Bab 1
Nota: DALAM PROSES EDITING. JADI, HARAP DIABAIKAN KESALAHAN TANDA BACA.
Aralyn mundar mandir di sekeliling pejabatnya dengan penuh resah gelisah. Sesekali, pinggangnya yang ramping bak kerengga itu dicekak kemas. Dia pening macam mana nak hadap client dia lepas ni. Lepas satu, satu masalah yang timbul dan itu sememangnya membuatkan kepalanya terasa mahu meletup!
"Mona, seriuslah kau tak dapat info pasal penyerang kat universiti tu? Ya Allah... serius aku takut sekarang ni Mona," kata Aralyn sambil menggigit bibir.
Gadis berkebaya biru yang dipanggil Mona itu hanya diam tidak berkata apa-apa. Jika bosnya Cik Aralyn Awliya dalam keadaan begitu, berdiam diri adalah lebih baik dari membuka mulut. Iyalah, pemilik agensi penyiasatan The Guardian of Life atau dipanggil G.O.L itu seorang yang sangat pelik perangainya. Masakan tidak, kalau orang lain yang sedang gelisah, ubatnya adalah kata-kata semangat tetapi bagi seorang Aralyn, kata-kata semangat itu bagaikan racun buatnya.
"Mona..." tekan Aralyn lagi.
"Ya cik," sahut Mona dengan senyuman terpaksa.
Kring... kring...
"Lailahaillallah, bala dah datang Mona!" seru Aralyn dengan gementar.
Deringan telefon pejabat yang menjerit nyaring tanpa tanda mahu berhenti memaksa Mona menjawab panggilan itu dengan penuh sopan santun. Dia tahu panggilan itu daripada siapa dan seperti Aralyn, dia juga takut untuk mengangkat panggilan tersebut. Panggilan itu seperti panggilan maut bagi G.O.L!
"Ya, ada apa saya boleh bantu?" jawab Mona dalam tanya.
"Oh, Cik Aralyn. Ya, ya, sekejap," balas Mona lalu menyerahkan gagang telefon kepada Aralyn.
"Helo..." kata Aralyn dengan lembut selembut lidahnya yang tidak bertulang.
"Aralyn Awliya! Mana info yang aku minta kau cari hah? Ni tengok dah berapa hari bulan dah, takkan kau tak dapat lagi info pasal kes pembunuhan pelajar universiti itu?" jerit pemanggil di talian.
Aralyn segera menjauhkan gagang telefon dari telinganya. Boleh pekak telinga dibuatnya jika diteruskan juga untuk mendengar pekikan dari IGP Karim tu. Ya, panggilan daripada Ketua Polis Negara itu memang bagaikan puaka yang menghantui dirinya dan juga G.O.L. Seram.
"Tuan." Aralyn berjeda mengambil nafas.
"Bagi Aralyn sedikit masa lagi, boleh?" pinta Aralyn lalu sengaja menjauhkan sedikit gagang dari telinganya. Mana tahu kan kalau IGP Karim itu mahu menjerit sekali lagi di telinganya.
"Kau ni kan, kalau aku tak fikir yang kau berjaya selesaikan banyak kes yang tak dapat polis selesaikan sebelum ni, memang aku takkan berlembut dengan kau," bebel IGP Karim sambil mendengus kasar.
"Hehehe..." Aralyn ketawa kecil sambil mengusap peluh yang mula merenik keluar dari dahinya. Takut yang amat apabila berdepan dengan Ketua Polis Negara, IGP Karim ini walaupun sekadar di telefon!
"Dah, aku bagi masa sebulan lagi untuk selesaikan kes ini. Full stop!" kata IGP Karim lalu menghempas kasar gagang telefon.
Tut.... tut....
Aralyn pandang Mona, Mona pandang Aralyn. Kemudian, kedua-duanya tanpa sepatah menghempaskan diri ke sofa. Stress...
"Macam mana ni Mona? Aku stress... huarg!" Aralyn menekup mukanya dengan bantal sofa.
"Bertabahlah," jawab Mona sepatah lantas dia bangun lalu berjalan menuju ke komputernya.
"Aku tengah tunggu info dari Riyad ni. Insya-Allah sekejap lagi dia bagi kot, tengoklah. Tadi dia cakap dia dah jumpa ibu bapa pelajar yang kena bunuh tu," kata Mona sambil membetulkan cermin matanya.
"Ya ke? Ya Allah alhamdulillah..." Aralyn berasa mahu menangis apabila mendengar kata-kata daripada Mona.
Itulah dia Aralyn Awliya. Nama saja bos besar agensi penyiasatan tetapi hatinya mudah gelabah. Nasib baiklah orang bawahannya semua boleh diharap.
Mona, wanita klasik yang suka berkebaya itu sangatlah mahir dalam berbicara. Dia adalah salah seorang peguam terbaik di Malaysia. Namun, disebabkan suatu kes dia terpaksa meninggalkan kerjayanya sebagai seorang peguam lalu dia bekerja sebagai pembantu peribadi Aralyn di agensi itu.
Sama seperti Mona, Riyad juga terpaksa meninggalkan kerjayanya sebagai jurnalis di syarikat akhbar terkemuka di ibu kota Kuala Lumpur kerana satu insiden yang melibatkan kes yang dikendalikan oleh Mona.
Pendek kata, kedua-dua orang bawahan Aralyn Awliya itu semuanya bernasib malang dalam kerjaya yang gah. Takdir Allah tiada siapa yang tahu, mereka berdua dipertemukan dengan gadis cengeng yang suka menangis tetapi sangat berbakat dalam menyelesaikan kes yang terpencil.
Kreak...
Bum!
Pintu bilik di tingkat atas bangunan agensi itu dibuka dan dihempas kasar. Seorang lelaki Cina berambut panjang yang diikat dengan style ekor kuda dan masih berbaju kot putih makmal menjengulkan kepalanya di beranda dan mencari-cari kelibat Aralyn.
"Cik Aralyn, aku dah tau macam mana budak itu kena bunuh!" Jacky, ahli forensik yang juga bernasib malang seperti Mona dan Riyad melaung sehabis suara dari tingkat atas.
Aralyn yang sedang menekup muka dengan bantal kecil terus mencampakkan bantal ke lantai. Teruja betul dia apabila Jacky sudah berjaya memecahkan klu macam mana kes pembunuhan itu dilakukan.
"Macam mana?" tanya Aralyn dengan gembira lantas dia berlari naik ke tingkat atas.
"Dari analisis yang aku buat, mangsa ditikam dari belakang dengan senjata tajam berkemungkinan pisau buah, kemudian dia dicekik dengan tali tangsi. Tapi, itu bukanlah sebab sebenar kematian mangsa. Cuba Cik tengok gambar ni," kata Jacky lalu menghulurkan gambar mangsa kepada Aralyn.
"Aku sebenarnya tak perasan pun sebelum ni yang pada belakang kepala mangsa, ada satu titik kecil macam kesan cucukan jarum," kata Jacky lagi sambil melalukan kanta pembesar ke atas gambar yang menunjukkan belakang kepala mangsa.
"Iyalah... ada kesan cucukan," ujar Aralyn dengan perlahan.
Kesan cucukan itu terselindung dek rambut, jadi kemungkinan untuk orang terlepas pandang kawasan itu amatlah tinggi. Tadi, Jacky meminta bantuan kawannya yang bekerja di hospital yang menempatkan mayat itu di bilik mayat untuk membenarkannya melihat buat kali terakhir mayat mangsa.
"Jadi..." Aralyn berjeda lalu memandang Jacky dengan muka berkerut.
"Strychnine," jawab Jacky dengan tenang.
"Apa tu?" tanya Aralyn lagi dengan muka semakin dikerutkan.
"Ramuan aktif dalam racun tikus dan racun ni tiada penawar. Jika racun ni masuk dalam badan manusia, ia menyerang sistem pernafasan jadi matilah orang itu," jawab Jacky.
"Macam mana kau tau mangsa tu mati sebab stry... stryhhc... eh susahlah nak sebut," omel Aralyn apabila terbelit lidahnya mahu menyebut nama saintifik racun tersebut.
"Strychnine." Jacky memberikan sebutan Strychnine dengan kepalanya digeleng-geleng.
"Ha, yalah. Jadi?" Aralyn menuntut penjelasan lagi.
"Ini, keputusan bedah siasat sudah keluar," kata Jacky lantas menghulurkan sehelai sampul surat.
Aralyn menyambut huluran itu lalu meneliti isi kandungannya dengan penuh minat. Sesekali, kepalanya terangguk-angguk dan dagunya diusap perlahan dengan lagak seorang detektif handal menyelesaikan kes.
"Cik, aku dah dapat info saksi kejadian pembunuhan di universiti itu!" jerit Mona pula secara tiba-tiba dari tingkat bawah.
"Siapa?" laung Aralyn.
"Profesor Dr. Qarizh Zahwan bin Zainal," laung Mona sama oktaf dengan Aralyn.
"Wow... handsome dowh nama." Aralyn memuncungkan bibir, hampir tersiul jika tidak ditegur oleh Jacky.
"Ehem... Cik." Jacky segera mengingatkan Aralyn agar tidak bersiul. Tahu dek papa gadis itu, mahu diorang semua kena buang kerja.
"Okey, terima kasih Mona," balas Aralyn lalu berlari turun ke bawah.
"Jacky kau tunggu apa lagi? Drive la kereta!" arah Aralyn dengan melaung kepada Jacky di tingkat atas. Bengang betul dia apabila si Jacky ni masih terpacak tidak turun-turun dari tingkat atas itu.
"Yelah..." gumam Jacky dengan mata dijulingkan ke atas. Sememangnya, dia geram betul dengan bosnya ini, tidak boleh melihat orang senang langsung!
**********
Dewan kuliah yang sedari tadi bising lebih riuh dari pasar tiba-tiba bertukar suasana seperti selepas dilanda garuda. Kini, keadaan menjadi senyap, sunyi sepi tanpa sepatah kata pun keluar dari mulut seramai 300 orang pelajar yang berada di dalam dewan itu.
Seorang lelaki tinggi lampai setinggi 182 cm, bersut lengkap biru tua yang dipadankan dengan baju kemeja berwarna biru laut, tali leher hitam dan rambut yang disikat kemas masuk ke dalam dewan lalu meletakkan beg galasnya di atas kerusi pensyarah.
Tanpa melengahkan masa, dia mencucuk sebiji pendrive ke port USB komputer yang disambungkan terus ke pemancar projektor LCD lalu memilih slide pembentangan yang bakal ditunjukkan kepada para pelajar di kelasnya pada hari ini.
Dengan mengenakan cermin mata tidak berbingkai, aura profesor tampan itu sangatlah menarik perhatian para pelajar perempuan. Namun, tidak ada seorang pun daripada mereka yang berani berkata-kata.
Aura sejuk beku yang keluar daripada profesor paling muda tambah genius berusia 32 tahun itu siapa saja yang berani hadap? Sudahlah dingin, garang pula. Profesor Dr. Qarizh Zahwan itu tidak pernah senyum!
"Aisyah Natasya binti Roslan," seru Qarizh.
"Saya." Kedengaran sayup-sayup sahutan jawapan daripada pemilik nama.
"Muhammad Arif Afif bin Hamid," panggil pula Qarizh.
"Hadir, Prof.," jawab seorang pelajar lelaki di barisan hadapan.
Qarizh yang dipanggil Prof. itu hanya menganggukkan kepala tanpa ada sedikit pun senyuman terbit dari mulutnya. Hanya tangannya sahaja yang laju mencatit nama-nama pelajar yang hadir ke sesi kuliahnya pada hari ini.
"Amirul Ghafir bin Hamzah Salim," panggil Qarizh pula.
Senyap.
"Amirul Ghafir bin Salim." Buat kali kedua, Qarizh memanggil lagi.
Masih tiada yang menyahut.
"Ya Allah, aku geram gila dengan budak yang tidak hadir ke kelas aku hari ini," gumamnya perlahan sambil giginya diketap rapat sehingga tulang rahangnya timbul.
"Sabarlah abang, sabar itu kan separuh dari iman." Tiba-tiba, kedengaran suara berbisik kecil di telinganya.
"Mak cik, aku dah pesan kat budak-budak ni yang hari ni ada test. Kau faham test?" selar jejaka itu dengan geram tapi masih dengan suara yang perlahan agar tidak didengari oleh para pelajar. Suara kecil lagi menjengkelkan yang keluar dari earbudnya memang mengundang kegeraman pada hati.
"Suka hati kau je panggil aku mak cik kan? Ingat, aku ni adik kau yang paling cantik tau," bebel si empunya suara di talian sana.
"Cantik la sangat," bidas Qarizh sambil mulut dan tangannya laju memanggil dan mencatit nama pelajar.
"Abang, please la jangan buat muka ketat kau tu. Kalau aku jadi student kau pun, aku lari tau tak? Dah la tak handsome, muka macam minta penampar kapit pula tu," ejek si gadis di hujung talian.
"Sarah al-Hanan, kau nak tolong aku kesan budak Amirul tu atau kau nak aku humban semua perkakas hacking kau dalam neraka?" Qarizh membentak pula dengan geram.
"Yalah aku track student kau tu Prof. Dr. Qarizh Zahwan. Alah, itu pun nak kecoh," cebik Sarah lalu mematikan talian.
Qarizh menarik nafas panjang apabila mengenangkan perangai adiknya yang seorang itu. Sudahlah malas bekerja, asyik sibuk pula dengan game. Katanya nak jadi profesional gamer tapi sampai sekarang tak nampak berjaya pun.
Tetapi, dia tidak menyalahkan adiknya pun kalau gadis itu tidak mahu bekerja. Dia cukup segala-galanya untuk tampung makan pakai mereka berdua. Lagipula, jika adiknya bekerja dengan orang lain, siapa pula yang akan membantunya membuat kerja 'gelap' di malam hari?
Itulah dia Profesor Dr. Qarizh Zahwan. Waktu siang dia adalah pensyarah tapi pada waktu malam, dia adalah dia yang tiada seorang pun yang tahu akan pekerjaannya yang satu lagi itu kecuali adiknya.
"Semua tutup buku, masukkan buku dalam beg masing-masing. Ingatlah sabda Nabi Muhammad SAW, barangsiapa yang menipu, maka dia bukanlah dalam kalangan kami. Hadis riwayat Muslim, nombor 101," kata Qarizh dengan dingin.
Tanpa banyak soal, kesemua pelajar patuh dengan arahan pensyarah muda tersebut. Tiada siapa berani membangkang atau tidak menurut arahan.
Mereka masih ingat pada test bulan lepas, disebabkan ada dalam kalangan mereka yang terkantoi meniru, kesemua pelajar dalam kelas profesor muda itu mendapat 'telur ayam'. Mereka mendapat markah kosong, bukan boleh dibuat main-main ya profesor ini!
"Test bermula sekarang," kata Qarizh dengan tenang dalam matanya tajam memerhatikan lagak para pelajar yang tekun menjawab ujian.
Tit!
"Abang!" jerit Sarah di talian.
"Apa?" marah Qarizh.
"Student kau..." kata Sarah dengan suara tersekat-sekat.
"Hah?" Qarizh menekap telinga kanannya agar suara yang keluar dari earbudnya lebih jelas.
"Student kau tergantung di beranda tingkat lima Blok A Fakulti Seni Bina!" jerit Sarah dengan gementar.
"Apa?" Qarizh terjerit dan terus bangun dari kerusi.
Dum!
Kerusi yang didudukinya terbalik ke belakang dan efek momentum kejatuhan kerusi itu membuatkan para pelajar yang sedang menjawab soalan terperanjat besar.
"Aku pergi sekarang," kata Qarizh seraya mencapai beg sandangnya lantas terus meluru ke pintu utama dewan kuliah.
Bum!
"Aduh!" jerit satu suara.
Alamak, dia terlanggar bahu seorang perempuan yang sedang menghala ke arah pintu masuk dewan kuliah pula!
Qarizh terdengar suara perempuan itu termengaduh tetapi sungguh, dia tiada masa untuk dibazirkan sekarang ini.
Yalah, nyawa pelajarnya lagi penting. Lalu, tanpa kata maaf yang terluah, Qarizh terus berlari ke arah blok A Fakulti Seni Bina. Suara perempuan yang memarahinya juga semakin sayup kedengaran sehinggalah tiada suara kedengaran lagi.
******
"Prof... Mirul takut Prof. Tolong Mirul!" jerit pelajar lelaki yang dipanggil Amirul.
Qarizh kini telah sampai di tingkat lima bangunan Blok A Fakulti Seni Bina. Dalam keadaan pelajarnya yang tergantung dalam posisi berbahaya dan tiupan angin juga agak kencang, sedikit sebanyak ia mengundang debaran pada jantungnya.
"Bertahanlah!" laung Qarizh lantas membuang baju kotnya lalu lengan baju kemejanya pula disingsing sehingga ke paras siku.
Jam tangan berjenama Rolex yang tersarung kemas di lengannya dikerling sekilas sebelum butang kecil di cermin matanya ditekan. Lalu, terpaparlah maklumat dari Sarah dan juga koordinat arah.
"Sarah, kali ni agak bahaya seriously," kata Qarizh sambil sengaja menyerabaikan rambutnya.
Bad boy selalunya nampak cool, kan?
"Kau boleh lakukannya, abangku si profesor sejuk beku," gelak Sarah dalam gugup.
"Kurang asam punya adik," gumam Qarizh lantas dia memanjat lalu meniti di atas pagar balkoni kaca di tingkat lima blok itu.
"Prof... saya dah tak tahan!" jerit Amirul dengan kuat.
Qarizh dapat melihat yang pegangan Amirul pada beranda kaca itu semakin longgar. Ya, mungkin tangan pelajar itu mula berpeluh lalu menjadikan kaca beranda itu semakin licin pada genggamannya.
"Mirul, bertahanlah. Jangan putus asa!" Tiba-tiba, terdengar sorakan semangat dari bawah.
Qarizh memandang ke bawah. Itu dia, ramai orang sedang menyaksikan aksinya menyelamatkan seorang pelajar nakal yang tidak pernah membuat assignment!
"Wei Sarah, adjust sikit kau punya spec ni. Entah apa-apa dah benda alah kau ni tunjuk," bebel Qarizh apabila terasa cermin mata berteknologi tinggi yang dipakainya mula menunjukkan arah yang agak berkelabut.
"Ala sorry la my abang sejuk beku, isyarat terganggu. Sebentar ya pak..." balas Sarah di hujung talian.
Qarizh mendengus geram. Ya Allah, adiknya yang seorang itu sangatlah suka menyakat tidak kena tempat. Sebentar kemudian, dia mula nampak dengan jelas kedudukan sebenar tangan Amirul apabila cermin matanya boleh zoom in dan zoom out dengan baik.
"Okey dah clear Sarah. Thanks," ujar Qarizh lalu mula merangkak ke arah Amirul.
Deruan angin kuat di balkoni yang tidak berbumbung sesekali menerpa tubuh. Jika tidak berhati-hati, boleh tergelincir dek kerana penangan angin yang menderu deras.
"Abang, hati-hati," pesan Sarah.
"Diamlah," balas Qarizh dengan matanya masih tertumpu pada pegangan Amirul yang semakin lama nampak semakin longgar.
Kedudukannya kini hanya berjarak lima meter dari pelajar itu. Entah bagaimanalah si Amirul boleh naik ke tingkat lima blok A, itu dia tidak pasti. Blok A Fakulti Seni Bina itu masih dalam proses renovasi jadi bangunan itu tidak digunakan.
Cuma, dia yakin jika kumpulan Crow punya kerja, memang Amirul akan suka rela datang ke sini tanpa sedar. Memang dia tahu pun yang ahli Crow itu sangat mahir dalam teknik hipnotis.
"Amirul," seru Qarizh dengan kuat melawan bunyi angin yang menderu menerpa muka.
"Prof!" jerit Amirul dengan penuh cemas.
"Apa Prof nak buat tu? Jangan tembak saya. Saya janji akan siapkan semua assignment Prof. Saya bersalah Prof," rayu Amirul sambil menangis.
Qarizh menepuk dahi.
'Lailahaillallah budak ni, aku tembak betul kan baru tahu!' dengusnya dalam hati.
"Diamlah jangan bergerak!" gertak Qarizh lalu menghalakan muncung pistolnya ke arah Amirul.
Bang!
"Prof!" jerit Amirul nyaring serentak dengan bunyi tembakan.
Zup!
Amirul membuka mata. Dia tidak merasa sakit kecuali berasa ada sesuatu yang membeliti kejap badannya.
'Tali?' desis hati Amirul lalu dia memandang Qarizh dengan muka berkerut.
"Stupid." Melalui isyarat mulut, Amirul dapat melihat Qarizh menuturkan perkataan itu.
"Prof..." seru Amirul lagi apabila dia terasa dirinya perlahan-lahan ditarik naik ke atas. Sungguh, dia betul-betul gementar sekarang ini!
Hiargh!
Dengan sentakan terakhir, Qarizh berjaya mencapai tangan Amirul lalu menyeretnya naik ke atas. Lantas, kedua-duanya terbaring melepaskan lelah dengan mata menghadap bumbung langit.
"Terima kasih Prof," ucap Amirul setelah deru nafasnya reda.
Qarizh tidak menjawab bahkan terus memejamkan matanya. Sungguh, tenaganya sudah berada di paras minimum sekarang kerana sejak dari pagi tadi dia belum sarapan dek sudah terlewat untuk ke kelas.
"Prof..." Tiba-tiba, Amirul menyeru profesornya lantas lengan jejaka itu dicuit kecil.
"Apa!" bentak Qarizh garang. Sungguh, dia merasa terganggu dengan cuitan itu lalu panggilan daripada Amirul dijawab dengan penuh geram.
"Hi, Encik Professor." Tiba-tiba lagi, kedengaran satu suara kecil memanggilnya.
Suara kecil yang memanggil dengan penuh keriangan seperti kanak-kanak Ribena itu sememangnya mengganggu. Lantas, Qarizh membuka mata lalu muncullah di ruangan matanya figura seorang gadis kecil molek yang sedang tersenyum memandangnya dengan penuh reaksi kagum.
Tetapi... gadis itu menghalang pandangannya pada langit!
Done!
Bab ini merupakan versi yang telah diedit. Nak 🌟 boleh?
================================
SUDUT INFO
================================
Susunan Pangkat Profesor.
Paling tinggi: Profesor Emeritus.
Kedua tertinggi: Profesor.
Paling rendah: Profesor Madya.
Info am:
Di Malaysia, kebiasaannya untuk mendapat gelaran Profesor Madya, seseorang yg berpangkat Dr (doktor falsafah/PhD) perlu memegang gelaran Dr. sekurang-kurangnya 3 tahun.
Dalam masa tersebut, seseorang itu perlulah menerbitkan beberapa buah artikel jurnal berimpak dan ada pelajar peringkat Sarjana (Master) dan doktor falsafah (PhD) di bawah seliannya berjaya bergraduasi.
Selepas 3 tahun memegang gelaran Profesor Madya, dia layak dinaikkan pangkat kepada Profesor. Namun, ia bergantung kepada syarat perkhidmatan cemerlang, menerbitkan artikel jurnal berimpak dan ada pelajar Master/PhD yang berjaya bergraduasi.
Sumber:
Temu bual bersama rakan Master dan PhD serta pensyarah dan juga kajian terhadap iklan jawatan kosong pensyarah di universiti awam dan swasta.
================================
4 January 2021 | 1.30 a.m.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro