๐๐ฎ๐ป ๐๐ธ๐ธ๐ญ ๐๐พ๐ผ๐ซ๐ช๐ท๐ญ -๐๐ช๐ซ 4
Happy reading!
Orked Maysara mengecilkan matanya melihat ke arah satu arah. Jelas di matanya dia melihat seorang remaja perempuan sedang di ganggu oleh budak lelaki yang nakal.
"Eii apani? Kan aku dah cakap jangan kacau aku. Korang tak faham bahasa ke." Suara gadis itu kedengaran marah di telinga Maysara.
Kasihan dia melihat gadis itu. Seperti mahu menangis sudah tetapi lelaki-lelaki itu hanya buat bodoh.
"Kalau suka sangat dengan dia pergi jumpa parents dia. Korang ingat elok sangat buat anak dara orang macam tu?" Maysara sudah tidak tahan melihat gadis itu di ganggu.
"Kau ni siapa. Sibuk apahal!" Salah seorang dari mereka berkata. Kasar sungguh nada bicaranya.
Maysara menggeleng kepalanya. Budak zaman sekarang biadap sungguh.
"Akak bukan sesiapa dia tapi akak sekadar nak tegur. Kalau betul sukakan dia jumpa mak bapak dia. Dia masih ade keluarga. Dengan gaya korang macam ni akak yakin keluarga adik ni pun takkan restu kalau korang nak dekat anak gadis dia. Belajar dah habis? Dah kerja? Dah mampu nak sara anak orang ke. Ke nak bagi anak orang makan pasir?" Perli Maysara selamba.
Berdas-das Maysara menembak. Semuanya terkena di atas batang hidung mereka.
Ternganga gadis itu melihat Maysara yang selamba itu. Kagum dia melihat keberanian Maysara.
Kedua lelaki itu mendengus bengang tanpa membalas kata-kata Maysara mereka berlalu meninggalkan Maysara dan remaja perempuan itu.
Maysara tersengih kambing. Sentap la tu. Haih tak padan dengan budak. Acah samseng sama seperti Raaes. Ehh apahal aku ingat dia pula.
"Adik okay? Dia ada cederakan adik ke?" Maysara menyoal prihatin.
Remaja perempuan itu hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak.
"Okay... so what's your name?"
"Ryanna."
"Apa patut akak panggil awak?" Maysara masih lagi cuba untuk bercakap dengan gadis itu.
"Ryaa, terima kasih akak sebab tolong Ryaa." Ryanna berkata ikhlas. Senyuman terukir dibibir nipisnya.
"No problem. We should help each other right?"
Nama Ryanna hampir sama dengan nama adik kembarnya Rayyan. Adakah ini jodoh?
Ryanna tersenyum lagi. Kakak ni baik!ย "Nama kakak?"
"Ryaa boleh panggil kakak Sara." Jawab Maysara ceria. Gadis itu ditilik dari atas hingga bawah. Pendek je. Cute!
"Emm dari gaya Rya ni akak rasa umur Rya 19. Betul tak?" Soal Maysara sekadar meneka.
Mata Ryanna membulat besar. Mulut yang terlopong itu ditutup menggunakan tangan.
"Macam mana kakak tahu?"
Maysara tersenyum bangga. "Adalah, jadi betullah umur awak 19?"
"Ya."
"Ouh, faham. Awak buat apa dekat sini? Seorang diri pula tu. Awak perempuan bahaya seorang diri macam ni." Tegur Maysara lembut.
Ryanna memandang Maysara lama sebelum menjawab pertanyaan Maysara.
"Rya datang dengan kakak Rya tapi kakak entah kemana, kakak dengan anak dia tapi tengok-tengok dah hilang dari radar. Puas Rya cari." Adu Ryanna dengan wajah sayu.
Takkanlah kakak sepupunya tinggal dia pula? Mustahil lah Fadhila mahu tinggalkan dia kerana Fadhila sangat sayangkan dia.
"Kakak Rya ke tandas mungkin."
Ryanna mengangkat bahunya. Dia tidak tahu.
"Dah call?"
"Hehehe, Ryaa lupa bawa phone kakak." Balas Ryanna bersama sengihan. Kepalanya digaru. Gadis ini full package tapi satu je tak cukup, iaitu hijab.
Mengecil mata Maysara memandang Ryanna. Cuai betul!
"Kalau macam tu jomlah kakak hantar." Tawar Maysara baik hati. Maysara mewarisi sikap mamanya.
"Boleh ke kakak? Tak susahkan kakak ke?" Takut juga jika menyusahkan Maysara untuk hantar dia pulang.
"Perkara kecil Rya. Tak salah bantu membantu."
Ryanna tersenyum manis. Alangkah indahnya jika Maysara boleh jadi kakak iparnya. Sayang seribu kali sayang dia tidak mempunyai abang.
"Lambat kamu balik?" Tunku Mikael yang sedang membaca surat khabar di ruang tamu menyoal tanpa memandang si anak.
"Sibuk sikit," balas Maysara sambil melangkah ke arah Tunku Mikael. Tangan itu disalam lama.
"Papa tak halang kalau kamu nak kerja tapi ada limit dia. Kamu tak boleh jadi seorang yang gila kerja macam papa. Kamu perempuan kurangkan sikit kerja." Tegas Tunku Mikael. Perempuan apalah sangat jika mahu dibandingkan dengan lelaki.
Kalau Miqael dia tidak kisah tetapi Maysara anak perempuannya. Malah satu-satunya anak perempuan. Tidak mahu terjadi perkara-perkara yang tidak baik kepada anaknya.
Dahi Maysara berkerut halus. Pelik ini pelik. Selalunya papa tidak akan pertikaikan cara dia bekerja.
"Papa kenapa?"
"Papa risaukan anak gadis papa," luah Tunku Mikael. Alangkah bagus jika Maysara mempunyai suami. Dia tidak akan begitu risau kepada anak gadisnya.
"Papa nak risau apa. Kakak pandai jaga diri. Papa doakan saja agar kakak berada dalam lindungan Allah."
Melihat kesenyapan papanya Maysara yakin papanya masih risau.
"Papa jangan risau okay? Tak hensem dah papa Sara kalau risau macam ni." Maysara membodek Tunku Mikael cuba menghiburkan papa.
"Selagi kamu belum kahwin kamu tanggungjawab papa. Walaupun kamu dah kahwin sekalipun kamu tetap akan menjadi anak papa. Mestilah papa risau." Kepala anaknya yang dilitupi tudung diusap sayang.
"Papa doakan jelah biar kakak jumpa jodoh."
"Bukan papa, tapi kamu sendiri. Kalau nak kena usaha. Kakak ada someone special?"
Maysara mengelengkan kepalanya. Dia tidak mempunyai teman istimewa tetapi mungkin akan datang ada.
Ayam yang sudah disalutkan dengan tepung bestari itu di masukan ke dalam kuali yang terisi dengan minyak panas.
Tidak sedar jarinya turut terkena minyak panas yang menggelegak itu kerana terlalu asyik termenung
"Ya Allah Raaes Arasyah!" Terkejut Za'im yang baru masuk ke dapur melihat sedikit jari kawan serumahnya sudah terkena minyak.
Dengan langkah laju dia mengambil tangan Raaes lalu di letakkan dibawah air yang mengalir. Raaes hanya diam melihat tingkah Za'im. Dia juga sedang memproses apa yang sedang terjadi.
"Kau termenung apa Raaes? Sampai jari terkena minyak panas pun kau tak sedar?" Marah juga Za'im dengan sikap Raaes. Dia pun tidak faham. Sudah empat hari lelaki itu cuai.
Kalau sedang potong bawang, jarinya akan turut terluka kerana terkena pisau yang tajam.
"Aku.. aku rasa nak kahwin."
"Huh? Kahwin sajalah apa susah." Jawab Za'im biasa. Seketika kemudian dia tersedar sesuatu. Apa mamat ni cakap? Kahwin?
"Kau nak kahwin? Seriously?"ย Tidak percaya Za'im berkata. Membulat matanya. Dia tak percaya!
"Ini kahwinlah, bukan perkara main-main."
"Kau yakin?"
Raaes tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. "Aku yakin, sudah tiba masanya. Aku ikhlas nak jadikan dia isteri aku yang sah."
"Siapa perempuan tu. Bertuah dia dapat kau yang sempurna. Baik pula tu." Puji Za'im.
"Tak ada manusia sempurna. Aku baik pun sebab Allah yang tutup aib aku." Jawab Raaes lagi. Dia tidak sempurna. Banyak lagi yang harus dia pelajari.
Za'im menepuk bahu Raaes. Dia akan sokong apa yang boleh membahagiakan kawannya.
"Aku sentiasa sokong kau. Kau perlukan apa-apa bagitahu aku."
Raaes tersenyum saja. Tidak pula dia membalas. Sesungguhnya setelah empat hari dia melakukan solat istikharah hatinya tenang. Dia telah mendapat petunjuk untuk hatinya kini.
Lapang dadanya. Hujung minggu ini dia harus pulang ke kampung. Berita gembira harus dikongsikan kepada ibu dan abinya. Raaes berharap mereka tidak terkejut kerana dia perlukan pertolongan ibu dan abi. Insha Allah jika waktu itu dia masih ada.
Bแบกn ฤang ฤแปc truyแปn trรชn: Truyen247.Pro