakirin. Betul - betul dekat dengan Syakirin waktu tu sehingga terasa bahu bersentuhan.

Syakirin dan Fared mula bersorak riuh apabila Ain diperlakukan seperti patung disitu.

Ain tersentak hebat dengan tindakan Iman tersebut. Berani - beraninya Iman menolak dirinya duduk dekat dengan lelaki yang bukan mahramnya ? Dia sebagai suami tak kesah langsung ke ?

" Luth tak datang lagi ke ?" soal Iman mula tidak menghiraukan ketidakselesaan Ain waktu tu.

Fared dan Syakirin mengangkat bahu sebagai tanda tidak tahu.

" Oh dia on the way kot ? Ermm guys..aku pergi toilet jap..." kata Iman seraya mengenyitkan matanya pada Fared dan Syakirin dan dalam erti kata lain itu sebagai tanda isyarat untuk Fared dan Syakirin mula kenakan Ain.

Semuanya telah dirancang Iman sebenarnya. Sengaja dia ingin mempermainkan Ain malam ini. Ini baru permulaan untuk penderitaan Ain. Ain bertambah tidak senang duduk bila Iman mula meninggalkan dirinya sendirian dengan dua kawan lelakinya itu.

•·•·•·•·•·•·•·•·•·••·•·•·•·•·•·•·•

" Ain nak minum ke ?" soal Fared.

Ain menggeleng pantas. Minum ? Minum air apa dekat tempat macam ni ? Arak ? Gila kot diaorang ni ? Nama saja islam tapi tak tahu mana yang haram mana yang halal ?

" Alaa minum aje lah...sedap tau air ni.." Syakirin pula mula mengambil segelas air yang kelihatan agak pelik lalu disuakan ke arah mulut Ain.

Ain sedikit menolak gelas tersebut.

" Sorry tak nak.."

Fared mencebik dengan tingkah laku Ain. Setelah mendengarkan cerita Iman tentang siapa Ain dan mengapa Iman hendak membalas dendam ke atas Ain, Fared dan Syakirin turut sama membenci Ain juga.

" Alaa jangan lah jual mahal sangat...hmmm minum sikit aje..." Syakirin semakin memaksa pula. Dia mula mendekatkan lagi gelas tersebut pada mulut Ain.

Ain sedikit terkejut seraya mula menepis gelas tersebut sehingga tertumpah di atas seluar Syakirin.

" Oh shit ! " berdecit Syakirin jadinya.

" Sorry - sorry..." Ain mula gelabah.

Syakirin mula menepuk - nepuk seluarnya yang sedikit basah itu.

" Menyusahkan betul kau ni kan ? Orang suruh minum aje pun tu pun susah ke hah ?" tempik Fared pula mula memaksa Ain untuk minum. Namun bukan seperti yang dilakukan Syakirin tadi, Fared malah mencurahkan air di dalam gelasnya ke atas kepala Ain.

Ain tersentak hebat. Habis basah Ain dibuatnya.

Fared dan Syakirin mula ketawa besar jadinya. Senang mereka mengenakan Ain masa tu. Puas hati rasanya ! Lagi pula itu hanya air coke biasa bukannya arak pun.

" Hah kan senang ! Tak nak minum sangat kan tadi ? Air coke aje pun tu pun tak nak minum..."perli Fared.

Mata Ain mula berkaca. Ain malu sangat - sangat bila dirinya diperlakukan seperti itu. Mana Iman ni ? Aku nak balik ! Aku tak nak ada dekat sini lagi. Apa salah aku dihari pertama jadi isteri Iman ? Kenapa aku dilayan macam ni ? Ni bukan apa yang aku impikan !

" Nak minum lagi tak ?" soal Fared sengaja ingin menyakitkan hati Ain lagi.

Ain pantas bangun dia mula berlalu pergi dari situ. Tidak betah lagi dia lama - lama dekat tempat jijik macam ni ! Syakirin dan Fared akhirnya melagakan tapak tangan. Goodjob ! Plan diaorang menjadi.

Ain mula berjalan laju sehingga ke pintu masuk kelab malam tersebut. Nasib baik dia masih ingat jalan nak keluar dari sini. Air mata juga laju seiring kaki yang melangkah. Baju yang kotor akibat curahan air coke tadi juga tidak dihiraukan Ain walaupun ada mata - mata yang memandang pelik ke arah Ain. Mungkin pelik dengan penampilan bertudung Ain tapi masih saja masuk ke dalam kelab malam macam ni.

Bukk !

Ain terlanggar seseorang setelah berjaya keluar dari kelab malam tersebut. Dia mula tidak seimbang dan hendak terjatuh namun pantas saja sepasang tangan mula memaut pinggang Ain waktu tu. Ain terdongak memandang lelaki yang menyambutnya itu. Mereka mula bertatapan mata antara satu sama lain.

" Sorry miss..." kata Luthfi a.k.a Luth.

#Chapter 1 for u guys ! Amacam ? Okay tak okay untuk permulaan ? Dah ada haters Iman ke dekat sini ? Heee harap story baru ni dapat sambutan yang hebat ya ! In shaa Allah sis akan cuba buat terbaik. Jangan lupa keep vote and comment ya ? Tq ! 💜











Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro