Bab 17 (3)
Mesej pendek daripada Amirul semakin menambahkan resah di hati Qarizh. Dia yang sedang kalut berfikir strategi untuk berjumpa dengan papa Aralyn semakin pusing dengan semua yang berlaku. Orang jahat sememangnya tak ada kerja ke? Sibuk nak ganggu keamanan orang.
"Sesi satu seminar hari ini kini berakhir. Jumpa lagi pada sesi kedua pada jam 11 pagi."
Seiring dengan suara juruacara seminar mengungkap kata, Qarizh juga segera bangun dari kerusi. Dalam keadaan bahaya seperti ini, dia tak boleh berlama-lama di sini. Entah siapalah yang Black hantar untuk mengganggu keamanannya, dia pun tak tahu.
Cuma, apa yang dia tahu ialah Amirul sedang berusaha mengalihkan perhatian musuh. Jadi, tidak dapat tidak, masa yang ada perlu digunakan sebaik-sebaiknya untuk melepaskan diri daripada mata-mata Black.
"Kau nak ke mana tu?" Kalut-kalut Aralyn bertanya.
"Er... aa..." Qarizh pun tak tahu nak cakap apa.
SOS. Itu isyarat meminta tolong. Ia daripada singkatan perkataan Save Our Life. Isyarat itu mula digunakan pada abad ke-20 dalam bentuk kod morse melalui tiga rentetan denyutan pendek, tiga denyutan panjang dan tiga denyutan pendek.
Jika Amirul menghantar mesej sebegitu, bukan ke bermakna budak itu juga bakal berada dalam bahaya?
"Tunggulah aku!" Sibuk saja Aralyn ingin mengikut.
"Jangan!" Qarizh mengetap bibir seraya menarik nafas perlahan.
"Aku nak ke tandas. Takkan kau nak ikut jugak?" tanyanya pula.
Splash!
Terus muka Aralyn merah menyala. Bodohnya, alahai! Takkan tak reti tengok Qarizh tengah kalut macam tak sabar-sabar nak lepaskan hajat? Terus Aralyn menarik senyuman malu lalu tanpa bicara, dia berpaling ke arah lain. Tak guna punya diri sendiri!
"Pergi ke office papa kau dulu. Nanti settle, aku ikut," suruh Qarizh.
Lantas tanpa tunggu lama lagi, terus dia bergegas keluar dari dewan meninggalkan Aralyn terkulat-kulat seorang diri. Namun, dalam masa itu, sempat arahan diberikan kepada Sarah agar memantau pergerakan gadis itu. Manalah tahu kalau-kalau Black sergah Aralyn ke macam mana ke. Sebabnya sekarang, dia perlu utamakan Amirul!
Dalam berjalan menuju ke lokasi yang diberitahu oleh Amirul, ligat otaknya merangka strategi bagi berdepan dengan orang suruhan musuhnya. Kata Amirul, Darin cuba tembak Aralyn. Perkara itu yang membuatkannya risau. Ya, dia tahu Darin sudah mati tapi identiti penyamar itu yang ditakutinya.
Dia... takut jika Darin mengapa-apakan Amirul.
Kafetaria yang terletak di tepi bangunan Fakulti Seni Bina kelihatan masing lengang pada waktu ini. Dari jauh, dia nampak figura Amirul sedang makan-makan dan berborak mesra tapi tak mesra bersama dengan Darin.
Di kala itu, semakin ligat otaknya merencana pelan terbaik bagi membolehkan Amirul melepaskan diri daripada gadis itu buat sementara waktu. Setidak-tidaknya, sehingga mereka berdua memahami apa sebenarnya yang berlaku.
"Bismillah..." Qarizh menolak daun pintu kaca kafeteria lalu berjalan ke arah Amirul.
"Dekat sini pun kau. Nak kena potong markah ke macam mana? Ponteng seminar." Qarizh menarik kerusi lalu duduk di sebelah Amirul.
"Darin? Heh." Senyuman sinis diberikan kepada kedua-dua orang 'mempelai' di hadapannya.
"Aku bukan nak sibuk hal kau orang. Nak bercinta ke apa ke, silakan. Tapi Amirul..." Pandangan garang diberikan kepada Amirul yang jelas 'nampak terkejut' dengan kehadirannya di situ.
"Kau tahu tak sebab kau ponteng tadi, golden time aku terlepas? Bukan ke kau dah janji nak jadi penolong aku masa pembentangan tadi? That's suck, Amirul. Reputasi aku jatuh." Tajam sekali matanya memanah wajah Amirul.
Pandangannya kemudian dialihkan kepada Darin yang diam tidak berkutik di kerusi sebelah. Terzahir riak gelabah di wajah itu apabila mendengar suaranya memarahi Amirul. Tak sangka dia marah macam itu sekali, kot?
Yalah, kalau Darin sebenar, bukan setakat gelabah, bahkan menangis di situ juga apabila dia naikkan suara kepada Amirul. Syukur Sarah cepat menghantar fail peribadi Darin kepadanya ketika dalam perjalanan tadi. Sekarang, dia sudah tahu siapa sebenarnya si penyamar ini.
"Ikut aku, Amirul. Kita masih ada hutang." Pantas dia bangun dari kerusi lalu mengisyaratkan agar Amirul mengikutinya.
Amirul pula apabila melihat isyarat itu, terus tanpa berlengah dia terkocoh-kocoh bangun dari situ sampai tersepak kaki kerusi. Tersepak kerusi pun tersepaklah asalkan dia boleh terlepas daripada cengkaman Darin.
Darin sekarang tak macam Darin yang dia kenal jadi dia mesti siasat siapa sebenarnya gadis itu. Kenapa Darin jadi orang suruhan Spade? Adakah benar firasatnya yang mengatakan bahawa gadis di depannya sekarang adalah bukan Darin?
"Darin, aku chow dulu. Nanti kita mesej eh!" Sempat dia menjerit kepada gadis itu sebelum bergegas mengejar langkah panjang Qarizh.
*****
"Apa yang berlaku sebenarnya, Amirul?"
Qarizh memulas tombol pintu pejabatnya lalu bergegas masuk ke dalam. Amirul yang membuntuti di belakang dibiarkan menahan pintu itu dengan kakinya sebelum tertutup sendiri. Komputer riba di dalam laci meja diambil lalu dibuka dan seketika, terpapar footage CCTV keseluruhan dewan seminar tadi yang dihantar oleh Sarah.
"Mirul nampak Darin halakan pistol ke arah Cik Aralyn. Sebab tu Mirul cepat-cepat dapatkan dia dan ajak keluar," jelas Amirul seraya tanpa dipelawa, kerusi di depan meja Qarizh diambil lalu punggungnya dilabuhkan di situ.
"Apa yang kau tahu pasal Darin tadi?" tanya Qarizh lagi.
"Dia tak macam Darin yang Mirul kenal," jawab Amirul.
"Kenapa?" tanya Qarizh. Namun, matanya kekal tertancap di skrin komputer.
"Mirul nampak tatu ular dekat leher dia. Macam orang Spade," jelas Amirul lagi. Wajah mendungnya tak mampu disembunyikan lagi.
Jawapan Amirul dibalas dengan anggukan. Kemudian, keluhan berat terbit dari mulut Qarizh. Tanpa bertangguh lagi, segera skrin komputernya dihalakan ke arah budak itu. Amirul menjongketkan keningnya tanda pelik dengan suruhan tersebut, tapi anggukan daripada profesornya diikuti dengan patuh. Terus matanya dipandang ke arah paparan gambar yang terpapar di skrin.
"Ini..." Lidah Amirul kelu sekelu-kelunya.
Ya Rabbi, ya Ilahi. Sungguh kepalanya bagaikan dihempap dengan batu besar apabila matanya menangkap gambar Darin di skrin tersebut. Tidak semena-mena, air mata yang ditahannya sejak tadi gugur jua membasahi pipi. Sumpah dirinya berasa sedih, kecewa dan marah!
"Mayat yang tertanam dalam dinding rumah di kawasan setinggan yang kita pergi hari tu, mayat Darin," ujar Qarizh.
Simpati menjalar di sanubarinya. Melihat Amirul menangis kerana kehilangan gadis yang dicintai membuatkan hatinya dirundung hiba. Macam mana kalau suatu hari nanti, dia juga akan kehilangan Aralyn? Adakah dia akan cukup kuat untuk mengadapi kehilangan itu atau... keadaannya akan menjadi lebih teruk daripada Amirul?
"Jadi Darin tadi... bukan Darin yang Mirul kenal?" tanya Amirul perlahan.
"Jadi, selama ni prof. dah tahu yang Darin dah tak ada?" Amirul mengangkat muka lalu memandang Qarizh. Berkaca-kaca matanya memandang si profesornya.
"Aku minta maaf." Tiga patah perkataan itu adalah jawapan kepada soalan Amirul.
Seketika, Amirul terdiam di atas kerusi. Hanya bahunya sahaja terhinggut-hinggut menahan esak tangis yang masih bersisa. Sebagai anggota Team Satria Hitam, dia rasa dirinya tak berguna. Dia bercinta bagai nak rak dengan Darin tapi malang, gadis itu gagal dilindungi. Bahkan, dia tak tahu apa-apa pun pasal gadis itu, sejujurnya.
"Jadi, Darin yang Mirul nampak tu?" Amirul menyeka air matanya dengan hujung lengan baju.
"Kembar dia yang dah 5 tahun terpisah." Qarizh membuka pula fail peribadi Darin yang baru dihantar oleh Sarah tadi.
"Macam mana..." Ungkapan Amirul terhenti dek sesak jiwanya terasa semakin mencengkam.
Beberapa keping gambar mayat Darin di atas meja bedah bilik forensik dipandang sayu. Sungguh jiwanya sedih melihat keadaan arwah Darin yang sungguh menyayat hati. Luka di sana sini, badan bertukar kebiru-biruan dek lama tertanam di dalam dinding dan penting sekali, badan itu penuh dengan kesan lebam.
"Semua ni bermula pada hari kemalangan 5 tahun lalu melibatkan sebuah kereta jenis sedan dengan MPV di traffic light. Kau pun terlibat sama dalam kemalangan tu, Amirul. Nara, cinta pertama kau meninggal dunia," kata Qarizh.
"Apa dia?" Terus Amirul tersentak. Tajam matanya memandang Qarizh.
"Dalam ni ada semua data kes kemalangan Darina Sufia, Darina Safiah, Nara Azwar dan kau sendiri pada 5 tahun lepas. Dalam ni juga, ada data kes pembunuhan Darina Sufia. Ambillah seberapa banyak pun masa kau nak, Amirul. Yang penting, pergi balik sekarang. Laptop ni pun, kau bawa balik juga," suruh Qarizh.
"Kita akan buat meeting malam ni di GOL. Hadam semua maklumat pasal kes ni. Kuatkan hati, sebab kau anak jantan." Qarizh menepuk bahu Amirul beberapa kali lalu melangkah ke muka pintu.
"Balik tu hati-hati." Sempat dia berpesan sebelum menutup pintu.
Seketika, Qarizh berdiri tegak di muka pintu biliknya lalu nafas panjang ditarik dan dihembus perlahan. Masalah Amirul telah pun selesai, kini halnya dengan papa Aralyn pula menanti. Jam tangan dikerling sekilas lalu dengan lafaz basmalah, dia teruskan langkah menuju ke pejabat dekan Fakulti Undang-undang dengan jantung berdegup kencang.
'Niat kau baik, Qarizh Zahwan!' Semangatnya dijitukan.
Done!
Alhamdulillah, berjaya juga siapkan chapter ni even stres melanda dek kerja banyak sangat. ☺️😌
Btw, buat korang yg x tau lg, sy ada story yg baru complete bertajuk Bahagia Tak Kupinta. Jemput baca gais. Hero Tengku Zakry, si alpha male CEO. Heroine, Mila Adelia. Bacalah kisah bitter sweet diorang. Genre full romance. ❤️
Buku ni sy tulis dlm masa 2 bulan (1 Nov -31 Dis 2021). Update setiap hari dgn double & triple update (cuma 5 hari je sy rehat). Kemudian 1-3 Jan 2022, sy siapkan pula special chapter story ni. Jadi kiranya, sy tak rehat drpd menulis pn lagi sejak 8 Disember 2021.
Sy penat tp tulah... 😌 hope jgn tanya next update bila pula utk Qarizh ni. Kalau ada tu ada, kalau x de tu memang takdelah. Sy takkan update story lain kecuali story Qarizh je setakat ni.
Happy reading ❤️
10.50 malam.
4 Jan 2021
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro