Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 15 [1]

Amirul dilihat sedang termenung jauh ketika Qarizh masuk ke dalam pejabatnya lalu mengambil tempat di hadapan budak itu. Kerusi ditarik, punggungnya dilabuhkan. Namun, tetap saja pelajarnya itu seolah-olah tidak menyedari kehadirannya.

Tok tok tok!

Qarizh mengetuk meja sebanyak tiga kali. Geramlah juga dia dengan Amirul apabila elok sahaja dia habis kelas tadi, budak itu menelefonnya. Sudahlah penat seharian mengajar, kini bertambah pula dengan Amirul ingin berbincang dan meminta pendapat.

Dalam geram ditambah pula dengan malas mahu melayan kerenah budak itu jika tidak diberikan perhatian, terus saja dia menyuruh pelajarnya itu menunggunya di pejabat. Lagipun, sejak kes tempoh hari, pejabatnya sudah menjadi seperti tempat permainan Amirul.

"Oh, maaf Prof." Tersedar daripada lamunan, cepat-cepat Amirul meminta maaf.

"Kau nak cakap apa?" Sambil mengerling jam tangan yang terlilit di pergelangan tangan kirinya, terus Qarizh bertanya.

Dia harus segera menyelesaikan ini. Lagipun, bukannya apa, dia belum solat Asar dan waktu pun sudah menginjak ke angka enam petang. Tambah lagi, tiga jam kuliahnya berlangsung tadi, dia pun sudah penat mental dan fizikal.

"Hal Darin, Prof," jawab Amirul perlahan.

"Kenapa dengan dia?" Sengaja Qarizh bertanya walaupun hatinya kuat mengatakan bahawa Amirul sudah mula mengesyaki gadis itu.

"Miyul rasa pelik dengan dia," balas Amirul pula.

"Pelik macam mana?" Tetap bersahaja, Qarizh memancing lagi.

Jelas, wajah Amirul berkerut-kerut dan terlakar riak serba salah dalam ingin meluahkan kata. Dalam kondisi seperti itu, Qarizh faham rasa hati budak itu. Diluah mati emak, ditelan mati bapa. Pelajarnya itu nampak tersepit dalam prasangka.

Yalah, Darin adalah kawan baik budak itu sejak dari semester satu sehinggalah sekarang. Lagipun, gadis itu jugalah yang sentiasa ada bersama-samanya ketika senang dan susah. Mereka berdua sangat rapat ibarat belangkas.

Tambah lagi, Darinlah teman paling rapatnya sehinggakan tidak keterlaluan jika dikatakan, pasti mereka berdua akan bersatu sebagai suami isteri pada suatu hari nanti. Mereka berdua berkongsi misi dan visi yang sama.

"Er..." Amirul meramas-ramas tangannya sendiri dan rahangnya juga kelihatan bergerak-gerak.

"Darin bukan Darin." Memejamkan mata, Amirul melepaskan perkara yang terbuku di hatinya.

Melihatkan itu, Qarizh menarik senyuman nipis. Betullah, pelajarnya itu sudah dapat menebak siapakah gerangan gadis yang berada di sebelahnya di dalam kelas tadi. Mustahil sangat Darin yang sebenar akan makan gula-gula getah ketika dia sedang mengajar.

"Jadi, apa kau nak buat?" Qarizh merenung anak mata Amirul.

"Miyul..." Amirul berjeda.

"Tak tahu." Akhirnya, Amirul melepaskan nafas kasar seraya menunduk ke bawah.

Melihatkan keadaan itu, sekali lagi Qarizh menarik senyuman nipis tetapi kali ini disertai dengan senyuman sinis. Amirul itu tetaplah Amirul, cengengnya bukan boleh dibawa main. Tidak dapat tidak, dia mesti 'membasuh' otak budak ini sehingga bersih!

"Kau nak jadi lemah sampai bila-bila ke?" Tegas Qarizh menyoal.

Mendengarkan soalan tegas tersebut, serta merta Amirul mengangkat kepala lalu menumpukan perhatiannya kepada si profesor yang kelihatan tenang di hadapannya. Sungguh, dia buntu dengan keadaan ini.

"Miyul..." Amirul menarik-narik hujung rambut dan hujung baju hoodienya juga diketip-ketip perlahan.

"Kau anak jantan kan. Berhentilah berperangai macam perempuan. Cengeng." Qarizh bangun dari kerusi lalu membuang baju kot lantas meletakkannya di kepala kerusi.

"Kau sepatutnya siasat kenapa Darin palsu tu cari kau. Kenal pasti identiti dia, tengok perkaitannya dengan Black, dan akhir sekali fikir strategi mantap untuk kalahkan dia jika betul dia di pihak Black." Tali leher yang menjerut leher dilonggarkan lalu dibuang dan diletakkan di atas meja.

"Jika pelan kau kantoi ketika di tahap awal, kau kena fikirkan backup plan." Kedua-dua belah lengan baju kemeja berwarna putihnya dilipat lalu disingsing sehingga ke paras siku.

"Akhir sekali, berlagak biasa." Qarizh membuka pula cermin mata dan jam tangannya lalu meletakkannya di atas buku.

"Kau kan The Gamer, sepatutnya kau boleh fikir strategi untuk mengalahkan musuh, sama macam kau fikir strategi dalam game." Dia berjalan pula ke muka pintu lalu membuka daun pintu seluas-luasnya.

"Kau dah solat Asar?" soalnya seraya menghadiahi senyuman nipis kepada Amirul.

"Apa-apa hal, serahkan pada Allah," ujarnya lalu tanpa berlengah lagi, dia bergegas ke tandas.

Jam sudah pun menunjukkan angka enam setengah. Lagi dilayan resah Amirul, lagi lewat untuknya menunaikan solat. Baginya, lebih baiklah dia melangsaikan hutang solat dengan Allah terlebih dahulu sebelum membuat urusan dunia. Bukankah Allah Ya Bari'?

Allah itu sebaik-baik perancang. Maka, serahkanlah semuanya kepada Allah untuk diurus setelah berusaha bersungguh-sungguh. Walau apapun masalah yang menimpa, insya-Allah ada jalan penyelesaiannya. Poin penting, percaya kepada Allah.

"Prof, Miyul nak solat juga!" Dari muka pintu tandas, sayup-sayup suara Amirul menyapa pendengaran Qarizh.

Mendengarkan itu, Qarizh tersenyum sendirian. Amirul Ghafir, pelajar cengengnya memanglah memerlukan perhatian dan tunjuk ajar lagi dalam menghadapi dunia yang penuh mencabar ini. Semoga semuanya baik-baik sahaja, itulah doanya kepada budak itu.

*******

Prang!

Bunyi kaca pecah dari dapur tiba-tiba menyentakkan lamunan Aralyn. Dia yang sedang berteleku di meja dalam memikirkan kertas kes serta-merta bangun dari kerusi lalu bergegas keluar dari biliknya.

Sebenarnya, dia bukannya apa. Manalah tahu kalau tiba-tiba ada kucing masuk ke dalam pejabat ke apa ke, bolehlah dia membukakan pintu kepada kucing itu agar keluar dengan penuh terhormat.

Lagipun, kucing boleh masuk kerana tingkap dapur yang pecah tempoh hari masih lagi tidak berganti. Sudah berkali-kali dia memberitahu hal itu kepada Riyad, tetapi itulah... masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Sudahnya, sampai ke hari ini sakit saja matanya memandang tingkap dapur itu. Rongak di sana sini sampaikan kucing gelandangan pun sentiasa masuk tanpa memberi salam untuk meminta makanan.

Nasib baiklah dia sukakan kucing, maka makanannya akan sentiasa disimpan sedikit untuk kucing-kucing yang bertandang. Lagipun, memberi makanan kepada binatang itu dikira sedekah. Kutip pahala banyak-banyak, takkan tak nak?

Klik.

"Miaw..." panggil Aralyn setelah suis lampu dipetik.

Terang benderang ruangan makan dapur pejabat dilimpahi cahaya lampu. Namun, usahkan kelibat, bayang kucing pun tak nampak. Lagi pelik, langsung tidak ada tanda-tanda kaca pecah.

Pelik betul dirasakannya kini, tetapi tiada yang abnormal pun di dapurnya. Adakah dia berhalusinasi akibat kepenatan memikirkan kes yang tidak selesai-selesai? Sudahnya, Aralyn menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Jadi, sebenarnya itu bunyi apa? Malas mahu memikirkan hal itu, dia kembali menuju ke tangga untuk naik ke biliknya. Dalam pada itu, sempat matanya dikerling ke jam yang melekat di dinding sebelum dia menapak ke tangga.

Pukul 11 malam.

Serius, lambat pula Mona si rakan serumahnya sekali gus stafnya balik ke sini. Pergi majlis makan malam, katanya. Dan, kenapalah boleh pula si Jacky dan Riyad balik awal ke rumah masing-masing hari ini? Sudahnya, dia ditinggalkan bersendirian di pejabat malam ini.

Takutlah juga dirasakannya ketika ini kerana kebiasaannya, pada jam satu pagi barulah Jacky dan Riyad akan balik ke rumah masing-masing. Kadang-kadang, kedua-dua orang stafnya itu tidak balik ke rumah sendiri pun jika kes terlalu banyak dan memerlukan penyiasatan lewat malam diadakan.

Prang!

Sebaik sahaja Aralyn menapak naik ke tangga, sekali lagi bunyi kaca pecah di dapur berbunyi. Terjongket bahunya akibat terkejut, namun berdebar lagi rasa hatinya. Serius, dia berasa takut dek sekarang, dia hanyalah keseorangan di dalam rumah banglo dua tingkat ini.

"Siapa?"

Acah-acah berani, Aralyn mencapai batang penyapu yang elok terletak di sudut ruang tamu lalu perlahan-lahan, dia bergerak ke dapur. Suis lampu yang dimatikan tadi kini kembali dipetik. Tetapi, kali ini dia bertindak membuka semua suis.

Klik.

Terang-benderang ruangan tingkat bawah dilimpahi cahaya lampu. Dalam bersiaga, tajam matanya memerhatikan segenap keliling rumah dengan satu persatu ruang dijelajahinya. Namun, hasilnya tetap sama. Kosong tanpa kucing ataupun tanda ada kaca pecah!

Ketika ini, rasa tidak enak mula membeliti hatinya. Jantungnya juga perlahan-lahan mulai beritma tidak sekata dengan debaran semaki menjengah dada. Sungguh, dia berasa ada 'aura' asing yang memerhatikannya.

Prang!

Buat kali ketiga, bahu Aralyn terjongket kuat dek kali ini, bunyi kaca pecah itu betul-betul berbunyi di belakangnya. Dalam diam, dia semakin memperkemaskan genggaman batang penyapunya sebelum perlahan-lahan, mukanya dibawa berpaling ke belakang.

Jelas terzahir di ruangan matanya, figura seorang lelaki berpakaian serba hitam berdiri tegak sambil menyeringai galak kepadanya. Di tangan figura itu, tergenggam kemas sebilah pisau belati dan ia dihalakan tepat kepadanya.

Melihatkan keadaan itu, Aralyn menelan air liurnya berkali-kali. Pegangannya pada batang penyapu automatik longgar, selonggar lututnya dalam menampung debaran yang maha menggila. Figura itu adalah Black!

'Qarizh... tolong...' Aralyn terundur ke belakang.

Done!

Agak-agak, apa jadi pada Aralyn?

Nak 🌟 boleh?

12 January 2021 | 9.15 pm.

Btw gais, sy ada buku baru. Jemput baca tau ❤️

Tajuk: FEI YANG
Genre: Action
Blurb:

FAHIM ZARITH - Fei Yang, si white hat hacker dihantar ke lapangan fizikal untuk melindungi kliennya daripada ancaman Grey Wolf. Namun, misinya menemui jalan sukar apabila kliennya sendiri tidak berperikemanusiaan kepadanya.

AKMAL HARITH - Namanya seakan sama dengan Fei Yang, namun dia bukanlah mempunyai pertalian darah dengan penggodam itu. Dia, si klien yang mesti dilindungi oleh Fei Yang itu sangatlah kejam demi melindungi pelindungnya sendiri.

Fei Yang dan Akmal Harith, kedua-dua manusia itu semestinya tidak sekepala. Dalam dinginnya Fei Yang melindungi si klien, jiwanya sendiri turut digasak hebat apabila terpaksa berdepan dengan perangai kliennya.

Demi memecahkan kod rahsia "Aii Jun", kedua-duanya terpaksa menghadapi pelbagai halangan dan rintangan yang mencabar fizikal serta mental. Dalam keadaan ini, mereka berdua saling memerlukan!

"Aku mesti melindungi kau, Akmal." - Fei Yang.

"Bercerai kita mati, Fei." - Akmal Harith.

Kehadiran mengejut si bunga merah ketika misinya sedang berjalan tiba-tiba menyentak keras jantung Fei Yang sehingga ke relung masa lalu. Keberadaan Red Beauty, cinta matinya di pihak Grey Wolf benar-benar menguji rasa hatinya sendiri.

Kenapa Adra Diyana yang telah mati pada 10 tahun lepas berada bersama dengan Grey Wolf? Malangnya, skil penggodamannya belum berjaya merungkaikan misteri kehilangan gadis tersebut.

"Kenapa kau berubah, Zarith?" - Red Beauty.

"Kau sudah mati, Adra." - Fei Yang.

Hidup jejaka senyap berhoodie hitam bernama Fahim Zarith di alam realiti sangatlah sunyi dan sepi. Namun, di alam maya dialah pembunuh profesional yang digeruni oleh musuh berkolar putih. Dia... Fei Yang.

Tarikh mula: 4 January 2021
Tarikh akhir: -

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro