Bab 21
Adelia yang baru sahaja hendak menunggang motosikalnya, merasakan ada beban dibahagian belakang.Dia melihat Ken di belakangnya. Helmet ganti diberikan dan dia mula meninggalkan kawasan sekolah.
Setibanya di suatu tempat mereka turun. Adelia meninggalkan Ken di situ. Dia meletakkan begnya di atas meja. Ken melihat sekitarnya. Penuh dengan pelbagai bunga dan rama-rama.
"Kau masih jaga tempat ni dengan baik."
Adelia hanya menghiraukan Ken. Dia mula mencantas bahagian ranting pokok renek yang turut berada di atas meja. Ken mengambil tempat di sisinya.
"Aku nak minta tolong kau."
"Apa lagi kau nak buat kali ni? " tanya Adelia.
"Hidden Card." Terhenti perbuatan Adelia. Dia memandang wajah Ken dengan serius.
"Apa kau nak ? "
" Jadikan Zafril ' Ace '." Adelia ketawa mendengar permintaan Ken. Nak lantik seseorang untuk menggantikan Ace sangat mustahil.
"Kenapa? Kau nak jadikan kawan kau tu kambing hitam pula?" sinis sahaja pertanyaannya. Ken hanya tersenyum nipis. Dia mula memotong bahagian daun pokok yang telah layu.
"You are the one who protecting us, right?" Mati tawa Adelia. Mereka berdua mendiamkan diri. Ken tahu selama ini Adelia yang menguruskan perlindungan untuk ahli Hidden Card. Kalau mereka dicederakan, maksudnya khidmat mereka tidak diperlukan lagi dalam organisasi ini atau mereka telah melakukan perkara yang tidak baik secara rahsia.
"Joker, kau nak cakap apa sebenarnya?" Tangan Ken berhenti sangat pokok renek tadi telah hampir botak dikerjakannya. Joker adalah Ken. Dia yang mengawasi pergerakan Zafril selama ini untuk memastikannya sentiasa selamat.
"Kita perlukan ketua utama. Aku tahu kau dah tak bagi perlindungan dekat ahli-ahli Hidden Card yang lain. Jadi cadangan aku, kita tukar ahli dan lantik ketua untuk kawal organisasi."
"Tak semudah tu. Kau lupa Queen yang jaga organisasi tu lepas arwah Ace." Adelia berhenti melibatkan diri dengan organisasi itu sejak setahun yang lalu. Dia mengambil semula pemotong di atas meja.
"Kau yang patutnya pegang jawatan tu, Adel. Kau dan Zarif pun tahu perkara tu." Adelia hanya mengabaikan sahaja kata-kata Ken.
"Kalau kau nak ada ketua baru, kau kena dapat undian majoriti ketua. Baru kau seorang, yang lain? "
"King pun setuju. Jadi aku perlukan kau untuk kuatkan sokongan. Kau tak nak tahu ke siapa yang buat kau hilang orang yang kau cinta selama ini? "
Ktak! Adelia meneruskan pekerjaannya seperti tidak terganggu dengan pertanyaan Ken. Ken bangkit dari duduknya dan bergerak untuk pulang. Dia mengambil sebuah motornya yang telah lama tersimpan di situ. Sebelum Ken pergi, dia menyampaikan sebuah pesanan.
"Aku harap kau setuju. Kita pun tak tahu kalau Queen tu ada buat sesuatu dekat belakang kita." Selepas itu, hanya asap motor sahaja yang tinggal di laman itu.
Adelia terganggu dengan persoalan Ken. Dia memejamkan matanya. Tangannya memegang sebuah loket yang tergantung elok di lehernya. Sebuah pemberian yang cukup berharga dari arwah.
'FerraHadi.'
***
"Betul ke tak ada orang ni?" Ayyan mengintai di di celah-celah pintu. Jam ditangan dilihat. 9 malam.
Malam-malam mereka merancang untuk membuka loker di bangunan sukan F5. Zafril sibuk mencuba-cuba pelbagai password. Ken yang berada di situ telah pening dengan kod yang asyik gagal sahaja.
Dia mengingati sesuatu. Tangannya laju menekan digit-digit itu. '1403.'
'Sayang betul kau dekat dia.' Bisik hati Ken. Pintu loker itu telah dibuka. Mereka melihat sebuah buku diari dan beberapa keping surat di situ. Mereka menyelak satu persatu surat itu.
Ayyan menyapu telinga beberapa kali. Dia dapat merasakan hembusan angin di bahagian tepinya. Mindanya mula bermain-main dengan pelbagai khabar angin yang pernah didengari.
Dia menggesa Ken dan Zafril untuk cepat bergerak.
"Cepatlah weyh.. aku tak selesa ni."
"Kau nak pergi membuang, pergilah."
"Bukanlah, aku..." Terdengar sayup-sayup suara seseorang menangis. Berdiri tegak bulu roma masing-masing.
"Korang dengar tak?" Ken dan Zafril mengangguk.
Mereka bertiga mengintai ke arah kolam renang disebalik pintu. Kelihatan kelibat seseorang sedang duduk sambil menangis.
"Aku pernah dengar dulu ada orang mati sebab lemas. Bunuh diri." kata Ken selamba.
"Jangan cakap!! Shhh!!"
"Tapi kenapa dia bunuh diri?" tanya Zafril pula. Ayyan telah menepuk dahinya. Dua ekor manusia ni !
"Sebab putus cinta, lebih kurang."
"Dah, berhenti!!" Tiba-tiba mereka mendengar suara seseorang memanggil mereka. Mereka memandang ke arah kolam renang itu. Kelibat itu memandang mereka dan berdiri. Dia bergerak untuk menghampiri mereka.
Masing-masing kaku. Kecut perut mereka.
"Aku dah kata jangan tegur kan!" Ayyan menelan air liurnya.
"Aku kira kita lari...satu..tiga Lari!!!"
Berlari-lari mereka keluar dari kawasan itu. Tidak menoleh langsung. Mereka terus berlari tanpa henti sehingga keluar dari bangunan sukan itu.
"Tak tahu pula khabar angin tu betul."
kata Ken.
"Ni semua salah kau! Kenapa kau tiba-tiba cakap!"
Tiba-tiba kedengaran suara pengawal keselamatan menegur mereka. Mereka kembali berlari lagi.
"Jangan lari!! Berhenti!!" Wisel ditiupkan berkali-kali. Siapa sahaja nak berhenti sekarang. Kaki dipaksa berlari sekencang yang mungkin. Mereka bertiga berpecah berlari ke arah yang berlainan. Ayyan telah memboloskan diri ke dalam keretanya yang sedia menunggu sejak tadi. Ken pula telah hilang dari pandangan.
Zafril berlari masuk ke dalam bas yang tidak sengaja berhenti di situ. Dia melihat para pengawal tadi telah berhenti mengejar dan sedang mengambil nafas.
Tercungap-cungap Zafril saat masuk ke dalam apartmentnya. Penat dia berlari. Itu pun selepas berjalan beberapa langkah untuk sampai ke kawasan perumahan membuatkannya termengah-mengah. Tangannya memegang sebuah diari. Dia membaringkan tubuhnya bersama buku diari tersebut. Nampak gaya esok sahajalah dia membaca diari tersebut. Dia terlampau penat hari ini. Pagi dikejar senior, malam dikejar pengawal.
"Someone who is not in the organisation is more stronger than anyone."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro