Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 13 [3]

Dengan dipimpin oleh Amirul, Qarizh perlahan-lahan menapak masuk ke dalam rumah. Sungguh, dirinya masih belum cukup kuat untuk berjalan sendiri walaupun pada asalnya, bermati-matian dia menolak pertolongan Amirul.

"Tolong jadi budak baik ya baby boo. Mama tak suka kamu berlagak macam diri tu kuat sangat," bebel Amina sambil bercekak pinggang.

Cis! Mendengarkan bebelan mamanya, Qarizh semakin menyebal. Ya Allah, cuba kalau wanita ini memberikan memori indah kepadanya ketika masih kecil, sudah tentu bebelan tersebut hanya dianggap sebagai bebelan sayang.

"Mama, Wan dah besar. Tolong berhenti panggil Wan baby boo." Muka Qarizh merona merah.

Hish, geramnya! Amirul yang tetap saja berdiri statik di dalam biliknya dipandang geram. Kenapalah budak itu tidak keluar dari biliknya sepanjang keberadaan mamanya di sini? Bengang betul...

"Wan tetap baby boo mama. Mama tak kira, mama nak juga panggil anak teruna kesayangan mama ni baby boo," balas Amina sambil tertawa kecil.

Haih, semakin bertambah geram seorang Qarizh Zahwan apabila melihatkan ulah wanita di hadapannya ini. Sudahlah tiba-tiba saja menyekat kebebasan berkawannya dengan Aralyn, kini suka hati pula berlagak mengambil berat. Sebal.

"Duduk, Prof," ujar Amirul seraya membetulkan kusyen sofa.

Ujaran Amirul itu serta-merta mengembalikan semula fikiran Qarizh ke alam nyata. Perlahan-lahan, dengan dibantu oleh Amirul dia merebahkan belakang badannya di atas sofa.

"Terima kasih, Amirul." Entah sudah kali ke berapa sepanjang dirinya terlantar sakit, Qarizh mengucapkan kata penghargaan tersebut kepada pelajarnya itu.

"Kasih diterima, profesorku," jawab Amirul sambil tersengih-sengih.

"Miyul nak naik ke atas ambil bantal. Sekejap tau Prof," ujarnya pula lalu tanpa menunggu respon Qarizh, dia terus berlari menaiki tangga ke tingkat atas.

Melihatkan ulah Amirul, Qarizh tersenyum nipis. Haih budak itu, entah apalah yang membuatkannya betul-betul nekad untuk menjaganya bagaikan orang tengah sakit terlantar? Walhal, kecederaan yang dialaminya bukanlah teruk sangat.

Ya, bukan teruk sangat. Setakat luka sedalam empat inci bekas tikaman tersasar Black tempoh hari, itu pun nak kecoh ke, Amirul? Tak fahamlah dia dengan ulah mengambil berat pelajarnya itu.

"Sebab mama tak nak risikokan nyawa bakal menantu mama yang cengeng itulah, mama tak nak Wan berkawan dengan dia. Black, musuh Wan ada di mana-mana. Mungkin, di dalam bilik ini pun dia ada," bisik Amina. Lantas, dia tertawa sinis.

Mengingatkan lagi bisikan mamanya, Qarizh semakin panas hati. Ya... ketika itu dia tidak marahkan mamanya kerana menghalang dirinya daripada berkawan dengan Aralyn. Namun, apa yang menimbulkan kemarahannya ialah siapakah barua Black yang dimaksudkan oleh wanita tersebut?

Takkanlah budak Amirul? Ia macam sangat mustahil namun ianya juga tidak mustahil. Musuh dalam selimut dan api dalam sekam, kedua-dua manusia sebegitu sangat hebat dalam menjadi talam dua muka.

Persoalan itulah yang menjadi tanda tanya terbesar dalam diri Qarizh apabila mamanya berkata sebegitu. Apatah lagi, hanya Amirul yang berada di dalam bilik wad tadi selain daripada dirinya dan mama. Jadi, adakah Amirul yang menjadi tali barut ketua mafia Crow?

Ah, pusing!

"Prof, Miyul dah bawakan bantal," laung Amirul dari tingkat atas lalu dengan berhati-hati, dia menapak menuruni anak tangga.

Haih. Mendengar laungan Amirul yang bergema di seluruh pelosok rumah berserta perangai miring budak itu, Qarizh menggeleng kepala. Macam ini ke perangai orang yang disyaki sebagai ahli kumpulan mafia Crow? Sudahlah berperangai tidak semenggah, penakut pula. Heh.

Amirul, out. Budak itu langsung tidak berkeperibadian seperti seorang  ahli kumpulan mafia. Tambahan pula, Amirul merupakan adik kepada Dr. Aiman Ghafur, iaitu ketua bagi Team Satria. Jadi, siapakah penjahat sebenar yang dimaksudkan oleh mamanya?

"Hish, bisinglah kau ni Gamer. Aku nak tidur pun tak senang!" Mendengar gema laungan Amirul, tiba-tiba Sarah bertempik di muka pintu bilik sambil bercekak pinggang.

"Sorry, Hyena!" Dengan berbiji bantal disusun melebihi paras kepalanya, Amirul menjawab di sebalik susunan bantal.

"Urgh!" Sarah menghentakkan kaki sebagai tanda protes tidurnya diganggu. Namun, protesnya tidak lama apabila matanya menangkap kehadiran abangnya di sofa.

"Eh, abang dah boleh balik? Cepatnya? Abang lari dari hospital ya?" Berderet-deret Sarah melepaskan soalan.

"Jangan tuduh Prof. macam tulah Hyena. Prof. dipaksa keluar, okey? Dipaksa." Amirul mempertahankan Qarizh.

"Hah? Kenapa?" Sarah menurunkan cekakan pinggangnya lalu menapak perlahan ke arah Qarizh.

"Sebab mama kau oranglah," jawab Amirul selamba lalu meletakkan bantal di atas sofa.

"Mama?" gumam Sarah perlahan sebelum matanya memandang tepat kepada abangnya yang kelihatan tenggelam jauh dalam menungan.

Haih. Melihatkan kondisi abangnya berserta dengan berita yang baru diterima tadi, dirinya berasa libang-libu. Kenapa mama mereka mula masuk campur urusan abangnya? Apa yang sebenarnya yang berlaku?

*****

Kring... kring...

Dengan perasaan separuh hati, Aralyn mencapai gagang telefon pejabatnya lalu mengangkat malas. Hari ini, dia tiada mod untuk bekerja ataupun membuat apa-apa pun berkaitan kerja. Dia tengah stres dengan perasaannya. Jadi, mana mungkin dia boleh bekerja dengan aman?

"Helo..." jawab Aralyn malas.

"Aralyn Awliya!" sembur pemanggil di talian.

Erk!

Mendengar saja suara si pemanggil di talian sebelah, terus perasaannya yang sudah sedia berkecamuk semakin bertambah murung. Aduh, bala apa pula kali ini? Kenapalah lelaki itu tidak berhenti-henti mengejar langkahnya yang sudah sedia tempang tanpa Qarizh Zahwan? Sesungguhnya, dia memerlukan jejaka itu di sisi!

"Ya, tuan." Gugup Aralyn menyambut 'sapaan' daripada CGP Karim.

"Sebulan sudah pun berlalu Aralyn. Kenapa dengan kau kali ini? Selalunya, kau tidak macam ni." Kendur suara CGP Karim di talian.

"Sa... saya..." Aralyn mengigit-gigit hujung jari telunjuk.

Haih. Ya Allah, sungguh dia takut dengan aura ketua polis negara itu. Namun, apa yang dikatakan oleh lelaki tua itu betul. Sebelum ini, apa saja kes yang diberikan, dia berjaya menyelesaikannya dalam masa yang singkat. Tetapi, kenapa dengan dirinya kali ini?

"Kau risaukan Zahwan?" tebak CGP Karim.

"Tak!" Laju Aralyn menafikan.

"Habis tu, kenapa kes ini tidak bergerak sedikit pun sejak Zahwan cedera?" soal CGP Karim serius.

"Er..." Semakin gugup perasaan Aralyn. Sungguh, dia tidak kuat untuk melaporkan hasil penyiasatannya kepada ketua polis itu!

"Apa 'er er'? Jawablah aku tanya ni." Semakin tidak sabar pula CGP Karim menanti jawapan gadis tersebut.

Fuh...

Aralyn menarik dalam lalu menghembus perlahan oksigen yang sejak tadi terasa bagaikan malu-malu memasuki paru-parunya. Dengan perutnya yang juga berasa memulas akibat gugup serta jantungnya pula seakan-akan ingin mogok berdegup, segala-galanya berasa begitu sukar!

"Saya..."

Tanpa sempat Aralyn menjelaskan, tiba-tiba gagang telefon di tangannya dirampas lalu diletak kasar di atas ibu telefon. Lantas, wayar kabel telefon pejabat itu terus dicabut kasar lalu dicampak jauh ke bucu dinding.

"Persetankan arahan pak su," arah si figura penyelamat keadaan.

"Aralyn Awliya. Mulai hari ini, aku akan bertanggunggjawab sepenuhnya atas kau, dunia dan akhirat," tuturnya lagi dengan aura beku, dingin dan tegas serta dalam masa yang sama, terkandung rasa suam dalam setiap bait patah katanya.

"Qarizh... Zahwan." Empangan air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya pecah jua.

"Aku benci kau," bisik Aralyn perlahan seraya menyeka air matanya dengan lengan.

"Kenapa kau buatkan aku risaukan kau?" soalnya lagi.

Kali ini, esakannya semakin kuat dan air matanya juga semakin melebat. Sungguh, dia sudah tidak mampu untuk menipu dirinya sendiri lagi. Mulut kata benci, hati kata suka. Tiga minggu tidak bersua muka, perasaannya betul-betul menjadi tidak keruan.

Dia sudah terjatuh cinta pada Qarizh Zahwan ke? Wallahi, dia tidak tahu. Apa yang dia tahu, kehadiran jejaka itu di depan matanya ketika ini sangat melegakan perasaannya. Dia... berasa segala beban berat yang terpikul di atas pundaknya terangkat begitu saja.

"Aralyn Awliya binti Hisham, jom kahwin," tutur Qarizh tenang.

Hah?

Mendengarkan tutur kata Qarizh, Aralyn terus menjatuhkan lengannya dari muka lalu menentang tajam anak mata Qarizh Zahwan yang turut menentang anak matanya. Tangisannya terhenti, hatinya bergetar.

Ya Allah, apakah ini? Jantungnya sudah berdegup kencang sekencang kuda perang yang berlari kencang menentang musuh di medan perang!

Done!

Hiks. Jarang tau sy update straight ni. Bagilah ⭐ tu hihihi. ❤️

16/12/2020
3.10 petang.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro