Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

《16》

♡♡♡♡♡

JiAh tetapi tidak berputus asa untuk keluar daripada wadnya itu, ia cuba memikirkan pelbagai idea untuk memberikan alasan kepada bodyguardnya itu.

"Haishh! Aku tak kira, aku nak keluar jugak! Apa nak jadi, jadilah!" Kata JiAh sendiri.

JiAh terus menuju ke pintu wadnya dan membuka pintu tersebut. Dua orang bodyguard yang berada di luar pintu wadnya itu terus menoleh ke arah JiAh.

"Ya, Cik JiAh? Ada apa-apa boleh saya bantu?" Tanya salah seorang bodyguardnya itu.

"Ha? Eh, tak ada apalah. Saa...yaa........" Gagap JiAh.

"Ha! Saya nak ambik makanan yang saya order ni tadi! Dah sampai pun, lama saya tunggu tau! Kenapalah servise awak ni lambat sangat eh?" Sambung JiAh sambil menarik seorang penghantar makanan yang lalu di hadapan wadnya.

JiAh terus menarik penghantar makanan tersebut ke dalam wadnya dengan pantas. Bodyguardnya memandang antara satu sama lain dan hanya menggelengkan kepala tanda mereka tidak memahami apa yang baru sahaja berlaku dihadapan mereka berdua.

Sejurus masuk ke dalam wadnya semula, JiAh terus berkata "Awak kena tolong saya."

Penghantar makanan tersebut hanya mendiamkan diri dan hanya memandang ke arah JiAh.

"Ishhh! Awak dengar tak ni?!" Marah JiAh.

Penghantar makanan tersebut terus membuka visernya dan ia memberikan wink kepada JiAh. JiAh terkejut dengan tindakkan penghantar makanan tersebut, dan mengambil beberapa langkah kebelakang.

Penghantar makanan tersebut terus membuka helmetnya dan bertanya "Takut ke?" 

"JungKook." Kata JiAh dan terus menghampirinya.

JungKook hanya tersenyum dan berkata "Pandai eh kau nak lari gunakan orang yang tak ada kena mengena."

"Macam mana kau boleh ada kat sini?" Tanya JiAh.

"Aku datang nak jumpa kaulah, kau dah okay ke?" Tanya JungKook pula.

"Dah tapi satu masalah sekarang aku tak boleh keluar, aku dah naik gila duduk dalam wad ni tanpa buat apa-apa. So sekarang kau kena tolong aku keluar dari sini." Kata JiAh.

"Tak berani lah aku, bodyguard kau yang keluar tu muka macam pembunuh bersiri. Takut aku!" Kata JungKook sambil ketawa.

"Janganlah main-main, aku serious ni." Kata JiAh dengan nada yang agak serious.

"Okay, kau nak aku buat apa?" Tanya JungKook.

JiAh menghampiri JungKook dan tepat dihadapan JungKook, JiAh memegang baju JungKook dan berkata "Bukak baju kau."

JungKook terus berundur beberapa langkah dan memeluk tubuhnya sambil berkata "Aku tak bersedia lagi nak buat benda yang bukan-bukan."

"Ishhhh! Apa kau merepek ni?!" Marah JiAh.

"Aku datang sini nak tolong kau tapi bukanlah tolong kau buat benda bukan-bukan macam........" Kata JungKook.

"JungKook!" Marah JiAh lagi dan ingin menghampiri JungKook tetapi terhenti.

"Jangan dekat, kalau tak aku menjerit." Kata JungKook.

"Ishhh, kau ni! Serious boleh tak?" Kata JiAh pula.

"Yelah-yelah, baru nak gurau-gurau. Bukan selalu pun aku gurau macam ni dengan kau." Kata JungKook dengan muka cemberutnya.

Setelah beberapa minit, JungKook terlihat memakai baju hospital yang sepatutnya dipakai oleh JiAh manakala JiAh pula memakai baju penghantar makanan yang dipakai oleh JungKook sebentar tadi.

"Sekarang kau nak buat apa?" Tanya JungKook.

"Kau naik apa tadi datang sini?" Tanya JiAh pula.

"Motor." Jawab JungKook.

"Okay, kalau macam tu aku pakai ni menyamar jadi kau and aku terus pergi dekat motor kau." Kata JiAh.

"Habis tu aku macam mana?" Tanya JungKook dengan peliknya.

"Pandai-pandai kau lah, takkanlah kau nak stay kat sini gantikan aku pulak kan." Kata JiAh lagi.

JungKook memandang JiAh dengan pandangan terkejut. "Kau biar aku macam tu je? Excuse me awak oi, saya tengah tolong awak ni. Awak sedar ke tak tu?" Perli JungKook.

"Aku confirm 100%, kau mesti dapat keluar dari sini. Hwaiting!" Kata JiAh pula dengan tersenyum.

Tiba-tiba seseorang memanggil JiAh daripada luar pintu.

"Cik JiAh?" Panggil bodyguardnya itu.

"Aku rasa diorang dah perasanlah kau lama sangat dalam bilik ni. Pergi baring kat sana cepat! Cepatlah!" Arah JiAh.

JungKook memuncungkan bibirnya dan menuju ke katil milik JiAh sambil berkata di dalam hati "Apalah salah aku diperlakukan sebegini rupa."

JiAh terus membuka pintu wad tersebut dan berjalan keluar daripada wad tersebut. JiAh berhenti tepat di salah seorang bodyguardnya dan berkata "Cik JiAh dah tidur lepas makan tadi." sambil menukarkan suaranya menjadi seperti lelaki.

Bodyguardnya itu melihat ke dalam wad tersebut dan melihat seseorang yang sedang baring di atas katil.

"Kamsahamnida." Kata bodyguardnya itu ke JiAh sambil menunduk hormat.

JiAh juga membalas dengan  tunduk hormat dan terus berlalu pergi meninggalkan bodyguard dan wadnya itu.

Setelah beberapa minit, tiba-tiba pintu bilik wad terbuka.

"Ya, Cik JiAh? Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" Tanya salah satu bodyguardnya.

Bodyguardnya terkejut sejurus ia melihat seseorang yang keluar daripada bilik wad tersebut. Belum sempat bodyguarnya itu bertanya, JungKook memotong terlebih dahulu.

"Sorry bro, aku salah masuk bilik lah." Kata JungKook selamba sambil memandang ke arah salah satu bodyguard JiAh yang berada di situ.

"Lif mana lif?" Tanya JungKook lagi.

"Sebelah sana." Jawab bodyguard tersebut sambil menunjukkan arah.

"Terima kasih, bro." Kata JungKook sebelum berlalu pergi. Sebelum ia berlalu pergi, JungKook sempat mengenyitkan matanya.

Dua bodyguard yang berada di hadapan wad JiAh diam membisu, hampir 5 minit baru mereka menyedari sesuatu. Mereka berdua memandang antara satu sama lain dan tanpa berfikir lagi mereka terus berlari mengejar JungKook.

♡♡♡♡♡

JiAh yang berada di parkiran motor menunggu JungKook merungut sendiri, "Mana pulak JungKook ni? Takkan lah dia kantoi pula? Kalau dia kantoi habislah."

JiAh membuat keputusan untuk masuk kembalik ke dalam hospital. JiAh menghentakkan kakinya sambil berkata "Memang tak ada peluanglah aku nak lari dari sini."

Sewaktu JiAh ingin menaiki tangga, tiba-tiba seseorang menarik tangannya . JiAh terkejut dan ia terus menjerit.

"Woi, yang kau menjerit ni kenapa? Tak, sekarang kau nak naik balik kenapa, dah bersusah payah aku lari, kau nak naik balik?" Tanya JungKook.

"Aku ingat kau tak dapat lari, aku ingat nak tolong......" Jawab JiAh.

"Kau ingat aku ni bodoh sangat ke? Dah, cepat! Jom lari!" Kata JungKook sambil menarik tangan JiAh menuju ke arah motornya.

JungKook memberikan helmet ke JiAh dan terus menghidupkan enjin motornya. JiAh ternampak dua orang bodyguardnya sedang berlari menuju ke arah mereka berdua.

"Tu." Tunjuk JiAh.

"Kau peluk aku kuat-kuat." Kata JungKook ringkas.

JiAh memeluk JungKook dengan erat, mereka berdua menghampiri dua orang bodyguard tersebut dan melepasinya. JiAh berasa lega kerana ia telah lepas dari tahanan yang diarahkan oleh ayahnya.

"Yeah!" Jerit JiAh.

JungKook hanya tersenyum mendengar jeritan JiAh yang seperti puas dengan apa yang mereka lakukan sekarang.

♡♡♡♡♡

Annyeong ideura!❤✨

Macam yang aku cakap chapter lepas, aku akan pub citer ni always hari ahad sahaja!😌 aku busy lah dengan kelas, tusyen, jaga anak!😂 maksud aku, jaga adik ii aku!😂😌 aku ni anak sulung, adik ada 5😭 dugaan hidup!

Oke! Skang aku nak cakap korang stay safe ok!❤✨ tak nak lah sakit ii nih!✨😑 kalau nak keluar pakai mask! Sanitizer tu bawak dalam beg!❤✨

Last, hope korang enjoy untuk chapter kali ni❤😂 Jangan lupa vote and comment bebanyak tau!😂 ok byeee! Chaw lu!❤✨

Annyeong!❤✨

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro