Chร o cรกc bแบกn! Vรฌ nhiแปu lรฝ do tแปซ nay Truyen2U chรญnh thแปฉc ฤ‘แป•i tรชn lร  Truyen247.Pro. Mong cรกc bแบกn tiแบฟp tแปฅc แปงng hแป™ truy cแบญp tรชn miแปn mแป›i nร y nhรฉ! Mรฃi yรชu... โ™ฅ

๐“—๐“ฎ๐“ป ๐“–๐“ธ๐“ธ๐“ญ ๐“—๐“พ๐“ผ๐“ซ๐“ช๐“ท๐“ญ -๐“‘๐“ช๐“ซ 1

Orked Maysara menyiram pokok bunga kesayangan mamanya sambil bernyanyi kecil. Suasana hati Maysara sangat baik hari ini.

"Amboi kakak, gembira mama tengok anak mama ni." Tunku Elviyra yang sedari tadi memerhati menegur si anak.

Maysara memberikan senyuman kepada mamanya. "Biasalah mama, siapa saja tak gembira bila hari cuti kan?"

Tunku Elviyra mengangguk perlahan. Sejuk perut dia mengandungkan Maysara. Anaknya membesar dengan baik hasil dari didikan dia dan suaminya Tunku Mikael.

Sejuk saja mata memandang anak perempuan tunggalnya.

"Kakak, taknak kahwin?" Soal Tunku Elviyra tiba-tiba.

Tangan Maysara yang lincah menyiram pokok itu terhenti. Terkebil-kebil matanya memandang Tunku Elviyra.

"Apa mama cakap?" Sekali lagi Maysara menyoal. Telinganya yang berada disebalik tudung itu digosok-gosok. Dia tidak salah dengarkan?

"Mama tanya kakak taknak kahwin ke? Umur kakak pun bukannya muda lagi." Kata Tunku Elviyra sekali lagi.

Masyara menutup pili air sebelum fokus memandang si mama.

"Kahwin? Mama nak kakak kahwin? Kakak calon pun tak ada inikan pulak nak kahwin." Balas Maysara seraya tergelak kecil.

Mamanya ini merepek saja. Maysara mengeleng kecil.

"Mama serious kakak,"

Maysara terdiam. Kahwin? Sejenak dia mengeluh.

"Mama, buat masa sekarang ni kakak tak ada teman istimewa. Dengan siapa kakak nak kahwin? Robot?"

Tunku Elviyra memandang Maysara tajam. Bermacam alasan diberikan Maysara.

"Banyak saja alasan kakak kalau mama suruh kahwin." Omel Tunku Elviyra tidak berpuas hati.

Maysara tersengih kecil. "Haa apa kata mama suruh Qael yang kahwin. Amacam?" Maysara menyuarakan pendapatnya.

"No! Sebelum Qael kahwin, Orked Maysara yang wajib berkahwin dulu. Qael lelaki tidak perlu risau dia nak kahwin bila. Kakak tu perempuan. Nanti jadi anak dara tua." Bebel Tunku Elviyra. Panas pula hatinya.

"Alaa ma, jodoh kakak tak sampai lagila." Maysara masih lagi menjawab.

"Tak sampai? Kakak ingat jodoh ni akan sampai tergolek depan kakak ke? Kakak kenalah cari. Budak ni," tergeleng perlahan kepala Tunku Elviyra. Cakap dengan budak ni, dia kena darah tinggi nanti.

"Mana tahu ma, dia datang tergolek. Kita tak tahu," selamba Maysara membalas.

"Orked Maysara." Tunku Elviyra menyeru nama panjang anak gadisnya.

"Opsss, sorry ma." Mencicit Maysara berlari masuk ke dalam rumah. Bimbang jika Tunku Elviyra meneruskan lagi bebelannya.

"Budak ni," Tunku Elviyra menggelengkan kepalanya. Ada saja yang dia balas jika bercakap tentang kahwin. Dia bukan apa, umur Maysara semakin meningkat. Risau jika anaknya digelar anak dara tua.

"Assalamualaikum.." Raaes Arasyah memberi salam.

"Waalaikmusalam, anak ibu dah sampai. Masuk angah." Puan Jannah tersenyum lebar memandang si anak teruna.

Raaes masuk lalu tangan si ibu di salam lalu dikucup lama.

"Angah minta maaf ibu. Lama angah tak balik sini. Lama sungguh angah tak jenguk ibu dengan yang lain dekat kampung," ujar Raaes bersama riak wajah bersalah. Sejak kebelakangan ini, kerjanya terlalu banyak sehingga tidak cukup tangan dia untuk menanganinya.

Puan Jannah tersenyum seraya menganggukkan kepala.

"Tak apa angah, ibu faham. Anak ibu sibuk." Kepala Raaes diusap sayang. Raaes seorang anak yang cukup mendengar katanya. Tidak pernah sekalipun Raaes melawan.

Raaes meliarkan matanya memandang sekeliling. Mencari dimana mereka semua.

"Ibu, abi dan adik-adik mana? Angah rindu," luah Raaes.

"Abi keluar ke masjid angah. Adik-adik tidur. Penat balik sekolah tadi." Jawab Puan Jannah. Langkah diatur untuk ke ruang tamu.

"Duduk angah. Ibu tahu angah penat. Bukannya sekejap angah drive."

Raaes melabuhkan punggungnya di sofa yang empuk itu. Kepala disandarkan ke sofa. Mata dipejamkan sekejap untuk menghilangkan penat.

Puan Jannah hanya melihat Raaes yang jelas kepenatan itu. Dia tersenyum kecil.

Tidak lama kemudian, seorang remaja perempuan muncul. Dengan wajah mamai dia datang ke arah Puan Jannah.

"Ibu siapa tu?" Dia menyoal apabila melihat seseorang yang sedang tertidur nyenyak di sofa.

Puan Jannah menepuk perlahan lengan Alya. "Kamu tak kenal abang kamu ke?"

Mata Alya membulat besar. Matanya digosok berulang kali. Setelah pandangan sosok tubuh itu jelas kelihatan di matanya dia menjerit teruja.

"Angah!" Jerit Alya teruja.

Raaes yang sedang terlelap itu bangun mengejut akibat mendengar jeritan si adik.

"Astaghfirullah," mengucap perlahan Raaes akibat terkejut.

Alya tersengih kambing. Puan Jannah menepuk perlahan bahu Alya.

"Apa kamu ni Alya." Marah Puan Jannah. Perangai tak senonoh langsung.

"Angah! Alya rindu angah sangat," setelah berkata Alya berlari kearah Raaes. Tubuh tegap itu dipeluk. Sudah 4 bulan tidak berjumpa dengan si abang. Dia rindu!

Bibir Raaes mengukirkan senyuman lebar. Pelukan Alya dibalas mesra. Alya memang rapat dengan Raaes daripada dengan kakak sulung mereka.

"Angah pun rindu Alya. Alya sekolah macam mana? Okay?" Raaes bertanya kepada Alya.

Wajah Alya berubah mendung mendengar soalan daripada Raaes.

Raaes yang sedar akan wajah mendung Alya itu bertanya lagi.

"Kenapa? Alya kena buli? Cuba bagitahu angah."

"Sekolah okay angah tapi Alya penat angah." Jawab Alya bersama keluhan. Dia penat kelas siang, malam, pagi dan petang.

Raaes mengangguk perlahan. Wajah si adik dipandang kasih.

"Alya belajar memang penat. Alya nak berjaya kan? Jadi Alya tak boleh mengeluh macam ni. Nak berjaya perlukan pengorbanan Alya. Kalau Alya sendiri tak berkorban macam mana Alya nak berjaya? Atau Alya tak nak berjaya macam kaklong? Alya nak berputus-asa macam tu saja ke?" Raaes cuba menasihati adik perempuannya. Alya seorang yang manja. Berbeza dengan Aisha. Aisha merupakan adik Alya.

Alya diam, dia cuba menghadam kata-kata Raaes. Benar apa yang dikata abangnya. Jika dia mahu berjaya seperti abang dan kakaknya dia tidak boleh mudah berputus-asa. Ini baru saja permulaan untuknya.

"Alya nak berjaya, nak jadi macam angah dan kakak," jawab Alya perlahan. Wajah ditundukkan. Tidak mahu memandang Raaes.

"Bagus, kalau nak berjaya jangan macam ni. Alya ada angah, ibu, abi dan kakak. Kami akan sokong saja apa yang Alya nak." Balas Raaes lembut.

"Terima kasih angah." Alya memeluk tubuh si abang sekali lagi.

"Sama-sama. Ingat apa yang angah cakap Alya. Jangan hangat-hangat taik ayam. Faham?"

"Faham boss!" Alya tabik spring. Raaes tergelak kecil. Ada saja telatah Alya yang membuat dia tertawa.

"Angah!" Kali ini suara seorang gadis pula kedengaran. Laju saja gadis itu berlari ke ruang tamu.

"Rindu angah!" Aisha menyalam tangan si abang sebelum memeluk tubuh tegap itu.

"Ehh, badan angah makin tegaplah. Apa angah buat hah?" Soal Aisha dengan mata mengecil.

Raaes memandang Aisha sambil tersenyum. "Apa angah buat. Angah makin gemuk nak buat macam mana." Raaes menjawab bersahaja.

"Angah, ini bukan gemuk. Ini sado namanya!" Tukas Aisha bersama wajah tidak berpuas hati.

Raaes melihat badannya sendiri. Sado? Sado macam apa itu?

"Sado?"

"Ya sado!" Semangat Aisha menjawab.

"Ada-ada saja Aisha ni."

"Apa? Betulah angah," cemberut saja wajah Aisha.

Alya menahan tawanya. Kasihan dia melihat adiknya itu.

"Sudahlah Aisha. Angah bukan tahu beza antara sado dengan gemuk," perli Alya selamba.

Aisha tergelak kecil mendengar kata-kata Alya.

Mengecil mata Raaes memandang Alya dan Aisha. Budak berdua tu kalau mengata orang!

"Ini angah balik berapa lama?" Tanya Aisha. Di dalam hati dia berharap agar Raaes pulang lebih lama sedikit.

"4 hari saja Aisha."

Mulut Aisha membentuk oh. Ada peluang nak keluar berjalan bersama abangnya itu.

"Kejap sebelum angah lupa. Adik mana?" Raaes baru teringat akan adik bongsunya Raihanah yang berumur 8 tahun.

"Ouhh adik tidur tadi. Tak bangun lagi."

Raaes mengangguk perlahan tanda faham.

"Okay angah! Kak jom, masuk bilik Aisha ada something nak tunjuk." Aisha mengajak Alya masuk ke bilik mereka. Ya, budak berdua tu memang tidur sebilik. Umur mereka hanya berbeza 2 tahun saja.

Mereka tidur sekali dengan adik bongsu mereka tetapi berlainan katil. Jadi, bilik mereka bertiga sangatlah luas kerana mempunyai tiga katil single.

"Angah, kitaorang masuk bilik dulu tahu. Bubye!" Pamit Alya bersama sengihan. Mencicit Alya dan Aisha berlari menuju ke arah bilik tidur mereka.

Raaes menggelengkan kepala. Ada saja ragam budak berdua itu.

Macam mana bab 1? Agak boring bukan. Hmm

Bแบกn ฤ‘ang ฤ‘แปc truyแป‡n trรชn: Truyen247.Pro