Bab 13
"Kau tak nak makan ke bekal yang Evelyne bagi tadi tu." tanya Ayyan. Zafril hanya menolak bekal tersebut kepada Ayyan.
"Kau nak, kau makanlah."
"Eh tak naklah!" Ayyan menolak semula bekal tadi kepada Zafril. Mereka bertiga sekarang sedang rehat di kawasan berdekatan dengan padang. Ken yang sedang mengunyah roti hanya mengendahkan kedua rakannya yang sibuk menolak bekal makanan itu.
"Tak nak!!" Jeritan seseorang tadi membuatkan aktiviti mereka tergendala. Mereka memerhatikan kawasan yang berdekatan dengan tempat pembuangan sampah. Terlihat sekumpulan pelajar lelaki sedang berjalan ke arah itu. Disebabkan rasa ingin tahu yang kuat, Zafril bangun mendekati kawasan tersebut.
Dia mengintai sedikit di sebalik tembok kawasan itu. Kelihatan sekumpulan pelajar lelaki sedang membuli seorang pelajar perempuan. Macam pernah nampak. Ayyan dan Ken juga turut melihat perbuatan itu.
"Eh tu bukan budak perempuan yang dekat kantin hari tu ke?" Tajam mata Zafril memerhatikan wajah pelajar perempuan itu yang terselindung disebalik rambut yang menutupi wajahnya. Seorang pelajar lelaki di situ menyimbah air ke atas kepala pelajar perempuan tersebut. Kemudian, rambutnya direntap dan ditarik untuk mendongak secara paksaan.
Saat pelajar perempuan itu menoleh, Zafril dapat mengecam wajah tersebut. Benar kata Ayyan. Dia hendak mendekati mereka namun ditahan oleh Ayyan.
"Jangan Zaf, diorang semua tingkatan 5. Kita tak boleh serang senior." Zafril menahan rasa geramnya melihat perkara tersebut. Ken merakam perbuatan yang dilihat mereka secara senyap. Tiba-tiba, pelajar perempuan itu ditendang sehingga jatuh terduduk. Zafril yang yang terkejut melihat hal tersebut berlari ke arah mereka. Satu tumbukan diberikan kepada pelajar lelaki menendang perempuan tadi.
Berderau darah pelajar lelaki tadi apabila mendapat 'hadiah' yang tidak dijangka. Dia mencengkam kolar baju Zafril namun ditolak oleh Ayyan yang datang untuk membantu. Ken turut mendekati mereka semua. Kumpulan pelajar lelaki itu berundur saat melihat Ken mendekati mereka bersama dua orang pengawas tingkatan 5. Nasib baik dia sempat memanggil pengawas yang berkeliaran berdekatan dengan mereka. Terus kumpulan pelajar tadi melarikan diri.
"Kau okay?" tanya Zafril sambil melihat wajah pelajar perempuan itu. Teruk juga ada luka dan lebam. Ayyan mendengus perlahan.
"Kau ni kan suka buat kerja gila. Kalau diorang pukul kau tadi, tak ke naya je kau." Dia geram dengan sifat Zafril yang suka melakukan sesuatu perkara tanpa mengambil peduli akibat yang bakal menimpa diri sendiri. Tetapi kalau Zafril kena pukul tadi, memang dia pun buka langkah silat. Berani nak sentuh kawan dia? Cubalah kalau berani! Demi kawan, semuanya dia sanggup dilakukan.
"Senior Zarif." Dua patah perkataan itu cukup untuk membuatkan mereka bertiga terdiam.
"Awak...adik dia kan?" Zafril hanya mengeraskan diri sahaja saat mendengar pertanyaan tersebut. Ken dan Ayyan merenung wajah Zafril setelah mereka mendengar pertanyaan itu. Ya, hampir sama. Yang membezakan adalah matanya. Mata arwah Zarif berwarna hazel, manakala Zafril mempunyai mata yang berwarna biru laut.
Dia tidak menunggu lama terus membawa pelajar perempuan itu ke bilik kesihatan. Ken pula pergi berjumpa Caden untuk menunjukkan bukti video pembulian yang telah dirakam tadi. Ayyan hanya mendiamkan diri sahaja semasa mengikuti Zafril sehingga mereka pulang ke kelas. Mereka agak canggung untuk berbual sekarang.
***
"Ni aku jumpa kat loker dia." Seseorang meletakkan sehelai nota yang telah dikeroyokkan.
'1-0. You are too slow.'
Sebaik sahaja melihat nota tersebut, Queen yakin pembunuh itu sedang mencabar Zafril atau sebenarnya yang lebih tepat, dia mencabar Hidden Card secara halusnya.
"Kau dah periksa cap jari atau ada kesan apa-apa?"
"Tak ada jejak langsung. CCTV pun tak nampak dia masa nak letak nota tu dalam loker Zafril." Nafas ditarik sebelum meneruskan orang itu meneruskan kata-kata.
"Yang aku pasti, dia pelajar sekolah kita. Sebab pelajar sekolah kita sahaja yang boleh masuk dan tahu macam mana pergerakan CCTV tu." CCTV di sekolah mereka ada pergerakan khas iaitu, ia akan pusing ke kanan selama 1 minit dan pusing ke kiri setelah 5 minit tidak bergerak di tempatnya.
"Sky." Orang tersebut menatap Queen apabila identiti kadnya dipanggil.
"Make sure to keep ACE members safe. It's only both of you left."
"Aku tahulah." Langkah diatur melangkah keluar dari bilik rahsia tersebut. Keadaan agak berbahaya sekarang kerana pembunuh telah mengetahui identitinya. Dia cuba untuk memikirkan sesuatu yang dapat mengelirukan pemikiran pembunuh itu.
*******
Zafril terus menerus menconteng papan hitam yang hampir penuh dengan segala petunjuk. Dia dapat menyelesaikan satu sahaja petunjuk iaitu alasan kenapa abang ditahan di balai 3 tahun yang lepas.
FLASHBACK
"Kau kenal senior Zarif?"
Pelajar perempuan itu menganggukkan kepalanya. Tag nama dibahu sempat dikerling. Leana. Dia membuka cerita tentang abangnya.
"Dulu, dia pernah kena tahan polis."
"Why?" Pelajar itu kelihatan mengemam bibirnya sebelum berkata sesuatu yang cukup memeranjatkannya.
"Pukul pelajar perempuan."
"Kau nak cakap Zarif pernah buat benda yang kejam tu ?" Leana menggelengkan kepalanya.
"Macam awak kena tahan sebab dituduh, macam juga dia kena dulu. Tapi lepastu, dia dibebaskan sebab tak ada bukti kukuh yang menunjukkan dia buat apa-apa pun pada arwah budak perempuan tu."
"Arwah?"
"Budak perempuan tu dah meninggal dunia sebulan lepas kejadian tu. Depresssion. Trauma. Macam tu lah."
End of Flashback
"Kenapa kau tak pernah cerita semua benda ni Zarif?" tanyanya sendirian. Nampaknya dia perlu menggali terlebih dahulu tentang kes yang terjadi 3 tahun lepas. Namun, dia hendak minta tolong siapa ? Ayyan tadi macam dah canggung nak bercakap dengannya. Ken pun sama. Mungkin dia harus menceritakan semuanya kepada mereka berdua supaya tiada salah faham.
Zafril mengambil keputusan untuk menelefon Ken terlebih dahulu. Ken lebih matang daripada Ayyan, jadi lebih mudah untuk dia menerangkan semuanya kepada Ayyan jika ada yang membantu dia berbicara. Panggilan masih lagi belum diangkat. Keluhan dilepaskan. Seseorang bersuara saat dia hendak meletakkan panggilan.
"Hello?"
'Learn to how to survive alone. So,when someone leave you, you won't be hurt too much.'
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro