Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 38


Masing-masing menunggu di luar bilik pembedahan. Ken yang berada di sebelah Cassandra hanya mendiamkan diri. Sejujurnya, dia takut akan kehilangan orang yang penting dalam kehidupannya buat kali ketiga. Ayyan dan Zafril memandang ke arah Caden yang sedang menjawab panggilan.

"Baik, cikgu." Dia mendekati ke arah lima orang manusia yang membisu sejak tadi. Dia telah menghantar mesej kepada Queen untuk memeriksa CCTV yang berada berdekatan bilik penyiaran.

Sebaik sahaja seorang doktor yang merawat Adelia keluar, Ken segera menahan doktor tersebut.

"Doktor, macam mana dengan keadaan sepupu saya?"

"Bad news. Disebabkan dia mengalami hentakan yang kuat beberapa kali, kemungkinan besar dia akan koma dan dia hanya boleh bergantung pada mesin life supporter sahaja." Ken hendak pitam saat dia mendengar ucapan doktor itu. Doktor itu meminta diri untuk pergi sementara Ken masih lagi berdiri kaku.

"Tak guna!" amuk Ken. Dia menumbuk dinding dengan kuat beberapa kali. Tangan yang sakit dihiraukan, lebih sakit lagi hatinya mendengar keadaan Adelia. Zafril dan Ayyan berusaha untuk menghentikan tindakan Ken yang seakan cuba untuk mencederakan dirinya sendiri.

"Cukup Ken! Kau ingat dengan tumbuk dinding ni, Adel boleh bangun semula ke!?" kata Ayyan. Ken meraup kasar wajahnya dan meninggalkan mereka dengan keadaan tidak terkawal.

Ting!

Zafril memeriksa telefon pintar miliknya. Sebuah mesej masuk dari nombor yang tidak dikenali.

'Did I not even warning you?'-Unknown
.
'Sadly, maybe she can't make it like your brother before.' - Unknown.

Zafril menggenggam kuat telefon pintarnya sehingga skrin telefonnya hampir retak.

'What did you want?' - Zafril.

' Kalau kau nak tahu, apa kata kau jumpa aku dekat bangunan yang terbengkalai berhampiran dengan hospital.' - Unknown.

'Come alone at 10 p.m..' - Unknown.

Zafril memandang ke arah sebuah bangunan yang berada berdekatan dengan hospital melalui tingkap kaca itu. Ya, ada sebuah bangunan lama di situ.

'Okay.' - Zafril. Caden memerhatikan gerak geri Zafril yang kelihatan tegang seperti sedang berbalas mesej dengan seseorang. Dia menghantar mesej kepada seorang ahli kumpulannya untuk menggodam telefon Zafril.

***

"Tuan Dave! Kami inginkan penjelasan tentang perkara yang berlaku." kata salah seorang wartawan yang sedang berada di hadapan sekolah. Kuasa media sosial memang benar-benar menakutkan. Baru sahaja tadi, video rakaman suara Adelia dan seseorang bertengkar tersebar luas angkara seseorang merakam kejadian itu.

"Maaf, saya tiada apa-apa komen atau ulasan tentang perkara tersebut." katanya sambil berusaha melepaskan diri daripada wartawan-wartawan yang datang mengerumuninya. Dia berjaya memboloskan diri dan naik semula ke pejabatnya.

"Haih! Menyusahkan betul!!" K
keluh Pengetua Dave. Tiba-tiba, Encik Hatta datang merempuh masuk ke dalam pejabatnya.

"Tuan Dave!"

"Hatta! Kenapa main rempuh masuk pejabat saya ni!" Marahnya. Dia sudah cukup pusing dengan perkara yang berlaku. Kos untuk menutup mulut para wartawan di luar itu pasti jauh lebih tinggi berbanding sebelumnya.

"Sebenarnya...." Belum sempat Encik Hatta menerangkan, seseorang melangkah masuk membuatkan Pengetua Dave terkaku di tempat duduknya. Dia cuba untuk menghilangkan rasa gugupnya.

"Hello, Dave. Lama tak jumpa kau." Kata Puan Cahaya sambil melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Kalau Ketua Pendakwa Raya sendiri yang turun padang, dia bukanlah sesiapa untuk melawannya.

"Puan Cahaya. Jemputlah duduk..." Pelawanya. Puan Cahaya hanya tersenyum sahaja. Namun, dia pasti itu bukanlah senyuman ikhlas, sebaliknya sinis sahaja.

"There's no need. Dave Gavrien, you are under arrest." katanya mendatar sambil mengeluarkan waran tangkap yang didapatkan daripada mahkamah. Puan Cahaya memanggil beberapa orang pegawai polis yang menunggu di luar pejabat untuk menahan Pengetua Dave.

"Lepaskan aku! Kenapa kau nak tangkap aku!!"

"Well, kau tahu sendiri alasannya. Rasuah, penipuan terancang dan...." Puan Cahaya mendekati Pengetua Dave.

"Perdagangan remaja sekolah." bisiknya di tepi telinga Pengetua Dave. Orang tua itu kelihatan terkejut mendengar kata-kata Puan Cahaya. Jadi, selama ini kegiatan busuknya dapat dihidu oleh Pendakwa Raya di hadapannya ini.

"Tapi bukan aku seorang sahaja! Aku..." Terdiam dia saat menyedari dia hampir mengakui kesalahannya disebabkan amarah yang meluap-luap di dalam dirinya sekarang.

"Don't worry. 'Dia' pun aku sendiri akan 'jemput' untuk datang balai polis."

"Bawa dia sekarang." Pegawai polis tadi menggari tangannya. Pengetua Dave diheret keluar dari pejabat. Ketika dia melintasi kawasan bilik guru, dia mendapati banyak fail telah disita oleh pihak mahkamah dan dibawa pergi.

"Tuan Dave, betulkah tuduhan yang dilemparkan kepada tuan?"

"Tuan Dave! Kenapa tuan melakukan perkara sedemikian?"

"Tuan Dave!"

"Tuan Dave!" Kamera yang tidak habis-habis mengeluarkan cahaya membuatkan pandangannya berbinar-binar. Ditambah pula dengan desakan para wartawan di situ. Dia ditolak masuk ke dalam kereta polis.

Keadaannya sekarang agak kusut memikirkan hal yang melanda dirinya sekarang. Dia perlukan bantuan orang itu! Siren polis bergema di kawasan hadapan sekolah dan mulai hilang dari pendengaran saat ia mula meninggalkan kawasan sekolah.

Queen memandang pemergian Pengetua Dave. Dia menelefon seseorang. "King, Pengetua Dave dah kena tahan. Kau nak proceed atau nak cari tahu sebab pengetua kena tahan?"

"Proceed plan kita. Kau dah dapat lokasi kan?"

"Dah. Aku dah sediakan semuanya. Since 'dia' suka untuk buat semua tu diam-diam, jadi jomlah kita main secara terang-terangan." kata Queen. Seorang pelajar menghampirinya sambil menyerahkan sebuah kertas yang mengandungi maklumat seseorang.

"King, nampaknya tekaan aku betul kali ini. Orang tu rupanya dalam diam bertindak selama ini."

"Siapa?" Tanya King. Dia tertanya-tanya siapa sebenarnya yang sedang bermain dengan Hidden Card.

"Your rival."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro