Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

020

Hari ni dah masuk seminggu kafe tutup. Harris dan Liyyan pula hilang entah kenapa. Dah macam ditelan bumi. Entah apa yang tak kena dengan dua orang kawan baik aku tu pun aku tak tahu.

Firasat aku kuat mengatakan ada sesuatu yang tak kena, tapi apakan daya? Mereka berdua macam dah sepakat nak rahsiakan semuanya dari aku.

Disebabkan aku tak kerja hari ni, aku hanya mampu menunggu dengan bosan di rumah sambil tunggu Fayyadh balik dari taska pukul 12 nanti. Dari pagi tadi, aku dah kemas seluruh rumah, siap sapu, mop semua. Habis bersih satu rumah, tapi... masih rasa bosan.

Tiba-tiba, ada suara memberi salam. "ASSALAMUALAIKUM, JIRAN SEBELAH!"
Cepat-cepat aku capai tuala untuk lilitkan pada kepala, dan terus menapak ke arah pintu.

Aku dah teruja sebab ingatkan Harris yang datang, tapi... rupanya Makcik Jamilah. Terus senyuman aku hilang macam tu je. Bukannya apa, aku tak berapa gemar sangat dengan Makcik Jamilah ni. Mulut dia tu... wah, boleh tahan puaka.

Masa aku baru pindah dulu, Harris dengan Liyyan dah bagi warning siap-siap pasal jiran-jiran kat kawasan ni. Ramai yang suka membawang. Malah, Fayyadh pun jadi bahan gosip mereka.

Siap ada yang bertaruh tentang Fayyadh ni anak Harris ke Liyyan. Lastnya free je diorang kena maki dengan Abang Eshaal lepas dia dapat tahu yang aku dan Fayyadh jadi buah mulut makcik-makcik bawang di sini. 

"Ada apa eh, Makcik Jamilah?" Aku tanya dengan sopan sambil sengaja kecilkan pintu, tak mahu menjemput dia masuk ke dalam rumah.

"Ni, Adawiyah. Akak nak tanya je, kafe si Harris dengan Liyyan tu memang dah tak buka ke? Akak ni tiba-tiba teringin sangat nak makan cheese tart yang selalu beli kat kafe diorang tu." Dia menjeling ke arah rumah kosong Harris dan Liyyan di sebelah.

Oh, baru aku faham tujuan dia datang ke rumahku. Rupanya dia datang sebab nakkan cheesetart yang selalu dijual di kafe.

"Kafe sekarang memang tengah cuti, Makcik. Harris dengan Liyyan outstation." Aku tipu sunat, sebab tahu kalau aku cerita pasal dua orang tu yang tiba-tiba menghilang, nanti tak pasal-pasal pula Harris dan Liyyan yang jadi bahan gosip dia dengan geng makcik bawang rangers yang lain.

"Oh, macamtu ya... Eh, habis tu kerja-kerja renovate kafe tu macam mana?" Makcik Jamilah tiba-tiba bertanya.

"Ha? Renovate kafe?" Dahi aku berkerut. Sejak bila pula kafe tu nak renovate? Harris dengan Liyyan tak pernah cakap apa-apa pun tentang renovation kafe?

"Lah? Kamu tak tahu ke? Kafe tu tengah renovate, dah dua hari mereka start kerja. Diorang tak bagitahu kamu ke?" Wajah Makcik Jamilah sekarang penuh curiga.

"Oh, eh, taklah. Harris ada cakap haritu tapi saya yang lupa. Maklumlah, sibuk sikit uruskan Fayyadh kebelakangan ni." Aku cuba cover dengan menipu lagi. Macam gini gaya malaikat di bahu kiri dan kanan aku pun confused nak catat dosa atau pahala.

"Itulah kamu... Kahwin lain je lah Adawiyah. Senang sikit, tak penat sangat nak besarkan anak sorang-sorang." Eh, ni dah masuk topik lain pulak ni.

"Kalau suami makcik nak ambil saya jadi isteri kedua, saya sudi je. Boleh lah kita bermadu. Dah alang-alang rumah kita pun sebelah-sebelah je, kan?" Aku sengaja berseloroh.

"Hish, mulut! Mintak simpang 44 malaikat!" Makcik Jamilah memukul lenganku perlahan. Wajah dia nampak cuak, aku rasa macam nak gelak guling-guling je sekarang.

"Saya bergurau je, makcik. Saya bahagia hidup berdua je dengan Fayyadh macam sekarang." Aku sengih, tapi Makcik Jamilah mengeluh pula.

"Hm, iyelah. Akak nak cakap lebih-lebih pun, siapalah akak ni... Orang luar je pun..." Hah, sedar jugak dia. Dalam hati aku gelak besar.

"Eh yelah, akak balik dululah. Nak masak, kejap lagi anak-anak dah nak balik sekolah." Dia mula berura-ura nak balik.

Aku angguk, "Elok-elok jalan tu, kak." Tapi, dia langsung tak tutup pagar rumah aku. Geram betul tengok pintu pagar yang terbuka luas itu. Tak tau la kenapa, rasa macam nak ketuk kepala dia je!

Aku masuk semula ke dalam rumah, dengan soalan Makcik Jamilah masih berlegar dalam kepala. "Renovate kafe apa sebenarnya?"

Masuk dalam rumah, aku capai telefon yang terbiar atas meja kopi tadi. Ada 3 mesej dari Nia yang belum dibaca.

Nia Kafe: AKAKKKKK SEJAK BILA KAFE KITA KENA RENOVATE NI?????

Nia Kafe: Kak Adh, petang semalam saya pergi kafe tau. Saya terkejut tengok ramai orang tengah kemas-kemas. Katanya kafe tengah renovate. Akak ada apa-apa berita tak dari Abang Harris atau Abang Liyyan?

Nia Kafe: Alamak kelas saya dah nak start. Malam nanti kita call eh kalau Kak Adh free. Bye!

Aku terkejut, budak ni bawa phone pergi sekolah pula? Budak sekolah zaman sekarang ni memang hati kering betul ya. Aku dulu bawa liptint pun sanggup letak dalam kasut sebab takut kena rampas masa cikgu buat spotcheck!

Tapi dalam hati aku, persoalan yang lebih besar muncul. Apa sebenarnya yang sedang berlaku dengan Harris dan Liyyan? Kenapa tiba-tiba kafe mereka tengah renovate tanpa sebarang pemberitahuan? Kenapa mereka berdua hilang macam tu je?



########

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro