Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 11 [3]

"Aralyn..." tegur Qarizh.

Figura Aralyn yang berdiri di muka pintu dipandang lama. Alahai, sememehnya muka ini budak. Janganlah cakap si Aralyn menangis sampai tidak tidur semalaman. Dalam diam, hatinya terusik juga melihat raut wajah sendu Cik Tunang Abang Sayangnya ini.

"Ke sini," panggil Qarizh lagi sambil membuat isyarat agar mendekatinya.

Lambat-lambat, Aralyn berjalan perlahan ke arah Qarizh yang masih berbaring di atas katil. Wajah Qarizh pucat, langsung tiada seri seperti sebelum ini. Sebelum ini, wajah itulah yang membuatkannya annoying tahap gaban, ada-ada saja perangai yang membuatkannya sakit hati.

Tetapi... ketika ini? Qarizh dilihat sangat tidak bermaya. Seorang Profesor Dr. Qarizh Zahwan terlantar sakit macam itu sekali kerananya. Ya, kerananya! Kenapa Qarizh? Kenapa kau selamatkan aku? Padahal, kita berdua tidak pernah berbaik pun selama ini. Kita berdua saling membenci, adalah.

"Ke... kenapa?" soal Aralyn sambil kedua-dua tangannya kejap memegang tali beg sandang yang tersandang di belakangnya. Sedaya upaya perasaan sebaknya ditahan sebaik mungkin dan bibirnya yang mula bergetar diketap kemas.

"Kau tak nak duduk ke?" Soalan dibalas soalan, Qarizh cuba membetulkan postur badannya agar lebih selesa untuk bercakap. Sakit pula tengkuknya memandang Aralyn yang tegak berdiri.

Aralyn bergerak selangkah lagi lalu menarik kerusi. Punggungnya dilabuhkan lalu dengan mata memerah, dia memandang sayu ke arah Qarizh. Ah, tolonglah... dia tidak kuat untuk melihat keadaan Qarizh yang terlantar sakit macam ini.

Dua kali. Dua kali Qarizh cedera disebabkan perbuatan Black. Belum pun sempat kecederaan pertama sembuh, Encik Tunang Abang Sayangnya ditikam pula buat kali kedua. Raut wajah Qarizh dalam menahan kesakitan semalam benar-benar meluluhkan jiwanya yang sangat rapuh.

"Qarizh..." Badan Aralyn mula terhinggut-hinggut.

"Aku minta maaf..." Aralyn menutup mata dengan lengan kanannya.

Mula-mula perlahan, kemudian semakin kuat pula bunyi tangisan daripada si Aralyn. Alahai, cengengnya memang tidak boleh dibawa berbincang langsung. Sudahnya, Qarizh hanya tersenyum lalu ketawa perlahan terletus jua dari mulutnya.

"Hahaha." Qarizh memandang Aralyn sambil ketawa perlahan.

"Aralyn. Hei, budak cengeng. Aku hidup lagilah, bukannya dah mati pun," ujar Qarizh perlahan.

"Memanglah kau tak mati lagi, tapi kalau kau mati semalam macam mana? Aku sangat takut tahu tak!" balas Aralyn sambil menyeka kasar air matanya.

"Kenapa kau takut? Aku bukan siapa-siapa pun pada kau," ujar Qarizh perlahan.

Mendengar kata-kata Qarizh, Aralyn semakin kuat menangis. Entah kenapa, hatinya berasa sakit saja apabila Qarizh berkata begitu. Bukan siapa-siapa? Kau tahu tak Qarizh, aku sudah mula sukakan kau!

"Isk! Isk! Isk!" Aralyn menekup muka dengan kedua-dua belah tangannya. Qarizh jahat!

"Aralyn... pandang aku," pinta Qarizh.

"Boleh tak kau jangan menangis? Sudah besar pun kuat menangis la kau ni," tegur Qarizh apabila pintaannya supaya Aralyn memandangnya tidak diendahkan malah semakin kuat pula hinggutan tubuh gadis itu.

"Aku... aku risau... isk... isk!" Aralyn masih lagi menekup mukanya dengan tangisan masih tersisa.

Qarizh menarik senyuman nipis. Entah kenapa, jawapan Aralyn yang sedang menangis begitu mencuit hatinya. Alahai, comelnya Cik Tunang Abang Sayang ni walaupun sedang menangis. Erk! Astaghfirullahalazim... kau fikir apa ni Qarizh? Cool, Qarizh!

"Aralyn... pandanglah aku," pinta Qarizh sekali lagi.

Mendengar permintaan Qarizh buat kali kedua, Aralyn akhirnya menjatuhkan tangannya dari muka lantas menghalakan pandangannya kepada penyelamatnya. Kali ini, air mata yang mengalir laju tidak lagi diseka. Biarlah Qarizh melihat muka buruknya menangis, dia sudah tidak kisah.

"Hahahaha." Ketawa kecil Qarizh akhirnya terhambur jua.

Betul, Aralyn sangat comel ketika menangis. Dengan wajah sembap tanpa sebarang make-up, pipi, hidung dan bibir memerah, Aralyn memanglah nampak macam Aralyn. Terbukti, gadis ini sangat cengeng.

"Berhenti menangis," arah Qarizh kepada Aralyn.

Isk. Isk.

"Berhenti," kata Qarizh lagi.

Alahai, susah ke nak berhenti menangis ni? Kalau air mata tu kering macam mana? Nanti kalau dah kahwin dengan Aralyn tak dapatlah dia nak tengok muka comel ketika menangis tu. Sekejap, kau sudah kenapa Qarizh Zahwan? Menyedari fikirannya semakin melalut, Qarizh memejam mata. Ternyata, aku sudah bengong dikerjakan oleh Aralyn Awliya!

"Qarizh? Eh, Qarizh. Kenapa ni? Kau sakit eh?" Risau, Aralyn terus bangun dari kerusi lalu menerpa ke arah Qarizh. Figura Qarizh yang tiba-tiba menutup mata dengan dahi berkerut sangat membimbangkannya!

Mendengar suara cemas Aralyn, Qarizh serta-merta membuka mata. Namun, kejutan menyinggah pada dadanya apabila figura Aralyn terzahir di ruangan mata. Astaghfirullahalazim... I cannotlah Aralyn ni! Dekat betul posisi Aralyn dengannya sekarang.

"Ehem." Qarizh berdehem membetulkan suaranya yang tiba-tiba saja berasa hilang. Tidak fasal-fasal, kulit mukanya pula terasa panas.

"Aku okey," jawab Qarizh lalu memandang ke arah lain. Alamak Aralyn, janganlah dekat sangat. Aku tak kuat nak tengok kau!

Menyedari gerak badan Qarizh yang nampak kekok dan tidak selesa, Aralyn melihat kepada posisi dirinya sendiri. Ya Allah, patutlah. Dekat sangat dia berdiri di tepi katil Qarizh ini rupa-rupanya. Serta-merta, pipinya terasa panas. Huarg, malunya. Sekali lagi, dia berasa ingin menangis!

Aralyn mengemam bibir lalu berundur lima langkah belakang. Malu, malu, malu! Papa, tolong Awliya.

Kreak...

Qarizh dan Aralyn serentak berpaling kepada si empunya diri yang masuk ke bilik Qarizh. Oh, Mek Nab dan Pak Moin rupanya. Fuh, penyelamat keadaan! Tanpa berlengah, Aralyn terus menyalami tangan Mek Nab dan bekas makanan yang berada dalam tangan wanita itu diambil lalu diletakkan di atas meja kopi di hadapan sofa.

"Wan dah okey?" sapa Pak Moin mesra.

Dia kini berada di tepi katil Qarizh. Sempat kondisi anak susuannya itu diperiksa ringkas dan setakat ini dia berpuas hati dengan hasilnya. Dengan penjagaan yang rapi, luka Qarizh akan cepat sembuh. Nasib kaulah nak, itulah lasak sangat. Sejak kecil sampailah besar panjang, ada-ada saja luka hinggap pada badan. Cuma kali ini, kecederaan agak teruk kerana menyelamatkan seorang perempuan. Hurm, menarik.

Pak Moin mengerling kepada Aralyn yang duduk di sofa bersama Mek Nab. Mesra saja isterinya itu menggembirakan Aralyn yang nampak pucat dan sedih. Memikirkan hal tersebut, Pak Moin lantas berpaling kepada Qarizh. Namun, sekali lagi hatinya berdetik yakin bahawa firasatnya sebelum ini tidak salah apabila melihatkan mata Qarizh tanpa sedar turut terpaku kepada Aralyn.

Pak Moin mengukir senyuman manis. Alahai, anakku. Jika suka cakaplah suka, berterus teranglah. Senanglah dia dan isterinya menghantar rombongan untuk meminang Aralyn Awliya.

"Wan..." tegur Pak Moin.

"Hm?" jawab Qarizh perlahan dengan matanya masih tertancap pada Aralyn.

Entah kenapa, dia tidak mampu untuk mengalihkan pandangannya daripada gadis tersebut. Terngiang-ngiang jelas saja di telinganya ayat Aralyn ketika menyepak Black tempoh hari. 'Kau nak cederakan Qarizh aku? Jangan harap!'. Qarizh aku? Bahagia saja berasa apabila teringatkan ayat itu.

"Kamu sukakan Awliya?" tebak Pak Moin.

Uhuk! Uhuk!

Terkejut punya fasal dengan soalan Pak Moin, tidak semena-mena Qarizh terbatuk-batuk. Malangnya, batukannya terlebih kuat dan tertekan kawasan luka. Apa lagi, terus termengaduh kesakitanlah jawabnya.

Argh!

"Oh, sorry sorry Wan." Merasa bersalah, Pak Moin meminta maaf. Aduhai anak, nampak sangat kamu itu sukakan Awliya tapi sengaja tidak mahu meluahkan!

Qarizh dengan muka berkerut menahan sakit hanya mampu tersenyum dengan muka memerah. Memerah kerana sakit satu hal, kerana disoal oleh Pak Moin satu hal. Apalah nasibnya hari ini, tidak habis-habis disakat.

"Abang buat apa dekat Zahwan tu?" tegur Mek Nab pula sambil berlenggang ke katil Qarizh. Terkejutlah juga dia apabila mendengar aduhan daripada Qarizh.

"Tak ada buat apa, cuma tanya Wan saja sama ada dia sukakan Awliya ke tak saja," bisik Pak Moin kepada Mek Nab.

"Ooo..." Mek Nab membulatkan mulutnya. Tidak semena-mena, satu idea nakal tercetus dari fikirannya lalu tanpa berlengah lagi, dia menarik nafas panjang.

"Awliya, Zahwan suka kamu!" jerit Mek Nab sekuat hati.

Prang!

Gelas yang berada dalam pegangan tangan Aralyn terlucut lalu terhempas berkecai ke lantai. Dengan pandangan blur, Aralyn perlahan-lahan memandang kepada Qarizh yang juga turut memandangnya dengan pandangan blur dan terkejut.

Qarizh sukakannya? Ini semua mustahil!

Done!

Harap korang enjoylah. Huhu.

Komen & vote sangat2 membuatkan sy rasa dihargai.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro