chapter 6
"ok, kelas bersurai!" ujar guru tarian, saem hwang. "boleh Taehyung, yerin, Hara, yoona tunggu sekejap?" soal saem hwang. "nae.. " jawab mereka lalu duduk di atas kerusi semula.
"ok, tentang tempat. Saya tukar kepada Busan kerana tiket ke Daegu habis stok. Harap kamu semua faham. Untuk Lawatan ke busan, kamu semua boleh pergi ke mana2,sama ada berseorangan atau bersama sama. Kamu semua hanya perlu kembali ke sekolah pada selasa." terang saem hwang lalu mengedar tiket kepada mereka.
Yerin mengucapkan terima kasih kepada saem lalu beredar. Dia menuju ke dewan sukan. Macam biasa, bermain bola keranjang. Yerin nampak seorang perempuan sedang menangis memeluk lutut. 'Tiada siapa memerlukan belas kasihan aku'
Bisik hati yerin. Yerin meneruskan bermain bola keranjang sehingga perempuan itu mengangkat kepalanya, ae rim.
Yerin meletakkan bola lalu menuju ke ae rim. Yerin menawarkan sehelai tisu kepada ae rim tetapi ae rim menolak. "aku tak perlukan pertolongan dari kawan yang aku telah khianati dan kawan yang telah khianati aku. Kawan yang Hodoh,nerd.
Yerin senyum kepada ae rim lalu berkata. " hinalah banyak mana kau nak hina, pada hujung hari, kau orang yang hilang kawan dan aku orang yang hilang peneman." yerin memaling badannya untuk berjalan.
"chakkaman!" yerin menoleh. "adakah tak mustahil bagi kita jika berkawan semula?" soal ae rim. Yerin menggeleng kepala. "tak. Kau dah janji kau takkan buli aku. Dan aku berjanji yang aku akan bolehkan kau menang dalam pertandingan menari. Kita berdua sudah hancurkan janji. Sama seperti kita hancurkan persahabatan kita." ujar yerin.
Yerin memandang ae rim yang matanya sedang berair. Mereka memandang sesama sendiri sehingga yerin menoleh belakang lalu menuju ke sebuah kelas.
Yerin pov
Aku bergegas ke kelas seterusnya. Kimia! Akhirnya dapat juga aku tukar tempat duduk. Aku tak mau duduk di sebelah taehyung..
Aku mengambil tempat paling belakang di kelas itu. Aku nampak satu stick note di atas meja. Aku membaca.
Aku tau! Kau akan duduk sini!
-man in black
Aku tengok stick note itu lalu tersenyum. Siapa lelaki tu? Siapa lelaki yang suruh semua orang berhenti buli aku? Lamunan aku terganggu bila aku dengar bunyi heretan kerusi. Aku mendongak.
Aku nampak taehyung senyum kepada aku. "yahhh! Kau tak boleh jadi partner aku!" aku separuh menjerit. "aku tak perlukan pendapat kau." ujar Taehyung lalu duduk di sebelah aku.
Aku mengambil beg aku lalu letak di atas kerusi depan aku. Aku menoleh. "jangan gerak!" ujar aku. Taehyung senyum sinis. Dia membaling begnya ke kerusi sebelah aku lalu duduk. Aku berdiri untuk pindah tempat tetapi taehyung menarik tangan aku. "jangan pergi!jadi partner aku, jebal,, " Taehyung merayu.
"orang akan cakap macam2 dan akan pukul aku kalau aku duduk dengan kau" ujar aku dengan sedih. "tak, mereka takkan. Percayakan aku" kata taehyung. Aku memandang dalam matanya. Jantung aku sudah berdegup. Aku duduk dengan malu plus blushing sebelah dia.
Aku meletak stick note itu diatas meja lalu mengambil buku untuk dibaca. "daripada peminat rahsia ke?" tanya taehyung lalu membaca stick note itu. "siapa man in black?" soalnya lagi. "bukan masalah kau" jawab aku lalu menyimpan stick note itu dalam poket.
Semua pelajar masuk ke dalam kelas lalu cepat2 duduk di kerusi mereka. "ok kelas, sebelum kita mulakan pelajaran, kertas ujian yang kamu semua buat sebelum cuti sekolah haritu, saya dah tanda semua dan ada antara kamu buat dengan teruk!" saem hyu menjerkah.
Saem ni sangat garang tetapi adil. "saya tak kisah jika kamu anak orang kaya atau anak pengetua! Di dalam kelas saya, semuanya sama dan jika kamu tak lakukan dengan baik.. Hukuman, motivasi diri dan jerkahan datang kepada kamu." saem hyu mula memberi kertas ujian.
Aku menahan ketawa kerana aku tahu saem hyu bercakap tentang Hara. "gelaklah kalau kau nak gelak" taehyung membisik. Aku tengok dia. "aku tak da niat jahat" kertas soalan aku diletak di atas meja dan aku dengar saem ryu menggumam. "bagus,"
Aku tengok dia dan senyum.
Aku tengok markah aku. 97/100. Aku senyum manis lalu melihat kesalahan aku. "kamu semua patut belajar dari yerin, orang yang bekerja keras. Dia dapat markah 97% tetapi tetap rendah diri. Bukan macam Hara yang dapat 36%,tetapi tetap dengan perangai tak menyenangkan dia."
Saem ryu memuji aku dan hina hara.
Aku pandang hara dan aku dapat tengok dia sedang menahan marah. Kemudian, dia Memberi pandangan maut kepada aku dan aku hanya dapat senyum sinis. Dia terkejut pandang aku. Kali pertama aku senyum sinis kepadanya. Selalunya dia yang senyum sinis pada aku.
Aku fokus kepada pembelajaran kembali dan mengambil nota. Sepanjang pembelajaran, aku dengan taehyung bergurau sesama sendiri. Adakah kami semakin rapat? kenapa dia tiba2 baik dengan aku? "boleh kita bercakap selepas kelas?" soal aku. Taehyung berfikir tentang soalan aku tanya kemudian dia angguk.
Selepas kelas
Taehyung pov
Aku menilik jam di tangan aku. Aku akan kehabisan masa kalau aku cakap dengan yerin. Tapi apa yang dia nak cakap? Aku mengambil beg dan tinggalkan kelas dengan senyap kerana saem hyu sedang bercakap dengan yerin.
Yerin pov
Aku berjalan keluar dari kelas dan keluarkan fon aku. Aku nampak nesej daripada unknown number.
Unknown:
Mian. Aku ada hal keluarga.
Aku tak dapat cakap dengan kau harini 😩
Aku taehyung kalau kau tak tahu😊
Aku:
Cheonma.
Aku reply dan save number taehyung. Aku berjalan ke rumah dan nampak unnie dengan eomma sedang lunch. Aku letak bag aku dibawah dan mengambil semangkuk nasi lalu aku makan bersama mereka. Aku cakap tentang lawatan ke busan dan unnie cerita yang dia sudah ada namchin.
"apa nama dia?" tanya eomma. "im junhyu" jawab unnie. Aku habiskan makanan dan ambil bueg aku. Aku mendaki tangga untuk ke bilik. Aku tutup pintu lalu duduk di atas katil. Aku membuka almari dan pilih baju apa yang akan aku pakai. Aku mengemas baju dan masukkan kedalam bagasi.
Usai mengemas, aku duduk di kerusi belajar. Aku nampak sehelai stick note di atas meja.
Jumpa di busan nanti! Btw aku bukan stalker kayh!
-man in black
**********************
Sorry lambat update.
Ok tak chap ni?
Teruskan membaca dan vote
Comment n vote
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro