Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 12 [3]

Qarizh memicit kepala yang terasa berdenyut-denyut. Stres betul dia dengan semua yang berlaku. Persoalan daripada Amirul yang ringkas itupun tidak mampu dijawabnya, apatah lagi soalan yang dilontarkan oleh Pak Moin.

"Kenapa buat Aralyn macam tu?"

Sesak nafasnya memikirkan sebaris soalan yang terluah daripada orang tua tersebut. Kenapa ya? Entahlah, dia sendiri pun tidak tahu syaitan manalah yang merasuknya ketika itu sehinggakan kehadiran Aralyn cuba ditidakkan oleh hatinya.

Namun, apa yang dia tahu ialah Aralyn tidak boleh berhubung dengannya buat masa sekarang. Tindakan ini dibuat bagi mengelakkan Aralyn daripada dituju oleh Black sekali lagi. Dia... sedaya upaya mahu menjauhkan Aralyn daripada ditarget sebagai gadis kesayangannya!

Kreak...

Figura Mek Nab yang muncul di muka pintu serta merta mematikan kerutan mukanya dalam memikirkan hal Aralyn. Wajah lembut penuh keibuan itu kelihatan risau akan keadaannya yang serba tidak kena saja gayanya. Betullah, dia sendiri pun berasa tidak tenang akan kondisi Aralyn sekarang ini. Baik-baik sajakah gadis itu?

"Wan..." tegur Mek Nab seraya menggosok-gosok belakang badan Qarizh.

"Jangan risau, mak faham tindakan Wan," ujarnya lagi.

Qarizh mendongakkan kepala lantas memandang lama wajah ibu susuannya. Tangan wanita tua itu diraih lalu dicium lama, seolah-olah cuba melepaskan dan menghambat pergi segala beban yang menyinggah di pundaknya.

"Sorry, mak," ucap Qarizh perlahan.

"Tak apa, mak faham," balas Mek Nab seraya tersenyum manis.

'Qarizh Zahwan. Walau kamu ada 10 PhD, 100 pangkat, 1000 anugerah sekali pun, kamu tetap kecil di mata mak, nak. Mak sayang kamu,' bisik hati Mek Nab lalu mengusap perlahan kepala Qarizh.

Ketika ini, perangai Qarizh padanya persis anak kecil yang memerlukan belaian kasih seorang ibu. Jiwanya rapuh tetapi sisi perangai yang ini tersembunyi di sebalik personaliti sejuk beku yang dimilikinya. Garang dan dingin, aura ini menjadi benteng kukuh yang melindungi dirinya sendiri daripada disakiti.

Jika diikutkan, hampir saja seorang gadis bernama Aralyn Awliya berjaya mencairkan glasier yang membeku di dalam hati anak ini jika tidak disebabkan perkara seminggu yang lalu. Wallahi, dia tahu yang di sudut hati Qarizh Zahwan, sudah tersemai benih cinta buat gadis tersebut. Jika saja...

Ya, jika saja. Jika saja ancaman daripada Black muncul pada hari yang sama Qarizh memberikan rantai loket kepada Aralyn, Qarizh tidak akan membuat keputusan drastik seperti ini. Sengaja menjauhkan diri daripada Aralyn Awliya, sebenarnya Mek Nab sendiri tidak pasti sama ada pelan ini akan berkesan ataupun tidak.

Aku tahu kau mencintai perempuan ni. Kau tunggu sajalah, budak ni akan mati.

Video klip berdurasi 30 saat yang memaparkan gambar Aralyn ketika berada di dalam dewan persidangan tempoh hari berserta dengan dua bait ayat ancaman itu benar-benar menggugah hati seorang Qarizh Zahwan. Walaupun rantai loket yang dilengkapi penjejak telah dipakai oleh Aralyn, tetap saja anak muda itu merisaukan gadis tersebut.

"Mak..." panggil Qarizh.

Lamunan Mek Nab terhadap perkara yang berlaku antara Qarizh dan Aralyn bersepai. Pada asalnya, dia juga tidak mengetahui perkara tersebut. Hanya selepas melihat raut wajah mendung anak itulah, dia bertanya kepada Sarah mengenai apa yang berlaku.

"Ya, Wan," jawab Mek Nab.

"Mak rasa tindakan yang Wan buat ni... betul?" soal Qarizh seraya merenung dalam anak mata Mek Nab.

"Wan rasa macam mana?" Soalan dibalas soalan, Mek Nab melontarkan pertanyaan buat Qarizh.

"Wan tak pasti. Sudah seminggu berlalu tapi Black... masih tiada apa-apa tindakan daripada pihak dia. Wan risau." Qarizh melepaskan keluhan berat.

Mendengar luahan hati Qarizh, Mek Nab tersenyum dan tersengih. Aduhai anak, kali ini lebih jelas ya rasa hati kamu pada Aralyn. Biarpun kamu mengarahkan Aralyn agar tidak berjumpa kamu dalam masa dua minggu dengan cara yang agak 'kejam', tapi cara itu masih boleh diterima pakai. Yalah, gadis itu cengeng orangnya.

"Mak rasa la... cara kamu dah betul. Kalau Aralyn tengok kamu dalam keadaan sakit-sakit macam ini pun, mak tak rasa budak tu akan happy. Menangis saja kerjanya. Jadi, ikut pelan asallah. Dua minggu kamu puasa daripada tengok dia," jawab Mek Nab seraya ketawa terkekek-kekek.

"Mak..." tekan Qarizh. Aduh, malu la pula.

"Betul apa? Ala comelnya anak mak ni blushing. Mari mak ambil gambar. Au cak, klik! Tadaa..." Mek Nab mengusik manja siap dengan gaya menangkap gambar.

Aduhai, emakku. Qarizh akhirnya tiada pilihan lain selain dari mengawal malunya sendiri. Mukanya terasa panas berbahang. Dang... Mek Nab inilah suka benar mengusiknya. Tapi terima kasih, perasaannya kini beransur lega.

'Maaf, Aralyn. Aku terpaksa, demi kebaikan kau juga. Cik Tunang Abang Sayang, tunggu aku,' Qarizh mengoyakkan senyuman nipis lalu kembali menfokuskan perhatiannya kepada Mek Nab.

Wanita itu mesti ada apa-apa hal mustahak untuk diberitahu, jika tidak takkanlah saja-saja datang menemuinya semata-mata mahu mengusik. Paling tidak, Mek Nab mahu memberitahu bahawa gas memasak habis, cerek elektrik rosak, ataupun microwave tidak berfungsi. Apa-apa sajalah, mak.

*******

Aku tak nak jumpa kau dan kau jangan sesekali jumpa aku.

Sebaris ayat yang tertera di skrin telefon pintarnya melalui aplikasi WhatsApp dipandang dan ditenung berkali-kali. Sudah seminggu mesej WhatsApp itu dihantar kepadanya. Tiada angin tiada ribut, pokok pun tidak bergoyang, kenapa Qarizh tiba-tiba berkata begitu? Berat sangat ke kesalahannya sampaikan Qarizh tidak sudi lagi menengok mukanya?

Qarizh... aku benci kau!

Rantai loket yang berada di leher jinjangnya dipegang dan diputar-putar perlahan. Tapi... jika Qarizh betul-betul membencinya, kenapa rantai loket ini diberikan kepadanya? Siap berpesan lagi supaya jangan sesekali tanggalkan. Ah, buntunya...

Tok tok tok!

Ketukan pada pintu bilik tidur sekali gus pejabat mengganggu lamunan Aralyn pada Qarizh. Lamunannya bersepai, namun perasaan dukacitanya masih bersisa. Figura Amirul yang tersengih-sengih di hadapannya dipandang pelik.

"Kenapa kau datang sini?" tanya Aralyn dengan muka berkerut.

"Prof kirim salam," jawab Amirul selamba. Tanpa dipelawa, dia menarik kerusi lalu duduk, juga tanpa dipelawa.

Mendengar jawapan balas Amirul, Aralyn semakin pusing. Tercengang pun ya dengan tiga patah kata yang keluar dari mulut pelajarnya itu. Ya... sekarang ini dia mengambil alih kelas Qarizh untuk bahagian kelas tutorial, tinggal kuliah saja Qarizh akan mengajar secara online.

"Kirim salam? Tak nak, aku tak nak terima salam dia." Aralyn memuncungkan bibir seraya menyilangkan tangan ke dada.

"Marah nampak?" tegur Amirul sambil tersengih-sengih. Sesekali, dia ketawakan muka cemberut Aralyn.

"Kau diamlah budak. Aku marah ni!" Aralyn mencerlungkan matanya kepada Amirul.

"Hah, kenapa kau datang sini?" soalnya pula.

Amirul membuat isyarat tunggu sekejap lalu zip beg sandangnya dibuka. Sebuah buku nota dan beberapa helai kertas turut dikeluarkan dari beg sandangnya lalu diletakkan secara berselerak di atas meja kerja Aralyn.

"Maaf cik, tapi Prof buat semua ni, hanya untuk kebaikan cik." Sambil tangannya ligat menyusun elok kertas-kertas yang berselerak, dia bertutur tenang.

"Apa maksud kau?" soal Aralyn lalu mencerlungkan lagi matanya kepada Amirul.

"Cik dalam bahaya," jawab Amirul lalu turut menentang tajam anak mata Aralyn.

Qarizh. Sepatah kata nama itu serta merta terlintas di fikiran Aralyn apabila jawapan balas daripada Amirul menyinggah ruang pendengarannya. Profesor Dr. Qarizh Zahwan... apa yang kau sembunyikan daripada aku? Apa yang kau nak... buat? Tolonglah Qarizh, jangan korbankan diri tu lagi. Aku... aku tak sanggup melihat kau cedera!

Done!

⭐ tu sudikanlah hadiahkanlah pada sy ❤️

Btw, sy plan nk publish tadi tau, tp sy kena memasak dinner dlu. Abah request, so sy masakkan jelah. 😊

Mee Goreng Ikan Sardin. Pelik tak?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro