P R O L O G
|14122020|
"Aku nak kau cari siapa yang berani seleweng duit syarikat kita. Cari sekali dengan bos diorang." arah Adelia Amani. Pantang sungguh dirinya apabila ada orang membuat onar ditempatnya.
"Baik bos. Payment jangan lupa tau." ujar Hezriq sambil tersengih-sengih. Mana boleh buat kerja free. Duit ada kerja jalan!
"Yelah. Aku tak lupalah payment kau. Lagi cepat kau buat kerja, lagi banyak payment kau dapat. Chaw." Adelia Amani bingkas berdiri dari tempatnya lalu keluar dari meeting room tersebut. Nak rehatkan otak. Stres!
✅✅✅
"Hello? Ni Nazreen Ierfan ke?" tanya Hezriq. Macam mana dia dapat nombor Nazreen? Biasalah hacker terkenallah katakan.
"Ya, saya Nazreen. Ni siapa ya?" soal Nazreen semula.
"Woi aku kawan kau, Hezriq. Hezriq Adam." beritahu Hezriq. Aiseh, kena berkiaslah jawabnya.
"Lah Hezriq ke. Apa khabar bro? Lama betul tak contact kau. Jomlah pergi lepak mana-mana." Yes! Ayat tu yang aku nak dengar.
"Hmm boleh jugak. Petang ni dekat Starbucks Kenanga Mall. Jangan lewat!" pesan Hezriq.
"Ye tahulah. Nanti kita borak ye. Bye." Nazreen menamatkan panggilan. Hezriq tersenyum sendiri.
Gotcha! Tikus masuk perangkap!
✅✅✅
"Manalah Hezriq ni. Cakap jangan lewat tapi dia yang lewat. Hish." bebel Nazreen lagi. Payah bila ada kawan cakap tak serupa bikin ni!
"Yow bro. Sorry lewat. Aku terlajak tidur tadi hehe." tegur Hezriq bersahaja. Bukan niat untuk berborak, tetapi menangkap musuh!
"Hmm kali ni aku maafkan kau. Lepasni, kalau kau lewat lagi, aku pancung kepala kau." pesan Nazreen berbaur ugutan. Hezriq sembunyi senyum.
"Eleh, ugut orang konon. Adelia lagi seramlah wei." Hezriq memuji Adelia dalam diam. Eh, dalam diam? Hezriq suka Adelia ke?
"Hez? Hez? Kau berangan apa tu hah? Ni waiter tunggu kau order air dengan makanan." beritahu Nazreen lalu menunjuk kearah waiter yang berdiri disebelah meja mereka. Hezriq memandang muka waiter tersebut sebelum membuat pesanan.
"Aku nak Fresh Orange lah." beritahu Hezriq lalu mengenyitkan matanya kearah waiter tersebut. Ehem, waiter tu orang suruhan Hezriq tau.
"Naz, kau dah order ke?" tanya Hezriq berbasa-basi.
"Dah. You may go now." kata Nazreen. Waiter itu hanya mengangguk sebelum beredar. Hezriq hanya memerhati Nazreen yang sedang menilik skrin Iphone 7 nya.
"Just a few minutes before you meet The Leader Of Beauty With Brain, Adelia Amani."
"Woi, kau dah kenapa tengok aku macam tu?" soal Nazreen tanpa mengangkat mukanya.
"Takde apelah. Jomlah minum. Lepas ni kita borak puas-puas." sengaja Hezriq menekan perkataan 'borak puas-puas'. Nazreen hanya menggelengkan kepalanya. Nampak sangat yang Nazreen tidak mengetahui agendanya.
"Encik, ni air encik." ujar waiter tersebut sebelum meletakkan air yang dipesan oleh aku dan Nazreen diatas meja. Nazreen mengucapkan terima kasih sebelum waiter tersebut beredar.
"Kau kerja apa sekarang? Nampak macam orang berduit je." soal Hezriq lalu menaikkan sebelah keningnya. Nazreen yang sedang menghirup air hampir tersedak apabila mendengar perkataan 'berduit'.
"Aish, nampak sangat ke yang aku ni mafia? Asal ayat dia lain macam eh? Tak mungkin dia tahu kau mafia lagipun kau baru je jumpa dia. Tak mungkin, tak mungkin." omel Nazreen didalam hati.
"Takdelah. Aku ganti daddy aku je. Jadi CEO dekat company dia." balas Nazreen seringkas-ringkasnya. Kang kantoi naya.
"Oh i see. Jadi apa rancangan kau after jsdi ceo? Maybe kahwin ke, or something else?" tanya Hezriq. Nazreen ni pun dah nampak macam pening-pening gitu.
"Entahlah. Nantilah aku fikirkan. Weh, asal kepala aku pening sangat ni." ujar Nazreen sambil memegang kepalanya.
"Weh kau asal ni? Jomlah aku hantar kau balik. Kang pengsan dekat sini macam mana?" ujar Hezriq cemas. Segera Nazreen dipapah menuju ke Audi miliknya. Selepas meletakkan Nazreen di tempat duduk, Hezriq segera memecut keretanya menuju ke markas BWB.
✅✅✅
SPLASH !
Terkejut Nazreen apabila dirinya disimbah sebaldi air. Ish klise lah. Asyik air je.
"Woi, kau dah kenapa simbah air dekat aku! Aku tak buat apa-apa pun!" marah Nazreen tanpa menyedari dengan siapa dia bercakap.
"Wow! Lepas seleweng duit company aku, tak ngaku eh?" lantas ayat itu dituturkan sambil menepuk tangan.
"Kau siapa hah? Aku tak pernah seleweng mana-mana duit! Kau jangan nak fitnah aku!" nafi Nazreen.
"NAZREEN FITRI! Kau tak kenal lagi aku siapa hah? Aku, Adelia Amani binti Arshad. Pewaris empayar BWB Holdings Sdn. Bhd. Tak dilupakan juga, aku pewaris tunggal BWB, kumpulan mafia tersohor dunia!" Adelia memperkenalkan dirinya. Nazreen hanya tersenyum sinis.
"Tersohor ke? Setakat seleweng duit company kau, petik jari je habis satu company kau. HAHAHAHAHAH!" sindir Nazreen.
"Nampaknya, ada juga orang yang akan mati harini. Riq, bagi pisau favourite aku. Dah lama my baby tu tak beraksi." ujar Adelia lalu menghulurkan tangan untuk menerima huluran Hezriq.
"Kau nak buat apa ni?" tanya Nazreen dengan cemas.
"Takde apa. Just nak potong mulut orang menipu dan potong tangan orang yang seleweng duit syarikat aku. That's it."
"Janganlah. Please." rayu Nazreen.
"Riq, aku macam dengar orang minta tolong. Ke aku yang salah dengar?" Adelia berpura-pura meliarkan pandangan.
"Takde. Bos yang salah dengar." balas Hezriq lalu tersenyum sinis kearah Nazreen.
"Please. Don't kill me, honey."
✅✅✅
Meow ! Hii Assalamualaikum ✨
So, nah prolog ❤️ Hope enjoy lah ye ✨ Rasa macam idea lebih banyak dekat HMK pulak 🌚 Takpe, just wait ✨
Sorry kalau ada typo 🌚
Tata ! Enjoy ur reading ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro