Bab 31
"Wahh.. tengok siapa dekat sini?" Laju langkah orang tersebut mendekati mereka bertiga. Dia memandang setiap satu wajah di hadapannya. Matanya terhenti apabila melihat Zafril.
" Tak sangka pula kau dah jumpa kawan yang sama muka macam Zarif. Mana Zarif, Arsher?" Ken menggengam erat buku limanya.
"Lupa pula, kan dia dah mampus. HAHAHAHAHAHA!!" Gelakkannya disambut oleh anak buahnya yang lain. Roy mendekati mereka. Dia menapak ke hadapan untuk menjauhkan orang tersebut daripada tiga sekawan itu. Dia memberi isyarat kepada pengawal peribadinya bersedia untuk membawa mereka keluar jika ada sesuatu terjadi.
"Tutup mulut kaulah, Xiwen. Walaupun dia dah tak ada, sekurang-kurangnya orang masih lagi kenang dia. Kau yang hidup ni ada orang kenang tak?" perli Roy kasar. Mati ketawa Xiwen. Dia menatap tajam ke arah Roy.
"Sekurang-kurangnya aku hidup lagi."
"Hidup berbau busuk."
Keadaan mulai tegang di situ. Ken menangkap sosok yang sedang memerhatikan mereka. Queen. Gadis itu hanya melihat keadaan yang tegang itu tanpa berniat untuk masuk campur. Ken pasti ada sebab kenapa Queen ada di situ.
"Relakslah. Takkan usik sikit pun tak boleh?" Dia menatap wajah Zafril.
"Aku dapat agak kau adik dia. Betul tak?" Xiwen mendapat kepastian apabila melihat Zafril hanya membisu sahaja. Kata orang, diam itu tandanya betul.
"Why not we having a battle? Aku nak tahu juga kemampuan kau ini. Serupa ke macam Zarif tu. Oops! Lupa nak tambah arwah." kata-kata Xiwen itu mengundang amarah Zafril. Dari tadi dia hanya mendiamkan diri sahaja. Makin lama, makin menjadi-jadi pula.
Bukk!
Tumbukan diberikan oleh Ken pada pipi Xiwen secara tiba-tiba. Amarah yang ditahan daripada tadi meletus akhirnya. Xiwen yang tidak berpuas hati juga turut cuba untuk membalas tumbukan. Masing-masing bergelut dan berbalas pukulan.
Seorang anak buah Xiwen cuba untuk memukul Ken dari belakang namun sempat dihalang oleh Zafril. Dia menendang anak buah Xiwen sehingga jatuh terjelepuk ke lantai. Anak buah Xiwen yang lain cuba untuk menyerang Zafril namun siapa sangka seorang sahaja mampu untuk berlawan dengan berbelas-belas orang. Ayyan juga turut membantu Zafril.
Tiba-tiba, bunyi siren kereta polis semakin kuat kedengaran. Pasti ada yang melaporkan kejadian tersebut. Beberapa anggota polis menyerbu kelab malam tersebut.
"Berhenti! Jangan bergerak!!"
****
Kaki melangkah laju memasuki balai polis itu. Terkejut dia saat menerima panggilan bahawa mereka sedang ditahan di balai polis disebabkan pergaduhan di kelab malam. Sejak bila pula mereka mempunyai tabiat untuk pergi ke sana? Pintu kaca ditolak dan dia menoleh ke arah tiga orang manusia yang duduk mendiamkan diri. Haih! Adelia menghela nafasnya dengan kasar.
Mata Ken yang melihat kehadiran Adelia dan Adriez langsung tersenyum. Penyelamat! Namun, senyumannya mati apabila mendapat jelingan maut daripada Adriez. Habislah dia! Sekejap lagi, pasti ada bencana alam akan berlaku.
Adriez menuju ke kaunter untuk menyelesaikan proses ikat jamin mereka bertiga. Adelia pula mendekati tiga sekawan itu yang nampak lebam pada wajah masing-masing.
"Best tak bergaduh?" perli Adelia.
"Bolehlah tapi kalau kau ada tadi mungkin lagi best. Hahahaha..." Balas Ken dengan nada gurauan. Sempat lagi dia hendak bergurau sedangkan mereka berada di situasi yang agak serius. Adelia memandang ke arah Zafril yang larut dalam dunia sendiri dan Ayyan yang hanya memandang ke bawah sahaja.
"Oi!" Dicucuk pipi Zafril yang lebam menggunakan pen yang tersimpan di kocek seluarnya. Kedengaran suara Zafril mendesis.
"Sss...Sakitlah" kata Zafril sambil menggosok pipinya. Adelia hanya mengangkat bahu sahaja. Adriez melangkah mendekati mereka semua. Dia telah selesai menguruskan ikat jamin mereka. Nasib baik dia sedang bercuti. Kalau tidak, pasti mereka bertiga akan tidur di balai polis itu.
"Dah, jom balik." Masing-masing menapak keluar dari balai polis dan pulang ke rumah.
****
Sampai sahaja di apartmentnya, dia terus merebahkan diri ke atas katil. Penat! Dia kembali teringat apa yang terjadi sebentar tadi.
Flashback
Kecoh kelab malam itu disebabkan pergaduhan antara mereka. Ramai pelanggan berlari keluar dan meninggalkan mereka di situ sebelum polis tiba.
"Aku tak tahu pula ACE ada adik yang pandai bersembunyi belakang orang lain." Darah di bibirnya dikesat akibat tumbukan daripada Ken. Zarif itu jauh lebih dahsyat daripada adiknya. Mata Xiwen melihat ke arah Zafril yang sedang berlawan dengan anak buahnya.
"Diam kau! Kau tak tahu apa-apa pun! " Kata Ken sambil menghayunkan lagi penumbuknya ke arah Xiwen. Xiwen menahan tumbukan Ken dan membalasnya kembali.
"Joker, kau tahu tak lambat atau cepat budak tu akan kenal siapa sebenarnya abang dia. Aku tak dapat bayangkan macam mana reaksi dia kalau dapat tahu apa yang abang dia dah buat selama ini."
Masing-masing kembali bergelut. Tanpa mereka sedar, Zafril mendengar segala percakapan mereka. Dia berada berhampiran dengan mereka disebabkan anak buah Xiwen menolaknya ke arah berdekatan.
End of Flashback
"Ace...Joker..." Dia bangun dari perbaringannya. Hidden Card! Tak mungkin! Dia kembali mengambil diari milik arwah Zarif dan menyelak satu persatu muka surat. Semuanya masuk akal.
Kata-kata Adelia kembali menjengah fikirannya.
'Kenapa Hidden Card nak bunuh pemilik dia sendiri?'
"Bodoh Zafril! Aku patut sedar sejak awal lagi!" Marah Zafril kepada dirinya sendiri. Kenapa dia tidak boleh mentafsirkan kata-kata Adelia pada hari itu. Pemilik Hidden Card yang selama ini dia cuba untuk kenalpasti rupanya ..... Muhammad Zarif Hadi bin Muhammad Zahid. Abangnya sendiri.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro