Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Kasut roda

CERMIN mata hitam diletak atas dashboard bas. Pemandu bas itu mendail nombor seseorang. Panggilan itu diangkat laju.
Jejaka itu berdiri daripada tempat duduk. Topeng mulut dilepaskan dan dibiar tergantung pada telinga kirinya.

"Jadi tak penyamaran kamu tu, Yoongi?" Keluhan penat dilepaskan. Topi sudah lama ditanggalkan. Rambut mula diserabaikan. Dia duduk semula di seat kerusi belakang sekali. Terdongak kepala dia.

"...Jadi je walaupun kena cop ahjusshi."

Wajah sendiri disentuh. "Muka aku muda lagi kot!" Yoongi berdiri lalu berjalan sekitar tempat duduk penumpang dalam bas tersebut. Kedengaran suara gelak tawa bapak bapak di hujung talian. Suka betul gelakkan aku.

"Aduh, tak apa janji penyamaran kamu berhasil." Yoongi hanya mengiyakan sahaja. Mata melilau ke luar tingkap bas. Awal pagi lagi, dah kena bergerak mengambil pelancong luar negara yang lain pula.

"Tapi saya takutlah juga. Mereka semua peminat kami, pdnim..." Jejaka itu memuncungkan bibir dia persis budak kecil tengah merajuk kerana tak dapat keluar nak pergi tengok cerita mechamato dekat panggung wayang. Kepala direnggangkan ke kiri. Lenguh gila batang leher.

"Jinjja? Kamu kena berhati-hati dan mulai sekarang pastikan kamu jangan pernah tanggalkan topeng mulut dan cermin mata hitam dan topi kamu. Kecuali seorang diri." Tegas pdnim bersuara namun terselit kerisauan di hati tuanya. Min Yoongi ini rajin orangnya buat kerja sambilan.

"Nae pdnim..."










GADIS ber-hoodie kuning itu mencuba berdiri tegak tanpa bantuan kawan dia. Baru sahaja kaki dia ingin bergerak eh jatuh terduduk balik. Mai tergelak suka. Tiga belas peratus sakit punggung dan lapan puluh tujuh peratus menanggung malu. Kaki Jia berpusing mengeliling gadis tinggi itu yang sedaya upaya untuk bangun. "Tolonglah ajarkan aku main guna kasut ni!"

"Ah, sekejap Mai! aku nak pergi ambil barang dekat dalam."

"Okay dokey!" Sahut Mai.

Gadis itu bermain seorang diri. Tiang lampu dipegang oleh dia. Bimbang jatuh lagi sekali dia juga yang sakit. Dia memandang ke arah sebuah rumah. Tepat-tepat berada di hadapan rumah mereka.

Tiba-tiba terasa seperti gerak gerinya diperhatikan seseorang sejak mereka menyewa masuk ke sini. Dia tak naklah bagitahu perkara tersebut kepada kawan dia. Ada juga semua panik kang. Biar aku panik seorang diri.

Baru ingin mengalihkan pandangan, telinga dia menangkap satu bunyi dari semak samun. Air liur ditelan. Gadis itu memberanikan diri. Asal sunyi sangat pagi ni! Lama aku perhati sebelum ada sesuatu keluar dari semak samun tersebut.

"Arghh!" Mai nak berlari lintang pukang selepas ada dua ekor anjing liar mengejar tanpa tahu erti kepenatan. Boleh pula Mai tersalah langkah dan ya dia terluncur dengan laju ke bawah kerana kawasan perumahan mereka ada jalan berbukit eh bukan berbukit tapi seperti gunung kau tahu.

Sebab itulah bahaya bermain kat situ tapi Mai degil ke memang tak perasan ada papan tanda amaran kat situ.

Pada masa yang sama, pintu rumah dibuka. Keluar lah seorang gadis cantik yang merupakan kawan kepada Mai juga.

"Weh, kau nak sarapan dulu tak? eh... mana pula budak ni?" Tergaru-garu kepala yang dibaluti tudung sarung berwarna olive.

Mai pun meluncur dengan laju macam results exam kau dah sampai kat tangan mak kau dan didapati aku fail automatik mak kau nak pergi bebel dekat kau nanti.

"Alamak, Tepi-tepi! Sila bagi laluan semua." Panik Mai memberikan amaran kepada semua orang yang mahu melintas jalan. Orang lain di situ, ingin menolong tapi Author tidak izinkan. Yelah, kita kena lah tunggu hero selamatkan heroinya. Muehehehe.

Dalam hati timbul perasan menyesal.
Kalau dia tak pergi tengok ada apa dalam semak samun. Mesti ini tak akan terjadi.

"Dua ekor monyet yang duduk bercangkung macam nak berak tu. Ke tepilah kalau tak nak kena langgar!"

Mai tak tahu nak buat apa. Kasut ni laju sangat! Susah aku nak berpaut pada dahan pokok yang berdekatan aku.

"Weh, weh! Macam mana nak berhenti. Jangan lah sampai aku terlanggar orang lain kalau bias aku sendiri, tak apa lah juga."

Ni lah jadi kalau hype girl buka mulut. Semua nak ditegur oleh dia, tak sah kalau tak buat hal. HAHAHA!!

"Author pun 3 kali 5 jelah. Dah, seseorang tolonglah aku!"

Tubuh Mai dibawa laju sehingga ke jalan raya yang penuh dengan kereta dan motor bergerak pantas.

Mai hanya mampu menutup mata dia dan berdoa supaya dia tidak cedera teruk.
Saat itu lah, seorang jejaka nampak kehadiran gadis ber-hoodie kuning.

"Hey, watch out!" Tangan dia pantas menarik baju Mai dari belakang. Mereka berdua jatuh bersebelahan. Jejaka itu menghembus nafas lega. Nasib dia sempat, kalau tidak sudah tentu gadis itu telah arwah.

Arwah nakal orangnya. Eh?

"Are you alright, miss?" Lelaki itu duduk berjengket menghadap gadis itu. Jarak mereka jauh sedikit. Iris mata masih melihat ke arah Mai yang masih terbaring. Terkejut lagi lah tu.

Aduh...suara siapa pula tu? Siap ber-speaking bagai. Aduh, lupa. Dah nama pun duduk luar negara. Tapi lancar pula orang korea ni bercakap dalam bahasa inggeris. Nak buka mata ke tak eh?

"It's okay...you can open your eyes now." Pujuk lelaki. Cuba menenangkan debaran di dada Mai.

Sekali Mai membuka mata. Benda pertama dia nampak ialah ada seorang...lelaki?

Orang korea ke? Wait, aku hidup lagi! Alhamdulillah.

"E...erm my pinggang..." Tepi pinggang disentuh. Auch! Jangan terseliuh lagi sudahlah. Cukup jelah masa aku sekolah menengah. Aku tak nak pergi hospital!

Jawapan untuk pertanyaan Jejaka itu tidak terjawab malah dia tidak faham akan bahasa yang digunakan oleh gadis itu.

"This girl is not from here." Bisik hero yang telah menyelamatkan 1 nyawa. Nyawa gadis bernama Orked Maisarah.

Mai pun berdiri. Tubuh dia terjatuh semula. Aik? Asal ni? Aku tunduk memandang kasut.

Patut lah, aku lupa nak buka ikatan kasut roda dulu hehe...

"Kenapa susah sangat nak longgarkan ikatan ni weh! Aliyah...aku rasa kau ikat ketat sangat lah..." omel Mai, perlahan.

Mai terkial-kial nak buka. Nak je aku gunting yini tali kasut.

Tiba-tiba Namja bertopeng mulut gambar beruang itu duduk melutut sebelah kaki berhadapan aku. Masih ada jarak.

"May I help you?"

Tanpa mendengar respon dari aku. Dia terus tolong bukakan ikatan kasut. Gadis itu tak terfikir langsung dia akan buat macam itu.

Okay, tak jadi lah marah dekat Aliyah. Tinggi betul dia ni...Lenguh sikit leher aku nak pandang dia.

"Thank you and I'm sorry. it's my fault for not being careful..."  cepat-cepat Mai berdiri.

Mata jejaka itu menjadi sepet semula. Dia...senyum. Kasut converse berwarna merah di keluarkan dari beg kertas. Milik lelaki itu.

"Here...you can take this. I'm afraid you'll be barefoot later."  Teragak-agak Mai ingin mengambil. Tak apalah, orang dah bagi.
Mai menyarungkan kasut tersebut. Muat-muat. Kasut idaman aku. Tapi..biar betul dia bagi kasut converse ni?

"Thank you!" Lelaki itu hanya tersenyum nipis. Baru dia nak buka mulut. Telefon dia di poket baju menjerit meminta jawab panggilan dengan segera. Bagaimana Mai tahu telefon diletak di situ. Ada cahaya pada poket baju.

"Yah! Kau pergi mana? Puas manager cari kau..." Berkerut dahi Mai. Tidak faham.

"Maaf hyung, sekejap lagi aku datang."

Tut...

Jejaka itu menoleh tepi, Mai.

"Sorry, I have to go now...Next time please be careful! See you again." Laju kaki dia melangkah masuk ke dalam kereta taksi yang baru sampai.

Mai berdiri kaku di situ. Aku bermimpi ke ni?

"Eh, sekejap! Macam mana aku nak pulangkan balik kasut ni?" Tak sempat tangan kurus dia nak mengetuk tingkap kereta teksi. Pacuan empat roda tersebut sudah meninggalkan Mai di belakang.

"Semoga kita bertemu lagi. My hero."

-TBC-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro