Bab 12
"Zaf, kitorang balik dulu eh? Bye!" Ken dan Adelia berlalu pergi. Sekarang tinggal Ayyan bersendirian bersama Zafril. Mereka duduk di sofa sambil melihat televisyen yang sedang menyiarkan berita.
"Siapa sebenarnya kau Zaf?" Soal Ayyan secara tiba-tiba.
"Maksud kau?"
"Kau tahu apa yang aku maksudkan. Aku nampak budak tu keluar dari bilik kesihatan sebelum dia meninggal. Apa sebab budak tu jumpa kau?" Zafril enggan untuk menjawab pertanyaan Ayyan. Ayyan tahu pasti ada sesuatu yang dia dan Ken tidak tahu mengenai Zafril.
"Aku balik dulu,Zaf. Tapi just nak cakap ... kalau kau dah bersedia nak cerita semua benda, beritahu. Aku akan dengar." Ayyan bangun dan membuka pintu untuk keluar. Tinggallah Zafril bersendirian. Dia tidak tahu jika dia boleh mempercayai teman-temannya.
Dia bergerak belakang almari dan menarik papan hitam yang telah disembunyikan. Dia menconteng sesuatu pada papan tersebut.
'Balai polis' - '2022' - 'Why?'
Dibuat perkataan itu satu persatu.Dia mengetahui langsung kalau Zarif pernah masuk ke dalam penjara. Abangnya tidak pernah memberitahu perkara itu. Tiba-tiba,dia teringat kalau abang pernah menghantar sebuah mesej pelik yang seakan-akan seperti sebuah kod. Dia membuka telefon dan mencari mesej tersebut.
Jumpa!
PS2022-D:160422-R:405.
"Apa benda ni?" Ditenung kod itu sehingga dia tersedar. PoliceStation2022! Ya itu dia! Tapi belakang itu apa pula? Hairan dia melihat kod yang berbentuk nombor. 405? Bukan itu nombor sel tahanan dia? Kejap kalau macam tu....
"Police station 2022 - Date: 16/04/2022 - Room: 405!" Dia terus melihat kod yang lain yang dihantar oleh abangnya. Maksudnya, selama ini arwah Zarif telah menghantar pelbagai petunjuk kepadanya sebelum dia meninggal. Dia langsung tak perasan. Sangkanya, arwah abangnya hanya menghantar mesej merapu sahaja.
'MzR.'
'310322' - 10:49 p.m.
'uepp1-1:AKQJ'
Lebih banyak kod yang dia juga tidak mengetahui maksudnya. Namun,tiga kod tadi cukup menarik perhatiannya. Mungkin dia harus bertanya kepada rakannya tentang kod tersebut. Siapa tahu, kalau mereka boleh menyelesaikannya?
***
"It's not good, Queen." King mencampakkan maklumat pelajar yang telah mati itu.
"Dia budak kau Queen and the worst thing is, dia juga salah seorang ahli kita yang pegang senarai identiti." Senarai itu sangat penting. Queen menyerabutkan rambutnya dengan kasar.Kenapa dia tidak perasan selama ini kalau pelajar itu merupakan anggotanya. Mungkin kerana dia jarang melihat pelajar itu datang ke sini.
Mereka mengetahui identiti pelajar itu apabila Joker menjumpai kad asli 'Hidden Card' yang sempat disorokkan sebelum dia meninggal dunia. Lebih parah lagi, senarai itu mempunyai nama penuh dan segala maklumat yang lain. Mereka pasti pembunuh itu akan memburu ahli-ahli Hidden Card untuk memaksa mereka menunjukkan diri.
"Pesan dekat ahli yang lain untuk berhati-hati. Kalau boleh jalan beramai-ramai, jangan seorang diri. Balik rumah pun berkumpulan."
"Budak 'Ace' siapa nak uruskan?" Tanya Joker. Queen menghela nafas. Ni satu lagi masalah. Dia menghantar mesej kepada seseorang.
'Be careful. The killer is hunting all the members!' - Queen
Sekarang ahlinya hanya tinggal 3 orang termasuk dirinya, King dan Joker masih mempunyai 4 orang dan ahli Ace masih lagi ada 2 orang yang tinggal. Mungkin bilangan mereka akan berkurang bila-bila masa sahaja.
***
Saat dia melangkah di sepanjang koridor, para pelajar melihat ke arahnya. Dia hanya mengendahkan pandangan mereka sahaja. Mungkin disebabkan wajahnya lebam dan bibirnya yang pecah sedikit. Tangan seseorang merangkul bahunya. Tersenyum dia melihat orang tersebut.
"Hey...jejaka terhangat dari penjara." Dia memukul bahu Ayyan yang sengaja mengacaunya. Pecah ketawa mereka. Saat dia membuka loker miliknya, dia melihat sehelai nota jatuh ke lantai. Nota yang bertulis:
'1:0. You are too slow.' Zafril mengetap gigi membaca nota tersebut. Dia mengeronyokkan nota itu dan mencampakkannya kembali ke dalam loker. Ayyan menepuk bahu Zafril.
"Kenapa?" Zafril menggelengkan kepala. Ayyan menariknya untuk memasuki kelas mereka. Dia terserempak dengan Evelyne yang baru sahaja keluar dari kelasnya.
"Zaf, awak tak apa-apa?"
"Ya, okay je." Evelyne tersenyum memandang Zafril. Dia menyerahkan sebuah bekal.
"Nah, makanlah. Saya masak untuk awak." Zafril yang tidak bersedia terpaksa memegang bekal tersebut apabila dipaksa untuk mengambilnya. Sebelum berlalu pergi, dia membisikkan sesuatu kepada Zafril.
"I trust you are not the killer." Dia melangkah pergi meninggalkan Zafril yang terpinga-pinga. Kejadian itu disaksikan ramai pelajar yang lalu lalang itu kawasan itu. Ken dan Adelia yang baru sahaja tiba itu juga melihat kejadian tersebut.
"Aku gerak dulu." Adelia meninggalkan Ken dan berjalan melepasi Zafril untuk menaiki tangga ke kelasnya. Ken mendekati mereka berdua. Terkelip-kelip matanya.
"Kau ada apa-apa ke dengan Evelyne tu sampai bagi bekal bagai?" tanya Ayyan.
"Kau tak nampak ke Zaf harini dah jadi bad boy? Dengan muka yang macam ni..fuhh lebam sana sini. Aduh!!" Ken memukul kepala Ayyan.
"Kau jangan nak merapu dekat sini. Dah jom." Mereka bertiga bergerak menuju ke kelas yang telah dipenuhi dengan ramai penghuni. Suasana menjadi senyap saat dia melangkah masuk. Ada yang menegurnya, ada juga yang mengelak daripada bertentang mata dengannya.
'Sometimes we need time to make everything become normal again.'
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro