Bab 11 [1]
Isk. Isk.
Aralyn masih lagi setia menunggu di ruangan menunggu dewan pembedahan dengan tangisan kecil tanpa ada tanda-tanda mahu berhenti. Ya Tuhan... sungguh lambat dirasakan waktu berdetik sekarang ini. Sudah tiga jam para doktor bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa seorang Qarizh Zahwan. Ya Allah... aku memohon agar Engkau selamatkanlah dia ya Allah.
"Anakku!" Tiba-tiba, terdengar laungan resah seorang wanita dalam lingkungan separuh abad disertai dengan derapan langkah beberapa pasang kaki.
Aralyn menyeka air matanya lalu bangun dari kerusi. Mentalnya dikukuhkan dan bersedia saja untuk menerima kata-kata daripada Mek Nab dan Pak Moin. Wallahi, dia redha jika kedua-dua orang ibu dan bapa susuan Qarizh memarahinya, ataupun mungkin menyakitinya? Ya, dia bersedia. Kerananya, Qarizh cedera. Kerana mahu menyelamatkannya, Qarizh menyambut tikaman Black dengan badannya sendiri!
"Awliya," seru Mek Nab lalu merangkul kemas tubuh Aralyn.
Aralyn terkedu. Mek Nab tidak marahkannya ke? Perlahan-lahannya, pelukan Mek Nab dibalas lalu tangisan dihamburkan lagi semahu-mahunya. Terhinggut-hinggut badannya menahan sendu dan apa yang menenangkannya ketika ini hanyalah tepukan perlahan Mek Nab pada belakangnya.
"Mek Nab... tak marahkan Awliya ke? Sebab Awliya, Qarizh cedera," tutur Aralyn lemah.
Mek Nab melepaskan rangkulannya lalu memimpin Aralyn ke kerusi. Wajah Aralyn dipegang dengan kedua-dua belah tangannya lalu didongakkan memandang matanya. Sinar kasih diberi buat gadis yang lencun dibasahi darah kering milik Qarizh. Daripada keadaan sememeh gadis ini, Mek Nab yakin akan firasatnya berserta Pak Moin sebelum ini tidak salah.
"Awliya. Dengar sini sayang." Mek Nab mengusap perlahan sisa air mata yang tumpah di pipi Aralyn.
"Seorang Qarizh Zahwan tidak akan sesekali menggadaikan nyawanya jika seseorang itu bukan orang yang disayanginya," tutur Mek Nab lembut.
'Apa dia?' Aralyn mementang anak mata Mek Nab. Dia tidak tersalah dengarkah?
"Ya sayang." Bagai memahami pandangan keliru Aralyn, Mek Nab menggenggam erat tangan gadis tersebut. Bau hanyir darah yang melekat pada gadis itu tidaklah dihiraukannya dek apa yang penting baginya, Aralyn mesti ditenangkan.
"Tapi... mustahil. Dia..." Aralyn cuba menidakkan. Mana mungkin Qarizh sukakannya?
"Awliya balik dulu ya? Bersihkan diri, rehat cukup-cukup. Apa-apa hal Mek Nab beritahu," pujuk Mek Nab.
Aralyn memandang lagi tetapi lebih lama kepada Mek Nab sebelum anggukan kecil diberi kepada wanita tersebut. Langkahnya goyah, jiwanya sarat dengan kebimbangan menggunung. Ya Rabbi, selamatkanlah Qarizh ya Allah...
"Awliya nak tunggu sehingga pembedahan selesai," putus Aralyn sambil menyeka air mata.
Mendengar jawapan Aralyn, Mek Nab hanya tersenyum lalu mengangguk perlahan. Keputusan Aralyn pada hematnya sarat berisi dengan sesuatu yang sukar ditafsirkan. Pada agakannya hati tuanya, Aralyn juga sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Qarizh. Cuma sahaja, kedua-duanya orang muda tersebut mungkin tidak menyedari rasa hati masing-masing.
********
Amirul merenung jauh ke hadapan. Deruan angin keras yang menampar mukanya dari kedudukan tingkat paling tinggi hospital tersebut tidaklah diendahkan. Jiwanya resah seresah-resahnya. Macam mana dengan profesor? Adakah profesornya akan selamat?
Profesor Dr. Qarizh Zahwan sangat muda untuk mati lagi ya Allah. Biarpun mati tidak mengenal usia, namun hatinya tidak rela. Tidak. Dia tidak sanggup membayangkan penyelamatnya dalam nahas kemalangan tiga tahun dahulu meninggalkan akan fana ini.
Dalam kemalangan tiga tahun lalu yang membabitkan pertembungan antara kereta dengan lori pasir tersebut, Hazlin juga terkorban kerananya. Hazlin merupakan gadis pertama yang berjaya mencuri hatinya. Telatah riang gadis tersebut diragut pergi secara tiba-tiba kerananya.
"Gamer," tegur Awraq sambil menepuk bahu Amirul.
Amirul tersedar daripada lamunan panjangnya. Ingatan terhadap Hazlin pecah berkecai, sekecai hatinya dalam menerima perkhabaran yang Hazlin gagal diselamatkan. Kalaulah dia tidak menurut rengekan Hazlin untuk ke taman tema pada hari itu, tentulah Hazlin akan hidup sampai sekarang.
"Setiap yang bernyawa akan mati, Amirul. Sama juga macam aku, kau dan Hazlin. Perkara yang sudah berlaku, kita perlu redha," nasihat Awraq kepada Amirul. Risau hatinya melihatkan lagak Amirul yang termenung sedari tadi.
"Tapi aku yang bersalah, abang Awraq. Aku gagal memandu dengan baik... aku gagal mengelak lori tu. Aku... aku..." Amirul menunduk ke lantai. Jiwanya menangis!
"Ingat Amirul. Semua yang berlaku adalah ketentuan-Nya. Qada dan qadar," tekan Awraq.
"Pemandu lori itu yang bersalah memandu dalam keadaan mabuk dan dia juga sudah dipenjarakan. Terima takdir Allah, Amirul. Kau kuat!" sambungnya lagi.
"Kau sepatutnya risaukan keadaan The King sekarang, Amirul. Dia juga sedang berjuang merebut kembali kehidupannya. Berdoalah. Berdoalah agar Allah SWT memanjangkan lagi usianya. Dia penyelamat kau, Amirul. Dia mendermakan darahnya yang unik kepada kau," tekannya lagi.
Amirul memejam mata mendengar kata-kata Awraq. Betul. Semua kata-kata Awraq betul. Darahnya unik iaitu dari jenis O negatif. Dia hanya boleh menerima darah daripada orang yang mempunyai kumpulan darah yang sama dengannya saja iaitu O negatif juga. Ketika para doktor sudah berputus asa, Qarizh datang sebagai penyelamatnya.
Dia sama sekali tidak mengenali siapakah Qarizh. Macam mana Qarizh boleh ada pada di hospital ketika itu lalu mendermakan darah kepadanya juga, dia tidak tahu. Disebabkan itu, bermacam-macam cara dia telah lakukan demi menemui penyelamatnya. Hari ini, ketika ini... dejavu dirasakan seperti tiga tahun lalu.
"Kau pun perlu berehat, Amirul. Kehilangan 450 ml darah dalam badan yang didermakan kepada Qarizh tadi perlu diganti. Nah, makan." Awraq menghulurkan sebungkus roti Gardenia Coklat dan sebotol air mineral kepada Amirul.
"Aku berasa tak berguna, abang Awraq. Kalaulah aku tidak gayat, pastilah semua ini tidak akan terjadi!" Amirul menyeka kasar air matanya. Huluran roti dan air mineral dibiarkan sepi.
"Kalau, kalau! Berhenti menyalahkan diri sendiri Amirul. Kau dah besar, berfikir secara rasional. Jika tidak kerana The King sudah mengetahui siapa kau sebenarnya, takkan dia senang-senang minta aku selamatkan kau?" Awraq melepaskan rasa yang terpendam dalam hatinya. Sedikit membentak tetapi bentakannya lebih kepada menyentak fikiran Amirul supaya berfikiran matang.
"Prof... tahu?" Perlahan-lahan, Amirul mengangkat muka lalu memandang sayu kepada Awraq.
"Dia seorang yang bijak, Amirul. Seorang profesor. Sekilas air di air, sudah tahu jantan betinanya. Kau student dia, Amirul. Bila kali kedua kau digantung, sudah pasti terbit rasa pelik dalam dirinya. Kenapa kau, bukan orang lain?" jelas Awraq sambil menguak rambutnya ke belakang.
"Jelas terang lagi bersuluh yang kau termasuk sekali dalam senarai musuh utama Black. Sebab apa? Sebab kau gagalkan usaha Father sebulan yang lalu." Awraq memegang bahu Amirul.
"Bangkit, Amirul! Musuh kau dan The King ialah Black. Black bergabung dengan musuh aku si Spade yang mencederakan abang Adwan. Kita mempunyai musuh yang sama, Amirul. Kuat semangat, okey?" tegas Awraq lalu merenung dalam anak mata Amirul.
Amirul menyeka lagi air matanya yang mudah sahaja tumpah. Dia benci dengan kondisi dirinya yang satu ini. Air matanya terlalu murah jika melibatkan orang yang dia sayang. Wallahi, dia menyayangi Profesor Dr. Qarizh Zahwan sebagai penyelamat hidupnya kerana Allah.
"Dah, jom turun. Pembedahan sudah selesai dan alhamdulillah, The King selamat," tutur Awraq lembut lalu meraih tangan Amirul lantas memimpinnya turun ke bawah.
Alhamdulillah syukur ya Allah... segala puji bagi-Mu nikmat yang Engkau kurniakan kepada para hamba-Mu. Baru sahaja sebentar tadi melalui earbudnya, Sarah memaklumkan kepadanya bahawa Qarizh telah selamat menjalani pembedahan.
Tika ini, pandangannya jatuh sekali lagi kepada Amirul yang berjalan perlahan dengan dipimpin olehnya. Amirul, atau kod namanya Gamer ialah antara anggota team Satria Hitam Junior termuda dalam pasukan itu. Gamer... tersangatlah manja dan rapuh jiwanya.
Bilalah kau akan kuat sekuat The King dan Boss, Gamer? Dua manusia lagenda itu bukan biasa-biasa orangnya dan aku harap kau boleh menjadi sekuat mereka berdua. Kau boleh, Amirul!
Done!
Melankoliknya chapter ni 😭
Komen & Vote sangat dihargai. Thanks.
SEGMEN ILMU:
1. Jumlah darah yang boleh didermakan ialah sebanyak 450ml, iaitu kurang dari 1 pain (586ml).
2. Orang dewasa biasanya mempunyai lebih kurang 5 liter (10-12 pain) darah di dalam badan.
3. Darah jenis O mempunyai dua jenis iaitu O positif dan O negatif.
4. Orang yang mempunyai darah jenis O negatif hanya boleh menerima darah jenis O negatif.
5. Orang yang mempunyai darah O positif boleh menerima darah O positif dan O negatif.
Semoga bermanfaat!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro