Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 17(2)

Pembentangan kajian yang disampaikan olehnya berjalan dengan amat baik. Seperti biasa, tajuk kajiannya selalu memancing perhatian para ahli akademik. Unik, berkualiti dan bermutu tinggi. Itulah prinsip yang dipegang oleh Qarizh setiap kali menulis kertas kajian.

Setelah dia selesai membentangkan kajiannya, kini giliran bakal ayah mentuanya pula berucap di pentas utama.  Namun, dalam bersemangatnya Prof. Dato' Dr. Hisham berucap, Qarizh tak mampu menumpukan perhatian.

Fikirannya lebih kalut merangka strategi untuk berdepan dengan profesor terulung dari Jabatan Undang-undang itu. Agak-agaknya, apa soalan yang bakal ditanya? Kena sediakan jawapan apa untuk itu? Ah, sudah. Perutnya tiba-tiba berasa memulas.

"Gabra ke tu, bang? Kahkahkah," gelak Sarah di talian.

Suara gelakan si adik menerjah kuat ke pendengarannya melalui earbud yang sentiasa terpasang. Sekonyong-konyongnya, perasaan gementar bertukar menjadi geram. Ish, sibuk sajalah Sarah al-Hanan!

Menyesal betul dia pakai jam tangan pintar yang menyambungkan terus denyut jantungnya ke komputer Sarah. Kini, semua benda pasal kondisi dirinya dapat diketahui dengan mudah oleh gadis itu. Tapi, kalau tak pakai, merajuk setahun minah itu. Haih, malang sungguh dia dapat adik overprotective.

"Bang. Aku pelik betullah dengan kau ni. Dengan penjahat bukan main berani. Tapi, dengan papa Kak Aralyn? Hahahaha!" gelak Sarah semahu-mahunya.

"Kau diam, Sarah." Qarizh mengetap gigi.

"Tak nak. Hekhek. Alolo comelnya muka abang kesayangan Sarah ni marah-marah. Hihihi," usik Sarah lagi.

Walaupun dia tak nampak dengan mata kepala sendiri macam mana memek muka abangnya ketika ini, dia dapat bayangkan riak wajah jejaka itu menahan geram. Merah macam udang kena bakar.

"Bang, don't worry. Papa Kak Aralyn baik tau." Sarah ketawa perlahan.

"Apapun, good luck, The King. Hyena sentiasa sokong abang. Semoga dipermudahkan urusan. Last... selamat pengantin baru in advance. Kahkahkah!" gelaknya pula semahu-mahunya sebelum cepat-cepat dia memutuskan talian.

Tut... tut...

Qarizh menarik-narik tali lehernya yang terasa mencekik tengkuk. Dasar Sarah al-Hanan! Kalau masuk bab mengusik, nombor satu. Memang tak ada kerja betul. Kalau tolong bagi kata semangat tak apalah. Ini, tak. Siap membahan lagi. Dasar...

"Qarizh. Kau kenapa?" Aralyn mengerutkan dahi.

Pelik pula dia melihat jejaka itu bagaikan cacing kepanasan. Nak kata udara panas, sejuk aircond di dalam dewan memang boleh buatkan orang menggigil. Sejuknya macam duduk di kawasan bersalji. Jadi, kenapa dengan Qarizh Zahwan?

"Tak ada apa," balas Qarizh. Cuba menenangkan diri daripada berterusan geram dengan ulah nakal Sarah.

"Okey." Aralyn menumpukan semula perhatian kepada papanya di pentas.

Melihatkan Aralyn kembali senyap, Qarizh melepaskan nafas berat yang hinggap di dada. Sekarang, dia perlu merangka strategi padu untuk berterus terang dengan ketua jabatannya itu mengenai hasratnya ingin menyunting si bidadari bernama Aralyn Awliya.

*****

Amirul mengerutkan dahi apabila matanya menangkap kehadiran Darin di suatu sudut tersorok di belakang dewan. Sejak bila Darina Sufia rajin masuk seminar? Biasanya, gadis itu liat sungguh kalau bab belajar.

Malas mahu berteka-teki, Amirul mengeluarkan telefon pintar dari poket seluarnya lalu mendail nombor telefon gadis tersebut. Tapi, sekali, dua kali, hinggalah lima cubaan panggilan, gadis itu tidak menjawab panggilannya. Aneh.

Kepelikan semakin mengasak jiwanya. Tak pernah-pernah lagi rakan sekali gus perempuan yang disukai dalam diamnya berperangai sebegitu. Kalau nak kata telefon dalam mod senyap pun, Darin selalu peka dengan getaran. Ke, telefon gadis itu hilang?

Amirul memerhatikan lagi gerak laku Darin yang berdiri di sebalik langsir pintu belakang. Kepelikan semakin mengetuk pintu sukmanya apabila melihat gadis itu tak bergerak-gerak dan fokusnya tepat ke hadapan. Sebetulnya, tepat ke arah tempat duduk Prof. Qarizh dan Cik Aralyn.

"Kenapa..." Amirul semakin pelik.

Gadis itu dilihat perlahan-lahan mengacukan sesuatu di sebalik kain langsir lalu menghalakannya tepat ke arah Cik Aralyn. Namun, apabila diperhatikan, mata Amirul serta merta terbuntang luas. Bukan ke di tangan Darin itu... pistol yang dilengkapi silencer?

"Astaghfirullah!" Pantas Amirul bangun dari kerusi lalu berjalan laju menuju ke arah Darin.

Kenapa Darin halakan pistol ke arah Cik Aralyn? Bukan ke Darin tak pernah pegang senjata berbahaya sebelum ini? Darina Sufia takutkan segala jenis benda berbahaya hatta pisau lipat kecil yang diguna untuk mengasah mata pensil!

Tapi, dalam lajunya dia berjalan sehingga berlari-lari anak, jarinya juga pantas berlari di atas skrin telefon bagi menghantar isyarat bahaya kepada The King. "SOS", itu ayat ditaipnya sebelum melaung memanggil nama penuh gadis itu.

"Darina Sufia!"

Seperti dijangka, suara laungannya segera membuatkan para audiens memusatkan perhatian kepadanya yang sedang berlari ke pintu belakang. Terdapat satu sudut di tepi pintu itu dan ia ditutupi dengan langsir meleret ke bawah. Di situlah Darin berada.

"Darin. Hai," sapa Amirul dengan suara sengaja dimengah-mengah.

"H... hai," balas Darin dengan teragak-agak. Cepat-cepat pistol di tangannya disembunyikan di belakang.

Melihatkan itu, Amirul menarik senyuman nipis. Sakit. Hatinya dirobek-robek apabila matanya terpandang satu tatu berlukisan ular di leher Darin ketika gadis itu berpaling ke belakang ketika disapa tadi. Ya, gadis itu tidak bertudung.

Itu yang memudahkannya terlihat tatu tersebut. Jadi, jelaslah bahawa Darin di hadapannya sekarang bukan lagi Darin yang dikenalinya selama ini. Darina Sufia di hadapannya... orang Spade! Orang Spade bertatu ular di leher. Tapi, sejak bila? Ah, pusing!

"Darin, bukan ke kau dua kali lima je dengan aku? Aku ni kan, kalau tak sebab kena paksa dengan Prof., tak adanya nak masuk seminar ni." Dengan lagak biasa, Amirul mendekati lagi Darin.

"A... aku..." Galak Darin memerhatikan raut wajah Amirul.

'Cool, Amirul. Kau boleh!' Berkali-kali Amirul cuba mengawal diri daripada menunjukkan riak wajah kecewa dan patah hati.

Siapa yang tak kecewa apabila tahu gadis idaman yang dianggap baik rupa-rupanya talam dua muka. Musuh dalam selimut. Api dalam sekam. Gunting dalam lipatan. Pembelot. Hatinya pecah berkecai seperti kaca terhempas ke lantai.

Dia sudah berjanji dengan diri sendiri bahawa dia akan menyunting gadis itu sebagai isteri apabila mereka berdua bergraduasi kelak. Dia sudah berkenan dengan Darin setelah berjaya move on daripada cinta pertamanya yang telah meninggal dalam kemalangan jalan raya.

"Oh, kejap. Mesti kau datang sebab Dr. Chua suruh kan? Yalah, aku lupa yang dia SV kau. Sorry- sorry," gelak Amirul. Bersungguh-sungguh dia berusaha berlagak seolah-olah pertemuan mereka di situ hanyalah kebetulan.

Hatinya semakin sakit bagai dihiris-hiris dengan pisau nan tajam. Melihat wajah Darin seolah-olah menghadirkan kembali lakaran kenangan indah bersama gadis itu ketika berprogram di sana sini. Dia juga sudah berjanji akan membimbing Darin untuk menutup aurat dengan sempurna apabila berkahwin. Tapi, sekarang?

"Ya, betul. SV aku suruh datang. Tapi, maklumlah datang lewat, so aku segan nak duduk kat kerusi tu." Darin turut ketawa.

Namun, dalam sibuk gadis itu cuba membela diri, Amirul dapat melihat kepura-puraan yang terlukis indah di wajah Darin. Penuh hipokrit. Tapi, Amirul buat-buat biasa dengan buat tak tahu pun cubaan gadis itu menyisipkan kembali pistolnya ke dalam gun holster di pinggang lalu menutupnya dengan jaket.

Sabar sajalah, Amirul. Cool dulu. Itu yang dikata kepada dirinya sendiri supaya 'topeng' kepura-puraannya sentiasa kemas di hadapan Darin. Selepas ini, dia akan siasat kenapa gadis itu boleh berpihak kepada Spade.

Kalau berpihak kepada Black, dia boleh faham. Black akan lakukan apa saja untuk menumpaskan The King dan orang-orangnya. Tapi, sekarang ini, Spade yang masuk campur. Apa rancangan Mafia D.C.D sebenarnya?

"Erm. Aku pun kan, sebenarnya..." Amirul mendekatkan wajahnya ke muka Darin.

"Malas nak dengar dia orang tu semua bagi ceramah. Jomlah kita blah dari sini. Nak tak?" Dia menjongketkan pula keningnya kepada Darin.

"Lari?" Darin membalas tentangan anak mata Amirul.

"Jomlah. Dia orang takkan sedar pun kita tak ada," ajak Amirul sambil tersengih.

"O... okey." Antar ikhlas tak ikhlas, akhirnya Darin mengangguk setuju.

Jawapan daripada Darin membuatkan Amirul melepaskan nafas lega. Setidak-tidaknya, dia berjaya mengelakkan Cik Aralyn daripada menjadi mangsa si Darin buat masa sekarang.

Walaupun dia tak tahu sama ada masih ada orang Spade di sini ataupun tak, dia yakin yang The King telah pun membaca mesejnya dan berusaha melindungi Cik Aralyn dengan mengambil langkah bersiaga menanti marabahaya yang bakal mendatang.

Sudahnya, dengan senyuman manis dihadiahkan kepada Darin palsu, dia segera mengajak gadis itu keluar dari dewan. Harap-harapnya, identitinya sebagai The Gamer daripada Team Satria Hitam Senior tak diketahui oleh Darin, Black ataupun Spade. Kalau mereka tahu, habis!

Done! Nak 🌟 boleh? Hihi.

Btw, update seterusnya tu x tau bila tau. Jangan marah sy x update sebab sy pn manusia biasa je, bukan superhuman. Huhu.

Apapun, sy ada berita baik. Kalau korang nk baca book sy yg terbaru tapi yg DAH COMPLETE, bolehlah ke akaun hafzh92.

Buku ni genre comedy. Banyak prank tapi plot twist memang korang takkan jangka. Ada 5 bab dan setiap bab habis terus ceritanya. Pada bab akhir, sy datangkan watak istimewa Dr. Wardah Azkiya dan atlet e-sport Ahwaz Zulfan. Happy reading! ❤️

________
17/9/21
8.00 mlm

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro