《15》
♡♡♡♡♡
"JungKook?!" Jerit Tuan Lee.
"Ahjushi." Panggil JungKook.
"Kenapa kau ada kat sini?! Siapa yang benarkan dia ni masuk?!" Tanya Tuan Lee ke setiausahanya.
Setiausaha Tuan Lee terkesima dengan pertanyaan Tuan Lee yang mendadak.
"HyunJu, kau bawak budak ni keluar dari bilik ni sekarang jugak! Kau bawak sekali cikgu tak guna ni keluar sekali! Aku tak nak tengok sesiapa dalam wad ni! Lepastu, kau upah beberapa bodyguard untuk jaga wad JiAH ni." Arah Tuan Lee.
"Baik, Tuan." Jawab HyunJu.
HyunJu menarik Cikgu Yoo dan JungKook keluar daripada wad JiAh. JungKook dan Cikgu Yoo hanya mengikuti arahan Tuan Lee yang mengarahkan mereka untuk beredar.
JungKook berjalan keluar daripada hospital tersebut dengan perasaan sedih apabila ia mengenangkan kembali kejadian di wad JiAh itu tadi.
Flashback,
"Disebabkan kau, anak aku jadi macam ni! Kau jangan ingat aku tak tahu yang kau nak bagi anak aku suka dekat kau lepastu kau senang-senang tinggalkan dia! Kalau lelaki jenis kau ni aku kenal sangat! Kau nak harta aku, kau gunakan anak aku! Lepas kau dah dapat harta aku, kau bagi dekat bapak kau!" Marah Tuan Lee.
"Tak, saya kawan dengan JiAh sebab saya betul-betul nak kawan dengan dia. Saya ikhlas, saya tak ada niat lain. Mungkin dulu saya keluar dengan ramai perempuan tapi diorang semua tak sama dengan JiAh. JiAh lain, JiAh buat saya sedar yang saya ni lelaki tak guna yang hanya rasa perempuan tu murah. Ahjushi, saya betul-betul sayangkan JiAh dari hati saya yang paling dalam." Kata JungKook pula.
"JiAh tak perlukan kasih sayang dari lelaki macam kau! Walaupun aku kena gadaikan nyawa aku untuk jauhkan anak aku dengan kau, aku sanggup! Aku takkan bagi anak aku dekat dengan lelaki yang macam kau ni!"
End Flashback.
Tiba-tiba Cikgu Yoo mematikan lamunan JungKook dan berkata "Jom saya hantar kamu balik, tengah-tengah malam ni susah nak cari teksi."
"Takpe cikgu, saya dah call JiMin suruh dia ambik saya. Cikgu balik lah dulu, kalau ada apa-apa nanti saya call cikgu." Jawab JungKook.
"Okelah kalau macam tu, kamu hati-hati. Lagi satu saya nak pesan, kamu jangan fikir sangat apa yang ayah JiAh cakap tu. Mungkin dia tengah marah sangat sebab JiAh kan satu-satunya anak dia. Cikgu sure yang ayah JiAh bukan jenis yang macam tu, kamu jangan lah risau ye." Kata Cikgu Yoo lagi.
"Cikgu balik dulu lah ye, jangan lupa kalau ada apa-apa nanti call cikgu." Kata Cikgu Yoo lagi.
"Terima kasih cikgu." Jawab JungKook dengan senyuman yang dipaksa..
Cikgu Yoo pun berlalu pergi tetapi selepas beberapa minit, terlihat kereta milik JiMin sudah berada di hadapan JungKook. JiMin membunyikan hon miliknya dan menurunkan tingkap kereta sambil memandang tepat ke arah JungKook.
♡♡♡♡♡
JiMin memandang JungKook yang berada di sebelahnya dan berkata "Kau nak tahu tak, masa first kau cakap yang kau jatuh cinta dengan JiAh aku ingat kau main-main. Tapi lepas aku tengok apa yang jadi hari ni dengan keadaan kau sekarang, aku percaya kau dah berubah and kau betul-betul sayangkan JiAh."
JungKook memandang ke arah JiMin dan berkata "Tak ada guna kalau kau percaya kat aku tapi bapak JiAh tak percaya kat aku yang aku betul-betul sayangkan anak dia."
"Bagi aku cukup JiAh je yang percaya dekat kau, kau tak perlukan orang lain untuk buktikan yang kau betul-betul sayangkan JiAh. Kau sayang JiAh, lepastu kau buat JiAh bahagia dengan adanya kau dekat dengan dia. Kau tunjuk kat bapak dia yang kau betul-betul sayangkan JiAh dan yang paling penting jangan pernah kau ubahkan perasaan tu." Nasihat JiMin.
JungKook memandang JiMin dengan senyuman dan berkata "Terima kasih, JiMin. Kau lah kawan aku yang ada bila aku susah. Terima kasih lagi sekali sebab percayakan aku." Kata JungKook pula.
♡♡♡♡♡
"Kat mana ni?" Tanya JiAh selepas ia terjaga daripada tidurnya.
"JiAh dah sedar? Ni daddy ni, JiAh ingat tak?" Tanya Tuan Lee.
JiAh memandang daddynya dan berkata "Daddy cakap apa ni? Mestilah JiAh ingat daddy, JiAh kat mana ni?"
"JiAh kat hospital, sekejap daddy suruh HyunJu panggilkan doktor." Kata Tuan Lee sambil memandang ke arah HyunJu.
HyunJu yang berada di sebelah katil JiAh hanya menganggukkan kepalanya tanda memahami arahan yang diberikan oleh tuannya itu.
Doktor dan HyunJu pun tiba di wad JiAh, JiAh diperiksa oleh doktor tersebut.
"Macam mana dengan anak saya doktor?" Tanya Tuan Lee.
"Tuan Lee jangan risau, keadaan JiAh dah stabil tapi dalam masa 2 hari ni biarlah JiAh stay kat sini dulu untuk saya pantau lagi keadaan dia. Lagi pula, JiAh perlu mendapatkan rehat yang cukup, saya takut nanti kalau JiAh balik ke rumah, dia akan sibuk dengan sekolah dan hal lain." Kata Doktor tersebut.
"Baik, doktor. Terima kasih." Kata Tuan Lee.
Doktor tersebut keluar daripada wad JiAh dan JiAh terus bertanya ke ayahnya "Daddy, masa JiAh kat sini tak ada orang ke yang lawat JiAh?"
"Tak ada, daddy tak benarkan sesiapa pun yang lawat JiAh selain daddy." Jawab Tuan Lee.
"Ha! Why?" Pelik JiAh.
"Daddy tak nak sesiapa pun datang lawat JiAh, lagi satu daddy dah tukarkan sekolah JiAh kat tempat lain. Sekolah yang lagi bagus dari sekolah sebelum ni so JiAh jangan risau." Kata Tuan Lee.
"But daddy, JiAh suka lah sekolah kat situ, kenapa daddy tukarkan sekolah JiAh tanpa bagitau JiAh. JiAh tak suka lah macam ni, daddy buat keputusan sendiri and tak bincang pun dengan JiAh." Rungut JiAh.
"Sekarang daddy tak nak bincang pasal benda ni dengan JiAh, JiAh dah sihat nanti baru kita bincang balik, okey? By the way sayang, daddy terpaksa pergi office dulu, nanti malam daddy datang balik teman JiAh." Kata Tuan Lee lagi.
JiAh hanya memuncungkan bibirnya dan menganggukkan kepalanya tanda ia mengiyakan kata-kata daddynya itu.
"Lagi satu daddy ada sediakan bodyguard kat luar, kalau ada apa-apa JiAh boleh panggil diorang and amaran untuk anak kesayangan daddy ni jangan keluar dari wad masa daddy tak ada, boleh?" Sambung Tuan Lee.
"Okey." Ringkas JiAh sambil tersenyum.
Tuan Lee dan HyunJu kelaur daripada wad JiAh dan terus meninggalkan hospital tersebut. Sejurus Tuan Lee kaluar daripada wad tersebut, JiAh ingin keluar daripada wadnya itu tiba-tiba dihalang oleh seorang lelaki.
"Cik JiAh nak pergi mana?" Tanya lelaki tersebut.
"Saya nak pergi beli air kejap." Jawab JiAh dengan agak gagap.
"Takpe Cik JiAh, saya boleh pergi belikan. Cik JiAh nak saya belikan air apa?" Tanya lelaki itu lagi.
JiAh hanya menjeling ke arah lelaki tersebut dan berkata "Tak payah lah, tiba-tiba je saya rasa tak nak minum air." dengan nada yang agak marah.
"Maaf Cik JiAh, kami memang tak boleh bagi JiAh keluar daripada wad ni. Kalau ada apa-apa Cik JiAh boleh suruh kami belikan sebab ni arahan daripada Tuan Lee, harap Cik JiAh faham." Sambung lelaki itu lagi.
"Tahulah!" Kata JiAh dengan nada yang agak menjengkelkan.
♡♡♡♡♡
Annyeong ideura!❤
Fiesyaa nak bagitau disebabkan Fiesyaa tahun ni SPM i mean tahun depan, i need to study more!😭❤ so Fiesyaa akan cuba pub setiap ahad je tau!✨❤ so harap korang faham okehh!✨😘
Btw hope korang enjoy dengan chapter kali ni!😂✨ and stay safe oke!❤ Jangan lupa vote and comment bebanyak okeh!❤✨
Annyeong!❤✨
(Sorry sebab tag!<3)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro