Epilog
Setelah Zafril pulih untuk beberapa ketika, dia kembali semula ke sekolah. Dia dapat lihat perubahan yang ketara di sekolahnya. Guru-gurunya telah bertukar dan begitu juga dengan pengetua. Para pelajar yang bermasalah telah disingkirkan dari Gaviel High-School.
Keadaan sudah menjadi lebih baik setelah sisi gelap sekolahnya terbongkar apabila pihak mahkamah mengadakan siasatan yang diketuai oleh ibunya sendiri.
Cuma, dia kehilangan seseorang. Ayyan. Dia dapat tahu bahawa Ayyan berhenti sekolah selepas kejadian tersebut. Zafril cuba untuk mengesan keberadaan Ayyan namun hampa. Tiada jejak langsung yang ditinggalkan.
"Oi!" Panggil Ken. Zafril tersenyum memandang Ken yang memanggilnya. Ken memberikan isyarat kepada Zafril untuk mengikutinya. Mereka berdua bergerak ke tempat perjumpaan Hidden Card. Kelihatan Caden sedang membaca buku sambil menanti kehadiran mereka.
"Ada apa ni?" Zafril hairan melihat mereka berdua yang memanggilnya ke sini.
"Joker, kau boleh buat permintaan yang kau nak buat hari tu. Permission are given to you." Kata-katanya mesti dikotakan! Ken menyuruh Zafril untuk duduk di salah satu kerusi.
"Zaf, aku nak kau jadi Ace. Ganti tempat abang kau." Permintaan Ken membuatkan Zafril berkerut dahi. Ace? Dia?
"Aku tak nak." Caden menutup buku yang dibacanya.
"Why?"
"Aku rasa aku tak cukup bagus macam abang aku. Aku mudah simpati dan takut kalau strategi yang aku rancang tak boleh nak bantu sesiapa pun." Ken dan Caden memandang antara satu sama lain sebelum mereka ketawa.
"Kau tak perlu risau tentang hal tu. Kegiatan kita akan berkurangan sebab sekolah dah ada sistem pengurusan yang jauh lebih baik dari sebelumnya. Kitorang nak isi tempat yang dah lama kosong dan kau layak. Kita tak akan masuk campur urusan sekolah kecuali ada perkara yang tak adil berlaku. Ingat moto Hidden Card, we move when unfair things happen." Zafril hanya mengangguk kepalanya.
"Jadi, macam mana?"
"Aku...."
***
Setahun berlalu...
Peperiksaan SPM telah berlalu dan hari ini merupakan hari di mana mereka akan mengambil slip keputusan mereka. Ada yang suka dan ada juga yang berduka.
Pengacara majlis mengumumkan senarai nama pelajar cemerlang. Nama Zafril tercatat sebagai pelajar paling cemerlang tahun ini. Puan Cahaya tersenyum melihat kejayaan yang berjaya diperoleh oleh anaknya. Dia merasakan bahawa dia merupakan ibu yang berjaya untuk mendidik anaknya. Sayang sekali, arwah Zarif tak sempat untuk mengambil peperiksaan SPM. Sedih hatinya apabila mengenangkan perkara tersebut.
"Ibu." Dia menoleh ke arah Zafril yang memandangnya sambil tersenyum. Tangan anaknya menunjukkan slip keputusan 9A+. Puan Cahaya mengusap kepala Zaril.
"I'm always proud of you."
"Zaf!" jerit Ken. Dia menghampiri Zafril bersama slip keputusannya.
"Cis, beza sikit sahaja ni." katanya sambil melihat ke arah slip keputusan milik Zafril. Zafril hanya tertawa sahaja. Seorang pelajar menghampirinya sambil memberikan sekeping kertas dan sejambak bunga. Dia terpinga-pinga menerima kertas tersebut namun diambil jua. Mana tahu ada maklumat penting dari ahli Hidden Card.
Dia telah bersetuju untuk menyertai Hidden Card setahun yang lalu, menggantikan arwah abangnya Zarif dan ya, semuanya berjalan dengan lancar.
"Congratulations on success, Zaf. Hopefully that we will meet again. - your friend, A.
A...., Ayyan. Matanya meliar ke sekitar kawasan dan melihat seseorang yang berada di atas motosikal yang melambai ke arahnya sambil tersenyum. Dia melambai semula ke arah pemilik motosikal itu. Kemudian, deruman enjin motosikal mula kedengaran dan meninggalkan asap sahaja di situ.
'Aku harap kau baik-baik sahaja, Ayyan.' Katanya dalam hati. Dia mendekati semula ke arah Ken yang sedang berfoto bersama junior mereka. Dia dapat melihat kegembiraan terpancar di setiap wajah insan yang dia sayang. Zafril berharap semuanya akan kekal baik-baik sahaja sama ada sekarang mahupun pada masa hadapan.
The End.
Alhamdulillah, tamat sudah Hidden Series 1. Terima kasih kepada yang sudi membaca karya saya. Andai tersilap kata mahupun mengguris hati para pembaca, saya mohon maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Sekian terima kasih. Semoga kita berjumpa lagi di karya seterusnya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro