Bab 25
"Kita tunggu siapa ni?" Ayyan melihat ke arah parkir motosikal. Ken menyuruh mereka menunggu seseorang.
"Sabar...hah tu!!" Berlari-lari Ken ke arah Adelia yang baru sahaja tiba di motosikalnya. Adelia mengerut dahi memandang ke arah tiga orang makhluk yang berlari-lari datang ke arahnya. Tanpa aba-aba, kunci motosikalnya diambil oleh Ken secara tiba-tiba. Terkejut dia ketika itu.
"Cepat Yan!" Ken menaiki motosikal Adelia bersama Ayyan dan memecut laju dari perkarangan sekolah.
"Oi!!" Haish geramnya! Dia memandang ke arah seseorang yang berada di sisinya sekarang. Tangannya dihulurkan kepada Zafril.
"Kunci." Zafril menyerahkan kunci kepada Adelia. Dia menaiki motosikal tersebut dan mula untuk mengejar Ken yang mencuri motosikalnya.
"Naiklah cepat. Kau nak aku bentang karpet merah baru kau nak naik ke?" Zafril segera naik dan mulalah mereka berempat saling kejar mengejar di atas jalanraya. Siapa sangka, Adelia begitu mahir menunggang motosikal. Mereka berempat tiba di sebuah rumah agam yang agak besar.
Sebaik sahaja Ken turun dari motosikal, Adelia menarik rambut jejaka itu dengan kuat. Terjerit-jerit Ken meminta pertolongan daripada Zafril dan Ayyan. Mereka berdua buat muka tidak bersalah sambil memandang ke arah Adelia yang sedang memukul Ken.
"Dah, cukup Adel." Dilepaskan rambut Ken dengan kasar. Puas hati dia. Dia berlalu masuk ke dalam rumahnya. Ken mengajak mereka untuk masuk ke dalam juga. Terpegun Ayyan dan Zafril melihat isi kandungan dalam rumah agam itu. Cukup untuk membuktikan kekayaan keluarga gadis ini. Tapi warnanya hanya berwarna hitam putih sahaja.
Adelia yang baru sahaja keluar dari dapur menghidangkan air kepada tetamu tidak diundangnya itu. Mereka melabuhkan duduk di sebuah sofa berwarna hitam itu. Zafril tertarik untuk melihat buah catur yang berada di atas meja kaca dihadapannya.
"Minumlah."
"Terima kasih Adel." kata Ayyan. Dia menghirup teh yang dihidangkan itu. Tenang rasanya.
"Kenapa korang datang sini?"
"Nak tengok sesuatu tapi kena ada tahap keselamatan yang tinggi. Jadi, rumah kaulah tempat yang sesuai." Berkerut dahi Adelia mendengar alasan Ken. Dia masih lagi mempunyai akal yang logik untuk mempercayai alasan itu. Mesti ada sebab lain.
Adelia memerhatikan mereka yang mengeluarkan beberapa keping surat dan sebuah buku diari. Buku tu. Macam pernah nampak. Sebaik sahaja dia melihat kulit buku itu, matanya terbeliak sedikit.
'Itu bukan Hadi punya ke?' Terdetik hatinya. Tanpa sedar, dia menyebut nama seseorang.
"Hadi." Zafril mendengar nama abangnya disebut oleh Adelia memandang ke arah gadis itu. Dia nampak kelihatan seperti terkejut sedikit. Nampak gaya, Adelia pernah melihat buku diari ini.
"Adel, kenal arwah Zarif?" Dia tersentak mendengar pertanyaan Zafril. Dia enggan menjawab soalan itu dan memalingkan wajahnya. Zafril yang melihat tiada jawapan daripada Adelia, hanya menyambung semula kerjanya tadi. Mungkin dia salah dengar.
Mereka menyusun segala surat yang pernah didapati Zarif. Buku diari juga diselak untuk menyambungkan beberapa petunjuk. Ayyan ditepi juga turut membantu untuk mencari persamaan di antara petunjuk itu.Ken memandang ke arah Adelia yang telah menatapnya sejak tadi.
Ting! Telefon ditangan diambil dan dia melihat mesej yang baru sahaja masuk itu.
'You are doing this on purpose, don't you?' - Adelia.
'Well, you know me.' -Ken.
Senyuman mengejek diberikan. Adelia rasa nak tambah lagi beberapa lebam pada muka Ken ketika ini. Dia melihat hanya beberapa sahaja muka surat yang bertulis dan selebihnya, kosong. Mana mungkin buku diari ini kosong sedangkan ianya agak tebal. Ataupun tulisannya disembunyikan? Teknik ni.... rasanya dia tahu.
Dengan sengajanya dia menendang sedikit meja untuk membiarkan teh yang berada berhampiran diari itu tumpah ke atas halaman yang sedang terbuka. Terkejut Zafril yang sedang sibuk membaca sekeping surat. Hasilnya, halaman yang tidak bertulis itu mula menunjukkan tulisan pada bahagian yang basah. Adelia menunjukkan wajah tidak bersalah apabila Zafril melihat ke arahnya.
"Eh Zaf! Ada perkataanlah! " kata Ayyan teruja. Zafril mengambil diari tersebut. Dia menitiskan beberapa titik air ke atas muka surat itu. Banyak perkataan mula memunculkan diri. Ken menunjukkan tanda 'thumbs up' kepada Adelia. Dia hanya mengangkat bahu berlalu pergi balkoni untuk mengambil angin.
****
" Sial ! " Dia menendang-nendang kerusi kayu dihadapannya. Tak tahu pula kalau adik Zarif ini tahu untuk berlawan. Sia-sia sahaja dia memberikan nama kepada Darwin untuk membelasah Zafril.
Sangkanya Zafril mungkin akan tewas atau cedera parah namun disebaliknya pula yang terjadi. Gambar Zafril yang ditampal ditikam berkali-kali. Itu belum termasuk dengan pergaduhan yang terjadi pagi tadi menyebabkan rancangannya terganggu. Dia sangat marah ketika ini.
Pada mulanya, dia fikir Zafril boleh membantunya dengan mudah untuk mendapatkan maklumat mengenai Hidden Card namun dia silap percaturan. Zafril memang bawa malang baginya!
"Disebabkan kau, aku terpaksa buat rancangan lain. Tak guna! " Air di atas meja diambil dan diteguk rakus. Itupun belum cukup untuk mengurangkan api kemarahannya yang membara.
Dia menatap gambar Ken yang pernah ditangkapnya tanpa sengaja semasa mengambil gambar Zafril. Senyuman sinis ditunjukkan kepada gambar itu.
" Kau suka sangat tolong kawan kau, kan?" Gambar Ken dikeroyokkan sebelum dia lempar ke lantai dan dipijak-pijak. Kalau boleh, dia nak sangat mengapa-ngapakan Ken namun tidak boleh.
"Aku akan pastikan rancangan yang seterusnya tak akan gagal lagi. " Tekadnya. Hidden Card masih belum menunjukkan apa-apa langkah yang jelas lagi. Dia risau kalau ada pergerakan daripada organisasi itu atau Zafril yang membuatkannya gagal untuk maju lagi. Dia perlu bergerak dengan lebih pantas lagi.
Dia kena selesaikan sesuatu lagi. Penat sahaja dia menghasut dan mengupah Darwin namun tiada hasil. Tak berguna. Jadi, dia perlu menghapuskan Darwin terlebih dahulu sebelum ada yang tahu siapa dalang disebalik kejadian. Tambahan lagi, apabila Darwin sudah mula mengugutnya untuk memberikan wang lagi. Jika tidak, dia akan memberi tahu semua orang tentang dirinya. Senyuman sinis menghiasi wajahnya.
'New prey already chosen.'
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro