Bab 12 [1]
"Apa yang mak cakap ni? Mustahil... mustahil..." Aralyn menggelengkan kepala. Setapak dua, dia berundur ke belakang.
Mek Nab menarik nafas lalu keluhan panjang keluar dari mulutnya. Hish budak berdua ni, seorang tak nak mengaku, seorang lagi pula tak boleh terima apa yang berlaku. Padahal, kedua-duanya suka sama suka. Apa ke peliknya budak-budak zaman sekarang?
"Abang, jomlah kita pergi sekarang. Kata nak pergi cari buah tembikai tadi?" Mek Nab mengenyit-ngenyit matanya kepada Pak Moin.
"Ha, yalah. Okey jom kita pergi," sahut Pak Moin lalu bergegas mendapatkan isterinya.
Tidak menunggu lama, pasangan bahagia tersebut terus berlalu keluar dari bilik. Sudahnya, tinggallah Qarizh dan Aralyn berdua seperti tadi. Krik krik, kau pandang aku, aku pandang kau. Lalu, kedua-duanya berpaling ke arah lain. Fuh, panas seyh!
"Erm... sorry, Aralyn. Mak memang macam tu, suka mengusik." Serba salah, Qarizh memulakan perbualan setelah beberapa detik keadaan menjadi senyap sunyi.
"Er... tak apa. Tak apa, aku faham." Aralyn mengusap belakang leher. Fuh, berdebar gila jantungnya tadi.
"Kau tak ada kerja ke hari ni? Maksud aku... kau tak perlu ke mana-mana tempat? Banyak kes yang belum selesai kan..." soal Qarizh.
Sengaja dia melencongkan soalan apabila dilihatnya gadis tersebut kelihatan tersangatlah kekok dengan situasi ini. Ya, dia pun kekok juga tetapi sebagai lelaki, dia perlulah tidak menampakkan kekekokannya. Tidak macho, tahu?
"Ada. Sekejap lagi aku dan Jacky akan ke rumah tinggal tu untuk mengambil sampel," jawab Aralyn sambil menguis-nguis lantai dengan hujung kasutnya.
Qarizh tersenyum nipis melihatkan ulah Aralyn. Aduh, kau memang comellah Aralyn. Tetapi... belum masanya untuk aku cakap aku sukakan kau. Tengoklah tadi, kau sendiri pun cakap mustahil aku sukakan kau kan?
"Aralyn, duduklah dulu. Kau tak penat ke berdiri lama-lama, hah?" Qarizh mengisyaratkan agar Aralyn duduk di kerusi yang berada di tepi katilnya.
Mendengar permintaan Qarizh, Aralyn akhirnya mengalah. Dengan bibir dikemam kejap, perlahan-lahan dia menarik kerusi lalu kembali melabuhkan punggungnya. Cumanya... zass!
Di kedudukan dadanya separa dengan kedudukan terbaring Qarizh, dengan jelas lagi terang wajah pucat jejaka tersebut menyambar ruangan matanya. Itu dia... barulah dia menyedari bahawa sakit-sakit pun, Qarizh tetap handsome di matanya.
Perlahan-lahan, bibirnya mengoyak senyuman nipis dan matanya ralit memerhatikan segenap inci penjuru wajah tersebut. Qarizh... walaupun pucat, tetap sahaja wajah sejuk bekunya mempunyai aura yang mampu menggugah hati wanitanya!
Sama seperti Aralyn, Qarizh juga seperti terpanah dengan keberadaan gadis tersebut di sisinya. Entahlah kenapa, dalam keadaan sakit-sakit macam ini pun dia suka saja melihat wajah Aralyn tanpa make-up. Kalau macam inilah rupanya, memang bangun pagi pun bahagia saja.
Sekejap, kau sudah kenapa Qarizh? Tapi betullah, Aralyn tanpa make-up memang sangat cantik. Natural beauty, kata Mat Saleh. Ya mungkin... budak cengeng itu sememangnya dilahirkan untuk memiliki rupa paras menawan.
Tanpa sedar, Qarizh tersenyum nipis. Sejujurnya, dia kagum dengan Aralyn. Kenalan lelakinya ramai tetapi satu pun tidak berjaya mencuri hati si bunga. Siapakah nanti yang sangat bertuah mendapat Aralyn sebagai makmum halal? Diakah... atau orang lain? Tertanya-tanya sekejap.
Ehem!
Bunyi deheman yang kedengaran dekat di telinga serta merta mengecaikan lirikan mata antara satu sama lain. Panas! Muka kedua-duanya kembali berbahang. Siapa ini yang tiba-tiba mengacau keamanan? Hish! Qarizh dan Aralyn terbengang sendiri.
"Prof..." panggil satu suara.
Qarizh melirikkan matanya ke arah si empunya suara. Oh, si Amirul sudah datang rupanya. Jadi, rupa-rupanya kaulah yang mengacau momen indah aku dan Aralyn. Nasib baik kau, kalau Rayyan memang aku panah sampai keluar Galaksi Bima Sakti!
"Amirul..." sahut Qarizh perlahan.
Amirul, si budak cengeng kuasa dua sekali gus merangkap sebagai penyelamatnya kali ini. Menurut Dr. Wahab yang merawatnya, Amirul yang mendermakan darah kepadanya di saat tiba-tiba dia berada dalam keadaan kritikal.
Kerana keunikan darahnya, hanya Amirul sahaja yang dapat menyelamatkan nyawanya. Terima kasih, Gamer. Nampaknya, aku dan kau memang ditakdirkan untuk menjadi saudara sedarah. Blood brotherhood, mungkin.
Awraq yang berada di samping Amirul juga dilirik perlahan. Jejaka The Slayer itu tersenyum nipis kepadanya. Aduhai, bagusnya kamu ini anak. Kau memang anak buah aku yang paling taat dan mengambil berat ya, Awraq.
Adwan apa khabar? Ingin saja dia bertanyakan khabar Adwan si Master yang teruk dikerjakan oleh Spade, namun pertanyaannya itu tidak terluah dek Amirul terlebih dahulu memeluknya kejap bagai tidak mahu melepaskannya sampai bila-bila.
"Amirul..." Qarizh akhirnya membiarkan sahaja perbuatan budak tersebut. Asal jangan tertekan luka aku, sudah! Sakit woo...
"Isk. Isk. Prof... Miyul minta maaf. Huargh... Miyul akan jadi berani. Miyul tak nak gayat dah..." Tersedu-sedu Amirul menangis di atas dada bidang Qarizh.
'Miyul?' Qarizh pandang Awraq, meminta penjelasan.
'Sorry King, aku beritahu dia.' Serba salah, Awraq bertutur tanpa suara. Sempat kedua-dua tangannya ditelangkupkan dan dibawa ke hidung, persis meminta ampun.
Haih. Qarizh melepaskan keluhan berat. Apa boleh buat, si Amirul The Gamer akhirnya tahu juga siapakah dirinya yang sebenar. Tidak apalah, paling tidak kau dan aku sudah tidak berhutang apa-apa lagi, Amirul.
"Sudahlah Amirul, berhenti menangis. Kau ni, tak malu ke besar-besar masih menangis. Kalau kau tu perempuan macam Aralyn tak apalah," bisik Qarizh kepada Amirul.
Sengaja dia tidak bercakap kuat, malulah dia dengan Aralyn yang membulat saja matanya melihatkan adegan Amirul memeluknya. Jangan Aralyn ingat dia gay, sudahlah. Kempunanlah dia nak kahwin dengan Aralyn nanti!
"Er... aku minta diri dululah." Perlahan-lahan, Aralyn bangun dari kerusi lalu bersedia untuk menapak keluar. Tidak betah dia berlama-lama di situ, lagipun Amirul dan kawan Qarizh sudah datang.
"Sekejap..." panggil Qarizh.
"Em?" Aralyn memberhentikan langkah.
Sempat saja dia melihat kembali wajah Qarizh. Erm, nampak macam agak okey berbanding semalam. Takut dia melihatkan wajah pucat tidak berdarah jejaka tersebut. Hari ini, legalah sedikit hatinya melihat Qarizh sudah boleh tersenyum.
"Dalam tu." Qarizh menunjuk ke arah almari.
Mengikut arahan, tanpa banyak soal Aralyn bergerak ke arah almari yang ditunjukkan. Pintu almari dibuka dengan perlahan lalu segenap ruang diperhatikan. Apa sebenarnya yang Qarizh mahukan?
"Kau nak apa?" soal Aralyn lalu berpaling semula kepada Qarizh.
Hai Amirul, untunglah kau dapat peluk Qarizh. Geram pula dia menengok si Amirul menempel bagaikan lintah rindukan darah saja gayanya. Aku sedikit cemburu, tahu? Huh, Aralyn Awliya. Kau sudah sewel ya dikerjakan oleh Qarizh Zahwan?
"Kotak kecil," beritahu Qarizh.
Mendengar jawapan Qarizh, Aralyn kembali memusatkan perhatiannya kepada isi almari. Kemas saja isi almari yang digantung dengan sepasang pakaian dan beberapa jenis barangan Qarizh. Dan itu dia... semuanya barangan berjenama. High taste betul kau, Qarizh.
Dalam matanya ralit memerhatikan barangan si profesor tersebut, matanya tertancap pada sebuah kotak kecil berwarna hitam di sudut almari. Dekorasi kotak itu nampak ringkas tetapi 'high class'. Erm, memang nampak seperti Qarizh.
"Jumpa tak?" tanya Qarizh.
"Ya, jumpa." Terburu-buru Aralyn menjawab.
Setelah mencapai kotak yang dimaksudkan, Aralyn segera ke katil Qarizh. Nampaknya, Amirul sudah pun melepaskan pelukannya pada si profesor. Bagus, Amirul. Kalau kau tak lepas juga, memang aku tendang kau keluar tingkap hospital.
"Untuk kau. Ingat, jangan sesekali tanggalkan," pesan Qarizh.
Aralyn menjongketkan kening. Seriuslah untuk dia rantai loket ni? Cantik! Ingin sahaja dia tersenyum namun senyumannya disembunyikan sebaik mungkin. Ish, mana boleh tunjuk, nanti Qarizh akan ketawakan dia pula. Sudahnya, Aralyn hanya mengangguk sahaja.
"Aku balik dulu," pamit Aralyn seraya mengundur ke belakang.
"Hati-hati," pesan Qarizh lagi.
"Okey," jawab Aralyn sambil tersenyum lalu beredar dari situ.
Figura Aralyn yang semakin lalu menghilang di sebalik pintu dipandang dengan pelbagai rasa. Sejujurnya, dia runsing dengan keselamatan gadis itu. Black masih terlepas bebas. Apa pula tindakan lelaki hitam itu agaknya selepas ini?
'Aku harap rantai loket itu dapat membantu aku menjaga kau, Cik Tunang Abang Sayang,' desis hati Qarizh.
Done!
Hadiahkanlah ⭐ anda yang berharga tu pada saya. Boleh?
Gais, sy ada novel baru. Jemputlah baca. Vote & komen sangat dihargai, followlah juga akaun wattpad Angel_k20 ni ❤️
CODE NAME: RYZEN
Sinopsis:
RYZEN - Harraz Zayne, kerana kepintarannya dalam menyelesaikan kes jenayah berkolar putih, kali ini dia dihantar ke kawasan pedalaman untuk menyiasat kes pengambilan, penyeludupan dan penularan dadah dalam kalangan penduduk kampung. Pengalaman baru, kata pihak atasannya. Dia, Cikgu Harraz si guru 'hot stuff Mr. Cool' terpaksa akur.
SHAURIN - Shafa Raisha, kerana keramahan dalam kedinginan serta kebijaksanaannya dalam mengorek rahsia sampailah ke akar umbi, dia dihantar untuk membantu Ryzen bagi mencari maklumat penting bagi kes yang diamanahkan. Bertukar angin, kata ketua jabatannya. Dia, si mak cik kantin 'Mak cik Aisberg' terpaksa tunduk.
"Mak cik, aku mahu mati." - Ryzen.
"Milo ais untuk cikgu." - Shaurin.
Detik berganti minit, minit berganti jam. Jam berganti hari, hari berganti minggu. Sedar tidak sedar, mereka berdua sudah bekerjasama melebihi seminggu.
"Kita tak ada kemajuan." - Ryzen.
"Ini semua salah kau." - Shaurin.
Kenapa? Persoalan tersebut sentiasa menjadi tanda tanya. Dengan kemunculan tiba-tiba Tauke Cincau iaitu broker tanah di hujung kampung seberang, mereka berdua bertambah bengang. Kawan atau lawan? Entahlah, si botak bermisai lentik tersebut sangatlah sukar untuk didekati.
"Ada yang cuba menjadi langau?" - Tauke Cincau.
"Langau tak mandi, Tauke." - Sohok.
Ryzen dan Shaurin, kedua-duanya dalam kebingungan. Apa mahu jadi pada penduduk kampung tersebut? Ketum dan tuak masam menjadi minuman, ibu bapa terserong anak terkehel. Patut sahaja pihak polis menandai kampung tersebut sebagai 'dark spot'.
"Menurut perintah, Tuan!" - Ryzen dan Shaurin.
10 hari, masa yang dihitung berdetik laju. Berjayakah Ryzen dan Shaurin menutup kes tersebut dalam masa yang ditargetkan?
Tarikh mula: 1 November 2020
Tarikh akhir: -
Cover: Angel_k20
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro