
008
Aku menutup buku yassin setelah habis membaca ayat suci al-quran yang terakhir itu. Pusara arwah Kak Falisyah aku tatap sayu.
Sedar tak sedar, sudah 4 tahun lamanya waktu berlalu. Kali terakhir aku jejakkan kaki di sini semasa Fayyadh berusia 8 bulan di dalam kandunganku.
Di sini, di depan pusara Kak Falisyah aku menangis gara-gara aku yang sudah terlalu penat untuk bertahan dengan perkahwinanku yang belum pun menginjak usia satu tahun itu. Di hadapan pusara Kak Falisyah menjadi saksi betapa hancurnya aku tika itu.
Air mata yang mengalir cepat-cepat aku seka dengan hujung jari. Tidak. Aku tidak mahu menangis lagi di hadapan pusara Kak Falisyah. Tidak untuk kali ini.
"Fayyadh ikut sama, tapi dia tidur dekat dalam kereta. Nanti ada masa saya datang lagi dengan dia, ya? Saya balik dulu, kak." Batu nisan yang terukir nama Kak Falisyah aku usap sekejap sebelum mula melangkah pergi.
Aku kena balik cepat. Karang risau pula Abang Eshaal kalau aku masih tak sampai-sampai di rumah.
THIRD PERSON POV
"Kak Faira..." Farhaira Adzkiya yang baru sahaja selesai menaburkan bunga di atas pusara arwah neneknya menoleh apabila dipanggil oleh adiknya itu.
"Kenapa, Fahim?" Soalnya pada anak kecil yang berusia enam tahun itu.
"Muka perempuan tu sama macam muka perempuan yang ada dalam gambar Kak Faira." Fahim bersuara sambil jarinya menuding ke suatu arah.
Farhaira turut sama menoleh. Matanya membulat, nyaris hendak terkeluar biji matanya sebaik sahaja melihat gerangan yang ditunjuk oleh Fahim itu.
"Ummi??" Farhaira hampir tak percaya dengan apa yang dilihatnya kini.
Jelas di mata Farhaira, wanita yang sedang melangkah keluar dari kawasan perkuburan itu merupakan ibu tirinya yang telah lama menghilang selepas kedua ibu bapanya bercerai kira-kira 4 tahun yang lepas.
Hampir sahaja Farhaira hendak berlari ke arah wanita itu sekiranya tidak ditahan oleh Fawwaz, saudara kembarnya yang tiba-tiba menyentuh bahunya.
"Farhaira, kau okey tak?" Fawwaz yang menyedari muka pucat saudara kembarnya itu bertanya.
"Fawwaz tadi-" Kata-kata Farhaira terputus sebaik sahaja Farez Arshad, ayah mereka tiba setelah tadinya dia pergi meletakkan bekas air yang digunakan untuk menyiram kubur ibunya ke tempat asalnya semula.
"Korang dah siap kan?" Tanya Farez. Ketiga anaknya itu lantas mengangguk.
"Okey, kita pergi kubur Mummy pulak." Ucap Farez yang kemudiannya mendukung Fahim.
"Daddy, lepas kita pergi kubur Mummy kakak dan abang, nanti kita ke mana lagi?" Soal Fahim yang berada dalam dukungan ayahnya itu.
Farez Arshad tersenyum sambil mengucup sisi kepala anak bongsunya itu.
"Lepas kita ziarah kubur Mummy abang dan kakak, Daddy bawak Ayim pergi makan okey?" Ucap lelaki itu.
Si kecil Fahim mengangguk laju. Kedua belah tangannya dilingkarkan ke leher si ayah.
"Ayim nak makan pizza boleh tak, Daddy?" Lagi-lagi hanya suara Fahim yang kedengaran sepanjang jalan mereka menuju ke kubur arwah ibu Fawwaz dan Farhaira.
"Boleh, sayang. Untuk Fahim semuanya boleh." Farez menjawab sambil tersenyum manis kepada anaknya itu.
Sementara Fawwaz dan Farhaira yang berjalan di belakang ayah mereka itu diam tak bersuara. Fawwaz yang menyedari perubahan riak wajah saudara kembarnya itu mula rasa tak sedap hati.
"Far, kau okey ke tidak?" Tanya Fawwaz dengan nada berbisik.
Farhaira mengeluh pendek sebelum dia mengukirkan sebuah senyuman terpaksa untuk saudaranya itu.
"Balik nanti aku cerita, okey? Aku tak nak Daddy tahu pasal benda yang aku nak cakapkan ni." Balas Farhaira.
Fawwaz yang memahami menganggukkan kepalanya. Tangannya memeluk bahu Farhaira.
"Dah. Jangan buat muka serabut macamtu. Kita nak jumpa Mummy ni, kena happy happy. Kalau dia nampak muka selebet kau nanti mesti dia sedih." Bebel Fawwaz sambil sebelah lagi tangannya naik membetulkan kedudukan selendang di atas kepala Farhaira yang ditiup angin.
Farhaira senyum. Dalam hati dia panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi yang telah mengurniakan dia seorang saudara yang baik seperti Fawwaz Azfar ini.
THIRD POV END
"Pak Ayob, minta maaf saya lambat." Ucapku sebaik sahaja masuk semula ke dalam teksi Pak Ayob. Fayyadh yang masih lagi tidur di dalam kereta buatkan aku menghela nafas lega.
Pak Ayob yang sedang membaca al-ma'thurat di kerusi pemandu mengangkat muka, menoleh ke arahku sebelum tersenyum.
"Puan ni... Tak adalah menyusahkan ke apa. Puan dah habis ziarah saudara?" Balas Pak Ayob sebelum meletakkan semula al-ma'thuratnya ke atas dashboard.
Aku mengangguk sambil meletakkan semula kepala Fayyadh di pangkuanku. Tanganku mengusap rambutnya yang lebat. Entah kenapa, aku tersenyum melihat betapa tenangnya wajah hero kecilku yang sedang tidur ini.
"Dah habis ziarah dah, Pak Ayob. Insya-Allah, kalau ada rezeki saya datang lagi ke sini." Balasku lagi.
Pak Ayob menganggukkan kepalanya tanda faham sebelum mula menghidupkan kembali enjin kereta.
"Kiranya Pak Ayob terus hantar Puan ke alamat yang tadi lah ya?" Soalnya yang aku balas dengan anggukkan kepala.
Entah kenapa, setelah teksi milik Pak Ayob bergerak meninggalkan kawasan tanah perkuburan itu membuatkan hati aku rasa berat.
******
"Pak Ayob, terima kasih banyak-banyak tau sebab dah hantarkan saya ke sana sini." Ucapku sambil menghulurkan dua keping not RM100 kepada lelaki itu.
"Eh Puan, banyak sangat ni. Pak Ayob tak boleh ambik banyak-banyak ni." Tolaknya. Wang kertas yang aku hulurkan dibiar tak bersambut.
"Mana boleh macamtu Pak Ayob... Ambil je, saya ikhlas ni." Aku kembali menghulurkan duit di tanganku kepadanya.
"Tapi Puan, banyak sangat ni." Balas Pak Ayob yang masih lagi keberatan untuk menerima pemberianku.
"Tak apa Pak Ayob. Buat belanja rumah. Dengan duit jajan untuk cucu Pak Ayob. Ambillah." Balasku lagi yang akhirnya diterima oleh Pak Ayob.
"Terima kasih banyak-banyak ya, Puan. Semoga Allah membalas jasa baik Puan hari ini. Aamiin." Ucap Pak Ayob sambil menadah tangannya berdoa.
"Aamiin." Aku turut sama mengaminkan doanya.
"Ini kad nama Pak Ayob. Kalau Puan nak ke mana-mana, telefon saja Pak Ayob ya. Insya-Allah kalau berkesempatan, Pak Ayob hantarkan." Kata Pak Ayob sambil menghulurkan sekeping kad nama kepadaku.
"Baik, Pak Ayob. Terima kasih sekali lagi ya." Balasku kembali.
Pak Ayob mengangguk faham. Tangannya mengusap kepala Fayyadh yang masih lagi lena dalam dukunganku sebelum kembali masuk ke dalam teksinya.
"Pak Ayob balik dulu tau. Jaga diri dan Fayyadh baik-baik ya. Ada rezeki kita jumpa lagi, assalamualaikum." Ucapnya sambil menurunkan cermin kereta.
Aku mengangguk sambil tersenyum. "Waalaikumsalam. Pak Ayob pun jaga diri baik-baik tau. Bawa kereta hati-hati ya. Ada rezeki kita jumpa lagi." Balasku sebelum teksi milik lelaki paruh baya itu pergi meninggalkan kawasan rumah milik ibu mertua Abang Eshaal ini.
"Ha, baru ingat nak balik rumah?! Along ingat kau dah lari balik Korea balik tahu tak?!" Sergah Eshaal sebaik sahaja aku pusing untuk membuka pagar.
Ya Tuhan... Aku betul-betul rasa macam nak letgo abang yang satu ini di Shopee atau Lazada dengan pakej ShopBack.
"Along ni! Orang baru balik ni dah nak ajak bergaduh ke?!" Marahku dengan nada suara yang tertahan. Takut-takut kalau Fayyadh terjaga.
"Dahla, pergi masuk. Mandi, makan. Ibu masak banyak untuk kita ni." Balas Abang Eshaal sambil mengambil alih Fayyadh dari dukunganku.
"Iyaa, orang nak masuk la ni haih lah Along." Aku membebel sambil menutup semula pagar di belakangku.
Abang Eshaal buat pekak. Menonong je dia masuk ke dalam rumah, meninggalkan aku yang hanya mampu menggelengkan kepala melihat kerenahnya.
Dasar Adam Eshaal!
########
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro