chapter 13
Yerin pov
Aku dengan taehyung sudah tiba di rumah aku. "sinilah tempat tinggal aku" jelas aku. "aku tahu" jawab taehyung. "macam mana kau tahu?" soal aku pelik. "errr.. Kau bagitahu aku haritu!" jawab taehyung. Aku pandang taehyung dengan pelik tapi aku hanya abaikan.
"ohh.. Yerin awak dah balik!" aku pandang orang yang tegur. Aku nampak junhyung tengah duduk didepan tv sambil pandang aku. Aku memutar bola mata aku lalu mengheret taehyung ke bilik yang adanya piano dan cermin besar.
"siapa namja tu?" soal taehyung dengan menyampah. "namchin unnie" jawab aku seraya membuka lagu 'spring day'. Kami mula menari dan aku tak fokus lalu aku semakin berundur ke belakang.
Kenapa junhyung sangat teruja bila aku tiba dirumah? Bukan dia benci aku.. "yahhh!" aku tersedar ke realiti selepas seseorang meletakkan kedua tangannya atas bahu aku lalu menggoncang perlahan. "gwenchana?" soal taehyung dengan risau. Aku mengangguk.
"aku... Aku.. Aku nak ke tandas" kata aku. Aku keluar dari bilik itu dan aku ingin masuk ke bilik tidurku. Aku nampak junhyung duduk di atas katil aku.
"apa kau buat dalam bilik aku?" soal aku dengan kuat. Junhyung senyum sinis lalu mengheret aku ke katil aku. Aku cuba melepaskan tangan aku dari cengkamannya,tapi dia lebih kuat. Junhyung menutup mulut aku dengan tangan kirinya.
"yah! Lepaskan ak--" "diam! Atau aku akan rogol kau!" ugut junhyung separuh jerit. Aku menutup mata aku dan merasa air mata aku mengalir di pipi.
Taehyung! Tolong aku!
Aku bergelut dengan junhyung tapi malangnya dia memegang kedua dua pergelangan tanganku
"yah! Berhen--" kata aku terhenti apabila junhyung sudah mencium mulut aku.
Selepas beberapa saat, junhyung menarik mulutnya dari mulut aku. Aku terlalu takut. Aku menutup mata. Aku dapat merasakan muka junhyung mendekatiku. "yah! Jantan tak guna, binatang kau keluar sebelum aku bunuh kau!" taehyung. Dia datang. Taehyung datang.
Junhyung keluar dari bilik sambil senyum sinis. Aku merasakan lengan taehyung membalut badan kecil aku membuatkan aku menangis lebih kuat. "mianhae...Mianhae sebab tak tengok kau tadi. Jantan tak guna tu! Kalau aku jumpa dia lagi..haiish..!!" aku dapat rasakan yang taehyung sangat marah.
Aku menolak diriku merapati kepala ku didada taehyung. Degupan jantungnya.. Sama macam aku. Berdegup macam gila. Aku menangis menyebabkan baju taehyung basah. Dia tidak kisah malah memeluk aku lebih erat dan mengusap rambutku perlahan.
Tenang dan selesa. Tanpa aku sedar, aku terlelap.
**************
Aku terjaga dari tidur dek kerana terbau aroma makanan. Aku menilik jam dinding. 6.00p.m.. Aku tak sangka lama sangat aku tidur. Aku memandang sekeliling. Kelibat Taehyung tiada. Mataku meliar dan aku terpandang stick note di atas meja. Man in black hantar apa pulak.
Aku perlu pergi. Aku tak dapat tinggal dengan kau disebabkan aku ada hal keluarga. Jumpa kau di sekolah. Jantan tak guna tu... Berhenti fikir pasal dia.
-KTH
Kenapa warna stick note yang taehyung lekat sama dengan man in black. Mereka orang yang sama atau kebetulan?
Taehyung pov
"saya dah balik!" aku berkata dengan dingin sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Macam biasa appa akan bercakap dengan eomma Hara. Aku naik ke tangga tapi dihentikan oleh appa aku. "taehyung! Turun bawah sekarang!" sergah appa aku. Aku merenungnya dengan dingin. Walau bagaimanapun aku patuh kepadanya supaya tak digelar anak derhaka.
"nak apa?" soal aku dengan kurang ajar. "auntie nak kahwinkan kamu dengan Hara. Hara, mari sini sayang!" laung eomma Hara. Mari sini? Dari mana? "taehyung oppa!" rengek Hara. Jijik. Satu perkataan cukup untuk aku terangkan perasaan aku.
Hara lantas memeluk aku. Aku menolaknya untuk jauhi aku. "kahwin? Mustahil!" sergah aku. "saya baru 18 tahun. Saya masih teruna!" tambah aku. "perempuan ni.. " aku menunjuk ke arah Hara. "saya rasa dia sudah hilang dara dia dengan lelaki yang kita tak tahu siapa." kata aku lagi. Aku berjalan menuju ke tangga lalu pusing ke arah Hara.
"dan.. Saya tak nak jatuh cinta kepada orang yang suka membuli.seseorang yang Suka ambil kesempatan dari orang. Seseorang yang Menyebabkan orang mati." kata aku dengan sinis.
"kau pun sama" balas hara dengan sinis.
••••••••••••••
Woo.. Akhirnya.. Dapat juga update..
Sori ye update lambat.
Tapi.. Ada ke orang tunggu..
😅
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro