Bab 17 (1)
Jam menunjukkan pukul 9 pagi. Qarizh masih lagi berdiri di hadapan cermin di dalam pejabatnya. Mukanya dibelek dan badan sasanya ditenung. Apa lagi yang tak kena dengan penampilannya hari ini? Rasanya, dia sudah cukup handsome.
"Prof.," panggil Amirul. Sempat mulutnya menguap panjang.
"Prof. bukannya nak pergi akad nikah. Nak bentang kertas kajian je pun," sambungnya pula.
Ujaran selamba badak si Amirul membuatkan Qarizh mendengus kasar. Memanglah dia nak pergi bentang kertas kajian, tapi Aralyn pun ada sekalilah di dalam dewan seminar nanti. Dia tak mahu nampak selekeh di depan gadis itu!
"Miyul dah penat tau tak tengok Prof. berdiri depan cermin tu. Sejam, Prof. Sejam." Amirul menguap lagi. Kali ini, matanya pula ditenyeh-tenyeh.
"Diam, Amirul. Aku potong markah nanti baru tau." Qarizh memberikan jelingan maut kepada Amirul. Tali lehernya dibetul-betulkan.
"Ha, potong markah. Ya, potong markah." Amirul berhenti menguap.
"Apa dia?" Dia terjerit kuat.
"Jangan Prof.! Miyul berjanji sumpah taat setia akan dia takkan berbunyi walau sepatah..."
"Shut up!" Qarizh mencapai pen di atas meja lalu melemparkan ke arah Amirul.
Kuk!
Pen biru yang dilemparkan oleh Qarizh mendarat betul-betul di atas kepala Amirul. Lemparan tersebut serta merta mematikan ikrar merepek entah apa-apa yang keluar dari mulut budak itu. Seketika, Amirul terkulat-kulat sebelum dia menayangkan sengihan tak berapa menjadi.
"Dah hilang mengantuk? Jom." Qarizh menggeleng kepala seraya membuka pintu.
Amirul, Amirul. Tahulah mereka balik ke rumah semalam pun sudah lewat. Pukul 3 pagi. Ini semua gara-gara Rayyan yang mengajak mereka bergusti tiga pusingan sebelum masing-masing dibenarkan pulang. Dasar Boss bossy!
"Okey." Amirul membetulkan urat sarafnya sebelum terkocoh-kocoh keluar dari pejabat Qarizh.
Dalam perjalanan ke dewan seminar, masing-masing diam tak berkata apa-apa. Amirul, tak berani bersuara. Qarizh, tak ada topik nak dibualkan sementelah otaknya lebih ligat memikirkan kertas penyelidikannya. Agak-agaknya, apa pandangan orang luar terhadap kajiannya nanti?
Langkah kaki mereka berdua berterusan selama lima minit. Sengaja Qarizh tidak memandu kereta mewahnya ke dewan seminar. Lagipun, dia bukannya apa. Bukan jauh sangat pun jarak pejabatnya dengan dewan. Takkan basah pun baju kalau setakat berjalan di laluan pejalan kaki berbumbung.
"Prof.," tegur salah seorang petugas seminar sebaik sahaja Qarizh memasuki dewan.
Berbunga-bunga hatinya melihat dua orang jejaka segak berdiri di hadapannya. Seorang berpangkat profesor muda, seorang lagi ketua pelajar. Dua-dua mempunyai karisma tersendiri. Tapi, yang paling dia suka adalah Prof. Dr. Qarizh Zahwan. Maklumlah, poket pun handsome!
Qarizh membalas teguran daripada staf perempuan tersebut dengan anggukan. Mukanya dikekalkan ketat tanpa senyuman. Dia tahu yang senyum adalah sedekah. Tapi, senyuman yang hendak diberikan kepada petugas itu terus terbantut sebaik sahaja matanya menangkap kelibat Aralyn memasuki dewan.
'Bala dah datang!' Qarizh berdebar-debar.
"Hai, Encik Tunang Abang Sayang."
Dengan wajah berseri-seri, pantas Aralyn mendapatkan Qarizh. Sengaja dia menekan ayat Encik Tunang Abang Sayang dan memberikan senyuman manis kepada profesor sejuk bekunya. Maklumlah, hatinya tengah sakit sekarang.
"Cik Aralyn. Helo." Cepat-cepat Amirul menyampuk. Alamak, kenapa panas pula rasa dewan berhawa dingin ini?
"Helo, Amirul." Aralyn menyambut mesra sapaan Amirul.
Figura Qarizh yang kekal membatu di depannya dikerling dengan senyuman sinis. Qarizh, Qarizh. Mana mahu lari, hah? Hutang darah dibayar nyawa, hutang janji dituntut mati. Ke mana Qarizh menghilang sedangkan jejaka itu berjanji akan membantunya ketika Black menyerang semalam?
"Er... Cik Aralyn, Prof., abang Amirul, ni tag nama dan cenderahati kamu semua." Tak betah melihat drama sebabak di depannya, staf perempuan tadi segera menghulurkan beg cenderahati berisi tag nama dan brosur serta jurnal.
Jadi, betullah khabar angin yang bertiup kencang seminggu dua ini bahawa Prof. Dr. Qarizh Zahwan sedang hangat bercinta dengan Cik Aralyn Awliya, anak dekan Fakulti Undang-undang. Kemesraan Aralyn menyapa profesor sejuk beku itu membuktikan segala-galanya.
"Terima kasih." Dengan mesra, Aralyn menyambut huluran tersebut. Beg cenderahati milik Qarizh dan Amirul juga turut diambil.
"Jom, sayang," ajak Aralyn.
Sayang? Please la. Rasa geli pula anak tekaknya menyebut perkataan itu. Tak adanya dia nak sayang-sayang kalau tak sebab Qarizh kekal membatu di sini. Kenapa? Takkan kecut perut dengan dia? Come on, man! Fight me harder! Oh yeah!
"Dasar perempuan mental," bisik Qarizh lalu berjalan ke tempat duduknya. Amirul telah pun menghilang ke tempat lain.
Malu pula dia dengan ayat Aralyn. Please la. Sayang? Sayang ada maksud tu! Mahu saja dia ambil mikrofon dan beritahu semua orang bahawa dia dan Aralyn masih belum ada apa-apa ikatan. Suka hati saja Aralyn memanggilnya dengan panggilan Encik Tunang. Gila ke apa? Kalau ya pun bakal ada ikatan, tak payahlah tunjuk sangat.
"Kau ke mana semalam? Bukan ke kau cakap kau nak datang selamatkan aku?" soal Aralyn sebaik sahaja punggungnya mencecah kerusi. Tak menyempat!
"Adalah," jawab Qarizh selamba.
"Kau sepatutnya persetankan semua hal kau. Tahu tak?" Aralyn mendengus tak puas hati.
"Kenapa?" balas Qarizh sepatah.
"Aku kan bakal isteri kau," jawab Aralyn laju.
"Jadi kau terimalah?" Qarizh menyembunyikan senyumannya.
"Terima apa?" Bagai orang bodoh, Aralyn melontarkan soalan.
"Jadi isteri aku," jawab Qarizh.
"Eh?" Aralyn terpinga-pinga.
Seketika, dia terdiam sebelum pipinya merona merah. Bibirnya digigit perlahan. Alamak, apa dia cakap tadi? Bakal isteri? Aduh, Aralyn Awliya! Kau dah kenapa? Apa pasal pula hal itu dibangkitkan pula? Padahal, dia belum bersedia untuk memberikan jawapan.
"Majlis dah nak mula. Tumpukan perhatian," beritahu Qarizh perlahan.
Hujung matanya dikerling kepada Aralyn di sisinya. Gadis itu bungkam di tempat duduk tanpa kata. Hanya matanya saja terkebil-kebil mencerna maklumat. Alahai, Cik Tunang Abang Sayang. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Ya, dia tahu yang masa seminggu yang diberikan kepada gadis itu untuk menjawab lamarannya belum pun cukup. Tapi, melihatkan kepada reaksi Aralyn, nampak macam peluangnya untuk memperisterikan gadis itu cerah bagaikan bumi disinari mentari pagi. Tenang dan damai.
"Kenapa kau tak datang semalam? Kau tertidur ke?" Aralyn menoleh ke arah Qarizh.
"Aku tidur mati. Sorry," jawab Qarizh selamba.
"Seriuslah?" Aralyn menarik muka.
"Serius." Tipu sunat, kata Qarizh di dalam hati.
Mana boleh cakap dekat Aralyn yang dari awal lagi dia perhatikan gelagat gadis itu dan Mona melawan Black palsu. Lagipun, dia dah hantar bantuan dengan menggunakan khidmat Hades sebagai pengganggu keamanan. Kira okeylah kan?
"Macam mana kalau aku mati semalam?" Tak puas hati, Aralyn melemparkan lagi soalan.
"Apa susah? Kalau kau mati, aku kahwin dengan orang lain." Spontan Qarizh membidas soalan Aralyn.
"Qarizh!" Aralyn terjerit kecil. Spontan juga dia menghempuk peha Qarizh dengan buku jurnal yang digulung.
Pap!
Turun naik dadanya menahan geram. Amboi, sesuka hati saja ya Qarizh nak cari perempuan lain? Api cemburunya marak menyala sekarang!
"La hawla wala quwwata illa billah." Tiba-tiba, satu suara garau memecahkan aura tegang antara Qarizh dan Aralyn.
"Malulah dekat orang nak oi," bebel suara itu lagi.
Krik krik.
Baik Qarizh mahupun Aralyn, kedua-duanya terus terkelu sebaik sahaja Prof. Dato' Dr. Hisham melemparkan tenungan tajam kepada mereka. Sekonyong-konyongnya, darah merah terus menyerbu naik ke muka masing-masing.
Rasa malu menerpa diri sebaik sahaja mereka berpaling ke sekeliling. Sekarang, mereka berdua menjadi ratahan mata para hadirin di situ yang memandang dengan pandangan nakal. Yalah, siapa sangka yang profesor sejuk beku itu pandai tersenyum? Bercakap dengan perempuan pula tu? Biasanya, bagai ada emas seberat satu tan saja di dalam mulut.
"Sorry, pa." Aralyn menunduk ke lantai.
"Sorry, Dato'." Qarizh melemparkan senyuman serba salah.
"Papa dah tak boleh tengok drama kau orang berdua ni. Sakit mata papa. Habis seminar ni, kau orang berdua masuk bilik papa. Titik." Wajah Prof. Dato' Dr. Hisham berbahang merah. Geramnya bukan kepalang dengan dua orang anak muda di kerusi belakangnya sekarang.
"Baik." Aralyn dan Qarizh serentak menjawab sebelum kedua-duanya berpaling ke arah lain.
Aralyn, jantungnya berdebar kencang dengan arahan si papa. Mana dia tahu yang papanya sendiri berada di kerusi hadapan. Habislah. Dia belum lagi beritahu papanya mengenai ajakan Qarizh dek papanya baru semalam pulang ke Malaysia.
Qarizh pula, jantungnya turut berdebar kencang mengingatkan apa yang akan berlaku nanti. Pada awalnya, Aralyn hanya diamanahkan untuk menjadi partner mengajar sekali gus dia menjadi pelindung jarak jauh saja. Manalah dia tahu yang hatinya buat hal dengan tersuka kepada gadis sewel itu?
'Kau anak jantan, Qarizh Zahwan.' Qarizh mengepal penumbuk.
Lantas, dia menarik nafas panjang sebelum perlahan-lahan, dia bangun dari kerusi lalu berjalan naik ke pentas. Persetankan dulu hal Aralyn. Namanya telah pun dipanggil untuk membentangkan kertas kajian. Dia mesti buat yang terbaik untuk memenangi hati bakal bapa mertuanya dari segi pencapaian akademik!
Assalamualaikum dan hello guys.
Hope enjoy la dengan part x seberapa ni. Huhu.
Btw, nak vote boleh?
___________
21 Ogos 2021
8.15 pm.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro