Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 8

Qarizh kembali menutup matanya apabila melihat figura Aralyn yang tercegat bagaikan patung cendana di hadapannya. Bezanya, patung cendana tidak menangis, tetapi patung cendana versi Aralyn Awliya ni menangis tanpa suara tidak berhenti-henti sejak dari tadi.

"Tolonglah Aralyn, keluar dari sini," pinta Qarizh dengan perlahan. Haru sungguh hatinya melihat perempuan menangis.

"Tak nak!" bantah Aralyn sambil menyapu kasar sisa air matanya yang masih lagi merembes keluar bagaikan air paip bocor.

Qarizh menarik nafas panjang apabila melihat ulah Aralyn yang sememangnya degil ini. Dia tidak suka melihat orang menangis kerananya, tahu? Sarah yang berada di sebelahnya itu kemudian dicuit perlahan lalu pandangannya ditala ke arah Aralyn.

"Sarah... bawa dia keluar dari sini," arah Qarizh kepada Sarah sekali gus mengisyaratkan kepada adiknya itu agar segera membawa Aralyn keluar dari mini kliniknya.

Sarah terdiam. Diluah mati emak, ditelan mati bapa. Mahu dibawanya keluar Aralyn, terasa tidak sanggup apabila melihat pandangan sayu penuh prihatin gadis itu terhadap abangnya. Mahu tidak diturutkan permintaan abangnya pula, dia khuatir akan ada pula bom yang meletup sekejap lagi.

'Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini,' doa Sarah di dalam hati lalu segaris senyuman dihadiahkan buat Aralyn.

"Akak, jom keluar. Nanti Sarah bawa akak pulang ke rumah," kata Sarah lalu meraih tangan Aralyn.

Bum!

Sebelum sempat Sarah mengorak langkah untuk keluar, sekali lagi pintu bilik itu terkuak kasar dari luar dan kali ini muncul pula Amirul di muka pintu. Mek Nab yang berlari mengikut langkahnya dari belakang tercungap-cungap melepaskan lelah.

"Maafkan Mak, Zahwan dan Sarah. Mak dah cuba halang budak Amirul ni tapi..." kata-kata terputus dek semput yang tiba-tiba melanda dirinya.

Amirul terpaku apabila melihatkan keadaan Qarizh yang terbaring di atas katil dengan perut berbalut dan di atas meja kecil pula, masih tersisa sisa-sisa darah di kain kasa serta gunting dan jarum jahitan luka yang belum sempat dibersihkan oleh Sarah. Serta merta, pandangannya jatuh kepada wajah pucat Qarizh lantas kakinya dihalakan mendekati profesornya.

"Apa... semua ni Prof?" tanya Amirul dengan suara lirih dan tertahan-tahan.

"Betul kan Mirul cakap tadi yang Mirul terbau darah. Kenapa Prof rahsiakan dari kami? Kenapa Prof tahan sakit tu sendiri? Setengah jam Prof... setengah jam Prof tahan sakit. Prof..." rintih Amirul lagi dengan suara tertahan-tahan lalu tanpa amaran, dia terus memeluk tubuh Qarizh lantas menghamburkan air matanya si atas dada bidang jejaka itu.

"Badan Prof panas. Prof demam ni. Huarg... Mirul salah sebab Mirul gagal kenal pasti keadaan Prof yang sebenar. Maafkan Mirul Prof... isk, isk..." ngongoi Amirul lagi sambil pelukannya kejap bagaikan tidak mahu melepaskan profesornya yang seorang ini.

"Sakit... Amirul..." Qarizh cuba menolak Amirul dari memeluknya. Sudahlah dia lemas dipeluk oleh Amirul, kalau terbuka pula jahitannya nanti, siapa susah?

"Ah, sorry Prof." Amirul melepaskan pelukannya lalu menyapu kasar air mata yang meleleh menuruni pipinya dengan hujung lengan baju t-shirt yang dipakainya. Pandangan aneh yang dilontarkan oleh Pak Moin kepadanya juga langsung tidak dihiraukan dek kerana risau akan profesornya yang seorang itu.

Qarizh menarik nafas panjang melihat adegan budak-budak tidak matang yang mengelilingi katilnya ini. Tidak fasal-fasal pula dia menjadi bahan tontonan percuma tidak berbayar. Sudahlah mukanya pucat menahan sakit, memang sangat tidak handsome dia malam ni!

"Korang semua kecuali Pak tolong keluar, aku nak rehat," arah Qarizh lalu dia kembali menutup mata. Sungguh, dia terasa amat penat sekarang dan seboleh-bolehnya dia mahu tenggelam dalam rehatnya. Tetapi, dia menyedari bahawa hutangnya dengan Allah masih belum selesai dan dia mahu menunaikannya terlebih dahulu walau dengan apa cara sekalipun.

Pak Moin yang melihatkan reaksi dingin Qarizh segera memahami isyarat tersirat itu. Tanpa sepatah kata, dia mengisyaratkan kepada Sarah dan Mek Nab agar membawa keluar Aralyn dan Amirul. Pada mulanya, dua orang itu tidak mahu berganjak tetapi setelah berkali-kali dipujuk oleh Mek Nab, Aralyn dan Amirul akhirnya beralah lalu akur akan kehendak Qarizh.

Setelah memastikan pintu ditutup rapat, Pak Moin terus menapak ke pintu dan menguncinya dari dalam. Dia kemudiannya terus berlalu ke kubikel rak peralatan perubatan lalu mengisi air di dalam botol spray yang sememangnya sudah tersedia di tepi peralatan perubatan yang lain. Qarizh bertegas mahu mengambil wuduk seperti biasa tetapi perbuatannya yang mahu turun dari katil itu dihalang keras oleh Pak Moin.

Mahu luka lambat sembuh? Sudahlah pagi esok anak susuannya ini wajib menghadiri persidangan antarabangsa yang bertempat di universiti tempatnya mengajar, kalau tidak sihat lagi macam mana? Dengan sejuk aircond, luka pula, tambah lagi perlu membuat pembentangan kertas kerja keadaan demam, runsing betul Pak Moin memikirkannya. Dia risau jika badan Qarizh tidak mampu untuk menghadapi cabaran itu!

Runsing hati Pak Moin bertambah lagi apabila melihat nama pembentang pertama yang tersenarai di dalam senarai nama pembentang kertas kerja esok ialah Profesor Dr. Qarizh Zahwan. Persidangan Antarabangsa Undang-undang Jenayah 2020 atau nama Inggerisnya International Conference of Criminal Law 2020 yang berlangsung selama 3 hari di universiti itu sebagai tuan rumah akan dihadiri oleh para ahli akademik dari seluruh negara. Jadi, mahu tidak mahu Qarizh yang dinobatkan sebagai profesor cemerlang di universiti itu wajib hadir!

"Bagi Pak tolong," ujar Pak Moin dan sempat tangannya menampar lembut peha Qarizh apabila pemuda itu bersusah payah lagi bergerak untuk bangun.

"Tapi Pak... susahkan Pak pula," balas Qarizh sambil menolak baik huluran pertolongan yang ditawarkan oleh Pak Moin. Dia segan.

"Apa sangat yang susahnya? Kamu tu Zahwan memang anak Pak walaupun kamu bukan anak kandung Pak," balas Pak Moin sambil tangannya cergas membaringkannya semula Qarizh ke katil.

"Tapi Pak," bantah Qarizh lagi tetapi apabila melihat jengilan mata yang ditalakan kepadanya, dia terdiam. Seram juga melihat raut wajah Pak Moin yang bertukar menjadi garang dalam sekelip mata!

"Duduk diam-diam atau Pak cucuk dengan anesthesia," ugut Pak Moin dengan mengeluarkan kuasa vetonya. Qarizh Zahwan ini tidak kiralah hebat macam mana sekali pun, kalau dengan Pak Moin jejaka itu mesti akur dengan setiap arahan yang diberi.

"Baik, Pak," jawab Qarizh dengan redha lalu membenarkan sahaja Pak Moin menguruskan dirinya. Jujur, dia merasa bersalah dengan Pak Moin kerana banyak menyusahkan lelaki tua itu, tapi apakan daya Pak Moin sememangnya sangat menyayanginya.

Dalam diam Qarizh memerhatikan tindak tanduk Pak Moin yang terbongkok-bongkok menyusun semula peralatan perubatan yang berterabur tidak sempat dikemas tadi, tiba-tiba dia teringatkan sesuatu lalu dia mengangkat tangan kirinya yang bertampal dengan branula yang mengalirkan air iv drip ke tubuhnya. Seketika, dia ketawa kecil sambil tangan kanannya diletakkan ke muka.

"Kamu dah kenapa Zahwan? Demam kamu semakin tinggi ya?" tanya Pak Moin dengan risau lantas tangan tuanya diletakkan ke leher Qarizh. Manalah tahu suhu yang terlampau tinggi menjejaskan fungsi otak anak muda itu, kan susah namanya? Suhu badan Qarizh masih seperti tadi 39.8 darjah celsius, panas berbahang tetapi tahap menggigilnya sudah berkurangan.

"Pak," panggil Qarizh dengan mulutnya masih mengulum senyum. Sakit-sakit pun, dia masih larat untuk mengusik bapa susuannya.

"Pak memang dah tua kan?" ujar Qarizh lagi lalu matanya dikalihkan kepada Pak Moin yang berkerut muka memandangnya.

Bagai memahami kerutan di muka Pak Moin, Qarizh mengangkat tangan kirinya lalu dihulurkan kepada Pak Moin. Dengan isyarat mata, menunjuk kepada branula yang melekap di kura tangan kirinya sambil mulut kekal tersenyum. Seketika, keadaan menjadi senyap sunyi sebelum ketawa besar meletus dari mulut Pak Moin.

"Sepatutnya kamu pesan awal-awal pada Pak yang kamu nak solat dulu, barulah Pak bagi iv drip ni. Sekarang ni cuba cakap siapa yang tua, Pak atau kamu Zahwan?" usik Pak Moin sambil tersengih dan sengihannya itu disambut dengan ketawa kecil tanda redha lagi pasrah oleh seorang The King yang berkuasa tetapi hilang taringnya pada hari ini.

Maklumlah, dia sudah lama tidak cedera teruk macam ni dan terpaksa diberi iv drip. Bila sudah kena macam ni, terpaksalah dia menghabiskan sebotol drip yang kira-kira mengambil masa 3 jam untuk keseluruhan air drip memasuki badannya jika tiada apa-apa aral yang melanda dirinya pada lewat malam nanti. Harapnya, demamnya sudah kebah dan dia tidak memerlukan tambahan sebotol drip lagi.

"Kamu dalam rukhsah (keringanan) sekarang ni Zahwan. Pilih sama ada nak terus solat ataupun kamu mahu tidur dahulu dan bangun setelah air drip ni habis?" tanya Pak Moin sekali gus meminta kepastian mandatori daripada Qarizh.

Qarizh tersenyum lagi mendengar dua pilihan yang diberi itu. Kedua-duanya baik bagi dirinya tetapi dalam keadaan ini, dia memilih untuk bersakit-sakit dahulu sebelum bersenang-senang kemudian. Bersolat dalam keadaan sakit-sakit lebih dipilihnya daripada melewatkan solat. Mama dan papanya selalu berpesan bahawa solat itu tiang agama dan seboleh-bolehnya tunaikanlah ia di awal waktu jika tiada halangan yang melanda.

"Zahwan tak nak mati dengan keadaan berhutang dengan Allah," tegas Qarizh seraya menentang anak mata Pak Moin.

"Degil kamu ni Zahwan," omel Pak Moin lalu tersenyum memandang Qarizh. Sejuk hatinya mendengar jawapan Qarizh yang lebih memilih akhirat dari dunia.

Omelan Pak Moin itu disambut dengan sengihan kecil daripada Qarizh yang kemudiannya bertegas mahu menuruni katil dan berjalan ke bilik air untuk berwuduk walaupun ditegah berkali-kali oleh Pak Moin. Cukuplah guna air dalam botol spray saja untuk berwuduk tetapi tegahan Pak Moin itu bagai mencurahkan air ke daun keladi sajalah apabila Qarizh berjaya juga memujuknya agar membenarkannya ke bilik air. Katanya, mahu membersihkan muka yang terasa macam tidak nampak rupa dah.

Dengan langkah tertahan-tahan, Qarizh menapak ke bilik air dengan dibantu oleh Pak Moin yang memegang botol iv drip dan turut sama mengikut langkah jejaka itu ke bilik air. Setelah sampai di muka pintu, Pak Moin menggantungkan botol iv drip di cangkuk yang sengaja disediakan di dinding lalu dia membantu Qarizh membuang plaster kemasan branula di tangannya sedikit demi sedikit dan melalukan air di sekitar kura tangan dengan sekadar meratakan air di kawasan kemasan sebagai syarat sah wuduk sebelum anggota wuduk yang lain turut dibasahkan setelah berniat mengangkat hadas kecil.

Qarizh mahu menunaikan solat Isyak dan qadha solat Maghrib yang ditinggalkannya tadi. Jadi, untuk mengambil wuduk dalam keadaan tangan bertampal jarum branula, kemasan branula itu perlu dicabut untuk meratakan air dan kemudian dilekapkan kembali setelah selesai berwuduk memandangkan plaster itu diperbuat daripada plastik yang terang-terang air tidak akan sampai ke kulit. Setelah selesai berwuduk, Qarizh dengan dipapah oleh Pak Moin terus didudukkan kembali di atas katil.

"Okey, kamu boleh solat sekarang Zahwan. Solat secara duduk di atas katil ni saja, jangan buat-buat kuat nak solat berdiri macam orang sihat. Ingat, kamu sekarang ni pesakit," tegas kata Pak Moin sekali gus memberi peringatan kepada Qarizh setelah dia selesai membantu anak muda itu.

"Ya Pak," jawab Qarizh dengan akur. Pak Moin sebagai doktor yang merawat memang sangat tegas orangnya apabila melibatkan keadaan pesakit di bawah jagaannya. Jadi, cukuplah tadi dia bertegas, sekarang masanya untuk berlembut pula dengan Pak Moin. Lagipun, memang dia tidak boleh solat berdiri seperti kebiasaan pun pada kali ini.

"Lepas solat ni, kalau kamu nak makan Pak akan minta Mak hantar kat sini. Kalau tak, kamu tidurlah dulu dan makan nanti Pak kejut," ujar Pak Moin lagi.

Qarizh hanya menyambut ujaran Pak Moin dengan senyuman dan isyarat bahawa dia mahu tidur terlebih dahulu. Dia penat. Setelah Pak Moin meminta diri untuk keluar, dia mengangkat takbir untuk menunaikan solat Isyak dan kemudian qadha solat Maghrib.

**************

Bip.

Satu pesanan dari aplikasi WhatsApp diterima melalui telefon pintarnya. Lantas, Aralyn yang masih bermuka sembap terus membuka notifikasi mesej yang diterimanya. Seketika, mukanya berkerut apabila membaca bait-bait ayat yang tertera daripada papanya.

'Awliya, esok tolong masuk ke sesi pertama International Conference of Criminal Law 2020 ya, ganti papa sebab pagi esok papa perlu ke Indonesia atas urusan MOU universiti ni dengan universiti kat sana. Oh ya, Profesor Dr. Qarizh Zahwan ialah pembentang pertama, jadi ini ialah peluang terbaik untuk kamu mengambil pengalaman dan tengok macam mana orang hebat membentangkan hasil kajian. Masa dan tempat conference, papa sudah kepilkan sekali dalam fail.'

'Ceit! Hebat sangat ke si Qarizh tu? Boleh ke lelaki tu membentangkan hasil kajian dalam keadaan sakit-sakit macam tu? Sakit-sakit pun dingin beku juga sebeku ais dalam peti ais. Ada ke patut aku disuruh balik dalam keadaan aku risaukan keadaan dia?' Aralyn mendengus di dalam hati sambil tangannya mengetip-ngetip hujung bantal sofa tanpa mempedulikan pandangan Sarah, Mek Nab dan Amirul yang sedari tadi memandangnya tanpa bersuara sepatah kata.

"Err..." Amirul tiba-tiba memecah kesunyian yang melanda di ruang tamu rumah banglo Qarizh. Sarah dan Mek Nab serta Aralyn yang masing-masing duduk di atas sofa terus memusatkan perhatian mereka kepada Amirul yang nampak serba salah dan tergaru-garu kepala.

"Apa?" balas Aralyn sambil matanya terus melekat di skrin telefon.

"Prof...?" tanya Amirul dengan suara tertahan-tahan.

Kreak... klik. Ehem!

Bunyi katupan pintu secara perlahan dan penuh berhati-hati serta diikuti dengan suara deheman tua dari tingkat atas banglo itu terus memusatkan pandangan mereka berempat kepada tuan punya empunya deheman. Derap langkah yang terhasil dari tapak kaki yang menuruni tangga ditunggu dengan penuh sabar oleh mereka semua sehinggalah Pak Moin memijak anak tangga terakhir dan tercegat di situ menentang pandangan mata-mata yang runsing mengharapkan berita baik darinya.

"Ehem, tak ada apa. Zahwan tu kuat, insyaAllah lukanya akan cepat pulih dan demamnya akan kebah la tu esok," ujar Pak Moin sambil meneruskan langkahnya menuruni anak tangga terakhir lalu melabuhkan punggungnya di sofa.

Aralyn menggigit bibir seraya mengambil tempat di sofa berhadapan menghadap Pak Moin yang sedang mencicip air teh panas yang disediakan oleh Mek Nab. Lega terasa lidahnya dapat merasa teh panas kurang manis yang disediakan oleh isterinya itu. Sedap!

"Pak, sesi pertama International Conference of Criminal Law 2020 pagi esok, Qarizh yang jadi pembentang pertama. Pak yakin dia boleh membentangkan hasil kajian dia dengan baik?" tanya Aralyn sambil matanya tepat memandang kepada Pak Moin yang masih santai menghirup teh seperti tenggelam di dalam nikmat aroma harum teh berjenama Lipton.

"Seperti Pak cakap, Zahwan tu kuat orangnya. Percayalah, kalau korang semua nak halang dia pun, confirm korang tak akan menang. Tahu kenapa? Sebab dia tak pernah mengalah," jawab Pak Moin dengan tenang setenang air di kali.

"Kamu yang Pak nampak risau terlebih ni kenapa? Kamu... sukakan Zahwan?" tebak Pak Moin sambil tersenyum simpul memandang Aralyn.

Splash!

Aralyn terasa mukanya seperti disimbah dengan air suam. Panas! Bila masa dia sukakan si profesor yang sangat tidak mesra alam tu? Sudahlah tidak mesra alam, berlagak pula tu. Lagi haru, acah-acah hero. Dia... cuma tidak suka tengok profesor tu sakit!

"Mana ada Pak!" nafi Aralyn sekeras-sekerasnya sambil siap tangan disilangkan lagi. Namun, ulahnya itu disambut dengan senyuman tidak percaya dari Pak Moin dan juga jelingan manja dari Mek Nab.

"Akak, Amirul... dah jom Sarah hantar balik. Sudah lewat ni," ajak Sarah sekali gus menyelamatkan keadaan Aralyn yang sudah memerah pipinya bak ceri masak diusik oleh pasangan suami isteri Pak Moin dan Mek Nab. Jika dibiarkan, boleh termenangis si Aralyn ni dibuatnya. Aralyn kan, budak cengeng?

Tidak menunggu lama, Aralyn terus bangun dari sofa lalu dengan muka memerah menahan malu, dia menghulurkan tangannya kepada Mek Nab lalu menyalami tangan wanita separuh abad itu. Malu tapi adab kena jaga, kan? Lagipun, dia menyenangi ulah Mek Nab yang sejak dia menjejakkan kaki ke banglo ini sampailah sekarang, wanita itu tetap tersenyum penuh kelembutan.

"Awliya balik dulu... Mek... " ujar Aralyn sambil dahinya masih terlekap di tangan Mek Nab.

"Ah, tak kira!" Tiba-tiba, Aralyn bersuara keras lalu mengangkat kepalanya dan menentang pandangan Mek Nab yang agak terkejut dengan suaranya yang tiba-tiba meninggi.

"Awliya nak panggil Mek, Mak. Boleh?" soal Aralyn dengan lembut sambil tersenyum simpul lalu tersengih-sengih tetapi tangannya masih tidak dilepaskan dari menggenggam tangan Mek Nab. Mek Nab nampak terkejut dengan permintaan Aralyn tetapi muka terkejutnya kemudian perlahan-lahan bertukar menjadi berseri-seri. Lantas, permintaan Aralyn itu dibalas dengan anggukan penuh senyuman.

"Yeay, love you Mak," jerit Aralyn lalu sebuah kucupan mesra dihadiahkan ke pipi Mek Nab sebelum dia berlari mendapatkan beg sandangnya lalu terkocoh-kocoh mengejar langkah Sarah dan Amirul yang sudah berada di muka pintu utama banglo. Sejak bila mereka berdua meninggalkannya, dia pun tidak tahu!

"Bye Mak, bye Pak!" laung Aralyn lalu menghilang dari muka pintu.

Mek Nab dan Pak Moin yang terkesima dengan lagak seorang anak gadis bernama Aralyn Awliya itu masing-masing berpandangan sesama sendiri. Keadaan menjadi hening seketika sebelum ketawa kecil meletus dari bibir kedua-duanya. Masing-masing senyum-senyum siput dan senyuman bahagia turut terpancar dari wajah dengan hati mereka sibuk meneka bahawa jika macam inilah perihalnya, maka tidak lama lagi rumah ini akan riuh dengan suara kanak-kanak pula!

***************

Aralyn merenung kepada Jacky dengan pandangan tidak berkelip. Wah, handsome juga rupanya apek Cina si ahli forensik ni bila berpakaian formal begini walaupun rambutnya agak panjang dan diikat style ekor kuda! Patutlah kawannya si Xi Xiao tu cinta mati dekat Jacky ni.

"Cik, perlu ke aku pergi juga kat conference hari ni? Aku mengantuklah," rayu Jacky dalam tanya dengan nada geram masih dikawal sehabis baik.

Dia geram sehabis geram dengan bosnya yang seorang ni sejak semalam lagi sejak gadis itu mula menapak masuk ke pejabat mereka sekitar pukul 10 malam semalam. Kalau sekadar masuk tapi duduk diam sahaja tak apalah, ini tak. Masuk-masuk je pejabat habis semua orang dikerahnya untuk mencari maklumat berkaitan dengan seorang lelaki yang bernama Black.

Bila ditanya klu apa yang ada selain nama Black, dengan selamba bosnya ini mengangkat bahu dan menjawab 'aku tak tahu, korang tolong cari'. Memang bengang betullah si Jacky, Mona dan Riyad dibuatnya. Ramai kot orang bernama Black dan itu tidak dikira lagi dengan orang yang menggunakan nama panggilan Black. Sampai pukul 2 pagi jugalah mereka semua bersengkang mata mencari maklumat.

"Ya, kau wajib pergi. Kalau tak, siapa nak drive kereta?" balas Aralyn selamba sambil hujung kukunya diketip-ketip tenang. Sesekali, matanya melirik kepada wajah Jacky yang cemberut mendengar jawapannya. Nak buat macam mana Jacky, padan muka kau.

Jacky menarik nafas panjang dan muncungnya ditarik panjang sedepa apabila Aralyn mula membuat alasan siapa mahu memandu. Ya, dia silap sebelum ini kerana keceluparannya memberitahu kepada papa Aralyn akan kepelesitan gadis itu ketika memandu. 140km/j, kau ada? Kerana mulutnya itu, Aralyn digantung lesen memandu oleh papanya dan dia pula diberi tugas sebagai pemandu peribadi Aralyn. Dalam diam, dia mengutuk dirinya sendiri.

"Dahlah jangan banyak bunyi. Aku potong gaji kau nanti," ugut Aralyn lalu dengan selamba dia berjalan menuruni tangga dengan lagak princess.

'Acah ayu. Ei geramnya aku nak tolak kau jatuh tergolek-golek kat bawah!' dengus hati Jacky sambil tangannya membuat lagak mahu mencekik Aralyn. Jika tidak dikenangkan Aralynlah yang sudi 'mengutipnya' ketika dia dalam kesusahan dahulu, memang tidaklah dia mahu menurut kata Aralyn. Aralyn sangat baik tapi itulah... perangai tidak semenggahnya memang boleh membuatkan orang sakit jiwa.

"Jacky!" laung Aralyn dari bawah sambil tangannya membuat isyarat 'peace' lalu kedua-dua jari telunjuk dan jari hantunya dibengkokkan sedikit dan dihalakan ke matanya sendiri. Kemudian, jarinya itu dihalakan pula kepada Jacky dengan isyarat mulut tanpa suara 'die' diberi kepada stafnya yang seorang itu. Ingat dia tidak tahu yang Jacky mengutuknya habis-habisan dari tingkat atas? Dia mahu mencucuk mata Jacky sampai tembus!

"Yelah..." balas Jacky dengan oktaf laungan lalu dengan menghentakkan kakinya ke lantai, dia menapak laju menuruni tangga. Pandangan kasihan yang dilontarkan daripada Mona dan Riyad kepadanya disambut dengan jelingan tajam lalu dengan mata dijulingkan ke atas, dia meniup kasar rambutnya yang terjuntai sedikit di hadapan lantas berlari mengejar langkah Aralyn yang sudah elok berada di dalam kereta.


Done!

Sorry hambar. Huhu. Cast Amirul ada kat BAWAH ❤️😍

😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍

Angel dah janji tadi nak reveal cast untuk Amirul kan? Hihi. Ini dia:

Dan juga, cast untuk Jacky 🤭 Ni bonus ya sebab Jacky pun sengal 😂


Alright itu saja untuk kali ni. Qarizh tengah sakit kan, takkan nak bagi dia beraksi untuk chapter ni. InsyaAllah chapter 9 nanti Qarizh akan beraksi. Stay tuned!

😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍

Ps: Tatacara mengambil wuduk bagi pesakit yang dipasang branula di tangan diolah tulis dengan berpandukan kepada panduan yang diberi di dalam laman web Mufti Wilayah Persekutuan.

Rujukan:
Umar Mukhtar Mohd Noor. (3 Mac 2017). Kaedah Berwuduk Pesakit yang Ditampal Jarum. Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Link: https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/970-al-kafi-561-kaedah-wuduk-bagi-pesakit-yang-ditampal-jarum

Jika anda tidak faham tatacaranya, mohon tonton video daripada Ustaz Azhar Idrus ya 👇


Harap bermanfaat ❤️ dan terima kasih kerana sudi melayan ulah Angel di story ni 🤭

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro