Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 17


Pagi yang hening itu digemparkan dengan kematian seorang pelajar di dewan utama. Mayatnya dijumpai oleh seorang pengawas yang bertugas untuk memeriksa dewan itu. Mayat itu berbau akibat telah dibiarkan selama hampir 12 jam.

Ramai mengerumuni bahagian luar dewan. Pihak polis mula memeriksa tempat kejadian itu. Apa yang menarik perhatian mereka adalah pesanan yang ditinggalkan oleh pembunuh.
Kebanyakkan pelajar telah mula berasa tidak selamat. Tiada jejak yang dapat dijumpai oleh pihak forensik yang sedang sibuk mengumpulkan barang bukti. Semuanya telah dirancang dengan teliti hingga tiada kesan.

Zafril yang baru sahaja memasuki sekolah melihat keadaan yang agak kecoh itu. Disebabkan rasa ingin tahu yang membuak-buak dalam dirinya,dia pergi ke tempat itu. Matanya menangkap nota yang ditinggalkan.

'20:30. 12 more to hunt. Too slow!' Sekejap, kenapa perkara ini berkaitan dengan sesuatu. Dia mengingati nota yang terakhir dia dapat. Keduanya  seperti ada kaitan.

"Pergi masuk ke dalam kelas masing-masing!!" arah guru disiplin yang menjaga kawasan itu. Dia kelihatan gelisah sedikit dengan keadaan yang agak huru-hara. Zafril berjalan tergesa-gesa ke arah lokernya untuk mengambil nota itu. Dia membuka loker miliknya namun tiada nota itu di situ.

'Mana ni?' Habis dia menyelongkar lokernya. Dia masih ingat dia mencampakkan nota itu di dalam loker. Zafril pergi ke kelasnya. Dia melihat Ayyan dan Ken sedang serius membincangkan sesuatu. Mereka menoleh ke arahnya dan memanggilnya untuk duduk.

"Kau dah dengar?" tanya Ayyan. Dia menilik wajah Zafril yang sibuk memikirkan sesuatu. Ditepuk meja itu sedikit untuk menyedarkannya.

"Kau kenapa Zaf? Okay tak?" Ken juga turut perasan Zafril yang agak gelisah daripada tadi. Zafril mengemam bibirnya. Dia tidak tahu bagaimana hendak memberitahu kalau dia pernah mendapat nota yang seakan-akan mencabar dirinya.

"Aku ... ermm..." Sebelum sempat dia habiskan ayat itu, Ayyan menyampuk.

"Kau kenal budak tu ke?" Kepalanya digeleng. Zafril membatu seketika.
Bagaimana kalau sebenarnya pembunuh itu yang menghantar nota-nota rahsia yang dia dapat? Tapi apa motifnya? Kenapa dia? Atau pembunuh itu sebenarnya....

PAK!

Terasa pijar pipinya ditampar Ken. Dia terlalu larut dalam fikiran sehingga tidak mendengar panggilan rakannya. Kan dah mendapat sekali. Zafril memandang Ken yang sedang membuat isyarat 'kenapa?'.

Ketika dia hendak membuka mulut, guru mata pelajaran pertama telah masuk ke dalam kelas. Terhenti percakapan mereka dalam kelas itu.

"Okay, everyone please get ready. Open the textbook page 56..." dan kelas mereka bermula seperti biasa.

***

"Pengetua, macam mana ni? " tanya setiausaha yang bekerja bersama pengetua sekolah itu. Encik Hatta agak risau dengan keselamatan semua pelajar di situ. Sudah seperti kes pembunuh bersiri pula.

Wajah pengetua Dave hanya tenang sahaja. Dia telah menerima banyak panggilan daripada pihak media untuk bertanyakan tentang berkaitan dengan kes pembunuhan itu. Telefonnya diambil dan mendail nombor seseorang.

"Make sure all the media stop spreading the news about this case."

"Okay. Don't forget to pay me later." balas orang yang berada di dalam panggilan tersebut.

"Sure." Panggilan dimatikan.

"Tuan...."

"Hatta, kita tak minta pun nak jadi macam ni. Jadi nak buat macam mana? Dah memang ajal pelajar tu. Lagipun dia bukan berada dalam senarai pelajar berada. Kita cuma kehilangan seseorang yang bijak pandai. Tak mengapa, generasi seterusnya nanti boleh menggantikan tempatnya." Tergamam Encik Hatta mendengar apa yang diperkatakan oleh Tuan Dave. Macam itu sahaja?

"Aku nak kau cakap dengan polis-polis tu untuk kemas dan beredar dengan segera. Lepas tu, sampaikan wang pampasan kepada ibu mangsa tu nanti.

Mahu atau tidak, Encik Hatta terpaksa menurut kehendak pengetua sekolah itu. Dia juga agak kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh Tuan Dave yang seakan-akan lebih mementingkan reputasi sekolah daripada nyawa seseorang. Dia melangkah keluar dari bilik pengetua dan bergerak untuk melakukan tugasnya.

***

"Eh,diorang dah nak kemas ke?" Pandangan dihalakan ke arah pihak polis yang telah bersiap-siap untuk mengemas. Mereka mendekati kawasan tersebut. Dah bersih. Semuanya telah dikemas dan pihak polis telah memasuki kereta untuk pulang ke balai.

"Abang polis...dah nak gerak ke?" tanya Ayyan.

"Haah, kerja dah siap." Kereta polis itu laju meluncur pergi meninggalkan kawasan sekolah. Mereka bertiga memasuki kawasan dewan yang telah ditanggalkan 'do not cross.' Kesan darah pada dinding telah dipadam namun masih lagi ada kesan. Zafril mengambil gambar contengan pada dinding itu.

Dia melihat sekitar lantai dan ternampak sekeping kad di hujung bawah pentas itu.
Kad itu kelihatan sedikit tersembunyi, jadi tidak mustahil semasa ahli forensik di situ mereka tidak perasan ada bahan bukti yang tertinggal. Zafril menarik tangan Ken dan menunjuk ke arah kad tersebut.

"Ada kad.vCuba kau tengok?"

Mereka melangkah mendekati kad tersebut. Zafril cuba mengambil kad itu dengan pena yang tersangkut pada kocek bajunya. Ayyan dan Ken memerhatikan sekeliling untuk memastikan tiada sesiapa yang melihat mereka di sini.

Setelah beberapa kali tarikan dilakukan pada kad itu, akhirnya kad tersebut selamat berada di tangannya.Namun secara tiba-tiba warna kad hitam keemasan itu bertukar menjadi warna kelabu saat dia menyentuhnya. Tiba-tiba, kedengaran suara seseorang menghampiri arah dewan. Mereka bertiga berpandangan satu sama lain dengan reaksi cemas.

"Eh..."

'Hunter is hunting more twelve prey.'

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro