Bab 37
"Adel!!" Cassandra segera mendekati Adelia yang telah terbaring dengan darah membasahi tubuh gadis itu. Dia mendengar suara perbualan Adelia bersama seseorang melalui pembesar suara itu. Semua pelajar pasti mendengarnya.
"No..no..." Luluh hatinya melihat keadaan rakannya. Adelia menarik kepala Cassandra untuk membisikkan sesuatu.
"Pembunuh tu...." Membulat matanya mendengar perkataan yang keluar dari mulut Adelia.
"Adel!!" jerit Ken. Cassandra memandang ke arah pintu yang terbuka itu. Dia pasti Ken akan datang ke sini segera.
"Tahan Adel. Tolong bertahan! Please, jangan tutup mata kau." Mata Adelia yang semakin memberat mula tertutup secara sendirinya. Badannya digoncang oleh Cassandra untuk mengejutkannya.
Ken yang baru sahaja tiba tergamam melihat keadaan sepupunya sekarang. Dia segera menghampiri Adelia yang mendukungnya untuk pergi ke kawasan parkir kenderaan. Zafril, Ayyan dan Caden yang baru sahaja menghampiri bilik penyiaran dikejutkan dengan keadaan Adelia yang berdarah yang sedang didukung oleh Ken.
"Caden! Bawa kereta cepat!!!" Mereka berenam segera ke kawasan parkir kenderaan. Masing-masing memboloskan diri ke dalam kereta Caden. Nasib baik dia bawa Exora hari ini, kalau tidak yang dua orang lagi itu tak tahu mana nak letak. Mungkin ada yang akan dipangku.
"Gerak !! Cepat!" arah Ken tergesa-gesa. Cassandra disebelahnya sedang memangku kepala Adelia di bahagian penumpang. Matanya tidak henti-henti mengalirkan mutiara jernih sehingga menitik di wajah Adelia. Kebenaran dari pihak sekolah untuk keluar tidak dipedulikan. Yang penting sekarang, nyawa Adelia perlu diselamatkan.
Kenderaan yang dibawa Caden laju meluncur di jalan raya. Mereka perlu tiba di hospital dengan cepat. Zafril memandang Ayyan yang seperti memikirkan sesuatu. Dia syak bahawa Ayyan mempunyai sesuatu perkara yang disembunyikan.
***
"Encik Hatta! Macam mana boleh jadi macam ni!" tempik Pengetua Dave. Perkara yang cuba disembunyikan daripada para pelajar kini terbongkar. Banyak desas-desus pelajar tentang pembunuh yang masih belum ditangkap. Pasti mereka akan mengadukan perkara tersebut kepada ibu bapa mereka. Reputasi Gaviel High-School akan tercalar!
"Saya tak tahu, Tuan Dave." kata Encik Hatta. Dia cukup kesal dengan tragedi yang telah melanda seorang pelajar perempuan itu.
"Siapa pelajar perempuan itu?"
"Dia..."
"Siapa? Saya tanya ni!!"
"Adik kepada Tuan Adriez. CEO Hanz Holding's." Jawab Encik Hatta dengan tenang. Sejujurnya dia agak gentar untuk menyebut nama orang tersebut kerana siapa sahaja tidak mengenali pemilik Hanz Holding's.
Tergamam Pengetua Dave mendengar jawapannya Encik Hatta. Baru sahaja berbicara tentangnya, tuan empunya nama telah membuat panggilan telefon. Perlahan-lahan dia mengangkat panggilan tersebut.
"I am wondering what happened to my sister?" Tanpa bertanya khabar, Adriez terus menanyakan soalan itu kepada Pengetua Dave. Dia meneguk air liur saat mendengar suara maskulin itu menyapa hawa pendengarannya. Aura dingin dapat dirasakan walhal mereka hanya berhubung melalui telefon pintar sahaja.
"I'm sorry for the tragedy that happened to your sister. I ...."
"I don't care about your apology! I want to know what did actually you do when the killer still around!" jerkah Adriez. Amarahnya telah memuncak bahkan sehingga semua pekerja yang berada di bilik mesyuaratnya sekarang berasa takut untuk mengeluarkan bunyi.
"If anything happens to her, you will taste your own medicine. I promise that!" Panggilan ditamatkan. Pengetua Dave terduduk mendengar ugutan daripa Adriez.
"Meeting kita sampai sini sahaja. Bersurai." kata Adriez. Ramai pekerja segera meninggalkan bilik mesyuarat yang sangat dingin itu bertambah dingin lagi dengan kedinginan Ceo mereka.
Adriez segera bangkit dari duduknya dan bergerak ke hospital. Info yang diterima oleh orang suruhannya tadi benar-benar membuatkan dia kesal. Cukuplah dengan apa yang terjadi pada Adelia dahulu. Dia tidak sanggup lagi melihat adiknya itu terlantar di atas katil hospital.
Selama ini, dia menghantar beberapa orang suruhannya untuk memerhatikan Adelia supaya dia sentiasa selamat. Nampaknya, itu belum cukup lagi untuk melindungi adiknya daripada bahaya.
"I will make sure that you will pay for the price."
Maaf bab ini singkat sedikit.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro