Bab 13 [1]
"Cik!" Jacky melaung keras dari tingkat atas.
Buk!
"Aduh!" Terperanjat punya fasal, Aralyn yang sedang elok terlentok di atas sofa tergolek jatuh ke lantai. Termengaduh kecil dia akibat hentakan keras di atas simen walaupun dihampar permaidani tebal. Eh helo, sakit tahu jatuh dari sofa?
"Kau nak apa?" Membalas, Aralyn melaung dua oktaf kepada Jacky dari bawah sambil bercekak pinggang.
Marah betul perasaannya!
"Result dah keluar. Positive!" jerit balas Jacky.
Positive? Eh? Aralyn terkebil-kebil dan mata juga dikelip-kelip sebelum otaknya berjaya mencerna maklumat. Sebaik sahaja fikirannya dapat menangkap maksud Jacky, serta merta dia berlari kencang naik ke atas.
"Betul ke?" laung Aralyn sambil berlari menaiki anak tangga.
Bam bam bam!
Laungan berserta efek hentakan kaki Aralyn pada tangga yang diperbuat daripada kayu bergema hebat memenuhi ruangan pejabat G.O.L sehinggakan memaksa Mona dan Riyad yang berada di bawah menutup telinga. Haih, bos mereka ini memang tidak boleh ke kalau tidak menjerit? Kalah soprano, tahu?
Bum!
Sekuat hati, Aralyn menolak pintu bilik Jacky lantas berdiri di muka pintu dengan nafas tercungap-cungap. Figura Jacky dalam kot labuh putih tidaklah diendahkan, namun yang dikisahkan ketika ini ialah hasil pengujian makmal terhadap cebisan kain yang diperoleh dari rumah di mana kes pembunuhan tersebut berlaku.
"So?" tanya Aralyn sepatah seraya memandang wajah Jacky.
"Positif itu darah manusia, dan apa yang menariknya lagi ialah darah itu match dengan DNA mangsa pembunuhan di tapak pembinaan," jawab Jacky sambil membetulkan cermin matanya.
Yes! Aralyn meraup muka dengan senyuman kesukaan terzahir di wajah. Fuh, usahanya kali ini berjaya juga bergerak walaupun sedikit. Daebak, aku mahu menari Hula hari ini. Yahoo! Aralyn berangan sendiri lalu tanpa sedar, dia termenari tarian lemah gemalai Mak Yong.
Dia gila? Tak. Ini semua sebab Qarizh Zahwan punya fasallah tidak mempedulikannya dalam masa seminggu lebih ini. Sedih tahu, sedih! Jadi, apa salahnya dia menari sekejap? Lagipun, bukannya selalu dia menjadi 'gila'.
Sejujurnya, dia sendiri tidak faham akan rentak perasaan dan persoalan terbesar yang melandanya ketika ini ialah... sejak bila perasaan suka kepada Qarizh Zahwan hadir dalam hatinya? Sungguh, dia bingung dengan dirinya sendiri. Aish, kacau betullah!
"Cik," panggil Jacky.
Diam. Aralyn tetap saja asyik dalam tarian Mak Yongnya. Heh, Aralyn Awliya memang sudah betul-betul 'gila'. Jacky yang melihat perangai sewel bosnya itu hanya mampu menggeleng kepala saja.
Bengong betul seorang Aralyn Awliya jika sudah datang angin monsun timur laut utara selatan. Jem macam kesesakan lalu lintas saja lagaknya. Hei Cik Aralyn Awliya, tolonglah berhenti menari Mak Yong dalam makmal.
Aduh, perempuan ini jika dibiarkan dengan tarian sumbangnya itu, boleh pecah peralatan di dalam makmal. Kalau peralatan itu murah tidak apalah, ini tidak. Lagi haru, pastilah dia terpaksa memakai duitnya sendiri jika mahu membeli peralatan makmal.
Mahu diharapkan Aralyn Awliya untuk membeli segala peralatan saintifik yang mahal lagi canggih? Huh, memang kirim salam sajalah minah itu. Kedekut gila! Sempat Jacky mengutuk habis-habisan bosnya itu di dalam hati.
"Cik, sudah-sudahlah tu," pinta Jacky lagi.
Aduh, semakin pening pula kepalanya melihatkan tarian Aralyn. Helo Profesor Dr. Qarizh Zahwan, tolonglah ambil awek kau ini dan masukkan ke hospital sekali dengan kau. Kalau kau nak tahu, makwe kau ini sebenarnya sudah mereng otaknya dikerjakan oleh kau, profesor!
'Huh!' Jacky menjulingkan mata.
Haih, teringatkan profesor itu pula, tiba-tiba saja dia menggeleng kepala. Dua hari lepas, dia ada terjumpa dengan buah hati bosnya itu di hospital. Apa khabar agaknya profesor tersebut? Kata Amirul, luka profesor itu terbuka semula kerana dalam masa proses penyembuhan tersebut, Black kembali memunculkan diri.
Sudahnya, sekali lagi profesor itu terpaksa dimasukkan ke wad. Ya, bahaya betul. Sungguh, perkara itu amatlah menggerunkan dia apabila memikirkannya. Tambah pula, musuh itu bukannya muncul secara terang-terangan di hadapan si profesor tetapi di hadapan Aralyn!
Fuh, nasib baik Black muncul ketika professor itu sedang berjaga di G.O.L pada tiga malam yang lepas. Maka, selamatlah Aralyn Awliya daripada diapa-apakan oleh Black disebabkan Qarizh terlebih dahulu bertindak mematahkan rancangan lelaki hitam tersebut.
Gilalah, sayang betul seorang Qarizh Zahwan kepada Aralyn Awliya. Dari tingkap biliknya, Jacky dapat melihat keberadaan profesor itu pada tiap-tiap malam antara jam 2.00 pagi hingga 5.00 pagi di atas pokok dalam halaman pejabat G.O.L bagi mengawal keselamatan gadis itu.
'Profesor, aku tabik spring kat kau.' Dalam diam, Jacky kagum dengan semangat buah hati bosnya.
Profesor Dr. Qarizh Zahwan, sebaris nama itu memang layak dijadikan suri teladan dalam melindungi orang yang disayangi. Siapa saja boleh menghalang tindakannya dalam mengawal Cik Tunang Abang Sayangnya walaupun tidak sampai sehari keluar hospital?
Beria cakap tak sakit, sudah sihat dan tak suka bau hospital. Hakikatnya, mahu segera keluar dari hospital kerana mahu melindungi Aralyn Awliya daripada ancaman Black!
******
"Prof," tegur Amirul kepada Qarizh yang sedang tegang saja raut mukanya.
Diam. Qarizh seperti tenggelam dalam lautan fikiran yang mendalam mendasari ruang memori kejadian tiga hari lepas. Amirul yang melihatkan keadaan profesornya ketika ini hanya mampu menarik nafas panjang saja.
'Sabarlah, prof. Tak lama pun, sekejap saja.' Itu saja yang mampu diluahkan kepada Qarizh ketika ini. Itupun, di dalam hati sajalah memandangkan mahu ditegur depan-depan, takut pula.
Hei, seorang Qarizh Zahwan si profesor sejuk beku ini janganlah ditegur ketika dia larut dalam pemikiran yang mendalam. Jika tidak recurve bow, penumbuk pun boleh singgah di muka, tahu?
"Ada apa-apa maklumat fasal Black?" Tiba-tiba, Qarizh menyoal dengan muka berkerut.
"Ad... ada," jawab Amirul tergagap-gagap.
Alahai, seramnya riak wajah si profesor ketika ini. Helo Cik Aralyn, mohon datang pujuk Encik Tunang Abang Sayang kau ni. Aduh, boleh terkena heart attack betul jika hari-hari terpaksa menghadap muka tegang profesornya itu.
"Apa yang kau dapat?" soal Qarizh lagi tetapi kali ini, perhatiannya dipusatkan kepada wajah Amirul.
Dang...
Huhuhu. Ketika ini, Amirul berasa semakin gementar. Serius, rasa kecut perutnya ketika ini bagaikan mahu membentangkan assignment saja. Qarizh seorang profesor, dia pula pelajar. Qarizh garang jika tugasan yang diberinya tidak mencapai standard. Dia pula, sejak bila buat tugasan yang memenuhi standard profesor itu?
Matilanak...
"Cepat." Qarizh bertutur tegas.
Sepatah, namun tetap berjaya menggugah ketenangan dia, seorang Amirul Ghafir. Abang Awraq, tolong Mirul sekarang. Mirul takut! Ketika ini, ingin saja rasanya dia menyorok di belakang Awraq Nazran si pakar motivasinya.
"Er... er... Black." Tergagap-gagap, Amirul bertutur.
Seram dowh, muka profesornya kini bagai mahu menelan orang saja! Berkali-kali dia menelan air liur dek jejaka di hadapannya itu semakin berkerut seribu riak wajahnya. Itu baru disebut nama Black, belum lagi disebut perbuatannya.
Agak-agak, kiamat tak dunia bila tahu apa yang Black buat pada Aralyn sepanjang tiga hari Qarizh ditahan secara mandatori oleh Pak Moin di wad? Sumpah, Amirul teramat takut sekarang.
"Apa yang kau takut sangat nak beritahu aku?" Seperti dijangka, Qarizh mula membentak dalam keberangan.
Mendengar bentakan Qarizh yang masih berada di atas katil hospital, Amirul serta merta memejam mata dan menarik nafas berkali-kali. Fuh... beritahu? Tak nak beritahu? Alamak, macam mana ni? Kalau beritahu, apalah agaknya reaksi Qarizh?
'Aku harap, kau tidak bertindak bodohlah profesor. Kau masih sakit, faham tak? Tolong, cukuplah kau bergelut dengan 'belut' hitam itu tiga hari lepas. Aku bukannya takut kau akan membelasah aku, tetapi aku takut kau akan terburu-buru memburu Black!' Amirul membuka mata seraya memusatkan pandangan matanya kepada Qarizh.
"Black... dia..." Lambat-lambat, Amirul memulakan mukadimah.
"Dia..." sambung Amirul lagi dengan penuh berhati-hati seraya menghulurkan tabletnya kepada Qarizh.
Tanpa sepatah kata, Qarizh terus menyambut huluran tablet daripada Amirul lantas menyelak laju maklumat yang terpapar pada paparan skrin. Seketika, raut wajahnya yang tegang beransur kendur lalu perlahan-lahan, senyuman sinis mula terukir di bibir sebelum ketawa kecil tiba-tiba meletus keluar dari bibirnya.
"Hahaha," gelak Qarizh seraya memegang perutnya, betul-betul di tempat luka.
"Amirul, kau nak mati ke?" soal Qarizh seraya mencerlung tajam kepada Amirul.
Mampus! Ketika ini juga, Amirul berasa bilik wad VVIP itu bertukar menjadi menjadi tempat yang dipenuhi salji. Sejuknya menggigil, namun bekunya terasa seperti mencengkam tulang sum-sum.
"Prof, ampun!" Amirul menunduk 45 darjah di hadapan Qarizh. Habislah, Qarizh sudah bertukar menjadi naga bura!
Done!
Ada rindu Qarizh Zahwan ke tu? Hahaha 😂
Btw sy nak ⭐ boleh tak? 👉👈
-----------------------------------------------------------
❤️ SEGMEN ILMU ❤️
-----------------------------------------------------------
ISTILAH
Naga Bura =
Naga yg menyemburkan api dan bisa.
Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat.
-----------------------------------------------------------
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro