Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

012

Sedar tak sedar, sudah dua bulan lebih berlalu sejak aku pulang ke Malaysia. Fayyadh pun dah masuk tadika sekarang ni. Aku pula sudah dua bulan juga bekerja di kafe buku milik Harris dan Liyyan.

Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru semalam aku mulakan hidup baru di Korea Selatan dengan Fayyadh. Eh tahu tahu je dah 4 tahun. Fayyadh pun dah besar, dah pandai bodek aku mintak belikan dia figura aksi watak Marvel, Iron Man yang dia suka sangat tu.

"Ha, berangan!" Sergah Harris yang baru kembali dari menghantar pesanan ke meja pelanggan tadi. Aku menoleh ke arahnya sambil berpura-pura hendak melempar kain lap di tanganku kepadanya.

"Adik tak datang kafe ke harini?" Soal Harris, tiba-tiba.

Aku angkat kedua belah bahu sambil kembali mengelap gelas-gelas yang telah dicuci tadi.

"Hm... Pelik. Bukan kau rapat ke dengan Adik? Kenapa tak tahu? Selalunya pagi lagi dia dah terpacak kat kafe." Laju mulut Harris bersuara.

Ya, memang lah sejak dua bulan ini aku rapat dengan Hans. Tapi tak bermakna semua hal dia aku kena ambil tahu, kan? Si Harris ni pun lah.

"Yang kau dok sibuk panggil dia Adik sekali kenapa? Seingat aku, kau dengan Liyyan tak ada apa-apa pertalian darah pun. Yang samanya mata sepet macam cina je pun!" Bebel aku sebelum menyusun gelas-gelas dengan kasar.

Bulat mata Harris mendengar responku. Lelaki itu bercekak pinggang.

"Heiiiiii! Itu satu penghinaan!!" Balasnya sebelum menjeling aku dengan tajam.

"Lagipun, biarlah aku nak panggil apapun. Sibuk je. Tahula kau tak boleh join panggil dia Adik sama sebab kau dah jadi mak budak, werkk!" Ucap Harris lagi yang menyempat dia jelir lidah pada aku.

Wah... Harris ni memang tak sedar diri ke macam mana? Umur dah 28 tahun pun perangai mengalahkan anak aku yang baru nak masuk 5 tahun tu.

"Hello everyoneee~!"

Perbalahan antara aku dan Harris terhenti diganggu dengan satu suara. Pantas aku dan Noah menoleh. Hans rupanya.

Tak lama kemudian, cawan dalam genggamanku jatuh terhempas ke lantai dan berderai. Tanpa aku sedari, aku berundur setapak ke belakang gara-gara terkejut dengan kehadiran manusia yang tidak ku duga itu.

Tak. Bukan kerana Hans.

Tapi orang yang berada di belakang Hans.

Farez Arshad, bekas suami aku.

*******

"Adh, kau okey tak?" Liyyan yang entah sejak bila tiba di kafe datang menemui aku di bahagian stor kafe. Dia yang melihat aku sedang duduk memeluk kedua belah lutut ini ikut duduk sama di hadapanku.

"Ji, aku nak balik boleh tak? Aku—" Suaraku yang bergetar membuatkan aku tak mampu hendak habiskan ayat.

Beruntung yang di hadapanku ini sekarang adalah Liyyan Wazief, cepat saja dia tangkap maksud ayatku. Liyyan lantas mengangguk.

"Baliklah. Aku hantar eh? Nak ambil Fayyadh sekali tak? Kejap lagi waktu tadika dia balik kan?" Ucap Liyyan yang hanya aku mampu balas dengan gelengan kepala.

"Takpe, aku balik sendiri. Kau dengan Harris kena jaga kafe. Aku minta maaf tau, harini balik awal." Balasku sambil cuba berdiri. Aku hampir hendak terjatuh, mujur ada Liyyan yang sempat menahan lenganku dari terjatuh ke lantai semula.

"Kau yakin nak balik sendiri?" Tanya Liyyan sekali lagi yang membuatkan aku mengangguk. Beg tangan milikku yang ada di tangan Liyyan aku ambil.

"Aku balik dulu tau, Ji. Sorry sangat-sangat." Ucapku yang mula rasa bersalah.

Liyyan mengangguk. Dia tersenyum, seolah mencuba memberikan aku kekuatan.

"Takpe, aku faham. Kau balik, tenangkan diri kau dulu. Esok kalau tak boleh datang kerja jangan paksa diri." Balas Liyyan kembali.

Aku menganggukkan kepala. Belum sempat aku hendak melangkah keluar dari stor, suara Liyyan membuatkan aku terhenti.

"Walau apapun yang jadi, kau kena ingat tau aku dengan Harris sentiasa ada untuk kau. Please, jangan rasa macam kau keseorangan. Aku ada. Harris pun ada."

Aku menoleh, memberikannya sebuah senyuman terpaksa.

"Aku tahu Ji. Terima kasih." Balasku lagi dan kemudiannya, tanpa menunggu respon dari Liyyan, aku terus melangkah keluar dari kafe menggunakan pintu belakang.


###########

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro