Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 16


"Kau biar betul ni?" Tanya Ayyan sambil memandang rumah agam di hadapannya ini. Dia kurang yakin dengan cadangan Ken yang agak 'cetek' baginya.

"Kau nak masuk bangunan F5 kenalah minta tolong dia ni." Ken menekan loceng rumah tersebut. Terlihat seseorang keluar dari rumah tersebut dan menghampiri mereka.

"Hai!!! Selamat pagi!" sapa Ayyan secara tiba-tiba. Kalau tidak disebabkan rancangan Ken, tak ada makna dia nak bertegur sapa dengan 'peti ais' depan dia ni. Caden melihat mereka dengan wajah pelik.

Flashback

Plan aku, kita minta tolong Caden untuk masuk bangunan tu. Diakan ketua pengawas, siapa je yang berani halang laluan dia. Lagi satu dia tu, campuran dua golongan: kaya dan pandai. Tak ke nampak macam ada tiket tu?

"Kau yakin dia nak tolong kita?" tanya Zafril.

"Tak cuba, tak tahu."

"Aku tak setuju." bantah Ayyan.

"Kenapa pula?"

"Kau tak rasa ke nanti kita nampak macam suspicious? Tiba-tiba je nak masuk situ. 'Peti ais' tu bukan bengap sangat. Mestilah dia syak sesuatu."

"Sebab tulah kita perlukan kau."

" Kenapa?" Tanya Ayyan kebingungan.

"Kau kan pandai merapu.
HAHAHAHAHHA." Ayyan mengetap rahangnya. Eh lebih-lebih pula mualaf cina ni.

"Boleh eh Ayyan." pujuk Zafril. Ayyan yang tidak mahu mengecewakan Zafril terpaksa bersetuju juga akhirnya. Kawan punya pasal.

End of Flashback.

"Terima kasih, jemput masuk." kata Ken. Buat macam rumah sendiri pula. Mereka bertiga meluru masuk dan membiarkan Caden di luar. Terkejut dia melihat tiga orang manusia menyerbu masuk ke dalam rumahnya. Dia cuba untuk bersabar sekarang. Dia melangkah kembali masuk ke dalam rumah.

Tercengang dia melihat Ken yang sedang sibuk membelek-belek bingkai gambar, Ayyan yang masuk ke dapur rumahnya dan tidak dilupakan, Zafril yang selamba berbaring di atas sofanya.

"Duduk." Singkat namun tegas suaranya. Satu patah kata yang keluar itu mampu untuk membuatkan mereka bertiga betul-betul duduk di atas sofa dengan sopan. Tak hairanlah Caden dipilih sebagai ketua pengawas.

"Kau sihat tak? Kita datang ni nak..."

"Straight to the point."

"Kau kena tolong kitorang." Ken memulakan perbincangan.

"Tolong apa? Tolong kau lari dari pelajar tingkatan 5 atau tolong kau pindah dari sekolah? Mana satu?" Banyak pula cakap peti ais ni. Bukan dia tak tahu apa yang dah jadi haritu.

"Kitorang ada tertinggal barang dekat bangunan sukan tingkatan 5. Jadi, nak ambil balik. Tapi tu lah...kau tahu-tahu sahajalah." Alasan dicipta untuk mengaburi Caden. Matanya ditujukan ke arah Zafril. Berlakon sedikit, apa salahnya. Zafril pula memandang ke arah lain.Dia tahu dirinya sedang dilihat.

"Ye ke? Ke kau ada nak buat benda lain?" duga Caden. Matanya tajam melihat tiga orang manusia di hadapannya ini. Curiga pula dia melihat mereka.

"Ye,Caden. Percayalah cakap junior kau ni." Terkedip-kedip mata Ayyan memandang ketua pengawasnya ini dengan harapan dia akan cair. Tapi tak mustahil. Setelah beberapa minit berfikir, dia berbicara.

"Aku tak boleh tolong." Caden bangun daripada duduknya.

"Kenapa?" Caden tidak berbicara apa-apa. Dia hanya melangkah menaiki tangga dan meninggalkan mereka. Dia berhenti dan mengeluh. Nak tolong ke tak? Pandangan ditujukan kepada mereka yang kelihatan seperti telah berputus asa. Dia tahu ada sesuatu yang mereka cuba lakukan. Nampak seperti hal yang penting.

"Hari Jumaat, waktu mata pelajaran ke 6." Itu sahaja yang dipesannya. Bersinar-sinar wajah mereka terutamanya Zafril. Dapatlah dia tahu apa yang berada di loker abangnya.
Langkah diteruskan ke dalam biliknya dan kedengaran pintu bilik tertutup. Caden hanya membiarkan mereka bertiga berada di ruang tamu. Pandai-pandailah mereka keluar sendiri nanti.

***

TAP! TAP! TAP!

Bunyi tapak kasutnya bergema di ruangan koridor sekolah. Dia menoleh ke belakang sambil berlari untuk mengelakkan 'orang' itu yang telah hilang. Namun, dia terlanggar sesuatu di hadapannya. Tidak. Seseorang. Dia terjatuh akibat hilang keseimbangan. Kaku dirinya melihat wajah 'orang' yang mengejarnya. Kakinya dipukul dengan benda yang tajam menyebabkan dia tidak mampu berdiri.

"Gotcha! HAHAHAHHA!" Ketawa orang itu bergema di segenap koridor itu. Dia cuba untuk melepaskan diri namun gagal. 'Orang' itu menyuntik sesuatu pada lehernya secara paksaan. Dia mula merasakan pandangannya menjadi kabur. Diheret tubuhnya yang sudah lemah itu ke dewan utama.

Dia melawan sebelum dirinya ditikam di bahagian dada. Semua tenaga dikerah sebelum dia mengambil peluang untuk mencampakkan kad identitinya ke bawah pentas. Itu sahaja yang dia mampu lakukan. Dia kembali ditolak jatuh oleh 'orang' tadi.

"Kau nak mati macam mana?" tanya orang itu. Matanya berair saat leher dicekik dengan kuat oleh 'orang' itu sebelum dihempaskan kembali ke lantai. Dia telah mengucap berkaki-kali ketika itu.

Tiba-tiba, lehernya dijerut dengan tali leher dari belakang. Senyuman ngeri menghiasi wajah 'orang' itu.cTerasa hembusan nafas di sebelah telinganya sebelum dia mendengar beberapa butir perkataan yang diucapkan oleh 'orang' itu.

"Sent the regards to your late leader. Say that I miss him so much." Sejurus itu, tubuh itu menjadi kaku. Tali leher dilepaskan daripada pegangan. Dia menendang sedikit tubuh dibawanya ini untuk memastikan kematiannya. Jam tangan dilihatnya.

"20:30." Diambil sedikit darah yang telah mengotori lantai dewan itu dan menconteng satu pesanan di bahagian dinding sebelah kiri.

'20:30. 12 more to hunt. Too late!'

Diangkat mayat itu untuk didudukkan di atas sebuah kerusi menghadap pintu dewan. Dia membuat seolah-olah mayat itu duduk menghadap pintu keluar dan masuk itu dengan kaki yang disilangkan. 'Orang' itu melangkah keluar dari dewan utama itu. Dia agak gembira dengan hasil yang dia lakukan malam ini. Tidak sia-sia dia mengambil barang pelajar semalam dan diletakkan di dalam lacinya. Dia pasti targetnya itu akan datang semula ke sekolah untuk mengambil semula barang yang dianggap 'tertinggal'.

"2-0. HAHAHAHAHHAHAHA." Tawanya sendirian sambil meninggalkan kawasan tersebut.

'Silent killer is more dangerous than a psychopath. Do you think so?'

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro