《01》
♡♡♡♡♡
Terdapat seorang gadis yang sedang bermain dengan telefonnya sambil memakai earphone di sebuah perhentian bas.
Mmm, baby i don't understand this.
You're changing, I can't stand it.
My heart can't take this damage.
And the way I feel, can't stand it.
Telefonnya berdering, menandakan seseorang menelefonnya. Gadis tersebut meletakkan telefonnya di tepi telinga dan berkata "Hello."
"Hello, dear. Bibik Hyun cakap yang JiAh pagi-pagi dah siap nak pergi sekolah. Seriously?!" Tanya si pemanggil.
"Kan Daddy dah cakap yang JiAh pergi sekolah minggu depan, bukannya minggu ni. Don't tell me you forgot." Sambung si pemanggil.
"Tak lah Daddy, JiAh ingat." Jawab JiAh.
"So, kenapa JiAh pergi sekolah?" Pelik si pemanggil atau dengan lebih mudah Tuan Lee.
"Saja. Daddy, but please jangan bagi tahu sesiapa yang JiAh masuk sekolah minggu ni termasuklah cikgu. Okey?" Kata JiAh.
Sedang khusyuk JiAh bercakap dengan ayahnya, ia melihat seorang lelaki sedang menolak seorang gadis sehingga terjatuh, diseberang jalan. Gadis itu hanya menangis apabila lelaki itu meninggalkannya.
"Kenapa lah ada lagi perempuan bodoh dalam dunia ni?" Kata JiAh.
"Apa JiAh cakap? Daddy tak dengar lah? Apa doh?" Tanya Tuan Lee.
"Tak ada apalah, Daddy." Jawab JiAh sambil tersengih.
"Suka hati JiAh lah. Kalau ada apa-apa nanti, JiAh inform Daddy ye." Kata Tuan Lee.
"Hurm." Jawab JiAh ringkas dan terus mematikan panggilan
Walaupun JiAh telah menamatkan panggilan, matanya tetap tertumpu pada gadis yang diseberang jalan itu tadi.
< Seoul Private School >
JiAh memasuki sekolahnya dengan gembira. Semua pelajar di dalam sekolah itu dihantar oleh kereta. Hanya JiAh sahaja yang berjalan kaki sewaktu masuk ke dalam sekolah.
JiAh terus mencari kelasnya sejurus ia sampai ke dalam bangunan sekolah.
Setelah menjumpai kelas yang dicari, JiAh terus duduk di salah satu meja yang kosong.
Tiba-tiba ada seseorang yang memegang bahunya dan itu membuatkan JiAh terkejut.
"Pelajar baru eh?" Tanya pelajar tersebut.
"Haah, macam mana kau tahu?" Tanya JiAh.
"Ni meja aku, setahu aku budak kelas ni semua tahu meja masing-masing." Kata pelajar tersebut.
"Owh ye ke? Tak ada meja kosong ke?" Tanya JiAh.
"Ada, sebelah tu je." Tunjuk pelajar tersebut.
JiAh mengangkat begnya dan terus beralih tempat ke meja sebelah. Pelajar tersebut masih memandangnya dengan pandangan yang pelik.
"Kenapa kau pandang aku macam tu?" Pelik JiAh dengan nada yang tidak selesa.
"Tak ada apa. Nama aku MinJi, Kim MinJi." Kata MinJi memperkenalkan diri.
"Lee JiAh, panggil je aku JiAh je." Kata JiAh pula.
Tiba-tiba datang seorang pelajar lelaki menghampiri JiAh dan MinJi. Pelajar lelaki tersebut memberikan sesuatu kepada MinJi.
"Nah, air mineral yang you minta tadi." Kata pelajar lelaki tersebut.
"Thank you." Kata MinJi pula.
Pelajar lelaki tersebut memandang JiAh dengan pelik dan bertanya "Pelajar baru?"
"Haah, kenapa?" Pelik JiAh lagi.
"You pelik kan? I lagi lah pelik sebab cikgu tak bagitau pun ada pelajar baru nak masuk kelas ni." Kata MinJi.
"Kenapa, tak boleh eh?" Tanya JiAh.
"Aku ketua kelas, takkan lah aku tak tau ada pelajar baru nak masuk." Jawab pelajar lelaki itu lagi.
"Aku JiMin. Kau?" Tanya JiMin pula.
"JiAh." Jawab JiAh ringkas.
JiMin dan MinJi tetap memandang JiAh dengan pandangan yang pelik.
"Can you tell me why are you looking at me like that?" Tanya JiAh jujur.
"Sebenarnya kan, kau orang pertama yang dalam sekolah ni rambut warna hitam tau." Kata MinJi.
"Kalau kau perasan, budak-budak kat sekolah ni semua rambut diorang tak macam rambut, macam penyapu adalah." Perli JiMin.
"Termasuk korang?" Tanya JiAh sambil menahan ketawa.
"Agak-agaklah, rambut punya lawa macam ni kau boleh samakan dengan penyapu." Kata JiMin lagi.
"Sebab tu lah aku dengan JiMin ni pelik je tengok kau dari tadi." Kata MinJi pula.
"Kalau masuk sekolah ni kena warna rambut dulu eh? Aku tak suka warnakan rambut, macam ni dah okey dah selagi tak botak." Jawab JiAh.
"Entahlah, ni kan sekolah private, tak rare lah kalau tak warna. Dah sama macam sekolah-sekolah kat luar sana." Kata JiMin.
"Ishh, you ni. Semua sekolah sama je, tak ada tak ada beza mana pun." Kata MinJi.
"I cakap diorang yang rasa macam tu, bukannya I." Kata JiMin lagi.
Mereka bertiga terkejut apabila seorang pelajar lelaki menjerit "Cikgu Disiplin datang!"
"Duduk tempat masing-masing sekarang juga!" Jerit Cikgu Disiplin tersebut sejurus ia masuk ke dalam kelas.
"Bangun..." Kata JiMin.
"Tak payah nak bangun sangat lah! JiMin, sekarang saya nak tanya kamu, mana JungKook dengan TaeHyung?!" Potong Cikgu Disiplin.
Semua mata memandang ke arah JiMin termasuklah pelajar yang lalu di hadapan kelas mereka.
"Saya tak tahu, cikgu." Jawab JiMin
"Macam mana kamu boleh tak tahu! Diorang tu kan kawan baik kamu, takkan lah kamu tak tahu!" Tanya Cikgu Disiplin itu lagi.
"Saya tak tahu, kalau saya tahu dah lama saya bagitau. Lagipun cikgu, tak ada masa lah saya nak tahu diorang nak pergi mana ke nak buat apa ke. Banyak lagi kerja saya nak kena buat." Terang JiMin.
"Bukan macam cikgu, tau nak terpekik terlolong je. Kerjanya tak ada juga, tak faham aku dengan cikgu-cikgu dalam sekolah ni." Sambung JiMin di dalam hati.
Cikgu Disiplin hanya mengeluh mendengar jawapan JiMin.
"Pang" bunyi tolakkan pintu yang sungguh kuat itu membuatkan semua pelajar di dalam kelas terkejut.
JiAh yang terkejut terus berkata di dalam hati "Nasib lah aku tak ada sakit jantung. Kalau tak, tak sempat kahwin lah aku jawabnya."
"JungKook! TaeHyung! Ikut saya ke pejabat saya sekarang juga!" Jerit Cikgu Disiplin.
Sewaktu Cikgu Disiplin ingin keluar dari kelas mereka, tiba-tiba ia terhenti dan memandang tepat ke arah JiAh.
"Pelajar baru?" Tanya Cikgu Disiplin.
Semua pelajar memandang ke arah JiAh dengan pandangan yang pelik dan tertanya.
"Nae, nama saya JiAh, Lee JiAh." Jawab JiAh gugup.
"Apa-apa je lah. kamu berdua apa lagi tercegat lagi kat situ, cepat ikut saya sekarang!" Kata Cikgu Disiplin.
"Cikgu ni saja nak cari pasal dengan aku ke apa?" Tanya JiAh di dalam hati.
Hilang sahaja kelibat Cikgu Disiplin, kelas yang sunyi itu tadi menjadi bising seperti sedia kala.
JungKook dan TaeHyung pergi ke arah JiMin dan berkata "Asal tak cakap dengan aku dia masuk kelas ni?"
"Kau ni pun satu, sama juga macam cikgu terpekik terlolong tu. Aku tak tahu! Kalau aku tahu, dah lama aku bagitau!" Bengang JiMin.
"Tak payah lah marah, aku tanya je kut. Kau marah cikgu tu jangan nak lepas kat aku pula eh." Kata JungKook.
"JungKook, jom lah cepat. Kang dia jerit dari tingkat tiga tu panggil nama kita, tak ke naya." Kata TaeHyung.
"Yang kau risau kenapa? Macam tak biasa pula." Pelik JungKook.
"Aku bukan risau pasal kita, aku risau pasal cikgu tu lah. Kang tak pasal-pasal anak tekak dia tersembul keluar, sebulan lah tak dengar dia terpekik terlolong." Terang TaeHyung.
Mereka berdua ketawa apabila mendengar gurauan TaeHyung.
JiAh memandang ke arah JungKook dan berkata "Macam pernah nampak je dia ni."
Tiba-tiba JungKook juga memandang ke arahnya. Mata mereka bertentang antara satu sama lain.
♡♡♡♡♡
Annyeong! I'm back!😒
Terkejut tak?😱 Mestilah terkejut kan sebab tiba-tiba seketul Fiesyaa mempunyai idea untuk buat ff baru! Hahahahha!🤣
Apa-apa pun, thankss💕 siapa yang dah support Fiesyaa dari awal sampai akhir😊 sayang ketat ii gitew😂
Jangan lupa vote and comment bebanyak ye.😋
Colab💕: cooky_peachy
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro