chapter 2
~rehat
Yerin keluar dari kelas dan menuju ke dewan sukan tertutup. Tiada seorang pun pelajar yang ada. Tetapi mereka akan datang nanti. Yerin menyasarkan bola keranjang terus ke dalam jaring.
"yerin!" yerin memandang ke arah orang yang memanggilnya. Ianya Hara di sebelahnya yoona dan soo Ae. DiBelakangnya ae rim,yura. "kau nak main bola keranjang dengan kami? Kami perlu bertanding deng--" "tak.aku tak nak." "of coz dia nak main!" ae rim kata dengan teruja. Yerin merenung tajam ke arah ae rim.
Yerin menggalas begnya dan ingin berlalu pergi tetapi ae rim sempat menarik tangan yerin.
"tolonglah main dengan mereka, kita kena bertanding dengan BTS."
Yerin menoleh belakang. Terpampang hara disitu. "kalau kau cuba nak lari atau pergi, aku tak tau apa jadi dekat kau" hara mengugut yerin. "yahh! Jom mula lawan!" yerin menoleh ke belakangnya. 7 orang lelaki masuk. BTS. Yerin mengeluh lalu meletakkan begnya dilantai. Yerin mengambil langkah sedia.
Apabila permainan bermula, yerin mendapat bola kerana jimin menghantar bola ke arah suga dengan tak cermat. Yerin menyasarkan bola dengan betul lalu masuk ke dalam jaring. Pelajar perempuan disitu bersorak tetapi bukan sorak untuk yerin tapi untuk Hara.
Permainan diteruskan. Markah kumpulan yerin sentiasa bertambah. Jungkook menghantar bola ke arah taehyung tetapi taehyung tidak memberi perhatian. Bola itu menghala ke arah muka taehyung. Yerin berlari di depan taehyung lalu menangkap bola itu sebelum terkena muka taehyung. Kemudian dia membaling bola itu ke dalam jaring. Goal!
Yerin pov
Ring ring ring
Aku berjalan di koridor. Aku pandang sekumpulan perempuan sedang meraikan kemenangan Hara dalam bola keranjang menetang BTS. tak guna. Aku yang shoot dia yang dapat nama!.sorang pun tak puji aku. Aku pergi ke kelas menari. Guess what, Semua bts masuk kelas menari. Hara, soo ae, yura dan ae rim pun ada.
Aku mengeluh. Aku duduk di meja di belakang sekali. Aku meletakkan kepala di atas meja lalu menutup mata. Aku dengar bunyi kerusi diheret sebelah aku. Dengan segera aku mengangkat kepala dan nampak taehyung. Geng2 gosip semua sedang cakap macam2. Aku hanya abaikan.
"kau buat apa dekat sini?" soal aku dengan menyampah. Taehyung duduk sebelah aku. "aku akan jadi partner kau sepanjang tahun". Aku berdiri dan menuju ke kelas sebelah.
Taehyung ikut aku menuju ke situ. Aku nampak hara di koridor yang ingin masuk ke dalam kelas. 'Hara tak boleh tahu yang taehyung nak jadi partner aku'.
Dengan segera aku berlari masuk ke dalam kelas sebelah , lantas aku meletak beg aku dikerusi sebelah aku. "mian, kerusi ni ada orang" kata aku kerana taehyung mahu duduk sebelah aku. Dia mendengus lalu duduk depan aku.
Hara masuk dan dia nampak taehyung. Dia senyum dengan lebar dan mahu duduk sebelah taehyung. "kerusi ni ada orang" taehyung cakap dengan dingin. Membulat mata aku setelah aku dengar apa taehyung cakap. Hara merenung aku tajam lalu beredar. Dia mengambil tempat duduk di sebelah yura.
End pov
Saem hwang masuk dan menyapa pelajar didalam kelas.
"Aneong,macam mana hari ni?"
"okay!" jawab semua orang didalam kelas dengan senyuman.
"saya rasa semua sudah ada rakan kongsi (partner) kecuali 2 orang. Boleh 2 orang tu jadi rakan kongsi (partner)?" soal saem hwang. Taehyung menoleh belakang, memandang yerin. Yerin memandang taehyung juga.
Yerin mengeluh lalu berdiri.yerin mencampak begnya ke kerusi kosong didepannya lalu duduk.
"jodoh." taehyung cakap dengan perlahan tetapi dapat didengari yerin. "tch, aku tak percaya jodoh atau takdir. Aku hanya percaya dalam pilihan. Macam kau, ianya pilihan kau untuk buli aku. Ia bukan jodoh atau takdir yang tuhan buat." yerin berkata sambil matanya pandang depan.
Saem hwang sedang membaca nama di satu kertas. "taehyung dan hoseok. Hara dan yura. Ae rim dan yerin. Yoona dan soo ae. Kamu semua akan menari dengan lagu yang kamu pilih. Sesiapa yang menang boleh melangkau sekolah dan pergi ke daegu." terang saem hwang. Hara dan ae rim merenung yerin. Aku tiada harapan. Bisik hati yerin.
"dipersilakan Taehyung dan Hoseok!"
*********
Tbc..
Vote dan komen, kayh
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro