Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 10 [1]

Qarizh mengetap bibir melihatkan kepada Black yang terus mengangkat tinggi pisau Rambonya ke arah belakang Aralyn tanpa menghiraukan pandangan orang lain yang masing-masing kaget memandangnya. Jerit pekik hadirin di dalam dewan bukan semakin ditakuti oleh Black malah semakin disukai pula oleh lelaki Negro tersebut. Huh, mental betul orang hitam ini!

Dalam keriuhan suasana yang kritikal dengan laungan Amirul meminta untuk diselamatkan serta kondisi Aralyn juga dalam bahaya, sebetulnya perkara itu membuatkan Qarizh berada dalam dilema. Siapakah yang patut diselamatkan dahulu, Amirul ataupun Aralyn? Kedua-dua orang itu penting baginya!

"Hai, The King," ujar Black sambil tersengih penuh misteri dengan tangannya masih setia mengacu pisau kepada Aralyn. Namun, gadis itu seolah-olah tidak menyedari dirinya dalam bahaya dek kantuk lebih menguasai diri.

"Buah hati kau ni, cantik orangnya. Aku nak boleh? Hahaha..." tutur Black lagi sambil sengihannya dipanjangkan lagi lebar. Seronok betul dia melihat raut wajah bengang bercampur marah seterunya sejak sekian lama, si Profesor Dr. Qarizh Zahwan.

"Kau sepatutnya langsaikan dendam kau pada aku seorang, bukannya libatkan orang yang tidak ada kena mengena dalam hal ni," balas Qarizh sambil mengetap bibir.

Kala ini, kesabarannya menipis setipis kulit bawang sahaja. Jika tidak kerana nyawa Aralyn Awliya iaitu amanah yang dititipkan oleh Prof. Dato' Dr. Hisham kepadanya terancam, maka sudah pasti Black atau orang suruhan kiri ketua mafia Death yang dikenali sebagai The Great Father itu akan mendapat habuan daripadanya. Kau memang gila, Black!

Jika sebelum ini Johnny adalah ketua bagi anak-anak buah kumpulan mafia Death, kini tampuk kepimpinan itu telah diambil alih oleh Black setelah Johnny ditangkap oleh pihak berkuasa. Dalam hal ini, The Great Father memang benar-benar telah menyerahkan urusan tersebut kepada Black bersama-sama dengan Spade. Itu info yang Qarizh terima daripada hasil carian penggodaman si hacker Hades dan Hyena, iaitu adiknya si Sarah.

Mengingatkan Spade pula, Qarizh serta-merta naik angin. Apa khabar agaknya Dr. Adwan Haffaz? Teruk juga si doktor veterinar itu dikerjakannya. Sehebat-hebat Master dalam mendeteksi musuh pun boleh tidak menyedari kehadiran Spade. Malang menimpanya lagi dengan Spade berjaya meracuninya tanpa sedar. Nampaknya, The Great Father bukan calang-calang lelaki.

Melalui soal siasat terhadap Johnny oleh pihak polis pula, Qarizh mengetahui bahawa kumpulan itu masih lagi gah berdiri malah semakin agresif walaupun selepas digempur secara besar-besaran oleh kumpulan unit tindakan khas yang diketuai oleh ASP Haireen Jamilah sebulan yang lalu. Dalam operasi itu, sahabatnya Rayyan Razien hampir kehilangan nyawa disebabkan orang yang disangka Father itu sebenarnya bukan Father yang sebenar.

Siapakah The Great Father yang sebenar? Pusing betul fikirannya memikirkan hal tersebut. Setelah insiden penggempuran besar-besaran dilakukan terhadap kumpulan mafia Death dahulu juga, projek el-Delight resort yang sedang dibina oleh syarikat gergasi Campbell Corporation tiba-tiba diambil oleh HR Group, iaitu syarikat pesaing yang kedua terbesar di Malaysia di mana mantan CEO syarikat tersebut adalah seorang lelaki Inggeris yang dikenali sebagai Sir Jim.

Kini, jawatan CEO syarikat tersebut disandang pula oleh seorang lelaki Mat Saleh yang dipanggil sebagai Sir Alfred. Sir Alfred berkemungkinan besar ialah The Great Father... tetapi entahlah, semuanya masih samar-samar dan tidak diketahui kesahihannya. Sabarlah Qarizh, insya-Allah kebenaran akan tersingkap jua akhirnya, cuma masa sahaja yang akan menentukan.

"Jauh termenung, bengang dengan aku ya? Wah, aku memang suka tengok reaksi muka kau macam tu. Handsome!" ejek Black sambil ketawa kecil lalu bangun dari duduknya.

"Kau tahu tak kalau tidak disebabkan kau sibuk sangat nak bongkarkan rahsia kumpulan Crow aku, aku tak akan kacau kau pun. Makwe cantik cengeng kau ni pun akan selamat," kata Black lagi dengan nada sederhana rendah sekadar didengari oleh Qarizh seorang.

Sekali lagi, Qarizh mengepal penumbuk mendengar kata-kata penuh sinis yang terkeluar daripada mulut Black. Black atau lebih dikenali sebagai Yaqin dalam kumpulan mafia Death, lelaki itu bukanlah seteru utamanya sebelum ini. Hanya selepas Black bergabung dengan mafia Death, barulah dia mula mengacau kumpulan Crow si Black itu. Huh, mafia Death ini ada-ada saja akalnya untuk menakluk dunia!

Sebelum penggabungan kumpulan Crow dengan mafia Death itu pun, sebenarnya sudah ada desas-desus yang mengatakan bahawa kumpulan mafia Death akan ditukar nama kepada mafia D.C.D kerana mereka bergabung tenaga dan kepakaran dalam hipnotis, iaitu kepakaran utama Black. Namun, siapa sangka mereka benar-benar melakukannya!

"Kau nak buat apa lagi hah Black? Kenapa Amirul pun kau babitkan sekali?" tekan Qarizh.

Namun, kata-katanya bagaikan angin lalu sahaja dek Black terlebih dahulu semakin mendekati Aralyn. Qarizh semakin terdesak tetapi Aralyn pula semakin relaks. Aralyn ini memang tidak sayangkan nyawakah? Qarizh bengang dengan gadis ini!

"Serahkan formula Blue Rose. Aku tahu kawan kau Rayyan Razien berikan kepada kau data tu," balas Black sambil terseringai garang. Pisau Rambonya kini menunggu masa sahaja untuk dibenamkan ke tubuh gadis yang pada hematnya seorang Qarizh ini amat menyayanginya.

"Blue Rose? Huh, kalau benda tu ada dengan aku, sudah lama aku musnahkannya!" bentak Qarizh geram.

Ya Rabbi... Aralyn, boleh tak kau sedar yang kau dalam bahaya sekarang ini? Musuh ada di belakang kau saja, tolonglah bangun. Qarizh berasa ingin menyepak sahaja minah ratu tidur yang kembali tidur di hadapannya ini! Aralyn... kau tidak sayangkan nyawakah? Buat kali kedua, Qarizh bertanyakan soalan yang sama kepada dirinya sendiri.

"Prof... Mirul takut!" Kedengaran lagi suara Amirul semakin menjerit nyaring disertai dengan bunyi jeritan pelajar lain yang turut sama bergema panik.

"Tali yang mengikat budak itu akan putus dalam masa lima minit saja lagi. Kau ada dua pilihan sama ada selamatkan cik adik kau ini ataupun budak tu. Jika kau serahkan Blue Rose, maka kedua-duanya akan selamat," ujar Black dengan muka penuh sinis.

'Gila!' bentak hati Qarizh.

Siapakah yang harus diselamatkan dahulu? Amirul ataupun Aralyn? Ah, bengangnya!

Tit.

"Abang, bertenang. Abang sangat tidak okey sekarang ni," pujuk Sarah di talian.

Mendengar suara Sarah, Qarizh semakin runsing. Lima minit mana cukup untuk dia menyelamatkan Amirul. Tambahan lagi, budak itu nun  tinggi tergantung 20 meter dari aras bumbung. Ya Allah... hulurkanlah pertolongan-Mu kepadaku. Aku tidak kuat untuk menghadapi semua ini seorang diri...

Qarizh memejam mata dalam berdoa. Doanya panjang kali ini kerana dalam keadaan dirinya kembali disengat dengan rasa sakit kesan luka semalam, bisanya terasa semakin kuat. Dia tiada siapa-siapa lagi yang boleh diharapkan untuk meminta bantuan kecuali dengan Allah, Tuhannya!

"Abang, The Slayer dah sampai. Selamatkan Kak Aralyn!" arah Sarah lalu menutup talian.

"The Slayer?" Qarizh membuka mata lalu berpaling ke arah Amirul yang tergantung.

Amirul masih seperti tadi menjerit-jerit memanggilnya. Alahai Amirul, takkan kau tak nampak yang Black ini sedang mengancam nyawa Aralyn? Oh, lupa! Amirul itu kalau sudah hilang kejantanan, memang tidaklah dia mahu memerhatikan keadaan sekeliling. Jaga kau Amirul kejap lagi, siap kau aku akan kerjakan.

"Hoi, budak tak guna!" panggil Black dengan nada geram.

Apa halnya pula The King seolah-olah beriak tidak kisah akan nyawa gadis ini? Eh... boleh pula dia pandang budak tidak matang seekor itu pula? Bukan ke perempuan cengeng ini teman wanita The King? Itu yang Spade beritakan kepadanya sebelum ini.

"Lepaskan dia," arah Qarizh kepada Black sambil menunjuk ke arah Amirul.

"Kau gay ke? Sepatutnya kau selamatkan perempuan ini, bukannya budak mentah tu!" bentak Black dengan kuat.

Panas pula hatinya melihatkan Qarizh lebih memilih keselamatan Amirul berbanding Aralyn. Sia-sia sajalah usahanya menghipnotis teman wanita The King ini jika betul telahan Spade salah. Tak guna punya Spade, benda senang pun boleh buat kesalahan. Sia-sia saja usahanya menidurkan Aralyn Awliya sejak tadi jika The King lebih memilih budak itu. Hatinya membengkak marah.

Qarizh menarik senyuman sinis melihatkan wajah Black yang semakin menggelap dek kemarahan menggunung. Baguslah kalau kau bengang, Black!

TBC --

Assalamualaikum dan hai, korang. Disebabkan Angel rasa sangat bersalah, Angel up juga Bab 10 ni. Tapi, Angel akan buat part by part, iaitu setiap part ada lebih kurang 1000+- patah perkataan.

Angel sayang korang, jadi Angel tak nak korang kecewa tunggu update story ni. Huhu.

Ps: Mirul pesan jangan korang berani kutuk dia. Tembak kang!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro