Bab 12 [2]
Seminggu berlalu sejak kejadian mengerikan tersebut berlalu. Atas kedegilan seorang Qarizh Zahwan, pihak hospital akhirnya membenarkan sahaja profesor tersebut keluar dari hospital walaupun kecederaannya masih belum sembuh sepenuhnya.
Pak Moin dan Mek Nab, kedua-duanya tidak tahu mahu bagaimana lagi dikata. Anak susuan mereka itu terlalu degil. Nasib baiklah dalam seminggu itu, Qarizh berkelakuan baik dengan menurut saja kata Pak Moin tanpa membantah.
Disuruh makan ubat, makan. Cuci luka? Tak ada hal, boleh buat sendiri. Berehat secukupnya di rumah? Alhamdulillah diturutkan saja permintaan Pak Moin. Seorang Qarizh Zahwan ini hanyalah tidak sukakan hospital, itu saja sebenarnya.
Namun begitu, dalam sakit-sakit pun, kerja hakiki dan kerja luar tetap dibuat walaupun agak perlahan. Ya... dia sebagai seorang pensyarah, tetap saja mengadakan kelas bagi kelas yang diajarnya walaupun berbentuk online.
Kerja adalah amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah melalui universiti tempat dia bekerja. Jadi, sekali-kali dia tidak akan mengabaikan amanah tersebut. Lagipun, peperiksaan akhir bagi pelajarnya sudah menghampiri.
Dia tidak mahu anak didiknya tertinggal dalam pelajaran seterusnya menjejaskan keputusan peperiksaan. Kecuali Amirul Ghafir, semua pelajarnya wajib menyertai kelas online yang dibuatnya.
Pilih kasih? Tidaklah. Buat apa Amirul menghadiri kelas online kalau sekarang ini pun, budak itu setia menemaninya tanpa ada tanda mahu berpisah. Harey betul, dasar budak cengeng!
"Amirul," panggil Qarizh geram.
"Ya, Prof," jawab Amirul sambil menggaru-garu kepala dan menguap panjang.
Qarizh menggeleng kepala melihat figura sememeh Amirul yang baru bangun tidur. Rasanya baru sekejap tadi dia meninggalkan Amirul untuk mengkaji kajian kes di perpustakaan mini rumah. Bila dia kembali ke sini, elok pula si Amirul terlentok di buku.
"Aku suruh kau baca buku, kau pergi tidur." Qarizh menarik kerusi lalu perlahan-lahan duduk.
"Hehehe." Amirul menayangkan muka tidak bersalah.
"Pergi basuh muka. Macam orang tak mandi setahun dah aku nampak kau ni," kata Qarizh lalu kembali membelek buku yang setebal tiga inci di hadapannya.
Buku tebal itu merupakan himpunan kajian kes-kes jenayah lama yang berlaku sekitar tahun 90-an di seluruh Malaysia. Jika diperhatikan kes jenayah yang berlaku sekarang, terasa dejavu saja. Kes ini jugalah yang akan dibentangkan kepada pelajarnya sekejap lagi.
"Prof... tak rindu Cik Aralyn ke?" Tidak mempedulikan suruhan Qarizh, Amirul bertanya soalan yang mampu menyesakkan dada profesornya.
"Tak," jawab Qarizh sepatah.
"Kenapa?" soal Amirul, juga sepatah.
"Kau nampak ni?" Qarizh mengetap bibir seraya menayangkan tablet terbaru milik Amirul ke muka budak cengeng itu.
"Nampak," jawab Amirul polos.
"Kalau kau tanya lagi hal Aralyn, aku akan jahanamkan tablet kau ni!" ugut Qarizh tegas.
"Okey... okey! Tanya sikit pun nak marah..." Amirul menarik muka dan cepat-cepat tabletnya dirampas dari tangan Qarizh.
Figura Qarizh yang memandangnya garang dibiarkan sepi. Sejujurnya, dia pun tidak pasti kenapa profesornya semacam sensitif saja apabila nama Aralyn disebut. Nak kata bergaduh, elok saja berbaik seminggu yang lalu. Tambah pula, Qarizh siap memberikan rantai loket lagi.
"Pergi basuh muka, Amirul. Sambung balik study kalau kau tak nak 'telur ayam'," arah Qarizh lagi dengan pandangan semakin tegas.
Amirul memuncungkan mulut. Sejak keluar dari hospital, Qarizh ini asyik menyinga saja kerjanya. Nasib baik dia sayang, kalau tidak memang sudah lama dia angkat kaki. Dengan malas, Amirul terus bangun dari kerusi lalu menuju ke tandas.
*******
"Jacky, Mona, Riyad!" laung Aralyn dari tingkat atas.
Bagai mahu terkeluar anak tekaknya memanggil stafnya yang bertiga itu. Dia malas mahu turun ke bawah, jadi menjerit-jerit memanggil namalah saja kerjanya kali ini.
"Ya cik!" Terkocoh-kocoh Jacky, Mona dan Riyad bangun dari kerusi masing-masing.
Aralyn bercekak pinggang. Geram sangat-sangat perasaannya ketika ini. Fuh, ketiga-tiga anak buahnya sangatlah membuatkannya berasap kepala. Kes yang disiasat oleh mereka semua sepatutnya bergerak setapak, tapi sampai sekarang masih tiada klu.
"Naik sini," arah Aralyn seraya mengetap bibir.
Mona, Jacky dan Riyad saling berpandangan sesama mereka. Alamak, bala betul kalau Cik Aralyn mengamuk. Entah apa lagi yang tak kena, sejak kes yang melibatkan Qarizh seminggu lalu, Aralyn berubah menjadi singa.
Tiada lagi perangai keanak-anakan, diva, dan berlagak pandai melainkan yang tinggal hanyalah menyinga saja kerjanya. Sejujurnya, mereka bertiga tidak faham apa yang berlaku sebenarnya.
"Apa lagi, naiklah!" panggil Aralyn dua oktaf suara. Tidak menunggu lama, kakinya diorak laju menuju ke bilik tidur lalu pintu biliknya dihempas kasar.
Bum!
Tidak menunggu lama, Mona, Riyad dan Jacky terus berlari naik ke atas. Bahaya... sangat bahaya. Sebelum Aralyn 'memancung' mereka bertiga, lebih baik mereka naik meminta ampun walaupun tidak tahu kesalahan apa lagi yang dilakukan kali ini!
Kreak...
Ketiga-tiga mereka menjengulkan kepala ke pintu bilik Aralyn. Figura bos yang sedang bersila di atas katil dengan tangan disilang ke dada serta merta membuatkan perasaan mereka libang-libu dan berkecamuk. Tambah huru-hara perasaan mereka ialah keberadaan fail-fail kes yang berselerak di atas katil.
Bos mereka sudah kenapa? Bukan ke semua itu fail kes yang sudah ditutup? Aralyn ni... sebenarnya sihat ke tidak?
"Er... Cik," tegur Mona dengan berhati-hati.
"Erm," jawab Aralyn.
"Kenapa?" soal Mona lagi sambil memandang kepada Jacky dan Riyad silih berganti.
Mendengar soalan Mona, Aralyn memberikan jelingan maut kepada stafnya yang bertiga itu. Jelingannya tidak lain tidak bukan ialah isyarat supaya membentangkan hasil dapatan siasatan terhadap kes-kes yang disiasat oleh mereka semua sebelum ini.
Kes pembunuhan pelajar universiti dan mayat yang ditemui dalam dinding rumah. Dua kes tersebut sebenarnya sudah menjadi buah mulut orang ramai ketika ini. Angkara Black yang menanyakan soalan dalam persidangan tempoh hari, maka pihak media mula memutar belitkan fakta.
"Macam mana dengan kau, Riyad?" Aralyn melontarkan soalan pertama seraya menumpukan perhatian kepada jurnalisnya.
"Semua klu membawa kepada jalan mati," jawab Riyad takut-takut.
Seperti dijangka daripada Riyad. Huh! Aralyn mahu mengamuk saja mendengar jawapan telus lagi jujur tersebut, namun tahap kesabarannya masih cuba ditebalkan. Setelah Riyad, dia berpaling pula kepada Mona.
"Maaf cik, juga tiada klu." Mona menekur lantai.
"Aku juga tiada klu, Cik." Tanpa sempat Aralyn bertanya, Jacky terlebih dahulu membuka mulut.
Ya Allah...
Aralyn berasa mahu menjerit sekuat hati. Kenapa susah sangat kes kali ini? Staf bertiganya yang mahir dan terbaik sekali pun gagal mencari petunjuk, macam manalah dia mahu menjawab dengan CGP Karim nanti?
'Bertenang, Aralyn.' Aralyn cuba menyabarkan lagi dirinya.
"Kenapa kau orang semua gagal mencari klu?" soal Aralyn bengang.
"Maaf Cik, tapi poin pentingnya ialah..." Jacky menjawab tetapi dengan penuh serba salah.
Aralyn menjongketkan kening mendengar sahutan jawapan Jacky. Apa benda yang menjadi poin penting? Tangannya yang disilangkan ke dada kemudiannya dilepaskan lalu dia beransur turun dari katil.
"Apa poinnya?" soal Aralyn sambil bercekak pinggang.
"Poinnya ialah... mana profesor?" soal Jacky lalu menentang redup anak mata Aralyn.
Zup!
Terkedu dan terdiam seribu bahasa terus seorang Aralyn Awliya mendengar soalan daripada Jacky. Mana profesor? Dalam diam, hatinya ketika ini mahu saja ketawa sambil menangis. Mana profesor, kau tanya aku Jacky?
"Jangan sebut nama dia. Aku benci Qarizh Zahwan," tutur Aralyn senada lalu keluar dari biliknya.
Dum!
Pintu dihempas kasar, sekasar hatinya ketika ini dalam menahan tangis yang mula berlagu di hati. Sampai hati kau Qarizh, kenapa kau buat keputusan macam ini? Kau tahu tak, seksa betul perasaan aku bila tak dapat jumpa kau!
Done!
Kerana sy merindui Qarizh Zahwan, maka story ni pun dikarang juga 🤭❤️
Bintang ⭐ tu sudilah hadiahkan pd sy.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro