Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

《09》

♡♡♡♡♡

"Encik, ni anak saya." Kata wanita tersebut.

JungKook memandang wanita itu dengan wajah yang pelik.

"Ni anak makcik ke?" Tanya JungKook.

"Eh, apa pula makcik. Kalau tengokkan muka you ni kan, rasanya kita ni sebaya." Nafi wanita tersebut.


JiAh yang sedang berdiri di belakang JungKook memandang wanita tersebut dengan pandangan terkejut dan berkata di dalam hati "Buang tabiat nak mampus agaknya perempuan ni."

"Sorry lah sebab dah menyusahkan you sebab jagakan anak I ni. Kalau tak kisah, jom lah l belanja you makan or minum-minum." Kata wanita itu dengan nada yang sungguh menggoda sambil memegang lengan JungKook.

JungKook melepaskan pegangan wanita tersebut dan menarik JiAh ke sisinya sambil berkata "Sorrylah, I dah ada girlfriend."

JiAh memandang JungKook dengan terkejut dan hanya tersenyum apabila wanita tersebut memandangkan ke arahnya.

"Owh, kalau macam tu ni card I. Kalau you rasa you nak jumpa I or apa-apa, you boleh je call I. Anytime for you." Kata wanita itu lagi sebelum beredar meninggalkan JungKook dan JiAh.

Setelah wanita itu beredar, JiAh tiba-tiba berkata "Perempuan macam ni pun ada eh."

JungKook hanya tersenyum sengih dan terus berlalu pergi ke arah keretanya.

JiAh mengejar JungKook dan berkata "Kau tak nak try ke makcik tu, aku tengok bergetah lagi tu."

"Kau ingat aku ni tak ada taste ke?" Kata JungKook sambil tersenyum.

"Alah, kau boleh pakai satu, percuma satu." Kata JiAh lagi.

JungKook memandang JiAh dan berkata "Aku jahat, tapi sejahat-jahat aku belum pernah aku sentuh perempuan-perempuan yang aku pernah couple."

"Diorang yang nak aku sentuh diorang, tapi aku tak pernah sesekali sentuh diorang sebab aku ni waras lagi. So kau jangan sesekali nak label aku macam perosak hidup orang." Sambung JungKook lagi.

JungKoo terus memasuki keretanya tanpa berkata apa-apa lagi.

"JiAh! Bodohnya kau ni! Kenapa lah kau cakap macam tu!" Marah JiAh di dalam hati sambil menepuk kepalanya berkali-kali.

Di dalam kereta, suasana menjadi senyap, JiAh nekad untuk memulakan perbualan.

"JungKook, aku tak maksudkan macam tu pun tadi." Kata JiAh.

"......." JungKook hanya mendiamkan diri dan fokus dengan pemanduannya.

"JungKook, janganlah marah. Okey, aku mengaku aku salah. Kau jangan marah aku, aku minta maaf eh." Kata JiAh.

"JungKook, kau dengar tak ni? Aku tengah minta maaf ni, maafkan lah aku. Aku janji tak buat lagi." Sambung JiAh.

Walaupun JiAh sudah berusaha meminta maaf kepada JungKook, JungKook tetap mendiamkan diri.

"JungKook!" Marah JiAh.

Tiba-tiba, kereta milik JungKook berhenti secara mengejut dan melanggar kereta yang berada di hadapannya.

JungKook yang break secara mengejut membuatkan badan JiAh tertolak ke hadapan tetapi dihalang oleh tangan JungKook.

JungKook menghalang JiAh daripada terhantuk di dashboard dengan menggunakan tangannya.

JiAh yang terkejut terus menutup matanya.

"JiAh, kau okey tak?! Ada yang sakit? Luka?" Risau JungKook.

"T-tak." Jawab JiAh.

JungKook membuka tali pinggangnya dan juga JiAh.

"JungKook, aku minta maaf. Aku bukan sengaja nak jerit tapi....." Kata JiAh dengan nada seperti ingin menangis.

"Bukan salah kau lah, kereta depan ni yang break tiba-tiba. Kau tunggu sini sekejap." Kata JungKook.

"Kau dengar sini eh, walau apa-apa pun jadi jangan keluar dari dalam kereta ni." Sambung JungKook.

"Hurm" Kata JiAh sambil mengangguk.

JungKook turun daripada kereta dan menuju ke kereta di hadapannya.

"Eh! Kau keluar sekarang! Kalau tak tahu bawa kereta, tak payah sibuk nak bawa kereta!" Kata JungKook sambil mengetuk-ngetuk cermin kereta tersebut.

Dua orang lelaki keluar dari kereta tersebut. JiAh yang hanya mampu melihat dari dalam kereta, mula berasa risau.

"Apa masalah kau?!" Tanya salah seorang lelaki tersebut sejurus ia keluar dari dalam kereta.

"Kau tanya apa masalah aku?! Kau tak ada otak ke, break tiba-tiba! Awek aku kat dalam kereta tu nasib tak luka, kalau luka bersepai muka kau aku kerjakan!" Marah JungKook.

Lelaki tersebut memandang ke arah JiAh yang berada di dalam kereta.

"Sekarang ni aku nak kau bayar ganti rugi." Kata lelaki tersebut.

"Aku? Bayar ganti rugi? Kau yang break tiba-tiba, aku yang kena bayar ganti rugi?! Agak-agaklah." Kata JungKook.

"Kalau kau tak ada duit, kau boleh bayar guna benda lain." Kata seorang lelaki lagi sambil memandang ke arah JiAh.

Dengan perasaan geram, JungKook terus menumbuk salah seorang lelaki tersebut.


Seorang lagi cuba memegang JungKook manakala yang seorang lagi sedang memegang kolar baju milik Jungakook.

Mereka bertiga bergaduh membuatkan JiAh yang berada di dalam kereta bertambah takut dan mula berasa risau.

Sewaktu JungKook sedang mempertahankan dirinya, salah seorang lelaki tersebut mengetuk kepala JungKook menggunakan batu yang agak besar dan membuatkan JungKook terduduk.

JungKook memegang kepalanya dan memandang ke arah lelaki tersebut. JiAh yang melihat JungKook diketuk, tanpa berfikir panjang terus keluar daripada kereta.

"JungKook!" Jerit JiAh.

Darah yang mengalir terlalu cepat membuatkan penglihatan JungKook semakin kabur.

Salah seorang lagi lelaki itu pula melihat JiAh yang baru sahaja keluar daripada kereta terus menghampirinya.

Lelaki tersebut memegang tangan JiAh dan menariknya ke dalam kereta mereka.

"Apa kau ni?! Lepas lah!" Jerit JiAh.

"Ikut aku!" Marah lelaki tersebut.

JungKook yang masih dalam keadaan pening, bangun dan terus menumbuk lelaki tersebut dengan kuat.

JungKook terus memukul walaupun lelaki tersebut hampir tinggal nyawa-nyawa ikan.

"Aku d-dah cakap j-jangan sentuh a-awek aku, tapi k-korang ni d-d-degil." Kata JungKook.

"Berambus!" Sambung JungKook.

Mereka berdua berlari masuk ke dalam kereta dan terus meninggalkan JungKook dan JiAh.

"JungKook." Panggil JiAh.

JungKook yang berdiri tepat di hadapan JiAh rebah ke dalam pelukan JiAh.

"JungKook!" Jerit JiAh.

"Aku dah cakap, jangan keluar. Kenapalah kau ni susah sangat nak dengar cakap aku ni?" Bisik JungKook sebelum ia pengsan di atas riba JiAh.

JiAh mengangkat JungKook ke dalam kereta dan memandu kereta tersebut ke hospital yang berdekatan.

JiAh yang sedang memandu, semakin panik apabila darah yang berada di kepala JungKook semakin banyak.

JiAh cuba memandu selaju yang boleh untuk cepat sampai ke hospital.

Sejurus ia sampai di hospital, JiAh turun daripada kereta dan terus berlari masuk ke dalam zon kecemasan untuk memanggil doktor.

JiAh berlari ke sebuah bilik yang tertulis 'VIP Doctor' dan berkata "Doktor, tolong saya!"

Ketika itu ada beberapa doktor yang sedang santai, terkejut apabila JiAh terus menyerbu ke dalam bilik rehat mereka.

"JiAh?" Kata salah seorang doktor perempuan yang berada di situ.

"Mummy! Tolong JiAh! Selamatkan kawan JiAh, please." Rayu JiAh.

"Mana kawan JiAh tu?" Tanya Doktor Song.

JiAh terus berlari ke arah kereta mereka semula sambil berkata "Kat sini."

Sewaktu berlari mengikuti JiAh, Doktor Song sempat memanggil beberapa orang nurse untuk menolongnya.

Mereka mengangkat JungKook dan terus dibawa ke dalam 'Bilik Pembedahan'

Sebelum Doktor Song masuk ke dalam bilik pembedahan, JiAh sempat berkata "Please selamatkan dia Mummy sebab dia dah selamatkan nyawa JiAh."

"JiAh, duduk tepi dulu. Mummy, akan try yang terbaik, JiAh jangan risau ye sayang. Everything will be okey." Kata Doktor Song cuba menenangkan JiAh.

Setelah hampir 5 jam menunggu, Doktor Song keluar daripada bilik pembedahan.

"Mummy." Panggil JiAh.

"JiAh, Mummy..........." Kata Doktor Song.

♡♡♡♡♡

Hye guys!💕 How are you? Aku harap semua sihat ii ye sebab kalau korang tak sihat siapalah yang nak baca ff aku ni😅😂

Aku just nak cakap yang aku akan publish chapter setiap hari Ahad sahaja tu😭😭 sedihnya! Mana taknya, kan sekolah, aku tak ada masa di Ahad je yang free😉

Okeylah, aku tak ada benda nak cakap dah. Aku harap korang still jaga kesihatan sebab pakcik covid kita ni tak nak balik rumah, dia nak tinggal kat sini😅😂

And jangan lupa vote and comment bebanyak ye!💕

Bye! Adious💜

Colab💜; cooky_peachy

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro