BAB 16 [1]
"Kau pergi mana, abang?"
Soalan daripada Sarah menerjah pendengaran Qarizh melalui earbudnya. Dari dalam kereta yang diparkir agak jauh dari G.O.L, matanya memerhatikan lagi gerak laku satu sosok tubuh seorang lelaki yang baru sahaja keluar dari pejabat penyiasatan tersebut.
Jadi, firasatnya yang mengatakan bahawa Black mempunyai rancangan lain adalah betul. Disebabkan itu, dia tidak terburu-buru memunculkan diri menyelamatkan Aralyn. Malahan, dia mengarahkan pula Mona supaya bertindak membelasah orang yang disangka sebagai Black.
"Tangkap orang hitam," balas Qarizh bersahaja.
"Eh? Bukan ke Black dah K.O kena tibai dengan Kak Aralyn dan Kak Mona? Habis, yang kena ikat tu siapa?" tanya Sarah di talian. Pelik.
"Aku tak tahu. Yang pastinya, dia bukan Black," jawab Qarizh lagi.
"Seriuslah?" Hampa kedengaran suara Sarah.
"Kau ingat senang nak tangkap malaun tu? Heh. Si hitam tu bijak, dia takkan senang-senang bagi diri dia tertangkaplah," cebik pula Qarizh.
Ya, mustahil Black akan kalah dengan perempuan. Jika dilihatkan pada kudratnya ketika insiden di Dewan Tuanku Omar tempoh hari pun, memang tidak mungkin lelaki hitam itu mudah sangat ditumpaskan. Jadi, orang yang ditangkap oleh Aralyn dan Mona malam ini berkemungkinan pelanduk dua serupa.
"Ha, yalah, yalah." Akhirnya, Sarah mengalah lalu mematikan talian.
Setelah pendengarannya sunyi daripada suara si adik, Qarizh kembali menumpukan perhatiannya kepada lagak manusia di hadapannya. Lelaki itu kini dilihat bergegas ke belakang bangunan lalu mencapai sesuatu yang disorokkan di dalam semak.
Setelah bersusah-payah, akhirnya benda itu dapat juga ditegakkan lalu dikayuh perlahan keluar dari halaman G.O.L. Melihatkan itu, Qarizh tercengang. Seriuslah Black hanya ke sini hanya dengan mengayuh basikal lajak? Black, Black. Apalah yang lelaki itu fikirkan sebenarnya?
Sudahnya, dia mengambil keputusan untuk mengekori saja langkah Black. Namun, dia tidak mengekori lelaki itu dengan keretanya tetapi dari dalam keretanya, dia menghantar drone untuk memantau pergerakan Black. Baginya, drone lebih berkesan untuk memantau pergerakan target tanpa disedari.
Dari skrin kecil yang memaparkan kayuhan Black yang boleh dikatakan agak laju, ralit Qarizh mendeduksi ke arah manakah lelaki hitam tersebut akan pergi. Dari satu jalan ke satu simpang, dari simpang ke satu cabang, culas lelaki itu mengayuh basikal.
Dalam sibuk otaknya berfikir, fikirannya juga terarah kepada tujuan Black mentargetkan Aralyn. Serius, dia tidak faham apa sebenarnya tujuan lelaki tersebut ke G.O.L? Betullah Aralyn ada di pejabat itu, tetapi dia tidak rasa yang Black hanya ke G.O.L untuk mencederakan Aralyn.
Bip. Bip.
Isyarat panggilan dari telefon pintarnya kembali membawa Qarizh ke alam realiti. Agak marah juga perasaannya apabila fokus berfikirnya diganggu, namun marahnya sirna apabila matanya melihat nama pemanggil.
"Rayyan Razien," tegur Qarizh.
"Gegirl kau, okey?" Tidak membalas teguran Qarizh, pantas Rayyan menembak soalan seraya tertawa di talian.
"Gegirl la sangat. Kau nak apa?" Merona merah muka Qarizh. Rayyan Razien memang tak sah kalau tidak menyakat orang!
"Aku nak... eh, teringinlah aku nak tengok muka merah anak mak ni. Hahaha," gelak Rayyan lagi di talian.
Sumpah dia tahu macam mana wajah Qarizh setiap kali disakat dengan Aralyn. Itulah, mulut kata tak suka tetapi akhirnya termakan tulah sendiri. Dengar khabarnya pula, Aunty Amina memaksa anak terunanya supaya memperisterikan gadis itu. Wah, macam pucuk dicita ulam mendatang saja!
Namun, dia faham kenapa partnernya menjadi begitu. Sejak dulu, Qarizh Zahwan tidak pernah sukakan perempuan. Baginya, makhluk bernama perempuan menyusahkan hidupnya. Dalam hidup profesor itu, hanya Sarah dan Mek Nab sahaja perempuan yang boleh diterimanya.
Ini semua terjadi tak lain tak bukan disebabkan trauma. Profesor Dr. Qarizh Zahwan fobia dengan perempuan dek peristiwa ketika jejaka itu berusia 10 tahun. Tidak cukup dia ditinggalkan oleh ibunya ketika berumur lima tahun, dia dikerjakan pula oleh pengasuh Sarah.
Pada hari kejadian, Mek Nab terlambat mengambilnya dan Sarah dari rumah pengasuh. Maklumlah, ketika itu Mek Nab bekerja sebagai chef di restoran lima bintang. Sibuk wanita itu memang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.
Dek keterlambatan Mek Nab, Sarah menangis semahu-mahunya. Dia sudah tidak betah berada di rumah pengasuh. Qarizh pula apabila melihatkan adiknya menangis bagai nak rak, dia berusaha menenteramkan gadis kecil tersebut.
Namun, entah macam mana apabila mendengarkan suara nyaring Sarah menjerit dan meraung, si pengasuh sakit hati lalu menampar-nampar dan memukul si kecil itu. Tidak cukup dengan tangan, dengan garfu pun boleh. Qarizh berang, namun kudrat 10 tahunnya tidak mampu melawan pengasuh si wanita muda berusia lewat 30-an tersebut.
Kerana ingin mempertahankan Sarah, Qarizh mengalami lebam-lebam dan bengkak seluruh badan. Ditambah pula dengan kesan cucukan garfu di lengannya, lagilah membuatkannya sakit hati dengan pengasuh itu. Ada ke patut si pengasuh naik minyak dengan lagak seolah-olah ingin membunuh orang?
Dia tahu pengasuhnya sedang beremosi dek bengang dengan suaminya sendiri, tetapi kenapa kanak-kanak sepertinya perlu menjadi mangsa? Dia tidak bersalah, Sarah juga tidak bersalah. Normallah kanak-kanak menangis kelaparan dek tidak diberi makan sejak dari pagi!
Disebabkan insiden itu, otaknya sengaja disetkan bahawa perempuan menyebalkannya. Disebabkan itu jugalah, dia hanya menerima segelintir sahaja insan bergelar perempuan di dalam hidupnya. Dia... tidak sukakan perempuan!
"Banyaklah kau punya anak mak," dengus Qarizh geram.
Cebikan sahabatnya kembali membawa Rayyan ke alam realiti. Jauh benar dia mengelamun teringatkan kisah yang diceritakan oleh Qarizh sendiri ketika mereka masing-masing berada di dalam Team Satria Hitam.
"Yalah, yalah." Rayyan beralah lalu berjeda sebentar.
"Jadi, kau rasa Black targetkan gegirl kau tu sebab..." Berhati-hati, Rayyan bertanyakan soalan.
"Aku tak tahu, Boss." Qarizh melepaskan keluhan.
"Aku rasa helpless betul kali ni. Bijak sangat kepala otak orang hitam tu. Dia macam bayang-bayang dan serius, aku tak dapat tebak pelan dia." Separa mengeluh, Qarizh menjelaskan situasinya.
Seusai dia bertutur meluahkan buah fikiran, dia terdiam. Rayyan di talian juga tidak berbunyi apa-apa. Namun, dia tahu sahabatnya itu juga sama sepertinya. Masing-masing buntu dalam memecahkan rahsia The Great Father.
"Sekarang ni, aku nampak si Black tu pergi kat gudang lama." Setelah lama terdiam, Rayyan bersuara di talian.
"Ya, aku pun nampak," jawab Qarizh perlahan.
"Kau rasa..." Rayyan kedengaran berjeda.
"Negatif. Mengikut maklumat Sarah, tak ada bilik bawah tanah pun di gudang ni." Laju Qarizh membelek tabletnya. Namun, belekannya terhenti apabila dia perasankan sesuatu.
"Eh, kau nampak si hitam tu?" soal Qarizh pelik. Macam mana Rayyan boleh nampak?
"Aku nampak je. Well, aku kan Rayyan Razien." Sempat Rayyan mengangkat bakul seraya tertawa kecil.
"Teruskan usaha, King. Aku pasti, dapat selesaikan kes ni," tuturnya pula dengan tenang.
"Insya-Allah." Kata-kata Rayyan disambut oleh Qarizh dengan disertai senyuman nipis.
Aduhai, Rayyan Razien. Dalam keadaannya pun sibuk kalah perdana menteri, sempat saja dia meluangkan masa untuk membantu sahabatnya. Mana nak cari sahabat sebaik Rayyan? Satu dalam seribu pun entah dapat.
"Eh, jap. Kau ada dengar khabar daripada Master tak? Aku dengar dia pun tengah bingung sama macam kita." Belum sempat Qarizh menekan ikon tutup panggilan, Rayyan terlebih dahulu melontarkan soalan.
"Si Adwan tu? Erm, memang. Aku rasa dia dua kali lagi rasa gila daripada kita," jawab Qarizh selamba.
Teringat dia dengan Adwan Haffaz, si ketua Team Satria Hitam yang digelar Master. Musuhnya si Spade pun boleh tahan geliga juga dalam menumpaskan operasi mereka. Kasihan Adwan, tidak fasal-fasal tersungkur tanpa sempat berperang.
Namun, dia pasti lambat laun Adwan akan membuat serangan balas. Tunggu sajalah, budak itu takkan berdiam diri. Gigi lawan gigi, mata lawan mata. Sebagaimana si penjahat cuba menyerangnya, maka dia akan membuat serangan balas lebih kejam daripada yang diterimanya.
"Jadinya, kita lawan orang yang sama. The Great Father, Black dan Spade. Kau kena selesaikan kes Blue Beam, aku Blue Rose. Master pula selesaikan hal duit berbilion-bilion yang diterima atas nama Toh Puan Zainab. Well, kita dah macam The Three Musketeers," gelak Rayyan lagi.
Gelakan Rayyan disambut dengan ketawa oleh Qarizh. Ya, betullah tu. Mereka bertiga tidak ubah seperti The Three Musketeers yang bekerjasama dalam memerangi jenayah. Harap-harapnya, ketua segala ketua iaitu The Great Father dapat diberkas dalam masa terdekat.
"Okeylah, aku nak out. Si hitam tu nampaknya dah keluar dari gudang," beritahu Qarizh sedang matanya masih tertancap pada skrin tabletnya.
"Relaks, brader. Malam ni kita enjoy," sahut Rayyan.
Mendengarkan kata-kata Rayyan, Qarizh mengerutkan wajah. Eh, nak enjoy apanya jika musuh sudah pun mula bergerak meninggalkan gudang? Kalau dia bernasib baik, mungkin malam ini dia dapat mengetahui tempat persembunyian penjenayah tersebut.
"Nak enjoy apanya?" Bengang, Qarizh melontarkan bedilannya.
"Enjoy la. Main sorang-sorang tak best la, brader," jawab Rayyan lagi disusuli dengan ketawa.
"Banyaklah main kau," dengus Qarizh kasar.
Rayyan Razien, partnernya itu memang suka main-main. Tetapi, main-main pun otak bergeliga merancang strategi. Namun, dalam pintar pun ada onarnya. Jadi, adakah Boss berbaik hati ingin membantunya walaupun tanpa dipinta? Musykil pula rasanya.
Tok! Tok! Tok!
Ketukan sebanyak tiga kali di cermin kereta serta-merta mengganggu konsentrasi Qarizh. Dia yang sedang khusyuk meneliti pergerakan Black namun dalam masa yang sama berfikir dalam akan kata-kata Rayyan terus tersentak. Siapa pula yang berani mengetuk cermin keretanya?
"Wei, The King. Sampai hati kau kan. Mentang-mentang best friend kau datang, terus kau palaukan aku?" Rayyan bersuara merajuk di talian.
"Palau kepala hotak kau," jawab Qarizh dingin.
Lantas, dia menurunkan cermin kereta lalu mencerlung tajam kepada si pengetuk cermin yang tersengih-sengih memandangnya dengan riak tidak bersalah. Si empunya diri itu pula tanpa dipelawa terus turun dari basikalnya lalu menonong masuk ke dalam kereta.
"Long time no see, The King," sengihnya lagi.
"Salam kau, mana?" selar Qarizh seraya menumbuk perlahan bahu partnernya.
Hai guys. Macam mana bab kali ni? Jangan lupa tekan bintang 🌟 tau. Kalau tak, sy nak merajuk.
*Mood mengada-ngada macam Aralyn. 🤭
Btw, tahniah kepada pembaca di bawah kerana menjawab dengan tepat soalan sy tadi:
naxeeeeeeeeee FatanahNasuha_ luveattecupcakeu ainkholib alyasobri95 querenciazz_ AmirahIrah5 miss_anaa NafIzz4 ad_bat OfficialNazR786 DhiaHasrollah yanaaira92 Miss_AD23 Ed_evaly thejannahhh erynasabella nrmukminah aaaaasyi
Soalan tersebut adalah:
Walaubagaimanapun, terima kasih juga diucapkan buat mereka yang sudi menjawab soalan tadi:
syafqhiqah cikindah seyha_75 Park_Luv Syahbyeol MrsBlack_White guideneyes missarriannaa ayna_soll Safioyya
Saya faham, ramai yang keliru. Tapi tak apa, bak kata thejannahhh:
"Rindu Qarizh, tapi nak Rayyan."
Guys, korang rindu Rayyan Razien ke tu? Baik mengaku cepat. 😂
Di kesempatan ini, saya nak share ngan korang yg masih tak tau cast Qarizh Zahwan pilihan sy. Korang boleh bayangkan sendiri tau cast pilihan korang. 🤭
Kenapa sy pilih dia sebagai cast? Sebab di awal bab lagi, sy gambarkan yg bapak si Qarizh ni orang Arab. 😂
===========
16 Mac 2021
10 malam.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro