Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 5


Pejam celik sahaja, hujung minggu telah kembali kepada hari biasa. Itu bermaksud hari ini sekolah! Zafril melangkah masuk ke dalam kelasnya. Dia melihat hanya ada beberapa orang sahaja yang telah tiba awal. Gaviel High School ini bukan seperti sekolah lamanya dulu yang perlu berada di dalam dewan pada waktu pagi sebaliknya mereka akan mendengar pengumuman daripada televisyen yang berada di dalam kelas masing-masing. Canggih sungguh!

Zafril mengambil kesempatan yang ada untuk melakukan sedikit latihan untuk mengisi kekosongan pada waktu pagi. Sedang sibuk dia menyiapkan latihan, Evelyne datang mendekatinya.

"Hai Zaf." Sapanya sambil tersenyum. Zafril hanya memandang sekilas sahaja. Tanpa aba-aba, Evelyne mengambil tempat disebelahnya. Dia juga turut meletakkan buku latihan di atas meja dan melakukan hal yang sama seperti Zafril.

Semakin ramai rakan sekelasnya yang telah hadir ke kelas. Mereka yang melihat adegan tersebut berbisik-bisik antara satu sama lain.

'Macam couple lah.'

'Wow, study sama-sama. Sweetnya!'

'Academic achiever couple.'

'Sesuai betul diorang tu. Sepadan.'

Itu antara bisikan yang didengarinya. Dia kurang selesa dengan perlakuan Evelyne yang  cuba mendekatinya secara tiba-tiba. Ayyan yang baru sahaja tiba hendak menegur Evelyne untuk bangun dari kerusinya. Bagi Evelyne pula, dia agak gembira dengan bisikan para pelajar tersebut.

"Oi, kau dah boleh bangun rasanya. Pemilik tempat duduk ni dah datang." Ayyan menarik-narik kerusi miliknya untuk menghalau manusia yang sesuka hati sahaja duduk ditempatnya.

"Ala...baru duduk ni." Ayyan membuat muka menyampah. Belum sempat dia bercakap, Ken telah mencelah terlebih dahulu.

"Kelas kau dekat mana sebenarnya? Aku rasa kau belum bodoh lagi sampai tak tahu nak baca nama kelas sendiri." Sinis sahaja Ken melontarkan kata-katanya. Evelyne agak malu apabila diperli sebegitu lagi-lagi di hadapan ramai pelajar lain. Dia bergegas bangun dan keluar.

"Berdebu tempat aku." Ayyan mengelap mejanya. Sudahlah duduk tempat orang, lepastu tak tahu nak lap debu pula tu. Bebel Ayyan sendirian. Zafril hanya tersenyum sahaja mendengar bebelan Ayyan. Tapi dia pelik, kenapa Ken bercakap kasar dengan Evelyne?

"Kau tahu kenapa Ken tak cakap lembut-lembut dengan perempuan?" Macam tahu - tahu sahaja persoalan yang ada dalam minda Zafril. Dia hanya mengangkat bahu.

"Dia tak suka perempuan. Dia gay." Terbuntang Zafril mendengar bisikan terakhir daripada Ayyan. Sebuah buku selamat mendarat pada muka kawannya itu.

"Gila kau ni Ken." Sakit betul. Dahlah tebal buku tu.

"Kau baru tahu ke?" Muka tidak bersalah ditunjukkan. Suka hati sahaja cakap dia tak lurus.Dia ni lurus tahu! Tapi bukan lurus bendul.

Guru matapelajaran biologi masuk ke dalam kelas dan memulakan pembelajaran mereka sehingga loceng berbunyi. Seterusnya, mereka perlu bergerak ke makmal kimia untuk melakukan eksperimen.

***

"Ayyan, cepatlah masukkan." arah Ken.

"Tak nak, nanti meletup!"

"Otak kau asid sulfurik meletup."

"Zaf, kau tolong jap. Nanti tak jadi eksperimen, jadi lain pula." Dia suruh masukkan bahan asid sulfurik bukan bom atau bahan radioaktif pun. Drama lebih sahaja Ayyan ni. Zafril hanya menurut. Rasanya meja mereka sahaja yang bising disebabkan suara Ayyan.

"Dah siap ke?" tanya Cikgu Lim, selaku guru kimia mereka.

"Belum, baru masuk asid sulfurik cikgu." Cikgu berbangsa cina itu menepuk dahinya. Manakan tidak, hampir 20 minit masa diberikan dan mereka baru sahaja masukkan semua bahan. Kumpulan lain sudah mula mencatatkan hasil eksperimen. Cikgu Lim berlalu pergi dengan kepala yang digeleng - geleng.

"Ni semua salah kau." Ken mula melancarkan perang. Ayyan mencebik. Yela! Semua salah dia. Dia sahaja yang salah. Yang betul tu Ken. Tapi memang betul pun.

"Dah tak payah nak buat hal dekat sini." Ken dan Ayyan terus menghentikan pergaduhan kecil mereka. Nasib baik hasil yang mereka dapat itu baik, kalau tidak memang berperang mulut lagi dua orang manusia itu.

***

Mereka berjalan pulang menuju ke kelas. Ketika itu, Zafril terlihat Adelia yang sedang menuruni tangga bersama seorang lagi rakannya.

"Hai, Adel!" Ceria sahaja suara Ayyan menyapa. Adelia memandang mereka kemudian mengangkat tangannya sebagai tanda sapaan. Dia bergerak melepasi mereka dan menuju ke bilik penyiaran.

Zafril melihat Ken yang masih lagi memandang ke arah Adelia. Pandangannya itu menghala lebih tepat ke arah kawan Adelia. Zafril merenung Ken dan Ayyan juga melakukan perkara yang sama.

"You like her ?" Duga Zafril.

"No! Adel dengan aku kawan." Bantah Ken.

"Aku tak mention pun nama Adel atau lebih tepat, kau sebenarnya syok dekat kawan dia." Merah muka Ken ketika itu. Ya, dia mengakui dia menyukai Cassandra namun gadis itu hanya menganggapnya sebagai teman sahaja.

"Uuuuu....one side love ke ni?" Ayyan sengaja melancarkan provokasi terhadap Ken. Ken menjelingnya dan bergerak meninggalkan mereka. Zafril dan Ayyan bergelak ketawa sambil mengejar kawan mereka yang sudah jauh berjalan ke hadapan.

Masuk sahaja mereka ke dalam kelas, Zafril dan Ayyan masih dengan sisa tawa mereka. Namun, tawa Zafril mati apabila melihat sesuatu di bawah mejanya. Kad poker. Ace.

Diambil kad itu segera sebelum dilihat oleh kedua orang sahabatnya. Dia juga mengambil sehelai nota yang ditinggalkan di bawah kad tersebut.

'Muhammad Zarif ' = 'Muhammad Zafril'
'Your brother, am I right?'

Berderau darahnya melihat nota tersebut. Ada orang telah mengetahui siapa dirinya. Maksudnya,selama ini benarlah dia diperhatikan oleh seseorang. Ken menepuk bahu Zafril untuk mengajaknya ke gelanggang bola keranjang. Nota itu disimpan di dalam kocek bajunya.

***

Mereka dibahagikan dua pasukan untuk bermain bola keranjang. Pelajar perempuan sedang sibuk bermain permainan secara bebas. Ada juga yang melihat mereka bermain bola keranjang.

Pembahagian pasukan juga boleh dikatakan tidak adil. Pasukan sebelah sana semua atlet, sebelah sini semua pelajar yang lemah dalam sukan dan Zafril dimasukkan ke dalam pasukan pelajar yang kedua itu. Ken dan Ayyan berada di sebelah sana. Ayyan membuat isyarat supaya Zafril berhati-hati.

Hampir 30 minit bermain, mata pasukan Zafril mendahului pasukan lawan. 28 - 23. Kebanyakan hasil jaringan itu disebabkan strategi yang dirancangnya sebentar tadi sebelum mereka masuk ke dalam gelanggang. Segi tiga. Dia menggunakan rumus matematik, teorem pythogoras untuk menjaringkan bola dari setiap sudut dengan tepat.

Wisel ditiup menandakan permainan telah tamat. Siapa sangka, pasukan budak yang dikatakan lemah sukan mampu menewaskan para atlet dengan menggunakan teori matematik sahaja. Power of knowledge! Ken melihat Warren yang bengis sedang merenung ke arah Zafril dengan wajah tidak berpuas hati.

'Live is once. Enjoy or mess it, that is your choice.'

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro