Bab 13 [2]
"Kau memang tak ada kerja ya? Yang kau bagi dekat aku video minah senget ni menari Mak Yong sudah kenapa?" sembur Qarizh tanpa berlapik lagi.
"Sebab Prof garang sangat. Miyul rasa kalau Miyul bagi video ni, Prof mereda... kemarahan tu. Hehehe." Amirul menayangkan sengihan tidak bersalahnya kepada Qarizh.
Geramnya ya Rabbi. Ketika ini, mahu saja Qarizh mencepuk pelajarnya itu jika tidak difikirkan yang lukanya akan terbuka semula jika terlalu banyak bergerak. Siot punya Amirul, orang minta maklumat Black, diberinya video Aralyn tengah 'mabuk' Mak Yong.
Haih, Aralyn Awliya. Sengetnya itu tidak bertempat betullah. Boleh pula minah itu menari Mak Yong di hadapan Jacky tanpa ada rasa malu? Ish, ini tidak boleh jadi. Mana adil tarian penuh lemah gemalai itu ditonton secara live oleh Jacky seorang?
'Astaghfirullahalazim, Qarizh Zahwan. Kau sedar tak apa kau fikir ni?' Tersedar dari fikiran yang semakin melalut, pantas Qarizh menggeleng kepala bagi membuang jauh fikiran itu. Berdosalah, Qarizh!
"Dah, ambil balik tablet kau ni. Padam video tu, sekarang!" arah Qarizh kepada Amirul dengan geram.
"Hehehe..." Amirul memintal-mintal hujung hoodienya. Lantas, tangannya cepat-cepat mencapai tabletnya lalu dengan pantas juga, video tarian Aralyn dipadam.
Huh.
Mendengus kasar Qarizh melihatkan ulah pelajarnya yang seorang ini. Nasib baik Amirul itu hanya sekadar pelajar. Kalau anak buahnya dalam team Satria Hitam Junior, memang sudah arwah Amirul Ghafir ini dikerjakannya.
"Bagitahu aku maklumat Black." Dingin, sekali lagi Qarizh memerintah.
"Okey, okey. Ala Prof ni, emo," gumam Amirul perlahan seraya menjuihkan bibirnya dengan riak muka kasihan.
"Lepas pada kejadian tiga hari lepas, setakat ini Black belum memgambil apa-apa tindakan. Jacky cakap, memang keselamatan Cik Aralyn terjamin je sepanjang Prof. sakit di sini," jelas Amirul.
"Okey, lagi?" pinta Qarizh lagi seraya memegang tempat luka. Haih, azab juga rasanya apabila lukanya itu terbuka semula ketika berlawan dengan Black tempoh hari.
"Tak ada apa dah Prof. Memang tak ada langsung lelaki hitam itu muncul ataupun sekadar memerhatikan girlfriend Prof. tu," jawab Amirul selamba.
"Tapi..." Amirul memusatkan pandangannya kepada Qarizh.
"Ada yang memerhatikan Prof. sekarang ni." Amirul membuat muka resah.
"Hah?" Qarizh menjongketkan kening.
"Siapa?" soalnya pula sepatah.
"Hehehe..." Amirul menggaru-garu kepalanya sambil tersengih dalam resah.
Kreak...
Bunyi pintu bilik wad yang ditolak dari luar serta-merta menalakan pandangan mereka berdua kepada gerangan empunya si pembuka pintu. Siapa pula yang mengganggu mereka petang-petang begini?
Pada mulanya, ingin saja Qarizh menguntumkan senyuman kepada gerangan si pembuka pintu tersebut. Namun, niatnya ditarik balik apabila matanya dapat mengenal pasti siapakan figura yang dengan selamba saja masuk ke biliknya tanpa salam.
Heh, harinya yang sudah tidak elok kini semakin bertambah murung. Kenapa dia datang ke sini? Kehadiran wanita itu tidak dialu-alukanlah!
*****
"Wan," tegur si pembuka pintu. Lantas, punggungnya dilabuhkan di atas kerusi di sebelah katil Qarizh.
"Buat apa mama ke sini?" soal Qarizh dingin.
Beku sebeku-bekunya sekeping hati miliknya, seorang Qarizh Zahwan apabila melihatkan figura seorang wanita elegan tanpa segan dan silu terus sahaja selamba bertanyakan kondisi kesihatannya. Heh, tak guna.
"Wan marahkan mama?" Soalan dibalas soalan, Amina melontarkan soalan buat anak lelakinya.
"Taklah, Wan sabar." Sarkastik, Qarizh menjawab lebih dingin.
"Hahaha. Wan, Wan. Kamu memang anak mama." Amina tergelak besar.
Heh. Melihatkan ulah wanita yang menggelarkan dirinya 'mama' tersebut, hati Qarizh semakin menyebal. Kenapalah wanita ini muncul di saat yang tidak tepat?
"Ala sorry la my baby boo Qarizh Zahwan, mama tak sengaja. Urusan mama di UAE bersama papa kamu itu lebih memerlukan perhatian," pujuk Amina seraya tertawa kecil.
Haih, anak sulungnya yang ini memang dingin dan berhati batu betul. Perangainya yang ini sebiji menurun perangai suaminya yang memang digelar King of Ice ketika muda-muda dahulu.
"Habis tu, mana papa? Tak nampak batang hidung pun," balas Qarizh dengan geram.
Hish, modnya tidak elok hari ini. Sudahlah info Black masih tidak dapat, Amirul pula buat hal dengan menunjukkan video Aralyn menari Mak Yong.
Kini, stresnya bertambah pula dengan kehadiran ibu kandungnya yang tidak serupa ibu kandung di wad ini. Keadaan ini sebetulnya memang membuatkan hatinya semakin mendidih.
Amina Rusdi, ahli farmasi yang berkahwin dengan jutawan dari Arab Saudi bernama Zainal Yasser itu merupakan ibu kandungnya. Mamanya itu tidak jahat, malah dia bersyukur dilahirkan sebagai anak wanita itu.
Namun, apa yang membuatkannya geram dengan tingkah dan kerenah mamanya itu ialah... mamanya tidak memberikannya dan Sarah kasih sayang! Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakit hatinya ditinggalkan bersama dengan pasangan Pak Moin dan Mek Nab ketika dia berusia lima tahun.
Alasan wanita itu mudah iaitu mahu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang sentiasa berada di sisi suami. Kenapa mamanya tidak membawanya dan Sarah sekali ke Tanah Arab tersebut? Padahal, boleh saja jika ada kemahuan.
"Papa? Ada, sedang uruskan pendaftaran keluar Wan dari sini," jawab Amina selamba sambil tersenyum manis.
'Haih, Qarizh Zahwan. Garang-garang pun manja juga.' Senyum sajalah Amina melihatkan reaksi dingin anak sulungnya ini.
Haih, mahu dibuat macam mana lagilah asalkan anak terunanya itu tidak menyalahkannya dan suaminya. Mereka berdua terpaksa meninggalkan kedua-dua orang anak mereka di dalam jagaan Mek Nab dan Pak Moin ketika masih kecil demi keselamatan anak-anak mereka. Itu saja.
"Kenapa Wan harus keluar?" protes Qarizh.
"Sebab mama nak jaga Wan," jawab Amina senada.
Hah?
Terkejut Qarizh mendengarkan kata-kata yang meluncur laju dari mulut mamanya. Mamanya ini sihat ke tidak? Wah, momen ini boleh dimasukkan ke dalam slot 'Hari Ini Dalam Sejarah' terbitan siaran televisyen TV1!
"Tak payah buat muka terkejutlah Wan. Mulai hari ini, mama dan papa akan jaga Wan," tegas Amina.
"Kenapa?" pantas Qarizh mencantas.
Wallahi, dia berasa sangat pelik dengan keputusan ibu bapanya ini. Dia sudah besar, sudah berumur 32 tahun pun. Berpangkat profesor lagi. Kenapa pula ibu bapanya yang sememangnya tidak rapat dengan dirinya berhasrat mahu menjaganya ketika ini? Dia boleh menjaga dirinya sendirilah.
"Wan..." keluh Amina seraya menyilangkan tangannya ke dada.
"Kenapa Wan berani kacau Black?" soalnya pula dengan wajah serius.
Hah?
Kali ini, Qarizh terkejut besar apabila 'aktiviti malamnya' turut diketahui oleh mamanya. Yalah... sebelum ini hanya CGP Karim, iaitu bapa saudaranya berserta Sarah, Pak Moin dan Mek Nab sahaja yang mengetahui aktiviti tersebut.
Aktiviti malamnya sangat berbahaya. Namun, kerana semangat patriotik yang tersemat di dalam dada lebih menguasai dirinya, maka dia lebih suka membanteras kejahatan yang berlaku di sekitar tempatnya.
Kumpulan mafia Crow yang berkuasa di tempat itu di mana ia diketuai oleh Black sememangnya menjadi perhatian nombor satunya. Ini kerana, kebanyakan kes yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak polis merupakan angkara mafia tersebut.
"Macam mana mama tahu?" Qarizh menentang tajam mata mamanya.
"Mama sentiasa ada di belakang Wan," senyum Amina pula.
Hah?
Okey, reaksi mamanya kali ini betul-betul memacu rasa ingin tahunya. Dalam setahun selama 23 tahun dirinya ditinggalkan kepada ibu bapa susuannya, boleh dikira dengan jari berapa kali ibu bapa kandungnya balik ke Malaysia untuk melawatnya dan Sarah.
'Heh, sentiasa ada di belakang?' Sinis hati Qarizh mengulang ayat mamanya.
"Wan perlu tahu yang papa dan mama tidak pernah mengabaikan Wan. Cuma saja... kami tidak boleh kerap memunculkan diri di sini." Amina berjeda seraya membalas balik tenungan tajam mata anaknya.
"Sebagaimana cara Wan melindungi Aralyn Awliya, seperti itulah kami melindungi Wan daripada ancaman The Great Father," sambungnya pula. Namun, kali ini roman mukanya lebih serius daripada tadi.
Hah?
Buat entah ke berapa kali hari ini, Qarizh diserang penasaran. Ya Allah, kenapa tiba-tiba saja perkara ini terjadi? Sudahlah perihal Black diketahui oleh si mama, kini hal Aralyn pun turut sama berada dalam kocek wanita itu? Apakah ini?
"Wan," panggil Amina.
"Mama tak izinkan Wan berkawan dengan budak tu," putus Amina. Lantas, dia berdiri lalu meraih tangan Qarizh yang dikepal kemas.
Marah ya? Senyuman nipis diberikan kepada Qarizh sebelum perlahan-lahan, dia mendekatkan mukanya kepada anak lelakinya lantas membisikkan bait-bait kata yang mampu membuatkan seorang Qarizh Zahwan semakin menyinga marah.
"Jom pulang, sayangku baby boo," ujarnya seraya melepaskan tawa sinis.
Done!
Lamanya lahai tak update story ni. Geram tak dengan mama si Qarizh? Jom pakat kecam dia berjemaah 😂
Btw, nak ⭐ boleh?
××××××××××××××××××××××××××××××××
INFO-
××××××××××××××××××××××××××××××××
1) UAE: United Arab Emirates (Emiriah Arab Bersatu).
2) Momen: Masa yang singkat.
3) Roman: Rupa/ paras wajah.
××××××××××××××××××××××××××××××××
Hiks, Miyul say hi!!! 🤭😂
15/12/2020
10:50 malam.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro