《12》
♡♡♡♡♡
JiAh, MinJi dan JiMin sedang berdiri sambil menunggu di bawah sebatang pokok.
"Tu bukan TaeHyung ke?" Tanya MinJi.
"Haahlah, eh bukan ke dia cakap dia nak datang dengan JungKook." Pelik JiMin.
TaeHyung menghampiri mereka bertiga dan berkata "Apa tengok-tengok?"
"JungKook mana?" tanya JiAh.
"Manalah aku tahu, kau tanya aku kenapa?" Pelik TaeHyung.
"Bukan ke dia datang dengan kau?" Tanya JiMin.
"Mana ada, semalam dia cakap dengan aku, dia datang sendiri." Jawab TaeHyung.
"Dia tak ikutlah tu, selama aku kenal dia mana dia nak pergi camping-camping macam ni." Kta TaeHyung lagi.
"Yelah, JiAh. Aku pun rasa JungKook tak ikut." Kata JiMin pula.
"Takpelah, jomlah naik bas. Nanti cikgu bising pula kita tak naik_naik lagi." Kata JiAh.
Mereka berempat berjalan menuju ke arah bas sambil membimbing beg. JiMin dan MinJi naik bas terlebih dahulu, seterusnya TaeHyung.
JiAh yang memandang ke arah pagar sekolah dengan harapan JungKook muncul di hadapannya tapi itu hanya harapannya sahaja, JungKook tetap tidak muncul.
JiAh melangkah dan ingin menaiki tangga bas, terhenti apabila seseorang memegang tangannya dan berkata "Kau nak tinggalkan aku ke?"
JiAh memandang ke arah empunya suara dan terus tersenyum sambil berkata "JungKook!"
"Apa tengok-tengok, kau tak nak naik dah ke? Tadi bukan main nak tinggalkan aku, sekarang tak nak naik pulak dah." Kata JungKook.
"Ehh, nak naik lah ni." Kata JiAh apabila ia telah tersedar dari lamunannya sendiri.
Mereka berdua menaiki bas bersama-sama, semua pelajar yang berada di dalam bas terkejut apabila melihat JungKook yang menaiki bas bersama-sama dengan JiAh.
"My friend! JungKook!" Jerit TaeHyung apabila melihat sosok JungKook.
JungKook hanya menjeling ke arah TaeHyung dan mengambil tempat duduk yang bersebelahan dengan JiAh.
♡♡♡♡♡
setelah sampai di tempat camping,
"Wow!" Teruja MinJi.
"Kenapa kau suka sangat ni? Hahahahaha!" Ketawa JiAh melihat gelagat MinJi yang sungguh gembira.
"Jom jalan-jalan kat sana." Tunjuk MinJi ke seberang tasik dari tempat mereka berdua berada.
"Jom!" Kata JiAh.
Sewaktu JiAh dan MinJi menuju ke seberang tasik, datang seorang lelaki menegur mereka berdua.
"Kau JiAh kan?" Tanya lelaki tersebut.
"Haah, kenapa?" Jawab JiAh kebingungan.
"Aku nak cakap dengan kau boleh?" Kata lelaki tersebut sambil memandang ke arah MinJi.
MinJi memandang ke arah lelaki tersebut dan berkata "Nak halau aku lah tu. Ye! aku blah! Nanti jangan lupa pulangkan kawan aku ni balik." Jeling MinJi sebelum beredar.
MinJi terus beredar dan menuju ke arah JiMin dan JungKook sambil memegang bunga yang dipetiknya sebelum ia sampai ke arah mereka berdua.
"Mana JiAh? Tadi bukan you jalan dengan dia ke?" Tanya JiMin setelah melihat wajah cemberut girlfriendnya itu.
"Tu." Jawab MinJi ringkas sambil menunjuk ke arah JiAh bersama lelaki tadi.
"Siapa lelaki tu?" Tanya JungKook mencelah.
"Manalah aku tau, tiba-tiba je dia datang dekat aku dengan JiAh lepastu minta privacy nak cakap dengan JiAh je. Aku apa lagi, blah lah, takkan aku nak tunggu pula." Jawab MinJi dengan nada marah.
"Kenapa dia nak cakap dengan JiAh je sedangkan dia boleh je cakap time kau ada dengan diorang sekali tadi." Kata JungKook.
"Manalah aku tau! Kan tadi aku dah cakap aku tak tahu!" Marah MinJi.
"Entah kau ni JungKook, kan dia dah cakap tadi dia tak tahu." Kata JiMin cuba mempertahankan MinJi.
"Alah! Dia nak ajak JiAh couple lah tu, macam tak biasa pulak kat tempat-tempat lawa macam ni. Mestilah nak ajak couple, awek-awek kan suka tempat macam ni." Kata TaeHyung yang muncul secara tiba-tiba sambil merangkul leher JungKook.
"Tempat lawa, awek lawa. Apa lagi? Pasang jala lah bro, mana tau sangkut kan?! Macam kau tak pernah buat pula." Sambung TaeHyung lagi.
JungKook memandang tepat ke arah TaeHyung dengan pandangan maut dan terus berlalu pergi meninggalkan mereka bertiga.
"Aku salah cakap ke?" Tanya TaeHyung.
JiMin dan MinJi memandang ke arah TaeHyung dengan pandangan menyedihkan dan berkata serentak "Apa-apa je lah."
♡♡♡♡♡
"Kau nak cakap apa? Before that, kau siapa? Aku kenal kau ke?" Tanya JiAh.
"Aku SeongHwa." Jawab SeongHwa memperkenalkan diri.
"SeongHwa?" Pelik JiAh.
"Never mind, aku actually nak cakap something dengan kau ni." Kata SeongHwa.
"What?" Bingung JiAh.
SeongHwa merapatkan wajahnya ke sisi wajah JiAh dan menghampiri pipinya seperti ingin menciumnya. Perbuatan yang dilakukan SeongHwa itu membuatkan JiAh tergamam dan terkejut.
"Aku tak boleh nak bagitau sekarang tapi kalau kau betul nak tahu, jumpa aku malam ni dekat sini." Bisik SeongHwa dan terus berlalu pergi.
SeongHwa yang berlalu pergi begitu sahaja membuatkan JiAh kebingungan dan memanggil namanya "SeongHwa!". Jeritan JiAh dihiraukan oleh SeongHwa.
JungKook yang melihat kelakuan mereka dari jauh daripada tadi datang menghampiri jiAh sambil bertanya "Dia bisik apa dengan kau?"
"Kenapa kau nak tahu?" Tanya JiAh pula.
"Tak adalah, aku tanya je. Takkan lah tak boleh kan? Lagipun kita datang sini nak happy-happy, bukannya nak cari boyfriend. Kalau niat kau nak cari boyfriend kat sini, simpan je lah. Tak ada sesiapa nak dekat perempuan macam kau ni." Kata JungKook.
"Apa tiba-tiba pasal boyfriend pula ni? And then, kenapa kau hina-hina aku ni? Kalau tak ada sesiapa nak aku pun, tak ada kena mengena dengan kau! Kau tak payah nak hina aku macam aku ni teruk and murah sangat!" Marah JiAh.
"Tak......... aku......" Gagap JungKook.
JiAh terus meninggalkan JungKook dengan perasaan amarahnya. JungKook yang terpinga-pinga menggaru kepalanya yang tidak gatal dan berkata "Aku melampau sangat ke?
♡♡♡♡♡
Malam yang terang disinari oleh bulan membuatkan JiAh kurang berasa takut apabila ia ditepi tasik berseorangan diri dan ditemani dengan bunyi-bunyi cengkerik. JiAh memeluk tubuhnya kerana ia kedinginan disebabkan angin malam yang sungguh sejuk pada malam itu.
"Betul ke decision aku nak jumpa dia kat sini? Ishhh, kau ni JiAh! Senang-senang je nak jumpa orang yang kau tak kenal. Dah lah malam-malam, gelap, sunyi pula tu." Rungut JiAh sendiri.
JiAh yang ingin berlalu pergi terhenti apabila seseorang memanggil namanya. JiAh menoleh ke arah empunya suara. Sejurus ia menoleh, terdapat seseorang mengetuk kepalanya dengan benda yang agak keras dan itu membuatkan ia rebah ke tanah.
♡♡♡♡♡
Haloooooo guys!💗 Setelah sekian lama aku tak menghilangkan diri, aku comeback guys!😂🌚 Nak dekat setahun kot aku hilang😭 Sorry sesiapa yang tunggu cerita aku ni😭😅
Sekarang disebabkan negara kita dah kena lockdown so aku decide nak online kan balik acc ni💗✨ so aku nak say thanks you for those yang support aku💗😭! Aku akan try hard untuk sambung ff ni sampai habis okee!👌
Ha!😙 Untuk korang yang baca ff aku ni aku doakan korang sentiasa safe dari penyakit covid ni oke!💗👌✨ Pada yang dah kena tu, aku doakan korang cepat sihat!💗 Walau apa yang jadi, pasti ada hikmah nyaa! Reda kan apa yang dah jadi and berlaku💗✨
Oke sampai sini je aku membebel. btw jangan lupa vote and comment!💗 babai guysss!💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro