Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Seoul, I'm coming!

"Dah sampai! Sarah bangun!" Sebelah tangan kakak memegang stereng kereta manakala sebelah lagi tangan sibuk mengoncang bahu lebar milik adik nombor dua dia.

"Hah! Dah sampai?" Mai membetulkan posisi dengan betul selepas duduk macam gaya zombie dah tadi. Aku pun pandang ke luar tingkap kereta. Dah jadi kebiasaan aku tidur kepala ditunduk ke depan macam tu. Lengung tu ada lah.

Cahaya matahari mula menyerang dua anak mata Mai. Automatik terus jadi sepet. Lambat-lambat pintu kereta dibuka.
Angin terus menyapa aku dengan lembut.

"Haa pergi masuk ke sana cepat!" Bahu aku ditolak lembut.

"Halau nampak..." gadis itu bergerak ke belakang bonet. Nak ambil bagasi dan barang-barang dia. Boleh jadi gila kalau hilang ni.

"Bukan apa...takut kau terlepas fly pula lepas tu menangis sebab kena tinggal." Kakak Mai membuat mimik muka sedih. Siap acah-acah lap air mata lagi dengan sehelai tisu.

Mai memeluk tubuh. Terjuih bibir dia.
"Eleh, tiket tu ada pada aku masalahnya."

"Yelah kau menang, hati-hati dekat sana...jangan berpecah dengan kawan-kawan kau tu dan kalau tak cukup duit bagitahu.
Nanti kakak transfer duit dalam bank kau." Wah! Ni sayang lebih ni.

"Baik lah kak, thanks tolong hantar kan ke sini...take care!" Aku menyalam kakak.
Aku nak peluk dia cakap tak nak HAHAHAHA!

"Bye...eee!" Kereta itu dipandu laju keluar dari kawasan airport KLIA. Mai pusing menghadap pintu masuk. Sampai terdongak kepala dia.

Agaknya...dia orang dah sampai ke belum? Nervous pula nak jumpa mereka.

Mai pun melangkah masuk ke dalam. Ini kali kedua aku jejak tempat besar ni. Kali terakhir aku pergi sini masa aku tadika. Ituu pun nak hantar uwan aku pergi umrah.

Mai tersenyum ceria. Mata dia tak penat dari pandang seluruh tempat itu.

"Fuyoo, Luas gila!" Dia terjerit dan akibatnya dia jadi perhatian orang ramai.

Mai tersengih malu sambil tutup muka dia pakai buku nota ungunya. Aduh behave Mai, behave!

"Hehe maaf ya!" Cepat-cepat Mai pergi dari situ. Tak sanggup nak tanggung malu dia.

Better aku cari kelibat dia orang. Kaki dia mula berjalan setapak demi setapak. Tangan dia menarik beg-beg dia. Mata melilau cari di mana tempat mereka berkumpul.

Sedikit susah nak cari sebab penuh orang dalam ni.

"Assalamualaikum Mai!" Sergah seseorang dari arah belakang. Bahu Mai dipegang. Tersentak Mai.

"Eh, Waalaikumussalam..." aku menoleh ke belakang dan seseorang itu ialah...

"... Ya Allah! Jia." Terkejut aku. Tak tunggu lama, Mereka berdua lompat berpusing-pusing bersama-sama sambil ketawa suka.

"Ehem! Kau orang pura-pura tak nampak kehadiran aku eh?" Tegur seorang lagi yang dah nak mula merajuk.

"HAHA maaf weh, terlebih excited  jumpa Jia tadi...meh join pusing-pusing sekali." ajak Mai.

"Jangan marah lama-lama Aliyah, nanti Yoongi tengok lari terus dia balik daegu." Gurau Jia.

"Yelah-yelah HAHAHAHA!"

"Gelak-gelak tak ajak kita orang." datang lah satu group yang aku tercari-cari dari tadi.

Kawan FMS dah sampai walaupun tak semua dapat hadir. Ada yang ibu bapa dia tak kasi pastu ada yang sibuk dengan kerja nya.
Tak apa lah, nanti boleh video call ramai-ramai.

"First time aku naik kapal terbang. Gayat!" Bahu dirangkul. Kepala menoleh tepi yang turut menayangkan muka simpati namun disembunyikan. Tak nak nampak jelas sangat kang tak pasal-pasal mereka berdua tak nak pula.

"Sama lah, mungkin nanti lama-lama kita akan terbiasa juga." Anggukkan dibalas dengan anggukkan bersama senyuman manis di bibir masing-masing.

"Semua dah ada kat sini?" Ucap satu suara selaku menjadi ketua rombongan tak tetap sebab sesiapa sahaja boleh jadi ketua asalkan dia kuat nak pikul tanggungjawab itu. Di tangan terdapat pen merah  yang sibuk menandakan senarai nama yang dapat hadir pada pagi ini.

"Dah!" Sahut mereka penuh bersemangat. Tenaga ini lah kita mahukan!

"Ada lagi 5 minit berdasarkan papan informasi digital...jom ambil gambar dulu!" Telefon diangkat tinggi menggunakan tripod. Senang sikit nak ambil gambar. Muat-muat semua masuk dalam gambar. Mereka berkumpul di tengah-tengah kawasan tersebut. Pelbagai gaya ditunjukkan.

"1...2...3!" Semua menoleh ke arah seseorang yang berjalan laju ke arah sini bersama senyuman lebar. Terdapat dua beg besar digantung pada bahu kiri kanan. Aliyah pantas berlari mendapatkan kedatangan tidak terduga. Mai tersenyum penuh tersirat.

"Kak Maal!"

-TBC-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro