Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 34


"Betullah tu." Ken dan Zafril memandang ke arah seseorang yang baru sahaja melangkah ke arah mereka.

"Caden?" Caden hanya mendiamkan diri dan duduk di salah satu kerusi.

"Hidden Card, hidden student organisation that helps a lot of students to survive in this place. Kau rasa kejam? Lagi kejam bila orang yang tahu  sesuatu yang buruk berlaku dengan seseorang tapi dia buat tak tahu dan biarkan sahaja. Adil? We are. We make our own rules to make sure everything will be fair for every student here without care about their status either family background." Zafril terdiam sejenak sambil memikul sesuatu.

"Kau King. Betul tak?" Tanya Zafril. Caden menganggukkan kepalanya. Dia mengeluarkan kad miliknya yang berwarna hitam keemasan dan menunjukkannya kepada Zafril. King.

"Aku tak nafikan kalau perangai kau hampir sama dengan Ace tapi kau naif. Itu bezanya kau dengan dia." Kata Caden. Dia tidak menyangka secepat ini kebenaran tentang identiti mereka terbongkar.

"Then, Queen should be Adelia. Am I right?"

"Well....it should be but no. You already know about others three leader, so I think it's enough." jawab Ken. Zafril berasa pelik mendengar jawapan Ken. Kalau macam tu, siapa Queen sebenarnya?

"Kau nak cari punca sebenar Ace meninggal, sama juga macam kitorang. He got killed by someone and that person is hunting all the Hidden Card members."

"Dendam?"

"Mungkin ya atau sebaliknya. Jadi, aku minta bantuan kau untuk beri semua petunjuk yang kau ada supaya kita boleh sambungkan semuanya." Caden berharap Zafril mempunyai petunjuk yang boleh membantu mereka. Zafril yang pada awalnya berada ragu-ragu, akhirnya menerima idea Caden. Dia juga ingin tahu petunjuk apa yang mereka ada.

Semua petunjuk ditulis di atas papan berdasarkan maklumat yang mereka ada dan cuba untuk menggabungkan kesemua petunjuk. Hampir berjaya, cuma petunjuknya masih lagi belum kelihatan jelas. Seperti ada sesuatu yang hilang. Like a uncompleted puzzle.

"Kau ada tahu apa-apa lagi?" Zafril berfikir seketika sambil merenung ke hadapannya. Bilik muzik terlintas di dalam fikirannya.

"Sebenarnya, aku nak periksa bilik muzik. Tapi sampai sekarang aku tak boleh masuk ke sana sebab dah jadi kawasan larangan." Kata Zafril.

"Ada apa sahaja dekat sana?" Zafril mengangkat bahu menunjukkan tanda tidak tahu. Dia juga kurang pasti apa yang ada disimpan di bilik muzik sehingga arwah salah satu korban menyuruhnya untuk pergi ke sana.

***

"Selamat pagi!" sapa Ayyan dengan ceria kepada para pelajar yang lalu di sebelahnya. Dia masuk ke kelas dan melihat barang milik Zafril dan Ken tetapi mereka tiada di situ. Jam tangan dilihat menunjukkan hampir 7.40 pagi.

'Mana diorang ni?' detik hatinya. Disebabkan rasa ingin tahu, dia keluar untuk mencari kedua orang rakannya. Saat Ayyan berjalan di kawasan belakang bangunan sekolah, dia secara tidak sengaja mendengar perbualan seseorang.

"Kau tak cakap kalau ada pelajar yang pindah!" Kedengaran suara seseorang sedang marah.

Dia mengintai sedikit untuk melihat gerangan orang yang berada di bawah pokok itu. Ayyan hanya dapat melihat bahagian belakang tubuh sahaja namun dia seakan dapat mengecam orang itu. Bahunya yang ditepuk seseorang membuatkan dia terkejut. Ayyan menghela nafas lega apabila melihat sosok Adelia di belakangnya.

"Kau buat apa dekat sini?" tanya Adelia.

"Erm, tak ada apa-apa. Cari Ken dengan Zaf tapi tak jumpa." Mata dikerling ke arah bawah pokok tadi, namun kelibat orang itu hilang.

"Sure?" tanya Adelia. Dia melihat sekelilingnya untuk mengetahui jika ada perkara yang pelik di sekitarnya.

"Ye, dah jomlah. Dah nak loceng ni." Tergesa-gesa Ayyan menyuruh Adelia untuk beredar dari situ bersamanya. Mereka berdua melangkah pergi dari kawasan tersebut. Namun, tanpa disedari ada yang memerhatikan tindak-tanduk mereka.

"Hm." Tajam matanya menatap ke arah dua orang yang baru sahaja beredar dari situ. Dia mengeluh kesal dan turut beredar.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro