Aku tak bermimpi kan?
"DENGAR sini semua!" Seorang pensyarah lelaki menepuk tangan nya banyak kali mencuba untuk menarik perhatian semua pelajar nya yang hampir dibuai mimpi indah. Semua mata tertumpu kepada jejaka tersebut.
"Disebabkan bulan depan kita akan bercuti...
saya nak awak semua jawab soalan di hadapan ini." Ayat terakhir digantung setelah melihat tiada respon diberikan. Beliau tiba-tiba tersenyum makna.
"Siapa yang dapat jawab dengan betul, Saya akan bagi 27 keping tiket fly pergi ke...Seoul!" Sambung dia lagi.
Dr. Aniq Fardhil, Sebut je nama dia mesti 1 kolej ini akan mengenalinya. Umur dia masih dalam lingkungan 20 an. Haah, Pensyarah paling muda dekat situ. Dia terkenal kerana mempunyai wajah tampan tapi bukan itu sahaja. Sikap dia yang pemurah, penyayang, peramah dan juga seorang yang penyabar dengan semua orang.
Dan masih single. Hati nya tak ada berkenan dengan sesiapa lagi.
Mai yang dah terlena tadi automatik tersedar sendiri. Terbuntang mata dia dengan tudung bawal berwarna maroon. Naik seri muka dia. Mulut terlopong.
Seoul, Korea selatan? What!
Sebenarnya aku tak pelik kalau dia boleh bagi tiket sebanyak tu tapi yang otak aku jem adalah...serius beliau akan bagi salah satu daripada kita orang kalau jawab soalan paling susah itu?
But it's okay. Tak salah kan nak mencuba.
"Doktor, Doktor! Saya nak jawab."
"Ttak! Salah jawapan awak...siapa nak cuba lagi?" Ada yang sampai berebut nak jawab. Alahai. Pening beliau nak pilih satu-satu.
"Ini kimia ya bukannya fizik. Cepat-cepat lagi 10 minit masa dah nak habis."
Mai yang kelam kabut nak angkat tangan ke tidak? Ah, lantak lah!
Gadis itu mula berdiri ke hadapan disebabkan kedudukan tempat duduk dia jauh. Bimbang mereka tidak sedar kewujudan aku. Baik kita terus ke depan. Semua pelajar yang sedang duduk memandang ke arah dia.
Kalau tak dapat, bukan rezeki kau lah hari ni.
Sebelah kening diangkat. Akhirnya, students saya ini berani untuk menjawab soalan sebab sebelum ni dia memang tak ada keyakinan diri namun lama kelamaan, keyakinan students ini semakin tinggi. Senyuman nipis ditujukan kepada Mai. Student perempuan yang lain ada yang sampai cair melihat senyuman pensyarah muda mereka. Walaupun bukan senyuman manis tetap akan cair.
"Okay Mai, awak dah tahu apa jawapannya? Sekali je awak boleh jawab tau." Mai menarik nafas dalam-dalam dan hembus. Gadis itu mengangguk laju.
"Saya tahu dan jawapan dia ialah..." Semua menanti jawapan yang keluar dari mulut gadis itu. Dapatkah Mai menjawab dengan tepat mengena sasaran atau anak panah dia tersasar terkena batang pokok?
SEMUA students kolej bersurai setelah tamat seisi bertanya dan menjawab soalan sebentar tadi. Langkah kaki terasa lembik ketika Mai melangkah keluar dari kelas dengan wajah yang sukar ditafsir. Tak tahu nak gembira ke nak sedih?
Zip beg ditarik. Sehelai sampul surat dibawa keluar dari tote beg tertulis nama Hilman Ukasyah. Siapa sahaja tidak mengenal nama watak fictional ini? Sampul tersebut dibuka dan tangan mengambil isi dalam nya.
Aku jawab dengan betul so...aku dapat lah tiket ni. Padahal aku main cakap je.
Tup tup eh! Betul pula. Yelah, joke. Aku study sebenarnya. Cuma jenis takut salah je.
Mai menggaru kepala yang dibaluti tudung bawal. Kena shampoo rambut balik ni tapi masalah utama dia, tiket ni...Aku nak bagi siapa? Dah lah banyak. Beg diletak di sebelah kerusi kosong.
Aku bukannya ada kawan dekat sini.
Aku sambung belajar sini seorang diri jelah.
Langit yang cerah dan awan yang serupa dengan gula-gula kapas ditatap lama.
Jauh termenung sehingga lah notification dari telefon Samsung galaxy aku berbunyi.
1526 mesej masuk dari group. Rancak betul kau orang berborak eh. Tak sah kalau tak bising 24 jam.
"Hah!" Kaki aku menghentak kuat di atas lantai kantin. Aku laju menekan chat group. Aku dah tahu nak bagi siapa!
______________________________________
《Future Material Sisters》
Eynaa
Weh! Hshshshs pensyarah aku pergi pasang lagu dope masa tengah mengajar.
ADURA
Bapak ah! Sporting gila pensyarah kau.
Dessy
Dia army juga ke? Kalau bias dia rm juga...weh @Mai kita ada madu lagi!
Eynaa
Memang pun HAHAHAHA
eh tukar lagu butter pula!
Mila
Amaghi semua nyanyi!
Smooth like butter like kriminal under cover~
Adura
Pop like trouble! Make me heart like that.
Mila
*send voice mesej*
Haa sambung-sambung!
Anda
Assalamualaikum, hi korang..
Apa khabar?
Korang sihat tak?
Miss you all TT
Aliyah
Waalaikumussalam...Sihat Alhamdulillah.
Weh Mai! Kau apa khabar? Dah busy eh kau sekarang. Kau tengah buat apa tu?
Anda
Hehe aku sihat jelah. Maklum lah kerja khusus belambak sangat aku tak siap kan lagi by the way kan, aku sekarang tengah berehat.
Haa! Kau orang dengar sini sekejap...aku ada sesuatu nak cakap.
Nadia
*reply
Waalaikumussalam..
Apakah yang anda ingin katakan kepada kami?
Atiqa
*typing
Diyana
*send stickers banyak-banyak
Aliyah
Kau nak cakap pasal apa ni? Mai?
@Atiqa lama betul kau typing
_________________________________________
Mai menghela nafas lalu sambung mengetik papan kekunci. Mesej tersebut dihantar.
Macam dah agak. Kawan-kawan online aku semua terkejut beruk. Ada yang tak percaya, ada yang rasa cam nak menjerit satu dunia dan ada yang 'aku nak ikut juga!'.
Aku sempat lah juga menelefon umi abah aku. Nak minta kebenaran pergi ke sana dan tak sangka pula mereka bagi.
Yes! Akhirnya aku dapat jumpa dengan dia orang nanti! Aku mencuba untuk tidak membuat tarian sotong di tengah-tengah kolej ini.
HAHAHAH sorry lah dah aku gembira sangat! Bukan nya senang tau umi abah aku nak bagi keizinan pergi sana sini situ. Lagi-lagi tempat yang kita orang nak pergi sangat jauh.
Aku doakan semoga perjalanan kita ke sana akan berjalan dengan lancar dan juga tiba dengan selamat.
Aaminn!
Serentak loceng kelas berbunyi.
Hmm sekarang kelas. Laju Mai menepuk dahi yang luas itu. Tali beg diletak atas bahu kirinya. Habis lah, aku dah lambat. Rehat dah habis 5 minit yang lalu. Confirm kumpulan kita orang yang pertama kena bentang projek itu.
Matilanak!
Mai berlari sepantas kilat, dah lah kelas dia paling hujung. Itu lah kau gembira sangat sampai tak sedar semua dah masuk kelas masing-masing.
Titisan air sejuk membasahi tudung nya. Automatik tapak tangan dibawa ke hadapan.
Mai menghela nafas lega sebab hujan dah turun. Sejuk sikit hati dia yang panik teruk. Tanpa gadis itu sedar, ada sesuatu berwarna merah terkelip-kelip. Alat kecil itu sedang merakam segala percakapan Mai. Kecil sahaja di dalam isi tote beg nya yang mempunyai zip.
Di sudut lain, kelihatan seorang jejaka yang memakai jacket jeans terus mendail nombor seseorang setelah mendengar rakaman suara gadis itu. Kelopak mata dikatup sebentar. Indah sungguh suara ini seperti pemiliknya. Sebelah tangan kanan dimasukan ke dalam kocek seluar hitam dia.
"Ini ke gadis bernama Sarah yang kau cakap tu? Boleh tahan juga dia ni kalau jumpa depan, depan..." terlukis senyuman nakal di bibirnya.
"Ya tahu dia cantik. dah, dah sekarang kau dah tahu kan dia nak pergi mana nanti?" Jawab si pemanggil acuh tak acuh. Aku tolong dia tidak semestinya berminat dengan perempuan itu.
"Aku dah tahu...tapi tempat tu jauh sangat lah bro." Dia menguakkan helaian rambut kebelakang sambil membasahkan bawah bibir yang kering. Lantas topi disarung atas kepala.
"Pasal tu, sorry lah bro...kerja tu aku tak boleh nak buat lah. Kau cari orang lain eh? Kalau hal lain call aku semula. Cau!"
Talian dimatikan. Jejaka tersebut membuat muka tak puas hati. Aku nak minta tolong dekat siapa lagi kalau bukan kau? tak apa, ingat aku tak pandai ke buat sendiri! Mata dia menjeling ke arah gadis itu yang tengah tarik pintu masuk. Tapi itu lah dari tadi tak lepas-lepas.
Oh, silap. Pintu tu kena tolak lah.
Aduh, buat malu jelah. Kepala digeleng bersama tawa kecil. "Comel." Jejaka itu mula menghilang dari situ, takut ada orang perasan kehadiran dia yang tidak diundang masuk ke sini.
-TBC-
Hai, sorry yang mana dah tunggu lama gila cerita ni keluar..
Author tak tahu nak buat permulaan macam mana dan tada! Okay tak?
Siapa pula stalker tu? Nantikan chapter seterusnya!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro